Anda di halaman 1dari 4

TEMA – SIFAT MAHMUDAH

TAJUK: SEDALAM MANAKAH CINTA KITA PADA RASULULLAH?


‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬.......

Ya Nabi Salam ‘Alaika,


Ya Rasul Salam ‘Alaika,
Nyanyian
Ya Habib Salam ‘Alaika,
Solawatullah ‘Alaika...

Assalammualaikum warahmatullahi
wabarakutuh..

Kata
Alu-aluan

Haa... apa khabar anda semua pada hari ini? Alhamdulillah.. Jutaan terima kasih saya ucapkan buat
pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana. Tidak dilupakan juga buat penjaga masa
yang manis senyuman tak lekang dari bibirnya dan seterusnya buat hadirin dan hadirat semua yang saya
kasihi..

Kawan-kawan, nak tau apakah tempat yang paling berkuasa dalam diri manusia? Nak tau jawapannya?
Qalbun! Hati! Itulah tempat yang paling berkuasa dalam diri manusia. Hati adalah tempat cinta kita
bertakhta. Cinta itu yang mengawal hati. Jika seseorang mencintai sesuatu, seluruh tenaga, upaya dan
fokus dalam hidupnya akan ditumpukan kepada apa-apa yang dicintai. Selawat! Itulah manisfestasi cinta
kita kepada seorang lelaki yang bernama Rasulullah. Namun, apakah bukti kecintaan kita kepada
Rasulullah? Sedalam manakah kita benar-benar mencintai baginda? Itulah tajuk tazkirah yang akan saya
sampaikan pada hari ini.
Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah,
Di dalam surah al-Hasyr ayat 7 Allah S.W.T. telah berfirman, yang berbunyi:
ْ ۚ ‫َو َمٓا َءات َٰى ُك ُم ٱل َّرسُو ُل فَ ُخ ُذوهُ َو َما نَهَ ٰى ُكمۡ ع َۡنهُ فَٱنتَه‬
‫ُوا‬
Maksudnya: Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah, dan apa yang dilarangnya, maka Dalil
tinggalkanlah...

Muslimin dan muslimat sekalian, tanya pada diri. Hari ini, adakah kita sudah membaca al-Quran?
Walaupun hanya selembar cuma tetapi sudahkah kita membacanya? Sedangkan Rasulullah S.A.W. telah
Isi
berpesan agar kita membaca al-Quran kerana membaca al-Quran akan memberi kelebihan dan kebaikan
kepada pembacanya di dunia dan di akhirat. Itulah sunnah Baginda.
Haa.. saya nak tanyalah kepada para penonton dan pendengar yang ada di sini. Pernah tak kita melalui
atau melihat dan mendengar situasi seperti ini.“ Eh, masinnyaaa makanan ini!, Aduh, manis pula air ini!
Terlebih gula agaknya., Eh, tak sedap langsunglah makanan ini!. Haaa... andai kita pernah melalui situasi
Isi
ini, sama ada kita hanya mendengar, terdengar atau mungkin kita sendiri pernah melakukannya, maka
(Lakonan)
tinggalkanlah perbuatan tersebut. Kerana, sunnahnya, nabi mengajar kita apabila ada makanan yang
tidak disukai atau mungkin tidak mencapai KPI dan citarasa selera kita, tinggalkan sahaja daripada
memakannya tanpa mencela atau mempamerkan wajah yang tidak berpuas hati.
Kawan-kawan nak tahu, Anas radiallahu anhu pernah bercerita mengenai akhlak Rasulullah:
“ Selama 10 tahun aku menjadi pembantu Baginda, Baginda tidak pernah sekali pun berkata kepadaku:
“Celaka kamu”. Baginda juga tidak pernah bertanya soalan :” Mengapa engkau lakukan ini?” jika aku tidak Sirah
melakukan sesuatu perkerjaan, Baginda tidak pernah bertanya: “Mengapa engkau tidak lakukan hal
ini?”Begitulah kawan-kawan, betapa mulianya sikap dan akhlak Rasulullah S.A.W.
Namun, berbeza pula dengan keadaan kita pada hari ini. Mengumpat, membuka keaiban orang lain, hasad
dengki, buruk sangka dan sebagainya sudah menjadi penyakit dan barah di dalam hati umat manusia.
Kawan-kawan pernah dengar kan istilah “Makcik dan Pakcik Bawang”? Istilah ini merujuk kepada orang-
Isu
orang yang suka mencari dan menceritakan keburukan dan kesalahan orang lain sama ada secara lisan
semasa
mahupun di alam maya. Jika benar kita mencintai Rasulullah, sepatutnya istilah ini tidak timbul kerana
bila hati benar-benar mencintai dan mengikuti sunnah baginda, bicara dan kata-kata yang ingin kita
lontarkan hanyalah perkara-perkara yang baik sahaja. Selebihnya, biarlah Allah sahaja yang
mengetahuinya. Kita tidak perlu menjadi penghukum atau pengadil kepada sesuatu perkara yang kita
sendiri tidak tahu kesahihannya.
Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah,
Pernahkah kita terfikir sedalam manakah cinta kita kepada Rasulullah S.A.W. dan sejauh manakah kita
sudah benar-benar mengamalkan sunnah baginda di dalam kehidupan? Kadangkala kita merasakan
bahawa diri sudah cukup mencintai Baginda. Masakan tidak beratus versi selawat telah dihafal dan
berpuluh qasidah dialunkan. Tetapi, kadangkala kita seringkali leka dan terlupa sehingga terbuai dengan
hawa nafsu yang menggelapkan jiwa. Ayuh, umat Islam, kita bangkit semula dan buktikanlah cinta kita
yang sebenarnya kepada Rasulullah. Kita cuba mengamalkan sunnah baginda semampu kita tanda cinta Penutup
yang bukan hanya sekadar perasaan cuma, tetapi rasa cinta yang luhur di dalam hati yang mengharapkan (Muzik)
keredhaan Allah S.W.T.

Semoga kita dapat mengutip mutiara berharga dari tazkirah ini. Aqulu qauli haza, wa astagfirullahi wali
walakum. Assalamualaikum w.b.t.
TEMA – SIFAT MAHMUDAH
TAJUK: OH, MUSLIMAH!

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬......


Terima kasih diucapkan kepada tuan pengerusi majlis, yang disegani barisan panel hakim
yang arif lagi bijaksana, seterusnya yang dikasihi guru-guru, serta hadirin sekalian.

Bersiar-siar di waktu malam,


Tidak sedar berjalan ke hutan,
Jawablah dulu ucapan salam,
Agar semua beroleh keberkatan.

Assalamualaikum w.b.t… Kata


alu-aluan

Hadirin yang dirahmati Allah,


Apa khabar semua pada hari ini? Diharapkan semua sihat dan bahagia di samping
rahmat Allah yang maha luas. Saya di sini ingin membawa anda semua menyelami dan
memahami tazkirah yang akan saya sampaikan iaitu Oh Muslimah.

Hadirin,
Ketika datangnya wahyu Islam menerangi dunia kejahilan dengan cahaya keimanan,
Allah telah mengangkat darjat wanita lebih tinggi dengan pemeliharaan yang rapi.
Sebagaimana firman Allah swt di dalam Surah al-Ahzab ayat 59 yang berbunyi :

Dalil
Maksudnya : Wahai Nabi, suruhlah isterimu,  anak perempuanmu serta wanita-wanita
yang beriman, agar melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya; yang
demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali, maka mereka tidak akan diganggu. Dan
Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah al-Ahzab ayat 59)

Jelas, wanita Islam diperintahkan untuk menyembunyikan perhiasan dan telah


Isi
ditetapkan had aurat bagi wanita. Ada sesiapa di sini tahu had aurat wanita? Menurut
mazhab Imam Syafie, had aurat bagi wanita di hadapan lelaki ajnabi ialah seluruh tubuh
badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Walau bagaimanapun, jika mendedahkan
muka dan dua tapak tangan boleh menimbulkan fitnah sehingga mendatangkan syahwat,
maka wajiblah baginya menutup seluruh tubuh badan.
Lalu aku teringat peristiwa mikraj Nabi ke langit..
Rasulullah mengkhabarkan ramai wanita di dalam neraka..
Wanita digantung rambutnya dan otaknya menggelegak,
Sajak
kerana tidak menutup rambut daripada lelaki bukan muhrim.. (Muzik)
Wanita memotong badannya dengan gunting api neraka,
kerana bersolek untuk lelaki lain dan bukan untuk suaminya..
Nauzubillahi min zalik!

Islam bukan menyekat wanita berfesyen, labuh menutupi dada, longgar dan
menyembunyikan bentuk badan, tebal dan tidak jarang, juga tidak menyerupai pakaian
wanita kafir yang terdedah seksi. Itulah pakaian Muslimah.

Ketahuilah, perintah Allah bukan saja-saja hadirin, tetapi untuk memelihara


kehormatan wanita Islam agar tidak sewenangnya menjadi mangsa gangguan syahwat
oleh golongan lelaki. 5 buah negara yang mempunyai jenayah rogol tertinggi adalah
daripada negara yang mempunyai tabiat pergaulan bebas dan tidak menitikberatkan Isu Semasa
penjagaan aurat antaranya ialah Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Sweden, India dan
United Kingdom. Nah! Sudah terang lagi bersuluh. Wahai wanita, dirimu begitu berharga
dan sedarlah bahawa betapa sayangnya Allah pada golongan wanita.

Semoga kita dapat mengutip mutiara berharga dari tazkirah ini. Aqulu qauli haza, wa
astagfirullahi wali walakum. Assalamualaikum w.b.t. Penutup

Anda mungkin juga menyukai