Anda di halaman 1dari 5

SKRIP JAWAPAN AAK2202

Nama Pelajar : NUR HAZIRAH IZZATI BINTI BAKRI


No Matrik: PID20104

BAHAGIAN A
SOALAN 1
a)
i. Memberi sepenuh komitmen dalam menjalankan tugas dan
tanggungjawab dengan jujur
ii. Memastikan kanak-kanak di Taska dan Tadika mendapat hak
mereka sebagai kanak-kanak
iii. Amanah dan dedikasi untuk memastikan kanak-kanak
mendapat pengasuhan dan pendidikan awal yang berkualiti dan
professional.
iv. Diberi perlindungan dari segala jenis penderaan serta
penganiayaan.
b)
Terdapat tiga syarat yang disediakan oleh agensi yang terlibat dalam
menyediakan latihan kepada usahawan baru iaitu Tabung Ekonomi
Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) . Syarat yang pertama adalah had
pinjaman TEKUN adalah serendah RM500.00 sehingga RM100,000.00.
Syarat kedua adalah caj perkhidmatan yang dikenakan juga hanya 4 %
setahun. Syarat ketiga adalah, TEKUN juga menjadi pilihan kerana
peminjam tidak memerlukan penjamin atau cagaran.
SOALAN 2
a) Definisi taska adalah mana-mana premis di mana empat orang atau
lebih kanak-kanak di bawah umur empat tahun dari lebihdaripada
satu isi rumah diterima masuk untuk dijaga dengan upah.
Seterusnya, definisi tadika. Tadika adalah singkatan daripada
Taman Didikan Kanak-kanak. Tadika boleh didefinasikan sebagai
“mana-mana premis yang menerima masuk lebih dari 4 orang
kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun untuk tujuan menerima
pendidikan dengan upah.” Penubuhan Tadika swasta perlu didaftar
dengan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), iaitu di bawah Unit
Pendidikan Swasta. Oleh yang demikiansemua hal berkaitan dengan
tadika swasta perlu dirujuk kepada Jabatan Pelajaran Negeri (dulu
dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Negeri).

b) Terdapat empat jenis Taska yang pertama adalah Taska di Institusi,


taska ini menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan,
ia juga ditubuhkan atas inisiatif pihak swasta dan Badan Bukan
Kerajaan (NGO). Seterusnya yang kedua adalah, Taska di Tempat
Kerja, taska ini menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam
jagaan, ia ditubuhkan atas inisiatif majikan untuk kebajikan pekerja.
Kemudian yang ketiga adalah Taska Komuniti, taska ini menerima
10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan dan menerima
bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, ia
ditubuhkan atas inisiatif komuniti untuk manfaat kepada keluarga
yang berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar. Akhir sekali
yang keempat adalah Taska di Rumah, taska ini menerima 4 hingga
9 orang kanak-kanak dalam jagaan dan dijalankan di kediaman
sendiri.
SOALAN 3
a) Pengusaha perlu memastikan kawasan untuk menubuhkan tadika
atau taska selamat dari kesesakan lalu lintas dan suasana yang
aman dan damai untuk kanak-kanak. Setiap ruang yang akan
ditubuhkan perlu ada ciri-ciri keselamatan dan bebas dari kawasan
yang mempunyai gangguan haiwan liar.

b) Empat kategori sumber yang diperlukan untuk membina sebuah


pusat pendidikan kanak-kanak, (material), Untuk bahan yang
digunakan di pusat tersebut.Seterusnya, E (equipment), Untuk
peralatan termasuklah alat mainan, dapur, pejabat, pengangkutan
dan hiasan. S (space), Untuk tempat (ruang) termasuklah
bangunan, taman permainan dan susunan hiasan. Termasuk juga
insuran. H (human), Untuk tenaga manusia termasuklah
pengetahuan, kemahiran dan kebolehan semua untuk membentuk
dan menyampaikan perkhidmatan. Pengendalian pusat pendidikan
awal kanak-kanak memerlukan pengagihan kewangan yang
bijaksana. Kealpaan dalam pengagihan dan mengurus kewangan
yang ada akan mendatangkan masalah dan menjejaskan
pelaksanaan pembelajaran di pusat pendidikan ini. Oleh itu
pengurusan kewangan yang baik dan teratur hendaklah dirancang
dan sentiasa dikemas kini.
BAHAGIAN B
SOALAN 2
Sebagai orang dewasa atau seorang ibu bapa kita dapat memahami
bertapa susahnya untuk mencari pusat penjagaan ataupun pengasuh
yang baik terutama sekali apabila kita sering digemparkan dengan berita
penderaaan dan kemalangan yang berlaku kepada anak-anak ketika ibu
bapa di tempat kerja. Terdapat empat ciri pengasuh yang diperlukan
untuk mengasuh dan mendidik kanak-kanak. Ciri yang pertama adalah,
sikap dan padangan pengasuh . Perkara utama bagi ibu bapa untuk
memastikan agar guru-guru dan pengasuh bersemangat dan suka
menjaga kanak-kanak, proaktif dalam mencari aktiviti yang boleh
membuat kanak-kanak terus aktif dan seronok ketika belajar dan
bermain. Beri perhatian kepada cara pemakaian dan percakapan guru
dan pengasuh kerana ini secara tidak langsung menunjukkan sama ada
pengasuh yang berdisiplin, teratur dan berpengetahuan atau tidak.
Seterusnya, ciri yang kedua adalah keselamatan. Pengasuh atau guru di
pusat penjagaan anak-anak perlu dilengkapi dengan sekurang-
kurangnya pengetahuan pertolongan cemas, sekiranya berlaku
kecemasan. Jika pengusaha pusat jagaan tersebut mempunyai sijil
pertolongan cemas yang sah, maka ia lebih baik. Untuk keselamatan
anak-anak, ibu bapa juga boleh mencuba memeriksa sama ada pengasuh
atau penjagaan anak-anak mempunyai sebarang kesalahan jenayah yang
lalu terhadap mereka. Di samping itu, ibu bapa juga perlu memastikan
bahawa pusat penjagaan tersebut mempunyai kamera litar tertutup dan
jumlah pelajarnya tidak terlalu ramai kerana ini boleh meningkatkan
kemungkinan kemalangan yang berlaku disebabkan kecuaian. Selain itu,
ciri yang ketiga adalah komunikasi. Pengasuh dan pusat penjagaan
seharusnya tidak mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan ibu
bapa dan sebaliknya. Pusat penjagaan tersebut perlu tahu bagaimana
untuk menghubungi ibu bapa dan bila perlunya untuk melaporkan
sesuatu kejadian kepada ibu bapa. Di samping itu, ibu bapa juga perlu
berasa selesa untuk menyampaikan kebimbangan mengenai anak-anak
kepada pengasuh dan pusat asuhan tersebut kerana selalunya pihak
pusat jagaan boleh membantu. Kemudian ciri yang keempat adalah
perwatakan yang menarik, Pengasuh yang baik sangat mudah didekati
dan dikenali ramai. Bersikap terbuka dan mesra. Mereka memiliki aura
positif yang mampu menarik minat anak-anak anda terhadapnya dan
membuatkan mereka selesa. Sekaligus mengukuhkan keyakinan ibu
bapa terhadap cara pengasuhannya. Walau pertama kali berjumpa,
pengasuh ini akan berusaha membuatkan si anak ini tadi rasa selamat
bersamanya dan anda juga bersedia meninggalkan bayi bersama
pengasuh. Akhir sekali ciri yang kelima adalah rekod prestasi yang baik.
Adalah sangat mustahak bagi pengasuh untuk mempunyai pengalaman
menjaga kanak-kanak dan tahu apa yang diharapkan daripada ibu bapa.
Sebagai ibu bapa, boleh bertanya kepada pihak pusat jagaan tentang
skop tanggungjawab mereka yang terdahulu, umur kanak-kanak yang
pernah dijaga sebelum ini dan memberi contoh berasaskan senario
untuk melihat perspektif mengenai perkara itu. Sebagai penutup ,
kesimpulannya tidak dapat dinafikan lagi bahawa pengasuh dan pusat
penjagaan yang baik adalah sangat penting dalam memastikan bahawa
anak-anak membesar dengan baik, sihat dan gembira. Oleh itu, adalah
sangat penting untuk memastikan ibu bapa menghantar anak-anak ke
pusat penjagaan dan pengasuh yang baik.

Anda mungkin juga menyukai