Anda di halaman 1dari 3

PELAJARAN 26: MULIAKAN IBU BAPA BAHAGIAKAN KELUARGA

Dalil naqli kewajipan beradab kepada ibu bapa

1. Firman Allah SWT:

2. Hadis daripada Abdullah bin Amru, Rasulullah SAW bersabda:

Cara beradab kepada ibu bapa dan keluarga

Aspek Cara Beradab


Hati  Setiap anak wajib berkasih sayang terhadap ibu bapa. Contohnya, sentiasa menjaga hati
dan perasaan serta tidak membenci mereka.
 Prihatin dan mengambil berat dengan selalu bertanya khabar serta menghulurkan
bantuan yang diperlukan.
 Hormat-menghormati antara satu sama lain dengan memupuk kasih sayang dan membina
keluarga bahagia. Contohnya, selalu ceria dan menunjukkan muka manis di hadapan
mereka.
Percakapan  Bersopan santun. Bercakap dengan nada suara dan intonasi yang lemah lembut.
Contohnya, tidak meninggikan suara dan marah.
 Tidak menyanggah percakapan ibu bapa. Mendengar dengan penuh prihatin, jika tidak
bersetuju dengan apa yang diperkatakan diam sahaja.
 Menggunakan suara yang lembut bagi menyenangkan hati dan menjaga perasaan mereka.

Tingkah laku  Selalu menziarahi ibu bapa dan keluarga jika tinggal berasingan. Dengan mengunjungi
mereka, dapat menghilangkan perasaan rindu terhadap anak dan cucu.
 Menjaga hubungan baik dengan kawan ibu bapa dapat mengeratkan silaturahim dalam
masyarakat.
 Merawat dan menjaga ibu bapa yang sakit dan tua. Contohnya, membawa mereka ke
hospital untuk mendapat rawatan yang sepatutnya
 Memberikan nafkah atau perbelanjaan kepada ibu bapa.
Kepentingan beradab kepada ibu bapa dan keluarga

Umat islam dapat:

 Melaksanakan perintah Allah SWT dan rasul yang menghendaki setiap orang islam beradab
dengan ibu bapa dan keluarga.
 Membina kewibawaan diri. Keluarga yang bahagia dan saling berkasih sayang dapat
membentuk individu yang berjaya di dunia dan di akhirat.
 Menjadi contoh teladan kerana setiap orang yang beradab dengan ibu bapa akan diikuti oleh
orang lain.
 Membina keluarga yang bahagia kerana saling membantu.

Punca penderhakaan kepda ibu bapa

1. Kurang penghayatan agama dalam kehidupan. Anak tidak dapat menilai antara baik dengan
buruk dari sudut agama. Contohnya, anak tidak berasa bersalah berbantahan dengan ibu
bapa.
2. Kurang menghayati pengajaran agama di sekolah. Tidak mengamalkan apa-apa yang
dipelajari malah hanya belajar sekadar untuk lulus dalam peperiksaan sahaja.
3. Terpengaruh dengan perlakuan rakan yang negatif. Rakan yang melakukan perkara yang
tidak baik akan mempengaruhi kita supaya melakukan perkara yang buruk. Contohnya, tidak
menghormati dan tidak mendengar nasihat ibu bapa semata-mata hendak menjaga hati
rakan.

Akibat tidak beradab kepada ibu bapa dan keluarga

Sabda Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru RA:

Aspek Akibat
Individu  Mendapat kemurkaan Allah SWT. Allah SWT memerintahkan umat islam supaya berbuat
baik kepda ibu bapa dan anggota keluarga. Sesungguhnya mereka yang derhaka kepada ibu
bapa bererti melanggar perintah Allah SWT.
 Disisih dan dipinggirkan ibu bapa dan keluarga. Anak tidak menghormati ibu bapa dan
anggota keluarga akan dibenci.
 Berdosa besar dan jika tidak bertaubat boleh membawa ke neraka.
Masyarakat  Tidak dihormati oleh masyarakat kerana dianggap tidak berakhlak.
 Anggota keluarga berpecah dan susah untuk mendapatkan pertolongan.
 Susah untuk mendapat kawan yang baik kerana orang yang baik tidak akan berkawan
dengan kita. Mereka menjauhkan diri kerana tidak mahu terpengaruh dengan orang yang
tidak berakhlak.
Negara  Tidak maju kerana institusi kekeluargaan runtuh.
 Tidak aman dan makmur kerana rakyat tidak bersatu padu.
 Berlaku pelbagai gejala social yang menyebabkan kerajaan terpaksa membelanjakan banyak
wang, tenaga dan masa untuk pemulihan akhlak.

Anda mungkin juga menyukai