Anda di halaman 1dari 8

2.

3 CONTOH KERTAS KERJA

QIAM JAMAIE Kearah Melahirkan Ummah Terbilang

ANJURAN: HAL EHWAL WANIITA (HELWANI) JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN SESI 2011

1.0

TUJUAN Tujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk mendapat kelulusan dari pihak atasan bagi menjalankan program ini.

2.0

LATAR BELAKANG Dalam melahirkan mahasiswi modal insan yang mempunyai

keseimbangan rohani dan jasmani, semua pihak harus bersedia dari segi pengetahuan, kekentalan mental dan fizikal dan pengurusan yang mantap dan efisien. Dalam sesuatu organisasi kerjasama dan jalinan yang erat antara komuniti dalam organisasi amat diperlukan dalam menjamin kelancaran perjalanan tugas dan sekaligus menjayakan sebarang program yang akan dijalankan. Sejajar dengan itu, HELWANI dengan kerjasama Exco Kediaman telah mengambil satu inisiatif untuk mengadakan Qiam Jamaie. Program yang akan dianjurkan ini adalah untuk melahirkan mahasiswa seimbang dari segi mental dan fizikal. Selain itu aktiviti ini juga penting dalam melahirkan masyarakat yang mempunyai kekuatan rohani, kerjasama dan melahirkan mahasiswa yang mempunyai akhlak yang tinggi. Aktiviti ini juga dapat mengeratkan persaudaraan diantara pelajar pelajar muslimat Institut.

3.0

OBJEKTIF 3.1 Mempersiapkan pelajar dari segi rohani dalam menempuh ranjau

kehidupan. 3.2 Persediaan menghadapi cabaran dunia dan membina jati diri mahasiswi. 3.3. Merapatkan persaudaraan di kalangan pelajar muslimat .

3.4

Membina keteguhan jiwa umat islam sebagai umat akhir zaman yang

berdugaan besar dalam persekitarannya

4.0

KUMPULAN SASARAN

4.1 Kumpulan sasaran ialah semua penghuni muslimat Institut.

5.0

TARIKH/TEMPAT/MASA

5.1 Qiam Jamaie Tarikh 2011) Masa : 4.30 a.m 5.50 a.m Tempat : Bilik Rekreasi Blok Kediaman 05 : setiap Khamis malam Jumaat(Pagi Jumaat bermula pada 4 ogos

6.0

TENTATIF PROGRAM Lampiran A

7.0

JAWATANKUASA PELAKSANA Seperti di lampiran B

8.0

TINDAKAN Memohon kelulusan Jawatankuasa

9.0 PROMOSI Promosi di jalankan seminggu sebelum aktiviti dijalankan. Method: Promosi menggunakan memo yang dilekatkan seluruh softboard setiap Aras dan tempat tempat yang difikirkan bersesuaian. Promosi menggunakan siar raya Pengumuman di Laman Masjid At-Tarbiyyah Pengedaran menggunakan Flyer di setiap bilik

10.0 PENUTUP Adalah diharapkan program yang dicadangkan oleh HELWANI yang merupakan salah satu aktiviti JAPIM ini mendapat pertimbangan seterusnya diberi kelulusan menjalankan aktiviti untuk membantu mahasisiwi di Kolej ini dalam membentuk mahasiswi yang cemerlang dari sudut kekentalan jiwanya. Juga diharapkan agar program ini berjaya mencapai matlamat dan objektifnya disamping memberi manfaat kepada semua pihak yang akan terlibat sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung. Kami juga berharap agar program ini mendapat kerjasama, perhatian dan bantuan daripada pelbagai pihak. Segala bentuk sumbangan, sokongan, perhatian dan kerjasama yang dihulurkan, kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Semoga segala perancangan yang telah dibuat dalam program ini mendapat Keberkatan dan Keredhaan dari-Nya.

LAMPIRAN A - TENTATIF PROGRAM

TARIKH

: Setiap Hari Khamis malam Jumaat(Jumaat pagi)

PROGRAM : Qiam Jamaie

MASA

AGENDA

4.30am 5.30am

5.30 Qiamulail Jamaie

5.50 Bacaan zikir dan Doa Jamaie

LAMPIRAN B - JAWATANKUASA INDUK

JAWATAN

NAMA

Pengerusi

Nur Adibah Binti Ridzuan

Naib Pengerusi

Nurul Najwa Binti Masri

Setiausaha

Siti Atikah Binti Omar

Biro Risalah Dan Pentarbiyahan Biro Teknikal Dan Siaraya

Nurul Ain Anisha Binti Mohd Ali Tuan Nur Wahida Tuan Mahmud

Biro Perhubungan

Siti Farhana Binti Zolkefli

Biro Disiplin Dan Keselamatan

Nurul Auni Binti Jasni

LAMPIRAN B - JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

JAWATAN

NAMA

Penasihat Program Pengarah Program Timbalan Pengarah Setiausaha Ajk Iman Ajk Keselamatan Dan Kebajikan Ajk Makanan Sahur Imam 1 Imam 2 Imam 3

Ustazah Sharifah Mastura Binti Ahmad Nur Adibah Binti Ridzuan Nurul Najwa Binti Masri Siti Atikah Binti Omar Halimatus Saadiah Binti Mohd Firdaus Nurul Auni Binti Jasni

Nur Kamillya Binti Md Yusof Siti Atikah Binti Omar Nur Sabrina Binti Hassan Nurul Ain Anisha binti Mohd Ali

Disediakan oleh,

.. (Siti Atikah Omar) Setausaha HELWANI, Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral. Semakan pertama, . (Nur Adibah Binti Ridzuan) Pengerusi HELWANI, Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral. Semakan ke-dua, (Ustazah Sharifah Mastura Binti Ahmad) Penasihat Program HELWANI.

Disahkan oleh,

(Ustaz Md Isa Bin Man) Ketua Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn.

Anda mungkin juga menyukai