Anda di halaman 1dari 1

Penutup

Secara kesimpulannya, semenjak kementerian pendidikan melaksanakan program j-


QAF, telah muncul murid-murid yang celik Al-Quran, pandai dalam menulis jawi dan
sebagainya. Oleh yang demikian, setiap sekolah yang telah kami jalankan pemerhatian
iaitu sekolah dari zon timur, perlaksanaan kelima-lima model j-QAF ini amatlah
berkesan.

Akan tetapi, dalam setiap apa yang dilaksanakan, mesti ada kekurangan dan kebaikan
yang tersendiri. Kita sebagai seorang yang berilmu hendaklah berusaha dengan sedaya
mungkin menangani setiap kelemahan yang timbul dan berusaha untuk membaik pulih
dalam meningkatkan prestasi murid muslim yang akan memimpin Negara suatu hari
kelak.

Menjadi tanggungjawab kita bersama dalam menjayakan program j-QAF yang telah
diberikan idea oleh mantan perdana Menteri Malaysia, tan sri Abdullah Haji Ahmad
Badawi. Kebaikan yang dapat kita lihat di sini ialah, ramai murid-murid yang celik Al-
Quran dan sektor pekerjaan semakin bertambah.

Akhir nukilan, semua pihak haruslah memainkan peranan mereka tidak kira siapa
kerana kita sebagai muslim bertanggungjawab ke atas muslim yang lain. Dalam
mengejar kehidupan duniawi, kita juga tidak boleh melupakan akhirat kerana akhirat
adalah tempat yang kekal abadi. Oleh yang demikian, dengan adanya program j-QAF
ini, dapatlah kita mencoretkan pelajar dengan Islam agar mereka tidak jauh
menyimpang akidah.

Anda mungkin juga menyukai