Anda di halaman 1dari 12

Resusitasi kardiopulmonari (CPR) adalah prosedur kecemasan yang

dilakukan dalam usaha bagi mengekalkan secara manual fungsi otak


sehingga langkah selanjutnya dapat dilakukan bagi mengembalikan
aliran darah dan pernafasan secara spontan pada seseorang yang
jantung berhenti berdengup.

CPR hanya boleh dilakukan pada 2 perkara.


1.Pernafasan terhenti.
2.Jantung terhenti.
PUNCA PERNAFASAN TERHENTI.
1.Lemas.
2.Keracunan.
3.Tercekik.
4.Tehidu asap beracun.
5.Renjatan elektrik.
6.Strok.
PUNCA JANTUNG TERHENTI.
1.Sakit jantung.
2.Jantung bengkak.
3.Denyutan dan rentak jantung tidak normal.

Sebelum melakukan CPR, pastikan mangsa diletakkan di tempat yang selamat yang selamat,
rata dan keras. CPR mempunyai tiga prinsip. A (airway atau saluran pernafasan), B
(breathing atau pernafasan) dan C (circulation atau peredaran darah).
Langkah Satu : Tindak Balas
Tepuk bahu mangsa dengan lembut dan bertanya, Adakah anda okey? Jika tiada tindak
balas, hubungi talian kecemasan 999. Telefon dengan segera atau minta orang lain
melakukannya sementara anda mengendalikan mangsa. Anda perlu memberitahu pihak
perkhidmatan kecemasan di mana anda berada, gambarkan kemalangan, beberapa orang
yang cedera dan adakah mangsa mengalami masalah pernafasan atau mengalami
pendarahan.

Langkah Dua: Salur Pernafasan


Letakkan mangsa di tempat yang selesa dengan tangan anda di atas dahi mangsa dan
dongakkan kepala mangsa ke atas secara berhati. Angkat dagu mangsa secara perlahan
menggunakan dua jari.
Langkah Tiga: Pernafasan
Periksa pernafasan. Jika tiada pernafasan, berikan mangsa dua pernafasan dengan memicit
hidung, bukakan mulutnya dan lakukan dua kali hembusan.
Langkah Empat: Peredaran Darah
Periksa nadinya pada saluran darah (karotid). Jika tiada nadi, lakukan tekanan di dadanya 30
kali dengan dua hembusan. Lakukan dua pusingan.

PEMERIKSAAN A.B.C
Terdapat 3 prinsip asas yang perlu dilakukan iaitu ABC sebelum melakukan
CPR
A Airway (saluran pernafasan)
B Breathing (pernafasan)
C Circulation (peredaran darah)

~Ini merupakan tindakan pertama yang perlu dilakukan dalam proses CPR.

~Tujuan ia dilakukan adalah untuk memastikan saluran udara untuk pernafasan adalah terbuka.
~Anda boleh membuka saluran udara ini dengan mendongakkan kepala mangsa ke belakang dan angkat dagu mangsa.
~Kedudukan ini akan mengangkat lidah mangsa dari arah belakang tekak supaya ia tidak menghalang laluan udara.
~Anda juga perlu membuat pemeriksaan visual kedalam mulut mangsa dan gunakan jari anda untuk membuang sebarang
bahan asing dari mulut.
~Contohnya gigi palsu yang pecah.

~Selepas saluran pernafasan dibuka, tindakan seterusnya yang perlu anda lakukan adalah memeriksa pernafasan mangsa.
~Dekatkan telinga anda disisi mulut dan hidung mangsa dengan keadaan muka menghadap ke dada mangsa.
~Keadaan
tesebut membolehkan anda mendengar bunyi nafas, merasa hembusan nafas
dan mata anda memandang tepat kearah dada untuk melihat pergerakan
turun-naik dada.
~(Kaedah 3M=Mendengar, Merasa, Melihat).
~Jika tiada nafas anda perlu memberikan pernafasan bantuan.
~Contohnya mulut ke mulut.

~Langkah ke tiga adalah untuk mengekalkan peredaran darah.


~Langkah ini perlu dilakukan sekiranya jantung mangsa telah terhenti ataupun nadi mangsa

telah tidak berdenyut.


~Sekiranya mangsa mempunyai denyutan nadi anda hanya perlu meneruskan langkah kedua
iaitu bantuan pernafasan sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri.
~Langkah ketiga ini dilakukan dengan memberi tekanan atau mampatan di dada mangsa.
~Semasa tekanan dilakukan tangan anda hendaklah sentiasa lurus.
~Gunakan berat badan anda untuk melakukan tekanan.
~Pastikan kedudukan tekanan di tulang dada (sternum) dan sekitar dua jari dari atas hulu hati

Anda mungkin juga menyukai