Anda di halaman 1dari 3

Tajuk Jurnal : Masalah murid kelas 2 amanah tidak berjaya sepenuhnya melaksanakan aktiviti yang dirancang.

e) Masalah / PeristiwaHari ini (3. April. 2012 ), saya telah merancang aktiviti baharu dalam prosesperlaksanaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas 2 Amanah seperti yang dirancang. Namun perancangan yang telah dilaksanakan oleh saya boleh dianggap kurang memuaskan kerana tidak semua murid mampu untuk menghasilkan aktiviti tiupan dengan baik. Murid-murid tidak melaksanakan proses yang betul mengikut urutan dan mereka tidak mendengar arahan yang telah diberikan oleh guru semasa menghasilkan tiupan. Hal ini telah memberikan sedikit masalah kepada saya dalam mencapai objektif yang telah dikemukakan dalam rancangan pengajaran harian,selain itu masalah ini juga menyebabkan saya bermasalah untuk memberikan markah kepada hasil karya mereka. Masalah ini memberikan impak kepada saya untuk mengesan masalah dan kelemahan yang berlaku kepada murid-murid dalam perlaksanaan aktiviti yang telah dirancang. f)Analisis Pada pandangan saya, masalah yang timbul ini disebabkan oleh masalah murid yang tidak memberikan perhatian terhadap apa yang cuba diterangkan oleh guru. Selain itu, murid juga tidak diberikan pengalaman dan pengetahuan asas mengenai teknik yang tepat dalam mengaplikasikan teknik yang betul semasa menghasilkan tiupan. Berdasarkan situasi yang telah dilaksanakan, saya mendapati bahawa murid-murid kelas ini tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya di dalam kelas,mereka lebih suka untuk tidak memberikan perhatian terhadap apa yang telah murid kelas ini menjadi punca kepada situasi bising di dalam kelas dan menarik perhatian rakan-rakan yang lain supaya tidak mendengar arahan guru. Manakala, budaya guru menggunakan kekerasan dan nama suara yang tinggi menjadikanmurid tidak akan memberikan perhatian terhadap apa yang dikemukan oleh saya.Nada suara yang tinggi memainkan peranan yang paling penting kerana hanya dengan langkah ini kami mampu untuk mengawal kelas dengan lebih baik.

g)Cadangan Tindakan Susulan Cadangan tindakan susulan yang boleh dikemukakan untukmengatasi masalah ini adalah :Saya patut menerapkan budaya mendegar arahan terlebih dahulusebelum

melaksanakan aktiviti yang telah dirancang. Murid-murid perlu diberikan peneguhan yang sesuai agar budaya mendengar arahan di dalam kelas dapat diterapkan untuk menjamin kelancaran pengajaran pada hari terbabit. Budaya ini mampu

memberikankemudahan kepada saya untuk mengawal kelas dan menjayakan apa yang telah dirancang dengan sebaiknya Cadangan tindakan susulan yang kedua adalan menyediakan aktiviti yang selingan yang lebih menarik agar sedikit perhatian yang telah diberikan oleh murid-murid tidak akan berubah dalammasa yang singkat. Aktiviti selingan yang menarik mampu untukmenarik perhatian mereka dan mengesan tindak balas yang akan diberikan oleh mereka sepanjang sesi pengajaran. Antara aktiviti selingan yang boleh dilakasanakan adalah teka-teki yang berkaitan dengan aktiviti tiupan, ataupun mengadakan kuiz untuk mengesan tahap pemahaman yang diterima oleh mereka Cadangan aktiviti yang ketiga adalah saya akan memberikan penerangan yang lebih mendalam tetapi menggunakan kaedah yang menarik seperti bercerita. Pendekatan bercerita mungkin akan memudahkan mereka untuk memahami dengan lebih mendalammengenai apa yang akan diajar di dalam kelas. Pemilihan pendekatan ini juga memberikan saya kelebihan untuk mengawal kelas kerana murid-murid tahap satu lebih berminat untuk mendengar cerita daripada disogokkan dengan fakta dalam proses pembelajaran mereka. Cadangan tindakan susulan yang terakhir adalah saya cuba mendapat nasihat yang bernas daripada guru pembimbing yang lebih berpengalaman dalam mengatasi masalah ini. Nasihat dan pendedahan latar belakang murid yang telah diberikan membolehkan saya untuk membuat analisis mengenai sikap dantingkah laku setiap murid di dalam kelas.

Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba untuk mengatasi masalah yang dihadapi pada minggu ketiga ini pada minggu yang terakhir. Perlaksanaan dan penambahbaikan dalam proses pengajaran yang akan dilaksanakan diharapkan mampu memberikan impak yang positif di dalam kelas pada minggu hadapan. Jika tempoh yang dinyatakan di atas tidak dapat mencapai objektif cadangan tindakan, saya akan berusaha untuk memberi cadangan kepada guru psv kelas terbabit untuk memggunakan pendekatan yang saya rancangkan agar ia mampu memberi kesan walaupun temph untuk melihat keputusan penggunaan pendekatan ini adalah lama. Selain itu, saya juga akan mencadangkan kepada guru terbabit untuk menggunakan pendekatan yangl ain agar murid tidak akan bosan apabila belajar di dalam kelas.

Anda mungkin juga menyukai