Anda di halaman 1dari 4

1 | Undang-Undang dan Peraturan ______________________________________________

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG KEJOHANAN CATUR ATAS TALIAN


MSSD NS 2021

Peraturan Umum

1. Pemain yang mewakili sekolah MESTI mahir menggunakan aplikasi Lichess dan
MENGETAHUI semua "terms and condition" Lichess sebelum bertanding. Ini
bertujuan untuk mengelakkan isu yang berkaitan dengan pembatalan akaun oleh
Lichess semasa pertandingan berlangsung nanti. Antara isu yang akan
mengakibatkan pembatalan akaun oleh Lichess adalah:
i. Talian internet yang tidak stabil. Murid dan pengurus mestilah berusaha dan
memastukan talian internet tidak terputus dalam tempoh bertanding
ii. Tidak membuat gerakkan dalam tempoh masa tertentu. Untuk gerakan
pertama, masa yg diberi adalah 20 saat. bagi setiap pusingan, pemain
sering melewatkan gerakan.
iii. Akaun yang baru dibuka dan bermain tanpa kesalahan dan perfect game.
iv. Isu-isu lain yang boleh menjadikan Lichess meletakkan akaun pemain
dalam status violated

2. Pemain mestilah mendaftar akaun Lichess sekurang-kurangnya 7 hari sebelum


pertandingan bermula.

3. Pendaftaran akaun liches mestilah menggunakan format:


a. <nama ringkas huruf kecil>118<akronim sekolah huruf besar> untuk kategori
lelaki B18
b. <nama ringkas huruf kecil>218<akronim sekolah huruf besar> untuk kategori
perempuan B18
c. <nama ringkas huruf kecil>115<akronim sekolah huruf besar> untuk kategori
lelaki B15
d. <nama ringkas huruf kecil>215<akronim sekolah huruf besar> untuk kategori
perempuan B15
e. <nama ringkas huruf kecil>112<akronim sekolah huruf besar> untuk kategori
lelaki B12
f. <nama ringkas huruf kecil>212<akronim sekolah huruf besar> untuk kategori
perempuan B12
CONTOH: hafiz118SMKTS

________________________________________ Kejohanan Catur Atas Talian MSSD 2021


2 | Undang-Undang dan Peraturan ______________________________________________

4. Guru yang menguruskan murid mestilah mendaftarkan id/username dalam


borang/google forms yang akan disediakan oleh pihak penganjur.

5. Segala isu berkaitan teknikal seperti:


i. Capaian internet
ii. Keberadaan pemain
iii. Kesediaan pemain
iv. Peralatan pertandingan
adalah tanggungjawab guru pengurus dan pemain itu sendiri. Segala persoalan
tentang isu yersebut tidak akan dilayan pada hari pertandingan dan selepas tarikh
pendaftaran ditutup

6. Semua pemain wajib mempunyai sekurang-kurangnya 1 kamera web untuk


digunakan bagi memantau pemain daripada menggunakan enjin ketika
pertandingan dijalankan. Pautan untuk arbiter memantau permainan akan
diberikan kemudian (Sila rujuk cara pemasangan kamera untuk pertandingan).
Kegagalan untuk mengediakan peralatan ini boleh mengakibatkan pemain
tersebut dibatalkan penyertaannya.

7. Pemain mesti mengetahui setiap button/butang/ikon yang terdapat pada interface


tournament Lichess seperti join, withdraw, pause dan flag. pemain juga mesti tahu
merancang permainan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

8. Pemain perlulah mengetahui segala tatacara untuk menyertai pertandingan ini


termasuklah:
i. Memastikan pendaftaran akaun anda tepat.
ii. Memastikan anda/guru request untuk memasuki team Kejohanan yang
akan diberikan pautannya nanti dan MEMASTIKAN pemain join tournament
yang terdapat dalam team kejohanan tersebut dengan betul. kegagalan
untuk join tournament dalan kategori yang betul akan mengakibatkan
penyertaannya dibatalkan.

________________________________________ Kejohanan Catur Atas Talian MSSD 2021


3 | Undang-Undang dan Peraturan ______________________________________________

9. Aliran cara penyertaan adalah seperti berikut:


i. Daftar akaun lichess dgn format yg diberikan
ii. Guru mendaftar id/username lichess pemain dalam googleforms
iii. Pemain menerima pautan join team kejohanan
iv. Pemain join team kejohanan dangan betul
v. Penganjur accept pemain yang request untuk join team kejohanan
vi. Pemain klik tournament ikut kategori yang terdapat dalam team tersebut
vii. Menunggu masa bermain ikut masa yang telah ditetapkan
viii. Sentiasa bersedia untuk bermain dan tidak lewat untuk bermain
ix. Elakkan isu-isu violated
x. Bermain sehingga habis pusingan
xi. Menunggu keputusan 3 hari selepas pertandingan.

10. Pemain perlu berada dalam tournament lobby 3 hari sebelum pertandingan
bermula.

11. Setiap sekolah boleh menghantar seramai 4 orang pemain bagi setiap kategori.

12. Pemenang adalah dalam kategori individu sahaja dan tempat kemenangan dari
tempat pertama hingga ke 20 bagi setiap kategori.

13. Keputusan kejohanan akan diberitahu selepas 3 hari tamat pertandingan.

14. Sekiranya pemain gagal mengikuti mana-mana peraturan dan undang-undang ini
pemain tersebut akan dibatalkan penyertaannya secara automatik selepas tempoh
tamat pendaftaran.

15. Pemain tempat pertama hingga keempat setiap kategori akan terpilih secara
automatik untuk ke kejohanan mssns.

16. Segala keputusan adalah muktamad, sama ada daripada lichess.org atau
pengurusan kejohanan. sebarang bantahan dan surat menyurat tidak akan
dilayan.

________________________________________ Kejohanan Catur Atas Talian MSSD 2021


4 | Undang-Undang dan Peraturan ______________________________________________

Cara Memasang Kamera Untuk Kejohanan


1. Kamera perlulah dipasang mengikut kedudukan yang telah ditunjukkan(rujuk
gambar yang diberikan).
2. Pemain mestilah memasang (setup) kamera dengan baik kerana lintas langsung
kamera yang tidak jelas boleh mengakibatkan penyertaan dibatalkan

Isu-Isu Yang Mungkin Terjadi Semasa Pertandingan


1. Setiap pemain mestilah bermain semua pusingan.
2. Jika ada pemain yang tidak meneruskan pertandingan, pemain tersebut perlu
melaporkan kepada penganjur kejohanan.
3. Pemain yang telah melaporkan untuk tidak bermain dalam pusingan seterusnya,
namanya akan di keluarkan daripada team kejohanan dan tidak boleh
menyambung permainan dalam pusingan seterusnya.
4. Keputusan arbiter adalah muktamad, sebarang isu berbangkit tidak akan dilayan.
5. Kecekapan seorang pemain dalam menggunakan aplikasi lichess akan membantu
pemain bermain dengan cemerlang.

________________________________________ Kejohanan Catur Atas Talian MSSD 2021

Anda mungkin juga menyukai