Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA CADANGAN

IHYA RAMADHAN 1435H/2014 M


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG, KUCHING


PROGRAM BICARA WAHYU DAN IFTHOR JAMAIE
SEMPENA
SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN


ANJURAN
BADAN DAKWAH DAN ROHANI MASJID MUALLIMIN (BADAR)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG, KUCHING

DENGAN KERJASAMA
JABATAN PENGAJIAN ISLAM DAN MORAL (JAPIM)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG
KUCHING, SARAWAK



1.0 PENDAHULUAN
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi
SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab
al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam
Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW.
Perkataan Nuzul bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut
bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna
terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-
Quran.
Sempena menyambut Nuzul al-Quran ini, Jabatan Pengajian Islam dan Moral
dan Badan Dakwah dan Rohani Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang telah
mengambil inisiatif untuk menganjurkan program bicara wahyu ataupun forum
sempena peristiwa nuzul al-Quran yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini di
samping memberi pengalaman yang amat berguna kepada guru-guru pelatih yang
dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pelaksana.
Para pensyarah, staf sokongan dan warga setempat yang berhampiran juga
dijemput untuk turut sama menyertai variasi program yang bakal direncana bagi
membolehkan mereka mendapatkan ilmu dan kefahaman yang jelas serta sama-
sama menghidupkan bulan kebesaran Islam ini dengan amalan ibadah soleh di
samping mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga Muslim IPG Kampus Batu
Lintang. Diharapakan melalui bulan Ramadhan pada tahun ini bakal memberi
semangat baru dalam diri individu para muslim serta mendapat keredhaan dan
keberkatan daripada Allah S.W.T. Insyaallah.
2.0 OBJEKTIF
Antara objektif-objektif program adalah seperti berikut:
i. Meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T.
ii. Memperingati peristiwa turunnya al-Quran di dalam bulan Ramadhan.
iii. Meningkatkan kesedaran masyarakat Islam tentang kehebatan Al-Quran dan
kepentingannya dalam kehidupan seharian
iv. Wadah mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga Islam IPG
Kampus Batu Lintang khususnya dan masyarakat luar amnya.

3.0 ANJURAN BERSAMA
Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) Masjid Muallimin
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM)
4.0 TARIKH
17 Ramadhan 1435 M / 15 Julai 2014
5.0 MASA
4.30 Petang 9.00 Malam
6.0 TEMPAT
Masjid Muallimin, IPG Kampus Batu Lintang
7.0 PENYERTAAN/SASARAN
Semua warga Islam, IPG Kampus Batu Lintang

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi : Muhammad Khusairi bin Senan
Naib Pengerusi : Zul Fazreen bin Salikin
Setiausaha : Muhammad Izyan bin Bolhan
AJK Pelaksana : Amalina binti Nawawi
Muhammad Azmi bin Jaafar
Azharudin bin Hamdan
Ismie binti Muhie
Karmila binti Mansur
Nursaidah Saffa binti Muhammad Saufi
Muhammad Nuaim bin Bahron
Ali Imran bin Md. Amin


9.0 TENTATIF PROGRAM
4.30 P.M. : Ketibaan warga muslim IPGKBL
5.00 P.M : Bicara wahyu / ceramah
6. 55 P.M. : Majlis berbuka Puasa
7.00 P.M : Solat Maghrib berjemaah
Solat Isyak Berjemaah
Solat Tarawih
9.00 P.M : Majlis diangka bersurai
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL. PERKARA JUMLAH
1. Cenderahati kepada panel penceramah Daripada Institut
2. Ifthar Jamaie VIP: RM 10 X 30 = RM300
PELAJAR : RM7 X 250=RM1750
JUMLAH RM2050

11.0 PENUTUP
Semoga program yang yang bakal dilaksanakan ini berjalan dengan lancer serta
mendapat sambutan daripaad warga IPG Kampus Batu Lintang. Besarlah harapan
kami agar pgorgam ini mendapat sokongan daripada pelbagai pihak dan bersama-
samalah kita dalam mengimarahkan masjid kita sepanjang masa hingga hari akhirat.
Disediakan oleh:

(MUHAMMAD KHUSAIRI BIN SENAN)
Pengerusi,
Program Sambutan Nuzul al-Quran 1435 H,
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang,
Kuching, Sarawak.

Anda mungkin juga menyukai