Anda di halaman 1dari 9

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SECARA ISLAMIK

NAMA KURSUS

FALSAFAH, SEJARAH DAN KONSEP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

KOD KURSUS

AAK2013

TAJUK

DASAR PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

DISEDIAKAN OLEH

NUR A’ISYAH MAISARAH BINTI ZAINUDDIN

PID20317

NAMA PENSYARAH

PUAN SYAZWANI BINTI HUSIN

JABATAN PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INSAN

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH

SEMESTER 1 SESI 2021/2022


ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN …………………………………………………………………………… 1

2.0 KONSEP HOME CHILD CARE ………………………………………………………... 2

3.0 KONSEP COMMUNITY CHILD CARE …………………………………………….... 4

4.0 RUMUSAN ………………………………………………………………………………... 6

5.0 RUJUKAN ………………………………………………………………………………… 7

BIL. PERKARA MUKA SURAT


1.0 Pengenalan 1
2.0 Definisi Dasar 2
3.0 Dasar Perlindungan kanak-kanak 5
4.0 Penutup 11
Rujukan
1.0 PENGENALAN

Aktiviti mengasuh menjaga dan mendidik anak kecil bukan sesuatu yang mudah. Memerlukan
penglibatan ramai pihak, lebih-lebih lagi bagi ibu bapa yang mempunyai kerjaya. Ibu bapa
mempunyai pilihan sama ada untuk menghantar anak-anak mereka di pusat jagaan (Comunnity
Child Care ) atau memberi kepercayaaan penuh kepada pengasuh dirumah, ( Home Child Care ).

Hal ini akan melibatkan cara pengasuhan dan bimbingan serta hasil didikan pengasuh itu
sendiri sebagai pengasuh, penjaga dan pendidik. Memilih untuk menghantar anak ke taska atau
pengasuh adalah cara terbaik untuk menjadikan anak lebih berdikari dan belajar bersosial
bersama kanak-kanak lain seusianya. Keputusan sama ada untuk menghantar anak ke taska atau
rumah pengasuh, kedua-duanya tidak mendatangkan sebarang masalah sekiranya ibubapa dapat
menghantar anak-anak mereka ke rumah pengasuh atau taska yang boleh dipercayai. Ada
perbezaan jika ibu bapa menghantar anak-anak mereka di Community Child Care dan Home
Child Care.

Walauapa pun keputusan yang ibu bapa ambil, sama ada memilih taska ataupun
menghantarnya ke rumah pengasuh, mereka perlu tetap mengambil kira tentang faktor dan aspek
penting seperti membuat kajian latar belakang sesebuah taska, membuat perbandingan antara
taska yang telah di senarai pendek. Jika ibu bapa mahu menghantar anak mereka di rumah
pengasuh, juga banyak perkara penting yang perlu diambil kira seperti mengenali lebih
mendalam mengenai seorang pengasuh tersebut sebelum menghantar dan memberi kepercayaan
kepada pengasuh.
2.0 KONSEP HOME CHILD CARE

Pengasuh di rumah, sesiapa sahaja boleh menjadi pengasuh di rumah. Mengambil anak-anak
orang lain dengan bayaran untuk di jaga sudah boleh di panggil pengasuh. Tidak perlu
mempunyai kelayakan akan tetapi jika seorang pengasuh itu mempunyai kelayakan adalah
lebih baik. Ramai juga pengasuh-pengasuh di rumah yang menjaga anak-anak asuhan ini
melebihi had yang di syaratkan. Yang ini kebiasaanya sangat-sangat menjadi pilihan pada
ibubapa di luar sana. Oleh kerana, dibayar murah dan tiada had masa jagaan, atau sebab tiada
pilihan. Apa pun terpulang pada masing-masing.Walaupun sekarang ini pengasuh-pengasuh
di rumah telah mengikuti kursus wajib pengasuh iaitu Kursus Asuhan Permata atau
ringkasannya KAP, tetapi masih ramai yang tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan
Masyarat Malaysia. Dan mereka-mereka ini sebenarnya hanya layak di panggil pengasuh di
rumah dan had jagaan hanya 4 orang sahaja termasuk anak sendiri, boleh rujuk senarai
semak atau panduan pemilihan pengasuh di rumah yang di keluarkan oleh Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Antara prosedur penyelidikan dan keselamatan bagi memilih pengasuh untuk anak-anak ialah
dengan adanya ahli keluarga atau saudara-mara yang tinggal berdekatan ini akan menjadi
pilihan yang terbaik kerana ibu bapa akan mudah berasa percaya dan yakin kerana mengenali
individu yang menjaga anaknya. Untuk menjadikan penjagaan ini lebih mudah ibu bapa
boleh menyenaraikan keperluan harian anak-anak seperti waktu-waktu tertentu pemberian
susu. Selain itu, cara kehidupan. Ibu bapa yang beragama islam semestinya memahukan
pengasuh yang beragama islam juga. Ini adalah amat penting kerana penampilan, perwatakan
dan tingkah laku pengasuh sedikit sebanyak akan memberikan kesan kepada anak-anak.
Pengasuh yang baik akan sentiasa memelihara aurat dan akhlaknya. Seterusnya, mengetahui
tentang penjagaan anak-anak. Ilmu pendidikan awal kanak-kanak amat penting kepada
seorang pengasuh ia bukan sahaja perlu mengetahui tentang cara untuk menukar lampin dan
membuat susu tetapi pengasuh juga perlu tahu bagaimana menangani anak-anak yang
bergaduh dan menenangkan anak-anak yang sedang menangis. Selepas itu, melakukan
penyelidikan dengan menanyakan ibu bapa, jiran dan rakan sekerja mengenai pusat jagaan
ini jika tidak mempunyai ahli keluaraga atau saudara-mara yang berkelapangan untuk
menjaga.

Biasanya rujuk daripada kenalan atau orang yang berpengalaman untuk mendapatkan
perkhidmatan pengasuh daripada individu yang boleh mencadangkan seseorang pengasuh
yang dikenalinya. Selain itu, pastikan anak-anak selesa ini mungkin mengambil masa untuk
anak-anak selesa dan mesra ketika bersama pengasuh tetapi selepas beberapa hari anak-anak
bersama pengasuh, ibu bapa dapat mengesan adakah anak-anak selesa dan mesra bersama
pengasuh atau tidak. Jika anak-anak masih tidak mahu dengan pengasuhnya ini mungkin
pengasuh tidak dapat memberikan kemesraan sewajarnya dan personaliti pengasuh yang
tidak sesuai dengan kanak-kanak. Kelebihan penjagaan dirumah ialah kos yang lebih
rendah kerana pusat penjagaan anak-anak di rumah biasanya lebih murah daripada taska.
Selain itu, ukuran tempat lebih kecil disebabkan penjagaan anak di rumah biasanya
mempunyai anak-anak asuhan yang tidak ramai ini membolehkan anak-anak mendapatkan
lebih masa ikatan dengan pengasuh dan tumbuh dalam persekitaran yang memelihara dengan
perhatian yang lebih. Suasana seperti rumah dengan kemudahan yang ada di rumah, boleh
menjadikan anak-anak merasa lebih membiasakan diri. Seterusnya, fleksibiliti iaitu waktu
penjagaan tidak semestinya lapan hingga enam petang kerana penjagaan di rumah tidak
mengenakan had waktu pengambilan jadi memudahkan untuk ibu bapa yang bekerja shift
lewat.
3.0 KONSEP COMMUNITY CHILD CARE

Taska adalah singkatan kepada Taman Asuhan Kanak-kanak yang duduk di taska adalah bayi
sehingga umur 4 tahun. Bilangan kanak-kanak yang dijaga di taska lebih daripada 10 orang.
Taska tidak boleh beroperasi sebelum mendapat kelulusan daripada 3 agensi iaitu Majlis
Tempatan,pihak Kesihatan dan Bomba. Penubuhan taska adalah tertakluk kepada Akta
Taman Asuhan Kanak-kanak (1984). Semua taska yang beroperasi mestilah berdaftar dengan
Jabatan Kebajikan Masyarakat. Taman asuhan kanak-kanak akan di buat di tempat tinggal
pengasuh sama ada rumah sewa atau rumah sendiri. Kelayakan bagi taska yang
berdaftar,pengasuh wajib lulus KAP serta mendaftarkan taska dengan JKM. Kelayakan bagi
pengusaha bagi jagaan anak-anak asuhan yang telah ditetapkan oleh JKM ialah Bayi : 0-1
tahun : 1 pengasuh : 3 kanak-kanak. Kanak-kanak : 1-3tahun : 1 pengasuh : 5 kanak-kanak.
Kanak-kanak : 3-4 tahun : 1 pengasuh : 10 kanak-kanak. Untuk menjadikan taska adalah
taska yang berdaftar perlu diikuti syarat-syarat yang dinyatakan dalam senarai permohonan.
Ini mungkin berbeza bergantung pada situasi, tempat dan negeri masing-masing. Antara
perkara pentingnya ialah siapkan proposal lengkap dengan pelan lantai, jadual aktiviti, jadual
pemakanan dan suntikan typoid. Selepas permohonan dikemukakan, pihak JKM akan datang
membuat lawatan. Semak keadaan rumah dari segi kebersihan, keselamatan dan rekod yang
berkenaan. Kebanyakkan ibu bapa yang bekerja perlu menghantar anak ke pusat penjagaan
kanak-kanak. Terdapat kebaikan menghantar anak ke pusat penjagaan iaitu pendedahan di
pusat penjagaan akan membuatkan kanak-kanak semakin mahir ini akan memberikan impak
positif untuk kanak-kanak. Dengan adanya pusat penjagaan ibu bapa boleh menghantar anak
untuk dijaga ketika waktu kerja oleh itu ibu bapa boleh pergi bekerja dan memudahkan rutin
harian ibu bapa. Pusat penjagaan dapat membantu meningkatkan kemahiran dan
perkembangan intelektual anak-anak.
Antara ciri taska mengikut standard ialah yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
ia penting untuk memastikan bahawa taska tersebut mengikut standard yang ditetapkan dan
menepati piawaian dalam asihan anak-anak. Selain itu, kawasan persekitaran dan taska adalah
selamat dengan melihat dan perhatikan kawasan taska dan sekitaranya serta keadaan jalan raya
yang berhampiran taska supaya tidak mengundang bahaya untuk keselamat anak-anak.
Seterusnya, aspek keselamatan dengan memastikan bahawa premis taska tersebut terdapat
tangga keselamatan, pintu kecemasan dan juga alat pemadam kebakaran ini antara perkara yang
penting untuk diambil kira. Pihak taska harus mendapatkan kelulusan pihak tertentu bagi
menentukan sama ada jika berlaku kecemasan seperti kebakaran, pihak taska berkenaan bersedia
untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Aspek lain yang harus menjadi keutamaan adalah
soal kebersihan kerana taska yang bersih memainkan peranan yang penting dalam menjamin
tahap kesihatan yang baik untuk anak-anak kerana penyakit mudah menjangkiti dalam kalangan
anak-anak terutama jika kawasan dan tempat tinggal anak-anak tidak berada dalam keadaan yang
baik dan tidak dijaga kebersihannya. Saiz kelas jagaan anak-anak di taska menjadi perkara yang
baik kerana anak-anak dapat berinteraksi antara rakan dan bermain dengan ramai rakan
seusianya,ini akan membantu anak-anak berkongsi, berhati-hati, belajar dari orang lain dan
berkawan. Kebiasaannya anak-anak yang dihantar di taska tiada masalah takut untuk bergaul.
Penjagaan harian yang berpusat ini dibuka dan ditutup mengikut waktu yang ketat ia merupakan
peraturan buat ibu bapa untuk mengambil anak-anak. Pusat penjagaan ini biasanya mengatur
jadual untuk anak-anak seperti waktu rehat, makan, tidur dan bermain dengan ini dapat
membantu anak-anak belajar organisasi.
4.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya,apa yang boleh dinyatakan keputusan sama ada untuk menghantar
anak ke rumah pengasuh atau taska, kedua-duanya tidak mendatangkan sebarang masalah
sekiranya ibu bapa dapat menghantar anak-anak ke rumah pengasuh atau taska yang boleh
dipercayai. Namun, sebaiknya bagi ibu bapa yang mempunyai anak bayi, sebagai permulaan
ibu bapa boleh menghantarnya ke rumah pengasuh yang berdaftar dan hanya mempunyai
anak jagaan dalam jumlah yang kecil. Ini membolehkan bayi mendapat perhatian dan jagaan
yang lebih baik berbanding menghantarnya ke taska yang kebiasaannya mempunyai bilangan
anak jagaan yang lebih ramai. Dan apabila anak sudah berusia 3 tahun ke atas sudah boleh
berjalan, makan dan minum sendiri ibu bapa disarankan untuk menghantar anak ke taska
dengan itu anak akan lebih tebuka untuk belajar bersosial dan berkomunikasi dengan kanak-
kanak seusia.
5.0 RUJUKAN

https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/
map&map_type=01&id=blB5RlVjdVRpSk9kTmVNYWFkWFJjdz09

https://www.safewise.com/faq/child-baby-safety/types-of-daycare/

https://my.theasianparent.com/pusat-penjagaan-kanak-kanak-manfaat

Anda mungkin juga menyukai