Anda di halaman 1dari 6

RAMADHAN DI NANTI BULAN DIRAHMATI

MENJADIKAN DIRI INSAN YANG SEJATI


BERLAPAR DAHAGA
TERKAWAL BICARA
BELENGGU HATI DARI SEGALA PRASANGKA

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH…


Kawan-kawan …
Pejam celik..pejam celik..kita dah nak masuk bulan Ramadhan. Pada bulan Ramadhan
kita di wajibkan berpuasa.

َ ُ‫ِين م ْ;ِن َق ْبلِ ُك ْم لَ َعلَّ ُك ْم َت َّتق‬


‫ون‬ ;َ ‫ِب َعلَى الَّذ‬
َ ‫ص َيا ُ;م َك َما ُكت‬
ِّ ‫ِب َعلَ ْي ُك ُم; ال‬ َ ‫َيا أَ ُّي َها الَّذ‬
َ ‫ِين آ َم ُنوا ُكت‬
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana
diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa”

(surah Al Baqarah: 183)

Haaaa…ayat yang saya bacakan tadi menjelaskan kepada kita bahawa berpuasa
difardhukan ke atas kita dan ummat islam untuk membentuk kita menjadi insan yang
bertaqwa.

Ya kawan-kawan…
Ingat lagi tak..maksud berpuasa. Puasa ialah menahan diri daripada makan dan minum
serta melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Puasa bermula daripada
terbit fajar hingga terbenam matahari serta disertai dengan niat pada sebelah malam.
Penattt…laparr…dahaga…mestilah …puasa kan mengajar kita untuk merasai
kesusahan orang miskin dan juga mengajar kita erti bersabar dan bersyukur.

“BULAN RAMADHAN KITA BERPUASA,ITULAH RUKUN ISLAM YANG KE 3,DI


WAKTU SIANG LAPAR DAHAGA,SIAPA TAAT MESTI ALLAH SUKA”

Tahu x kawan-kawan..

Kenapa agaknya puasa Ramadhan kita pada hari ini berbeza dengan puasa Ramadhan
pada zaman Rasullullah SAW.
Orang sibuk berpuasa..kita sibuk berbelanja…

Orang sibuk beribadah..kita sibuk membeli belah…

Menurut Statistik Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar meyatakan isi rumah atau
keluarga adalah penyumbang terbesar kepada keseluruhan 16,650 tan pembuangan
sisa makanan di negara ini pada setiap hari ..

Bahkan…trend pembuangan sisa makanan meningkat 15 hingga 20 peratus pada


bulan ramadhan dan musim perayaan..

Sepatutnya pada bulan Ramadhan, semakin berkurangan makanan tetapi sebaliknya


dan kita semakin berlebih-lebihan, contohnya bila kita pergi ke Bazar
Ramadhan..semua kita nampak sedap..semua kita nak beli kan…laicikang
lah..murtabak lah..air terlajak laris lah..

Ish..Ish..ish…bukankah membazir itu amalan syaitan?

Sikap yang buruk kita tinggalkan


Untuk menghadapi bulan Ramadhan
Persiapkan diri tingkatkan amalan
Insan bertaqwa jadi harapan

Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya “ Berapa banyak orang yang berpuasa
tetapi tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga ”

Riwayat Ibnu Majah

Kesimpulannya..
1. Ramadhan ialah bulan Pengawalan diri. Andainya ketika berpuasa pada bulan
Ramadhan ini diri masih hanyut dengan perkara mungkar maka sia sialah kita menahan
dahaga dan lapar sepanjang hari.

2. Ramadhan adalah bulan terbaik untuk membuat kebaikan kerana tidak ada bulan di
mana pintu kebaikan dibuka seluas - luasnya

Alhamdulillah…

Sekian dahulu persembahan saya. Semoga kita menjadi insan yang beriman dan
bertaqwa.

Wabillahhi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh…

Rasulullah SAW turut menjelaskan keistimewaan bulan Ramadan menerusi sabdanya yang
bermaksud: “Apabila Ramadan tiba, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan
dibelenggu.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
TEKS e - DAIE CILIK
DAERAH TAMPIN
BIDANG : IBADAH
( RUJUKAN : BUKU TEKS TAHUN 6 & DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6 )
STANDARD KANDUNGAN : 4.1.1, 4.1.2 & 4.1.6
TAJUK : RAMADHAN BULAN DIRAHMATI
TEMA : IBADAH
FOKUS : KETAATAN
BI
BAHAGIAN SKRIP
L
Ramadhan Di Nanti Bulan Dirahmati
Mendidik Peribadi Insan Sejati Nasyid : Insafi Ramadhan
Berlapar Dahaga Membatas Bicara Raikan Lebaran @ Fairuz
Fee Tauhid
Mengawal Nafsu Juga Prasangka
@
Bulan Ramadhan bulan yang berkat,
Bulan rahmat dan bulan utama, Nasyid : Ramadhan Bulan
Pahala digandakan doa diterima, Berkat @ Hijjaz
Bulan Lailatul Qadar yang istimewa.

PENDAHULUAN
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.
1 / INTRO /
MAKSUD
Pejam celik…pejam celik…dah masuk bulan Ramadhan. Pada bulan
Ramadhan kita diwajibkan berpuasa

Kawan-kawan,

Ingat lagi tak..maksud berpuasa. Puasa ialah menahan diri daripada


makan dan minum serta melakukan perkara-perkara yang
membatalkan puasa. Puasa bermula daripada terbit fajar hingga
terbenam matahari serta disertai dengan niat pada sebelah malam.

‫ب َعلَى ال َّ ِذينَ ِم ْن قَ ْبلِ ُك ْم‬


َ ِ‫صيَا ُم َك َما ُكت‬ َ ِ‫يَا أَيُّهَا ال َّ ِذينَ آ َمنُوا ُكت‬
ِّ ‫ب َعلَ ْي ُك ُم ال‬
َ‫لَ َعل َّ ُك ْم تَتَّقُون‬
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu
berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum
2 DALIL kalian agar kamu bertakwa”
(surah Al Baqarah: 183)

Haaaa…ayat yang saya bacakan tadi menjelaskan kepada kita bahawa


berpuasa difardhukan ke atas kita dan ummat islam untuk
membentuk kita menjadi insan yang bertaqwa.
Kawan-kawan,
Puasa Ramadhan merupakan rukun Islam yang ke-3, mula
disyariatkan pada tahun ke-2 Hijrah.
Penattt…laparr…dahaga…mestilah …puasa kan mengajar kita untuk
3 HURAIAN ISI merasai kesusahan orang miskin, mendidik kita untuk bersabar, ikhlas
dan bersyukur.
Oh ye….puasa juga boleh merehatkan organ dalaman, menurunkan
kadar lemak dan tekanan darah tau.
Subhanallah…..ketakwaan meningkat, kesihatan terpelihara.
Kawan-kawan tahu tak…

Menurut Statistik Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar menyatakan isi
rumah atau keluarga adalah penyumbang terbesar kepada
keseluruhan 16,650 tan pembuangan sisa makanan di negara ini pada
setiap hari ..
Bahkan…trend pembuangan sisa makanan meningkat 15 hingga 20
peratus pada bulan ramadhan dan musim perayaan..
Sepatutnya pada bulan Ramadhan, semakin berkurangan makanan
tetapi sebaliknya dan kita semakin berlebih-lebihan, contohnya bila
kita pergi ke Bazar Ramadhan..semua kita nampak sedap..Rambang
mata….semua kita nak beli kan…laicikang lah..murtabak lah..air
ISU SEMASA
terlajak laris lah..
4
Ish..Ish..ish…bukankah membazir itu amalan syaitan?
Bak kata peribahasa Melayu :
Berjimat sebelum habis Beringat sebelum kena
Sabda Rasulullah saw :
‫ُر َّب َصامِئ ٍ لَي َْس هَل ُ ِم ْن ِص َيا ِم ِه اّل َ الْ ُجو ُع‬
‫ِإ‬
Maksudnya “ Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi tidak
mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali hanya lapar ”
Riwayat Ibnu Majah

5 UNSUR SIRAH Kawan-kawan,

Suasana Ramadhan di zaman Nabi Muhammad SAW dipenuhi


suasana ibadah, perjuangan, dan taqarrub kepada Allah SWT.
Dalam sejarah Islam, terdapat beberapa peristiwa penting telah
berlaku pada bulan Ramadhan, di antaranya ialah :
i. Penurunan Al-Quran
ii. Tahun Kesedihan dan pemergian sahabat-sahabat besar seperti
Saidatina Khadijah binti Khuwailid, Abu Talib, Saidina Ali dan Saidatina
Aishah radhiAllahu ‘anhu
iii. Peperangan Badar dan Pembukaan Kota Mekah

Masha Allah, besarnya jurang perbezaan puasa di zaman Rasulullah


dengan puasa pada masa kini.

Ayuh kawan-kawan, kita rebut gandaan pahala dalam bulan


Ramadhan. Bulan puasa bulan ibadah, bukan bulan membeli belah!
Bak kata bidalan, Cicir dipungut, hilang dicari .

Bulan Ramadhan bulan berkat,


Kumpul amalan bekal akhirat,
Lailatul Qadar malam keramat,
IBRAH & Puncak Ramadhan penuh rahmat.
6 PENUTUP
( Pantun )
Usah dipersia rahmat Ramadhan,
Kawal nafsu jauhi keburukan,
Sunting pahala himpun kebaikan,
Bersama menuju syurga idaman.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai