Anda di halaman 1dari 5

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Al-QURAN PENCETUS INOVASI (CIPTAAN BARU)


(6 OGOS 2010 / 25 SYA,BAN 1431H)

Muslimin Yang di Rahmati Allah,


Di kesempatan berada pada hari Jumaat dan pada 25hb Syaban yang mulia ini, saya
berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita
meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh
melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudahmudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT
di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk:
AL-QURAN PENCETUS INOVASI (CIPTAAN BARU)
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Manusia adalah makhluk pilihan Tuhan yang memiliki potensi dan kemampuan yang
begitu besar. Kekuatan pemikiran manusia merupakan salah satu keistimewaan yang
membezakan manusia dengan makhluk yang lain. Dengan kekuatan pemikiran ia
boleh menemukan dan menciptakan inovasi atau perkara-perkara baru bagi
memperbaiki taraf hidupnya.
Sejarah mencatatkan bahawa Islam telah mencapai zaman kegemilangan di zaman
pemerintahan khulafa al-Rasyidin di Madinah, zaman
1

pemerintahan Umawi di

Damsyik

dan zaman kerajaan Abbasiyah di Bahgdad. Kerajaan-kerajaan ini

menjalankan dasar Islam sebagai agama pembawa rahmat dan menyebarkan Islam
sehingga dapat menguasai satu pertiga dunia yang meliputi Semenanjung Tanah
Arab, Parsi, sebahagian Empayar Rom, Afrika Utara, Sepanyol, Perancis dan Turki.
Namun kegemilangan Islam pembawa rahmat ini tidak dapat bertahan, kerana umat
Islam pada ketika itu dilanda masalah dalaman dan tekanan dari luar, pemerintahan
yang tidak cekap, mabuk dengan kemewahan dan hidup dengan keseronokkan, lupa
diri daripada mengingati Allah SWT.
Kita merasa amat sedih sekali, kerana kegemilangan Islam yang kita banggabanggakan hanya tinggal kenangan. Keadaan inilah yang membawa seorang pemikir
Islam masa kini Prof. Dr.Mahmoud Hamdi Zaqzuq dari Mesir menyifatkan umat
Islam hari ini sebagai umat dilema dalam dunia yang penuh misteri dan beliau
melontarkan pertanyaan: Bagaimana perkara ini boleh terjadi kepada satu umat di
mana kitab suci mereka sejak awal-awal lagi menekankan arahan membaca,
menggesa mencari ilmu, dan penggunaan wahana ilmu qalam, malah menyentuh
tentang manusia pendukung dan penyebar ilmu?
Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
Al-Quran sebagai pencetus inovasi telah menyatakan beberapa isyarat yang boleh
memberi sinar cahaya di jalan yang kita lalui. Banyak ayat-ayat al-Quran memberi
tumpuan utama kepada akal manusia sebagai kunci kepada ilmu pengetahuan,
penyelidikan dan kajian yang menyentuh tentang alam dan manusia. Firman Allah
SWT dalam surah al-Hadid ayat 25:

Maksudnya : Dan kami telah menciptakan besi yang padanya ada kekuatan dan
berfaedah bagi manusia dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong-Nya
dan Rasul-Rasul-Nya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya);
Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa..
Firman Allah lagi dalam surah Ali-Imran ayat 190:
2

Maksudnya : Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran
malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-oang yang
berakal..
Al-Quran bukan saja mengesa umatnya supaya menggunakan kekuatan akal
dalam

melakukan penelitian dan penyelidikan terhadap alam dunia ini, malah

mengajak umatnya menginsafi berasaskan peristiwa-peristiwa yang terjadi dan


merenung mengenai hakikat kejadian dan hubungan dengan diri manusia sebagai
sumber terbaik mencipta inovasi.
Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
Dalam kehidupan umat terdahulu dan masa kini, sains dan teknologi memain peranan
besar dalam kehidupan manusia. Inovasi dan kreatif dalam bidang ini menjadi
penyumbang kearah kemajuan sesuatu umat dan negara. Dalam usaha ini kita bukan
bermula dari kosong bahkan kita sudah ada simpanan kemajuan sebagai contoh yang
diakui oleh sejarah tentang keagungan dan kegemilangannya. Kita ada tokoh sains
dan teknologi seperti al-Khawarizmi, al-Masudi, Jabir Ibnu Hayyan, Ibnu Bajjah,
Ibnu al-Nafis, Ibnu Haitham serta ramai lagi. Mereka ini bukan sahaja menguasai
ilmu pengetahuan bahkan seorang hufaz atau penghafal al-Quran yang memahami isi
kandung al-Quran itu sendiri. Namun persoalannya adakah nama-nama agong ini
hanya sekadar nama yang dikenang dalam lipatan sejarah dan gambar-gambar
mereka ini tergantung di dinding-dinding rumah sebagai tatapan.
Kita dituntut

membina kekuatan jihad yang tinggi demi membangunkan

semula keutuhan ilmu dan pendidikan yang mampu mengimbangi cabaran teknologi
dan ancaman globalisasi serta faktor-faktor sezaman. Ingatlah wahai umat Islam
sekalian bahawa generasi sekarang ini dilahirkan dengan suasana pendedahan
pelbagai inovasi dan persaingan sengit di peringkat antarabangsa. Terdapat perkaitan
yang kuat bahawa bangsa yang berinovasi akan mendahului zaman dan maju ke
depan meninggalkan bangsa yang lain. Kita merasa bangga sekiranya umat Islam hari
3

ini diiktiraf sebagai umat yang inovatif, kreatif dan produktif dimana atas usaha ini
setiap inci bumi dan manusia akan mendapat rahmat Allah SWT . Rasulullah
bersabda dalam hadithnya:

Maksudnya : Sebaik-baik manusia ialah orang-orang yang bermanafaat kepada


orang lain.(Riwayat at-Tabarani)
Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW pernah melahirkan kebimbangan bahawa
umat Islam ramai tetapi berkeadaan seperti buih di lautan, kerana lemah dan tidak
berdaya saing. Selari dengan peringatan Islam bahawa umat Islam adalah sebaik-baik
umat, maka marilah kita berusaha mengembalikan hak-hak umat Islam yang telah
hilang atau terlepas dari gengaman tangan umat Islam suatu ketika dahulu. Tokoh
Islam Malik bin Nabi berkata: Kemunduran yang dideritai oleh umat Islam hari ini
bukan sebab Islam seperti yang di wawarkan itu, ini adalah satu hukuman dari Islam
ke atas umatnya yang cuba meninggalkan Islam, bukan kerana mereka berpegang
dengan Islam.
Sempena pengistiharan tahun 2010 sebagai Tahun Inovasi Negara dan
sempena karnival Inovasi Islam 2010 yang di adakan pada minggu ini, mimbar
menyeru pada jemaah sekalian marilah sama-sama kita membangunkan minda yang
berinovasi, mendidik, memacu pemikiran dengan meneliti dan mengembangkan
rahsia tersembunyi yang terkandung di dalam al-Quran dan di sebalik penciptaan
Allah SWT. Mudah-mudahan dengan kesedaran ini akan melahirkan umat yang
bertakwa, memiliki akal yang sempurna, berilmu dan berdaya saing diri. Marilah
sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah Hud 117:

Maksudnya : Dan Tuhanmu tidak sekali-kali hendak membinasakan manamana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya, selagi mereka sentiasa
memperbaiki keadaan sesama sendiri..
4

Mengakhiri khutbah pada minggu ini mimbar ingin mengambil kesempatan


untuk berpesan kepada jemaah dan umat Islam sekalian, dengan kedatangan bulan
Ramadan

yang penuh keberkatan beberapa hari lagi, marilah sama-sama kita

membuat persiapan rohani dan jasmani untuk menyambut serta menjalani ibadah
dalam bulan yang mulia ini.
Bulan yang penuh berkat ini merupakan latihan untuk membina kekuatan diri,
membina akhlak serta mendidik jiwa sebagai hamba Allah SWT. Mimbar juga
mengajak jemaah sekalian marilah kita membina budaya baru dengan membawa ahli
keluarga kita dan bersama-sama membawa makanan untuk berbuka puasa di masjid
secara beramai-ramai dan seterusnya menunaikan solat terawih sepenuhnya
sepanjang bulan Ramadan. Melalui budaya ini akan menambah lagi kelimpahan
keberkatan puasa kita serta mengeratkan hubungan silaturrahim. Dengan Ramadan ini
mudah-mudahan kita mendapat keberkatan dari Ilahi, Insyaallah. Hadith Rasulullah
SAW:

Maksudnya : orang yang berpuasa mendapat dua perkara yang mengembirakan,


pertama semasa ia berbuka puasa, kedua semasa ia bertemu dengan Tuhannya di
akhirat.(Riwayat Muslim)

Anda mungkin juga menyukai