Anda di halaman 1dari 2

Tema:Rukun Islam

(Mengucap dua kalimah syahadah)


Kategori: Perempuan
Tajuk:Selafaz Cinta Menuju Syurga.

Assamualaikum kawan2,apa khabar semua?Saya,Daei cilik Alya akan mengupas


tentang dua kalimah syahadah,haaa apa maksudnya ya kawan2?Baiklah,untuk
memahaminya,jom kita bernasyid bersama2.

“Kau Bilal bin Rabah,


Cekal dan tabah,
Dipanggang di gurun yang panas,
Biarpun dirimu didera disiksa,
Bibirmu tetap menyebut

Allah tuhanku
Allah yang Satu
Tiada tuhan selain Allah
Muhammad pesuruh Allah

Alhamdulillah kawan2,kita semua masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah yang
indah ini tanpa perlu menghadapi ujian sehebat sahabat nabi Bilal bin Rabah.Siapakah Bilal
bin Rabah?Beliau merupakan muazzin pertama di dunia,seorang hamba yang hina tetapi telah
dinaiktarafkan oleh agama islam.
Orang Quraisy yang paling banyak menyiksa Bilal adalah Umayyah bin Khalaf dan rakan-
rakannya. Mereka menghentam punggung telanjang Bilal dengan cemeti, namun Bilal hanya
berkata, “Ahad, Ahad … (Allah Maha Esa).” Mereka menindih dada telanjang Bilal dengan
batu besar yang panas, Bilal pun hanya berkata, “Ahad, Ahad ….“ Mereka semakin
meningkatkan penyiksaannya, namun Bilal tetap mengatakan, “Ahad, Ahad….”

Ungkapan tauhid dari bibir mulia Bilal merupakan dua kalimah syahadah iaitu salah satu
rukun islam dan mengucapkannya adalah rukun islam yang pertama.Surah al ikhlas ayat
pertama yang berbunyi:

_______________________________

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Katakanlah(wahai Muhammad) : (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.

Kawan2,ketahuilah bahawa dua kalimah syahadah juga merupakan miftah al jannah atau
kunci pintu syurga.Selain itu,ia juga menyatukan ummah dalam satu akidah,walaupun orang
Inggeris berkata:

I bear witness that there is no God but Allah,


and I bear witness that Muhammad is the Messenger of Allah
Orang Cina menyebut:

Mei you shang di,zhi you zhen zhu a la he,


A la de shi zhe xian zhi mu han mo de.

Orang melayu pula berikrar:


Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah,
dan nabi Muhamad adalah pesuruh Allah.

Manakala orang arab lain pula sebutannya:

----------------------------------------------------------

--------------------------------------------------------------

Tetaplah ia membawa maksud yang sama iaitu kita percaya tuhan yang satu iaitu Allah dan
Muhamad pesuruhNya. Kalimah ini juga merupakan perjanjian kita kepada Allah terhadap
dua perkara: Pertama:Hanya Allah yang berhak disembah,kedua: Muhamad itu pesuruh
Allah.
Namun,sejak akhir-akhir ini,banyak ajaran sesat sedang berkembang di negara kita
khasnya dan di seluruh dunia amnya.Syiah,Ayah Pin,al-Arqam,Qadiani dan Tal Tujuh
contohnya,amat membimbangkan kerana boleh merosakkan akidah dan mengancam
keselamatan negara, kerana mengalakkan perpecahan dan pergaduhan sesama muslim.
Tetapi,syukurlah,pihak yang berwajib seperti Jabatan Hal Ehwal Agama setiap negeri dan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau JAKIM dengan kerjasama beberapa pihak yang lain
telah berusaha sedaya upaya mengekang masalah ini.

Akhir kalam,marilah kita hayati lirik lagu ini:

Rukun islam 5 perkara


Marilah kita mengerjakannya
Pertama mengucap 2 kalimah syahadat
Kepada Allah kita beribadat
Supaya hidup kita tak sesat
Dari dunia sampai akhirat.

“Syahadah sempurna ibadah bermakna”.Sekian dari saya Daie Cilik Alya,wabillahitaufiq wal
hidayah wassamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai