Anda di halaman 1dari 42

Sintaksis

- bidang yg mengkaji proses pembinaan ayat. - mengkaji kaedah penyusunan perkataan dlm bentuk sesuatu ayat. - Pembentukan ayat dikenali sebagai binaan ( Konstruksi) - Sesuatu binaan drp susunan beberapa unit kecil rangkai kata yang dipanggil unsur ( Konstituen)

-Ayat: - unit pengucapan yg paling tinggi dlm susunan tatabahasa & mengandungi makna yang lengkap. - ayat boleh terbentuk drp 1 perkataan & beberapa perkataan dan diakhiri dgn kesenyapan , intonasi yang sempurna.

-ayat terdiri drp subjek & predikat. -Subjek- konstituen yg menjadi judul @unsur yg diterangkan. -Predikat- berfungsi sbg unsur penerang subjek.

-Binaan ayat tidak dapat dilihat pada tahap perkataan tetapi pada tahap yang lebih tinggi. Ayat Buah rambutan sangat enak. Klausa Buah rambutan sangat enak Frasa Buah rambutan / sangat enak Perkataan Buah / rambutan / sangat / enak

Perkataan -Bentuk yang terkecil & bebas ( berdiri sendiri, membawa erti /fungsi tatabahasa. Frasa - Boleh terdiri drp sekurang-kurangnya 1 perkataan atau 2 perkataan yang berpotensi untuk diperluas. - tidak mempunyai subjek dan predikat - dapat menjadi konstituen kpd klausa.

Klausa -Gabungan frasa-mempunyai subjek & predikat Ayat - Pada peringkat paling tinggi - Klausa menjadi ayat melalui pengucapan yang lengkap dgn intonasi yg sempurna.

Ayat dasar /inti / mudah


i) Ayat Dasar - ayat yg menjadi inti/dasar/ sumber bg pembentukan semua ayat lain. - dlm jenis ayat penyata sahaja. - ada 4 pola ayat dasar:

FN + FN Ali guru. FN+ FK Adikku tidur. FN + FK Tukang kebun rajin. FN +FSN Rumahnya di kampung Baru.

Jenis-jenis ayat Ayat penyata Ayat Tanya Ayat perintah Ayat seruan

Ayat penyata - ayat ketika membuat satu penyataan - juga disebut ayat berita, ayat keterangan. Contoh : (1) Nadiah polis. (2) Sekolah ini cantik

(b) Ayat Tanya ayat untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. - dua jenis ayat tanya : (i) Ayat tanya tanpa kata tanya Contoh: Puan Mariam suri rumah ? Suri rumahkah Puan Mariam? Diakah yang ke sekolah ?

(ii) Ayat tanya dengan kata tanya ( apa, siapa, berapa, mengapa, bagaimana dll) * Ayat tanya dengan kata ganti nama tanya. Benda itu apa ? Apakah benda itu ?

* Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya. Tuan tinggal di mana? Dengan siapakah anak Encik Ali berkahwin ?

- Ayat tanya terbuka dan ayat tanya tertutup Ayat tanya tertutup ( Ke sekolahkah murid-murid ? Ayat tanya terbuka (Dari manakah mereka datang ?)

c) Ayat perintah (m/s 430) ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. - ditujukan kepada orang kedua. (awak,kamu,engkau biasanya digugurkan) - 4 jenis :

(a)Ayat suruhan - tujuan memberikan perintah atau arahan. Keluar dari bilik ini ! Pujuk budak itu. Makanlah kuih ini dahulu. * imbuhan meN- untuk KKT digugurkan.

Menangislah sepuas-puas hati. Berangkatlah dengan segera.

* Imbuhan awalan untuk KKTT tidak boleh digugurkan

(b) Ayat larangan - menggunakan kata larangan ( Jangan, usah, tak usah ) Jangan ambil harta orang Janganlah ambil harta orang

* Ada ayat larangan yang bersifat umum tidak menggunakan kata larangan dan partikel`lah` Dilarang merokok Ditegah berludah di sini

(c) Ayat Silaan untuk tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang (sila, jemput ) Sila datang ke rumah saya. Silalah datang ke rumah saya.

(d) Ayat permintaan -tujuan memohon permintaan dan pertolongan. ( minta, tolong ) Minta kamu semua bertenang. Tolong selesaikan pergaduhan ini.

Ayat silaan dan ayat permintaan tidak membawa pengertian yang negatif sebagaimana yang terdapat dalam jenis ayat larangan . Sila jangan merokok Tolong jangan bising Minta jangan berludah (* ayat-ayat di atas salah ( * ayat di atas boleh dilembutkan dengan `harap`) Harap jangan merokok

(d) Ayat Seruan - ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan. - ditandai dengan (!) - ( Oh, Amboi, Wah, Cis, Eh, Nah, Aduh, Syabas ) Ibu ! Comelnya !

Bentuk Ayat
- Ayat tunggal (421) - ayat yang mengandungi hanya satu klausa iaitu satu unit rangkaian yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. - Boleh dalam bentuk ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan dsbnya. - Boleh dalam ayat songsang, aktif, pasif. Kami sedang mendengar ceramah. Pegawai itu sangat rajin. Di atas meja buku itu.

Subjek dan predikat Subjek perkara yang hendak diperkatakan / perkara utama Predikat bahagian yang menerangkan subjek Contoh : Rumah besar itu milik Ali. Buah rambutan manis rasanya. Abu pergi ke sekolah.

Ayat Aktif & Ayat Pasif Ayat Aktif -ayat mendahulukan subjek. ( Perkara yang diterangkan ) -dapat dipasifkan jika menggunakan KKT. -Contoh : (a) Mereka akan pergi ke sekolah. (b) Yusuf dan kawan-kawannya bermandi-manda di sungai itu. (c) Ali mempunyai seorang abang yang baik hati.

Ayah Pasif Ayat yang mendahulukan objek / penyambut ( yang terkena oleh perbuatan ) - Contoh : (a) Tikus itu ditangkap oleh kucing. (b) Kek itu telah dimakan oleh adik. (c) Rumah itu telah kami dirikan pada minggu lepas.

Tukar ayat aktif kepada ayat pasif


(1) Para pekerja sedang mengecat rumah yang besar itu. Pembuat KKT objek

Rumah yang besar itu sedang dicat oleh para pekerja.

b
Ayat Majmuk - Ayat yang mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih.(477) (a) Ayat majmuk gabungan (b) Ayat majmuk pancangan (c) Ayat majmuk campuran

Ayat majmuk gabungan ayat yang digabungkan dengan kata hubung ( dan, atau, tetapi, lalu, lagi, serta, sambil, tambahan pula, malahan, kemudian, akhirnya, melainkan, padahal )

Ayat Majmuk Pancangan Ayat yang terdiri daripada beberapa ayat yang kedudukan antara ayat tidak sama. - 3 jenis : (i) Ayat Relatif : Guna perkataan `yang `. (ii) Ayat Komplemen ( bahawa, untuk )

(iii) Ayat Keterangan -Jenis-jenis ayat keterangan 1.Keterangan Musabab -menerangkan sebab sesuatu kejadian (kerana ,lantaran, oleh sebab) 2.Keterangan akibat Menerangkan kesan atau hasil sesuatu perbuatan . ( hingga , sehingga)

3.Keterangan syarat Menerangkan tuntutan yang mesti dipenuhi ( sekiranya, andai kata, jikalau, jika, kalau ) 4. Keterangan waktu Menerangkan masa sesuatu perbuatan atau kejadian . ( sejak,semenjak, setelah, sewaktu, sementara, tatkala, dan ketika )

5.Keterangan pertentangan Menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang berlawanan. ( W/pun, Meskipun, kendatipun, biarpun, w/b/pun, namun, sekalipun dan sedangkan 6.Keterangan harapan Menerangkan sesuatu perbuatan yang dihajati. ( supaya, agar, semoga, moga-moga, kalaukalau)

7.Keterangan cara Menerangkan gaya atau kaedah sesuatu perbuatan atau kejadian berlaku. ( dengan) 8. Keterangan tujuan Menerangkan maksud sesuatu perbuatan. ( demi, bagi untuk)

9.Keterangan perbandingan ( Menerangkan kejadian yang menjadi persamaan. ( macam, seolah-olah, seakan-akan, ibarat, bagaikan, bak )

Ayat Majmuk Campuran - ayat yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan atau majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk.

Contoh : (a) Ahmad sedang membaca buku, tetapi kawan-kawannya yang sudah letih lesu telah lama tidur. *Ayat majmuk gabungan ...... ` tetapi * Ayat majmuk pancangan .......` yang`

Ayat Majmuk Pasif ( Tukar ayat majmuk aktif kepada ayat majmuk pasif ) (a) Saya minum teh dan Aminah makan nasi.

(b) Mereka menonton wayang yang lucu itu.

(c) Guru menerangkan bahawa ujian akan bermula pada bulan hadapan.

(d) Ali akan membeli buku itu .kalau ayah membenarkannya.

Proses Penerbitan Ayat


- 3 jenis proses utama : (i) Pengguguran (ii) Penyusunan semula (iii) Peluasan

(1) Pengguguran - pengguguran unsur tertentu drp binaan ayat. - 3 jenis pengguguran : (i) Pengguguran frasa nama sebagai subjek (ii) Pengguguran frasa predikat (iii) Pengguguran FN yang mendahului frasa relatif.

Anda mungkin juga menyukai