Anda di halaman 1dari 4

MAK TEH LITTLE KIDS EDUCARE CENTRE

NO. 161-A, KG BARU, JALAN TELUK, BUKIT PINANG 06200 ALOR SETAR, KEDAH

TERMA & SYARAT

1. Waktu Beroperasi
1.1 Mak Teh Little Kids Edu Care Centre beroperasi dari hari Ahad - Sabtu, jam 7
pagi – 6 petang sahaja.

1.2 Mak Teh Little Kids Edu Care Centre akan ditutup mengikut cuti am yang telah
digazetkan untuk Negeri Kedah.

2. Bayaran Yuran
2.1 Yuran Bulanan hendaklah dijelaskan dari 22hb atau selewat-lewatnya 3hb setiap
bulan.

2.2 Bayaran Yuran Pendaftaran dan Yuran Tahunan hendaklah dijelaskan pada hari
pendaftaran.

2.3 Pastikan setiap pembayaran mendapat resit rasmi daripada pihak Mak Teh Little
Kids Edu Care Centre dan segala pembayaran tidak akan dikembalikan.

2.4 Tiada pengecualian pembayaran atau potongan yuran jika kanak-kanak tidak
hadir ke Mak Teh Little Kids Edu Care Centre dalam sesuatu masa.

3. Kehadiran
3.1 Ibu Bapa / Penjaga hendaklah mengisi log harian kanak-kanak semasa
menghantar kanak-kanak ke Mak Teh Little Kids Edu Care Centre dan
menandatangani log harian kanak-kanak sewaktu mengambil kanak-kanak pulang
dari Mak Teh Little Kids Edu Care Centre.

3.2 Ibu Bapa / Penjaga harus memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan bersih
semasa tiba di Mak Teh Little Kids Edu Care Centre (mandi, berus gigi, basuh muka).

3.3 Ibu Bapa / Penjaga digalakkan mengambil dan menghantar kanak-kanak pada
masa yang ditetapkan. Kelewatan mengambil kanak-kanak selepas jam 6 petang
akan dikenakan bayaran Lebih Masa. Kelewatan akan direkodkan. Ibu bapa juga perlu
menjelaskan bayaran Lebih masa terus kepada pendidik yang menjaga semasa
mengambil anak.

3.4 Hanya ibu bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan mengambil kanak-kanak dari
Mak Teh Little Kids Edu Care Centre.
3.5 Ibu Bapa / Penjaga tidak dibenarkan mewakilkan orang lain untuk mengambil
kanak-kanak kecuali memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak Mak Teh Little Kids
Edu Care Centre.

3.6 Ibu Bapa / Penjaga dikehendaki memaklumkan kepada pihak Mak Teh Little Kids
Edu Care Centre jika kanak-kanak tidak dapat hadir ke Mak Teh Little Kids Edu Care
Centre pada hari tersebut.

3.7 Bagi kanak-kanak yang bercuti pada bulan tersebut tanpa memaklumkan dan
tanpa membayar yuran Mak Teh Little Kids Edu Care Centre adalah dianggap telah
berhenti dan permohonan semula terpaksa dilakukan sekiranya ingin masuk ke Mak
Teh Little Kids Edu Care Centre semula.

4. Kesihatan
4.1 Ibu Bapa harus memastikan kanak-kanak sentiasa berada dalam keadaan sihat.
Jika kanak-kanak bergejala atau tidak sihat, ibu bapa diminta menguruskannya
terlebih dahulu.

4.2 Mak Teh Little Kids Edu Care Centre tidak lagi menerima kanak-kanak hadir
dengan bekalan ubat. Pihak Mak Teh Little Kids Edu Care Centre tidak akan
bertaggungjawab di atas sebarang bekalan ubat yang dibawa ke Mak Teh Little Kids
Edu Care Centre.

4.3 Pihak Mak Teh Little Kids Edu Care Centre TIDAK MEMBENARKAN kanak-kanak
yang menghidap penyakit berbahaya atau berjangkit (Demam, Selesema, Batuk,
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut, Campak, Beguk, Cacar air, Sakit mata, Kudis buta
atau sebarang penyakit yang telah disahkan oleh pihak perubatan) hadir ke Mak Teh
Little Kids Edu Care Centre.

4.4 Kanak-kanak yang dikenalpasti menghidap penyakit berjangkit hendaklah


DICUTIKAN dari Mak Teh Little Kids Edu Care Centre, ini bagi mengelakkan sebarang
jangkitan kepada kanak-kanak lain di Mak Teh Little Kids Edu Care Centre.

4.5 Ibu Bapa perlu memastikan agar kanak-kanak sembuh sepenuhnya sebelum
menghantar ke Mak Teh Little Kids Edu Care Centre semula seperti biasa.

5. Keselamatan
5.1 Ibu Bapa / Penjaga tidak dibenarkan memasuki ruang dalam Mak Teh Little Kids
Edu Care Centre tanpa kebenaran dari Pengurus Mak Teh Little Kids Edu Care
Centre.

5.2 Ibu Bapa / Penjaga tidak dibenarkan berlegar di kawasan luar Mak Teh Little Kids
Edu Care Centre dalam waktu operasi Mak Teh Little Kids Edu Care Centre kecuali
atas sebab yang penting. Ibu Bapa / Penjaga juga tidak dibenarkan menunggu di
dalam Mak Teh Little Kids Edu Care Centre selepas menghantar / mengambil kanak-
kanak dari Mak Teh Little Kids Edu Care Centre.
5.3 Kanak-kanak dilarang membawa permainan, alat gajet atau alatan merbahaya
untuk tujuan ketenteraman dan keselamatan di dalam Mak Teh Little Kids Edu Care
Centre.

5.4 Kanak-kanak juga dilarang memakai barang kemas semasa di dalam Mak Teh
Little Kids Edu Care Centre, segala kehilangan pihak Ta Mak Teh Little Kids Edu Care
Centre tidak akan bertanggungjawab.

6. Hubungan
6.1 Ibu Bapa / Penjaga hendaklah sentiasa menjaga imej atau nama baik Mak Teh
Little Kids Edu Care Centre.

6.2 Ibu Bapa / Penjaga digalakkan agar sentiasa menghubungi pihak Mak Teh Little
Kids Edu Care Centre untuk mengetahui perkembangan kanak-kanak.

6.3 Ibu Bapa / Penjaga dipelawa untuk berbincang dan bertolak ansur sekiranya timbul
permasalahan yang berkaitan dengan kanak-kanak atau Pendidik/Pengasuh.

6.4 Sentiasa memberikan kerjasama yang baik dengan pihak pengurusan Mak Teh
Little Kids Edu Care Centre dan kakitangan demi kebaikan bersama.

6.5 Pihak Mak Teh Little Kids Edu Care Centre mengalu-alukan sebarang cadangan
yang membina dari pihak ibu bapa / penjaga bagi mempertingkatkan lagi
perkhidmatan di Mak Teh Little Kids Edu Care Centre.

7. Notis Menamatkan Perkhidmatan Penjagaan


7.1 Sila maklumkan pihak pengurusan Mak Teh Little Kids Edu Care Centre satu (1)
bulan lebih awal jika ibu bapa / penjaga mahu menamatkan perkhidmatan penjagaan
kanak-kanak di Mak Teh Little Kids Edu Care Centre

8. Lain-lain
8.1 Ibu Bapa / Penjaga perlu memaklumkan kepada pihak Mak Teh Little Kids Edu
Care Centre sebarang makanan atau sesuatu yang menyebabkan alahan kepada
kanak-kanak.

8.2 Makanan yang dibeli dari luar adalah dibenarkan (kecuali makanan ringan). Walau
bagaimanapun, ibu bapa / penjaga bertanggungjawab sepenuhnya atas sebarang
ketidakselesaan atau kesakitan yang disebabkan makanan yang dibeli dari luar.

8.3 Sekiranya kanak-kanak sakit atau berlaku kecemasan pihak Mak Teh Little Kids
Edu Care Centre akan segera menghubungi ibu bapa / penjaga.

8.4 Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa / penjaga untuk memaklumkan pihak
Mak Teh Little Kids Edu Care Centre jika ada sebarang perubahan maklumat peribadi
(alamat atau nombor telefon).

8.5 Pihak pengurusan Mak Teh Little Kids Edu Care Centre berhak dan berkuasa
memberhentikan atau menggantung kanak-kanak sekiranya didapati kanak-kanak
atau ibu bapa / penjaga gagal dan/atau TIDAK MEMATUHI peraturan-peraturan Mak
Teh Little Kids Edu Care Centre.

8.6 Sekiranya ibu bapa / penjaga memerlukan maklumat lanjut mengenai yuran Mak
Teh Little Kids Edu Care Centre, bayaran lebih masa, jagaan harian, menu,
rutin/aktiviti dan sebarang pertanyaan sila rujuk kepada pihak pengurusan Mak Teh
Little Kids Edu Care Centre.

8.7 Pihak Mak Teh Little Kids Edu Care Centre berhak membuat sebarang pindaan
terhadap Syarat dan Peraturan. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa
ke semasa.

8.8 Kerjasama dari pihak ibu bapa / penjaga amat dihargai.

Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai