Anda di halaman 1dari 1

TEKS DOA SEMPENA MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAM

‫ حمدا يوافي‬,‫ الحمد هلل رب العالمين‬,‫ بسم هللا الرحمن الرحيم‬,‫اعوذ باهلل من الشيطان الرجيم‬
,‫نعمه ويكافئ مزيدة‬
‫ والصالة والسالم على سيدنا محمد‬,‫يا ربنا لك الحمد كما ينبغي لجالل وجهك وعظيم سلطانك‬
‫ وسلم ورضي هللا تبارك وتعالى عن ساداتنا أصحاب رسول هللا اجمعين‬,‫في األولين واألخرين‬
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM

Ampunilah dosa kami, dosa kedua ibu bapa, dosa guru-guru kami, dosa sekalian muslimin dan
muslimat, mukminin dan mukminat sama ada yang masis hidup ataupun yang telah meninggal
dunia.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI

Sesungguhnya pada hari ini kami akan menduduki peperiksaan yang akan menentukan masa
depan kami, YA ALLAH. Kami ingin memohon rahmat-Mu, belas dan kasihan-Mu, untuk
menghadapi peperiksaan tersebut YA ALLAH.

YA RABBANA WATAQABBAL DU’A

Anugerahkanlah kepada kami fikiran yang waras, ingatan yang kuat dan jiwa yang tenang dalam
menghadapi peperiksaan ini YA ALLAH. Jauhkanlah kami daripada sifat cuai, lalai, dan terlupa
daripada segala pelajaran yang telah kami pelajari selama ini. Peliharalah kami daripada segala
doa yang buruk, perkataan yang hina, serta perasaan hasad dengki dalam kalangan kami.

Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun ini. Makbulkanlah permintaan
kami agar dapat mencapai sasaran kami yang tersendiri. Mudah-mudahan dengan keputusan
yang cemerlang ini, dapat menjadi pembuka jalan bagi kami untuk menjadi hamba Mu yang soleh
dan menghampirkan diri kepada Mu. Jadikanlah kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang
di dunia dan cemerlang di akhirat.

Perkenankanlah doa kami ini YA ALLAH, kerana seseungguhnya hanya kepada-Mu tempat kami
bergantung dan mencari pertolongan.

‫س ِيِّ ِدنَا‬ َ ‫صلَّى هللا َع‬


َ ‫لى‬ َ ‫اب النَّاِر َو‬ َ َ‫سنَةً َوقِنَا َعذ‬ َ ‫َربَّنَا أَتِنَا فِى الدُّنيَا َح‬
َ ‫سنةً َوفِى األ َ ِخ َرةِ َح‬
‫سالَ ٌم َعلَى‬ َ ‫صفُونَ َو‬ ُ َ‫صح ِب ِه أَج َم ِعين‬
ِ ‫سب َحانَ َر ِبِّ َك َربِّ ِ ال ِع َّزةِ َع َّما َي‬ َ ‫ُم َح َّم ٍد َو َعلَى ا َ ِل ِه َو‬
. َ‫س ِلينَ َوال َحمدُ ِهللِ َربِّ ِ ال َعلَ ِمين‬ َ ‫المر‬
ُ

Anda mungkin juga menyukai