Anda di halaman 1dari 1

DOA PERHIMPUNAN SEBELUM PEPERIKSAAN

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫ والصالة والسالم على سيدنا محمد‬،‫الحمد هلل رب العالمين‬،
‫ُول هللا اَجْ َم ِعين‬ 'ِ ‫َوَأصْ حا‬
ِ ‫ب َرس‬

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim


Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik
dan hidayah Mu ya Allah. Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Kau ampunkanlah dosa
kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga
kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah Ya Ghani Ya Hamid


Hari ini kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah dan permudahkanlah untuk
kami menjawab kertas peperiksaan ________________________ ___________
pada hari ini. Jauhilah kami daripada perasaan resah dan gelisah ketika
menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati kami untuk menjawab setiap
soalan dengan jawapan yang tepat.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami


Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tahun ini. Makbulkanlah
permintaan kami agar dapat mencapai sasaran kualiti sekolah kami. Mudah-
mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, sebagai pembuka jalan untuk
kami menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri kepada Mu.
Jadikanlah kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan
cemerlang di akhirat.

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim


Perkenankanlah doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah
tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan
kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha memakbulkan
doa-doa kami Ya Allah..

َ ‫َربَّنَا َأتِنَا فِى ال ُّدنيَا َح َسنةً َوفِى اَأل ِخ َر ِة َح َسنَةً َوقِنَا َع َذ‬
‫اب النَّاِر‬
َ ‫صحبِ ِه َأج َم ِع‬
‫ين‬ َ ‫صلَّى هللا َعل َى َسيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى اَلِ ِه َو‬
َ ‫َو‬
‫الحم ُد هللا رب العلمين‬ َ ‫ َو‬.

Anda mungkin juga menyukai