Anda di halaman 1dari 3

REZEKI BARAKAH, DIKONGSI BERSAMA

Wah! Besarnya rumah dia. Kereta dia pun mewahlah. Mesti harta dia melimpah
ruah. Hmm berkat berkongsi rezeki ni… Eh dah ada orang lah! Sebentar ye.
Ehem!
Rumah yang besar, kereta yang mewah, harta yang melimpah ruah, siapa yang
tidak inginkan rezeki daripada Allah? Bismillahirrahmanirrahim

‫ الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف‬.‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬
.‫األنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين‬

Apa khabar semua!


Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah kerana diberi lagi nikmat kesihatan
pada hari ini dan dapat kita teruskan kehidupan walaupun sekarang ini kita masih
lagi di dalam fasa penyakit Covid-19. Jadi, in shaa Allah, tazkirah yang akan saya
sampaikan pada hari ini bertajuk Rezeki Barakah, Dikongsi Bersama.

Sebelum itu,
Hadirin hadirat sekalian tahu tak apa sebenarnya maksud rezeki ini? Haa, rezeki
itu adalah satu pemberian daripada Allah SWT yang dikurniakan kepada kita dalam
pelbagai bentuk. Jadi bagaimanakah cara untuk kita tambahkan lagi rezeki agar
hidup hari ini diberkati? Sudah pastilah dengan salah satunya cara bersedekah.
Tetapi ramai dalam kalangan kita hari ini yang menganggap apabila kita memberi, ia
akan mengurangkan harta kita. Kerana itulah, Allah telah berfirman:

‫الرزقَ ِل َمن يش َۤا ُء ِمن ِع َبادِه َو َيقد ُِر لَه ۗ َو َما اَنفَقتُم ِمن شَيء فَ ُه َو يُخ ِلفُه ۚ َوه َُو‬
ِ ‫ط‬ ُ ‫س‬
ُ ‫قُل اِن َر ِبي َيب‬
39 َ‫الر ِزقِين‬ ّٰ ‫خَي ُر‬

Dan maksudnya:
Katakanlah, “Sungguh, Tuhanku melapangkan rezeki dan membatasinya bagi siapa
yang Dia kehendaki di antara hamba-hamba-Nya.” Dan apa saja yang kamu
infakkan, Allah akan menggantinya dan Dialah pemberi rezeki yang terbaik.
(Surah Saba; Ayat 39)
Para pendengar sekalian,
Saya mengajak semua untuk sama-sama kita mengambil ibrah daripada kisah
Abdul Rahman bin ‘Auf iaitu seorang hartawan yang dermawan. Kerana apa? Abdul
Rahman bin ‘Auf telah memberikan sumbangan kepada masyarakat di Madinah
dengan jumlah yang sangat banyak. Bukan itu sahaja, 200 tahil emas, 1500 ekor
unta, malah 500 ekor kuda perang telah disumbangkan semasa Perang Tabuk. Kita
lihat daripada sifat pemurahnya Abdul Rahman bin ‘Auf ini, Allah sentiasa
menambahkan lagi rezeki dalam hidupnya malah telah dijamin syurga.

Hadirin yang Rahmati Allah sekalian,


Pernahkan anda melihat sungai yang airnya mengalir tanpa henti membasahi
lembah dan dataran? Begitulah Thalhah bin Ubaidillah. Beliau merupakan seorang
yang kaya raya tetapi pemurah orangnya. Pernah sekali, isterinya melihat Thalhah
sedang termenung dalam kesedihan lalu bertanya akan sebab kesedihan yang
dirasai oleh suaminya. Thalhah bin Ubaidillah pun menjawab, “Wang yang berada
ditanganku ini begitu banyak sehingga memeningkan kepalaku,”. Lalu isterinya pun
berkata, “Berikanlah wang tersebut kepada fakir miskin,”. Maka, diberikanlah semua
wang yang ada ditangannya tanpa meninggalkan walau sedikit pun, Subhanallah.
Disebabkan sifat pemurah itulah, beliau diberi julukan ‘Thalhah si dermawan’ dan
‘Thalhah si pengalir harta’. Wallahua’lam.

Begitu juga dengan saudara Ebit Liew. Beliau bukanlah seorang yang senang,
Dulu tidurnya pernah beralaskan guni. Malah bajunya tidak pernah berganti. Namun,
kesukaran itu tidak mematahkan semangatnya untuk mencapai kejayaan. Hari ini,
rezekinya dikongsi bersama masyarakat tanpa mengira bangsa ataupun agama.
Dan kita lihat, hidupnya sangat dipermudahkan oleh Allah SWT, Mashaallah. Hasil
daripada rezeki yang berkat inilah, beliau telah berjaya membuka 10 buah Pasaraya
Elewsmart malah mungkin lebih lagi daripada itu, Subhanallah.

Saudara,
Dalam ilmu Matematik, 1 – 1 jawapannya apa? 0 kan? Tetapi sebaliknya pada
amalan memberi rezeki, kerana Allah telah menjanjikan 10 hingga 700 kali ganda,
subhanallah.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Oleh itu, saya mengajak semua agar kita menjadikan berkongsi rezeki ini sebagai
satu amalan. Kerana apa? Allah tidak melihat berapa banyak harta yang kita beri
tetapi Allah itu menilai keikhlasan di dalam hati. Ingat! Janganlah kita nak tunggu
kaya baru kita memberi, tetapi hari ini kita berkongsi rezeki agar hidup diberkati ilahi.
Semakin hari bertambah umur,
Harapan kita tingkatkan ibadah;
Sedekah tanda kita bersyukur,
Dikurnia Allah rezeki barakah.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi taala


wabarakatu.
# rezeki kita, kita kongsi.

Anda mungkin juga menyukai