Anda di halaman 1dari 5

SKRIP JAWAPAN AAK2202

Nama Pelajar : NUR AUNI NAJIHAH BINTI MOHD NAJID


No Matrik:PID20209

(BAHAGIAN A)
SOALAN 1.
(a) 4 peranan pengasuh dan pendidik di taska dan tadika ialah
memberikan komitmen sepenuhnya dalam menjalankan tugasan dan
tanggujawab dalam mendidik kanak-kanak dengan jujur dan
amanah. Seterusnya, peranan kedua adalah memastikan kanak-
kanak mendapat hak sebagai kanak-kanak dan kanak-kanak
mendapat perlindungan dari pihak taska dan tadika. Selain itu,
peranan ketiga adalah memastikan kanak-kanak mendapat
pengasuhan yang baik dari pengasuh dan pendidik yang bertauliah.
Akhir sekali, peranan keempat adalah memastikan kanak-kanak
mendapat pembelajaran dan pengajaran pendidikan awal kanak-
kanak yang berkualiti dan professional.
(b) 3 syarat yang disediakan agensi adalah warganegara dan
bumiputra kerana agensi ini membantu anak malaysia yang hendak
memulakan perniagaan. Seterusnya, kedua adalah umur dari 18
tahun sehingga 65 tahun. Akhir sekali, syarat akhir adalah
mempunyai permit dan lesen pendaftaran yang sah.

SOALAN 2.
a. Definisi taska adalah singkatan daripada taman asuhan kanak-
kanak. Selain itu, mana-mana premis yang menerima masuk kanak-
kanak 4 tahun ke bawah dari seisi rumah dengan menerima upah.
Definisi tadika adalah singkatan dari taman didikan kanak-kanak.
Selain itu, mana-mana premis yang menerima masuk kanak-kanak
berusia 5 dan 6 tahun untuk tujuan menerima pendidikan dengan
upah.
b. 4 jenis taska yang telah dipelajari adalah taska di institusi,taska di
rumah, taska di tempat kerja dan taska komuniti.

SOALAN 3.
a. Ciri keselamatan sebelum membuka taska dan tadika ialah terdapat
tangga untuk laluan kecemasan bagi waktu kebakaran, premis perlu
ada pengudaraan yang baik dan mendapat cahaya matahari, premis
dan persekitaran bersih dan tidak berbahaya untuk kanak-kanak dan
longkang di sekitar tadika dan taska hendaklah ditutup agar kanak-
kanak tidak terjatuh ke dalam longkang.
b. 4 kategori sumber untuk membina pusat pendidikan awal kanak-
kanak ialah bahan yang akan digunakan,peralatan seperti alat
mainan kanak-kanak,ruang seperti ruang makan dan taman
permainan dan tenaga seperti pengusaha dan pengasuh tadika yang
mempunyai pengetahuan tentang pendidikan awal kanak-kanak.
(BAHAGAIAN B)
SOALAN 1.

Tandas

Bilik darjah Bilik darjah

Stor

Tandas Dapur Ruang makan

Ruang berkumpul

SOALAN 2.
5 ciri yang diperlukan untuk seorang pengasuh. Ciri pertama adalah
mempunyai minat kepada bidang pendidikan awal kanak-kanak kerana
untuk menjadi pendidik atau pengasuh perlu mempunyai pengetahuan
tentang perkembangan kanak-kanak dan pemakanan kanak-kanak.
Pendidik atau pengasuh yang berpendidikan akan mengurangkan
pengabaian dan penderaan kanak-kanak berlaku. Ciri kedua adalah
bersifat penyabar kerana tidak mudah untuk kita mendidik kanak-kanak
yang tidak tahu apa-apa jadi kesabaran ketika mengajar kanak-kanak
perlu tinggi untuk mengelakkan pendidik melakukan penderaan seperti
mencubit dan memukul kanak-kanak. Ciri ketiga adalah amanah kerana
sifat amanah sangat penting untuk menjadi pendidik. Dengan bersikap
amanah, pendidik tidak akan memukul dan mendera kanak-kanak kerana
kanak-kanak ini telah diamanahkan oleh ibubapa mereka kepada
pendidik. Ciri keempat adalah berkomitmen tinggi kerana pendidik akan
mempunyai kerja yang akan membuat pendidik tekanan dan pendidik
perlulah membuat tugas yang diberi oleh pengusaha tadika dan taska. Ciri
kelima adalah menyukai kanak-kanak kerana apabila kita bekerja di
tadika kita perlu memberi layanan sama rata diantara kanak-kanak dan
jangan lah kita membeza bezakan rupa paras seorang kanak.

SOALAN 3.
Di dalam piramid makanan terdapat 4 peringkat iaitu lemak , protein,
karbohidrat dan vitamin. Peringkat lemak adalah bahagian paling atas
kerana pengambilannya adalah paling sedikit. Pengambilan berlebihan
boleh meningkatkan risiko penyakit kronik seperti obesiti, kencis manis,
penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan beberapa jenis kanser.
Hadkan pengambilan makanan tinggi lemak, minyak, gula dan garam
serta kurangkan penggunaan sumber minyak, lemak, gula, garam dalam
penyediaan makanan. Peringkat protein dan tenusu adalah bahagian
kedua dalam piramid makanan serta vitamin iaitu sayur-sayuran adalah
peringkat ketiga sederhana pengambilannya. Sumber baik untuk serat,
vitamin, mineral dan fitokimia yang membantu menguatkan ketahanan
terhadap penyakit (imuniti). Makan banyak buah-buahan dan sayur-
sayuran setiap hari juga memberi manfaat kepada kesihatan terutamanya
mencegah penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung dan
beberapa jenis kanser. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang
pelbagai setiap hari. Jenis sayur-sayuran boleh diambil samada sayur-
sayuran berdaun hijau, sayuran pelbagai warna, termasuk sayur buah,
sayur kacang, ulam, sayuran dalam tin atau beku. Pilih buah-buahan
segar. Jus buah tidak boleh menggantikan lebih daripada satu sajian
buah-buahan. Akhir sekali, peringkat karbohidrat kerana
pengambilannya adalah paling banyak. Sumber utama karbohidrat yang
membekalkan tenaga (50% -55% dari jumlah tenaga harian). Sumber
yang baik untukvitamin, mineral, dan serat. Serat makanan memberi
banyak manfaat seperti meningkatkan pergerakan usus dan menjaga
kesihatan usus serta mencegah sembelit. Ia juga membantu menurunkan
paras glukosa dan kolesterol darah. Pilih makanan bijirin daripada bijirin
penuh seperti roti mil penuh, bijirin mil penuh, beras perang. Makanan
ini mengandungi kandungan serat yang lebih tinggi. Jumlah sajian yang
disyorkan adalah 4 hingga 8 sajian sehari.

Anda mungkin juga menyukai