Anda di halaman 1dari 28

1. Apakah Itu Taska?

TASKA adalah singkatan kata dari


Taman Asuhan Kanak-Kanak
. Taska boleh didefinisikan sebagai"mana-mana premis yang menerima masuk
kanak-kanak melebihi 4 orang yang berumur 4 tahun kebawah selain dari seisi
rumah dengan menerima upah." TASKA adalah
berbeza dari TADIKAdan Pusat Jagaan Kanak-Kanak
. Tujuan TASKA diadakan adalah untuk membantu ibubapa menjagaanak-anak
mereka sepanjang ketiadaan ibubapa. Penubuhan Taska perlu
didaftarkandengan
Jabatan Kebajikan Masyarakat.
2. Apakah Itu Tadika?
Tadika adalah singkatan daripada
Taman Didikan Kanak-kanak
. Tadika boleh didefinasikan sebagai
mana
-mana premis yang menerima masuk lebih dari 4 orang kanak-kanak berumur 5
hingga 6
tahun untuk tujuan menerima pendidikan dengan upah. Penu
buhan Tadika swasta perlu didaftardengan
Jabatan
Pelajaran Negeri (JPN),
iaitu di bawah Unit Pendidikan Swasta. Oleh yang demikiansemua hal berkaitan
dengan tadika swasta perlu dirujuk kepada Jabatan Pelajaran Negeri
(duludikenali sebagai Jabatan Pendidikan Negeri).
3. Tips Untuk Perniagaan Taska & Tadika

Pendaftaran
- Taska perlu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) danTadika
berdaftar dengan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)

Persekitaran yang bersih dan selamat


- Sila pastikan kebersihan kawasan sekitar Taska atauTadika pada tahap yang
memuaskan

Lokasi
- Sila pilih lokasi Taska atau Tadika yang strategik, mudah untuk dilihat dan
dikunjungi

Warna
- Perlulah memilih tema warna yang sesuai dan ceria untuk Taska & Tadika
bagimembantu perkembangan menyeluruh kanak-kanak

Program & aktiviti yang berkualiti


- Sila pastikan program yang ditawarkan memberipendedahan yang baik kepada
proses awal pendidikan & pembelajaran kanak-kanak

Insuran
- Adalah digalakkan Taska atau Tadika menyediakan skim insuran kepada kanakkanak di bawah jagaan mereka

Fardu ain @ Iqra'


- Sebaik-baiknya Taska atau Tadika menyediakan program pelajaran asasfardu
ain & iqra'

Perkhidmatan Pengangkutan Taska atau Tadika yang mempunyai perkhidmatanpengangkutan sendiri akan
lebih digemari oleh ibubapa kerana memudahkan mereka

Promosi Promosi yang berterusan adalah sangat penting bagi memastikan bisnes Taska
&Tadika mampu bersaing dan sebagai media informasi kepada para pelanggan

KERTAS KERJA KAJIAN SISTEM PENDIDIKAN


KEBANGSAAN (MTT2353)

PENDIDIKAN PRA SEKOLAH

1.0 PENGENALAN
Pendidikan prasekolah adalah pendidikan asas yang penting. Ia merupakan
pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas
pendidikan di rumah. Ia menjadi tapak yang boleh menyemaikan bibit cintakan

ilmu pengetahuan dan sukakan sekolah. Oleh sebab itu guru prasekolah perlu
mempunyai pengetahuan yang luas mengenai pendidikan prasekolah yang
merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran
pembelajaran, pentadbiran pusat prasekolah dan aspek-aspek lain yang
berkaitan dengan pendidikan prasekolah. Dalam tamadun Barat, pendidikan
awal bermaksud pendidikan peringkat prasekolah. Pada mulanya peringkat ini
hanya meliputi kanak-kanak dari umur tiga hingga enam tahun, yang lebih
dikenali dengan peringkat kindergarten. Selepas beberapa kajian, konsep
pendidikan awal ini dipinda supaya meliputi kanak-kanak di peringkat selepas
lahir hingga ke peringkat enam tahun. Peringkat selepas lahir hingga ke
peringkat tiga tahun dikenali juga sebagai peringkat nursery. Dari perspektif
Islam, pendidikan awal bermula dari masa anak masih berada dalam kandungan
ibu sehingga kanak-kanak berumur enam tahun. Secara umum, pendidikan
awal Islam boleh dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu peringkat sebelum
lahir dan peringkat sesudah lahir. Peringkat sesudah lahir dibahagikan juga
kepada dua tahap. Iaitu dari mula dilahirkan hingga tiga tahun dan tahap
seterusnya dari umur tiga hingga meningkat ke enam tahun.

-1Jelaslah di sini menunjukkan bahawa pendidikan prasekolah memainkan


peranan yang penting di dalam pertumbuhan diri seseorang kanak-kanak itu di
dalam kedua-dua tamadun Barat dan Islam. Persoalannya sekarang adakah ibu
bapa mempunyai kebolehan,
pengetahuan dan keupayaan dari segi masa dan tenaga untuk menangani segala
bentuk masalah dan fenomena yang muncul dalam sistem sosio-ekonomi
masyarakat sekarang? Ibubapa sebagai orang yang bertanggungjawab mendidik
dan memimpin anak-anak, mungkin menghadapi masalah dalam melaksanakan
peranan mereka dengan sempurna kerana terdesak oleh hambatan hidup,
contohnya ibu juga terpaksa bekerja di luar rumah.
Fenomena yang disebutkan di atas menyebabkan ibubapa terpaksa mencari
pengganti untuk melaksanakan tugas dan peranan yang sepatutnya mereka
laksanakan sendiri. Dalam dekad 70-an dan 80-an peranan ibubapa digantikan
dengan pengasuh yang tinggal serumah bersama-sama keluarga. Dalam tahuntahun mutakhir ini, tempat-tempat seperti taman asuhan (hadhanah)dan tadika
menjadi tumpuan dan harapan ibubapa agar dapat mengambil alih
tanggungjawab mereka sama ada secara sepenuhnya atau sebagai menampung
waktu ketiadaan mereka bersama anak-anak. Jadi untuk menyempurnakan

tugas ibubapa dengan sebaiknya, taman-taman asuhan perlulah diberi pengisian


yang lengkap. Pengisian yang dimaksudkan ialah kurikulum yang bertujuan
untuk melatih dan mendidik dalam semua aspek pendidikan seperti pendidikan
moral, rohani, jasmani dan juga mental.

-2-

2.0 PERANAN DAN FUNGSI PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah mempunyai peranan dan fungsinya yang tersendiri


sebagai asas pendidikan dalam perkembangan pendidikan di negara ini kerana
pendidikan prasekolah bukanlah sebahagian dari sistem persekolahan di
Malaysia. Tidak ada
peruntukan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran untuk pendidikan
prasekolah. Penglibatan Kementerian Pelajaran ialah setakat menyediakan buku
panduan bagi kewujudan tadika-tadika . Sama ada ianya diikuti atau tidak
terpulanglah kepada institusi pendidikan prasekolah tersebut. Walau
bagaimanapun fungsi dan peranan pendidikan prasekolah tidak dapat dinafikan.
Antara fungsi pendidikan prasekolah (Seminar Pendidikan UKM, Jun 1978)
Pendidikan prasekolah akan memperkayakan lagi pengalaman kanakkanak dari kelas sosio-ekonomi yang baik.
Dengan adanya sistem pendidikan prasekolah ini dapat menolak dan
mengenali kelemahan-kelemahan kanak-kanak sebelum memasuki
darjah satu.
Kewujudan sistem pendidikan prasekolah juga dapat memperbaiki lagi
persediaan

pembelajaran yang sudah lengkap.


Fungsinya yang lain ialah mencukupkan dan mengisikan persediaan
pembelajaran yang tidak lengkap.

-3 Keseimbangan emosi- untuk menyemai sikap positif terhadap diri


sendiri, kepercayaan terhadap orang lain dalam hidup kumpulan serta
menambahkan keyakinan kepada keupayaan diri sendiri. Bagi
membentuk kemahiran kanak-kanak dalam asas 3 M.
Pertumbuhan estetika untuk menyemai kesedaran kanak-kanak terhadap
keindahan alam sekitar dengan menikmati muzik, lagu dan lain-lain.
Perkembangan dan pendidikan ketatanegaraan
Dapat memperkembangkan pendidikan kerohanian dan moral
Memberi pendidikan asas agama Islam untuk kanak-kanak Islam.
Pendidikan prasekolah menyediakan kurikulum yang dapat
memperkembangkan fizikal dan jasmani kanak-kanak, contohnya pusat
pendidikan prasekolah dilengkapi dengan alat permainan untuk kanakkanak bersenam dan untuk menggerakkan badan.
Akhir sekali pendidikan prasekolah berperanan bagi menyuburkan
potensi kanak-kanak dalam semua aspek pertumbuhan diri yang
seimbang supaya mereka menjadi individu yang berguna kepada dirinya
dan masyarakat dengan berlandaskan rukun negara.
Lazimnya fungsi pendidikan prasekolah di kaitkan dengan falsafah
meningkatkan perkembangan kanak-kanak dari segala sudut perkembanganya
(fizikal, emosi, sosial dan intelek untuk tadika swasta) serta perkembangan
sudut rohani melalui penerapan nilai-nilai murni (selaras dengan tuntutan
reformasi pendidikan). Fungsi pendidikan prasekolah menjelang tahun 2000
mungkin akan bertambah. Tadika akan menjalankan perkhidmatan bagi
meningkatkan keperluan dalam: (Dewan Masyarakat, April 1996)

-4 Perkembangan menyeluruh kanak-kanak


Kesediaan akademik untuk bersekolah
Penjagaan kanak-kanak
Perkembangan personaliti kanak-kanak
Pendidikan keibubapaan
Perkembangan kerohanian
Perkembangan daya kreatif
Fungsi pendidikan prasekolah menjelang ke arah pertengahan tahun 2000 akan
menjadi lebih rumit daripada keadaan sekarang. Seharusnya pihak akademik
yang merancang struktur pendidikan mengambil tindakan yang sewajarnya di
dalam menyelaraskan peranan dan fungsi tadika sebenarnya terhadap bidang
pendidikan.
1. KEPENTINGAN PENDIDIKAN AWAL (PRASEKOLAH)
Dalam memperkatakan pendidikan awal dari perspektif Islam, Al-Ghazali
berpendapat: "Kanak-kanak merupakan amanah dan tanggungjawab orang
tuanya, jiwanya suci murni merupakan permata mahal yang bersahaja dan
bebas dari ukiran dan gambaran dan ia boleh menerima setiap ukiran dan
cenderung kepada apa yang dicenderungkan kepadanya". (Al-Ghazali, 1296H,
Dalam Hasan Langgulung, 1979)
-5Rousseau, seorang ahli falsafah Perancis yang ideanya sendiri banyak
dipengaruhi oleh pemikir-pemikir Islam berpendapat, masa kanak-kanak di
kalangan manusia adalah
lebih panjang jika dibandingkan dengan makhluk lain seperti haiwan. Rousseau
selanjutnya menjelaskan bagaimana kanak-kanak memerlukan perlindungan.
Ini boleh dilakukan dengan menyediakan persekitaran yang sihat dan dapat
mengembangkan potensi yang ada

pada kanak-kanak tersebut. Pendedahan kepada persekitaran yang sesuai akan


mengajar mereka menjalani kehidupan dengan sempurna. Kanak-kanak tidak
harus ditinggalkan sendirian dan dipengaruhi oleh gejala-gejala negatif yang
membawa kepada kejahatan dan kejahilan (Hasan Langgulung, 1979:16).
Selanjutnya Rousseau menjelaskan: "Pentingnya masa kanak-kanak di mana
peribadi kanak-kanak terbentuk dan pengaruhnya besar sekali pada kehidupan
selanjutnya, yakni masa dewasa dan masa tua, hal-hal pertamalah yang patut
dipelihara, sebab kanak-kanak pada asalnya diciptakan siap untuk menerima
baik atau buruk. Hanya orang tuanyalah yang mencenderungkan kepada salah
satu diantaranya"
(Rousseau, 1762. Dalam Hasan Langgulung, 1979)
Pendapat ini hampir serupa dengan maksud sebuah hadis yang bermaksud
bahawa, "Kanak-kanak dilahirkan dengan fitrah(suci), hanya orang tuanya
yang menjadikannya Majusi, Yahudi atau Nasrani"(Ash-Shiddieqy, 1969)
Selain daripada kedudukan anak sebagai amanah Allah kepada ibubapa, anak
juga merupakan cubaan atau ujian kepada mereka. Allah menguji sama ada
ibubapa dapat
-6melaksanakan amanah ini. Sekiranya amanah ini terlaksana ibubapa
memperolehi ganjaran
seperti ibadah. Firman Allah yang bermaksud:
"Dan ketahuilah, bahawa harta bendamu dan anak-anakmu itu adalah sebagai
ujian dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang besar."
(Surah al-Anfal:28)
Terdapat juga hadith yang bermaksud: "Apabila anak Adam meninggal dunia,
putuslah semua amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang
manfaat dan anak yang soleh yang mendoakannya"
Jelaslah di sini bahawa pendidikan peringkat awal sangat dititik beratkan oleh
filosofi Islam dan Barat. Mereka sependapat bahawa pendidikan kanak-kanak
harus mendapat perhatian sepenuhnya kerana kanak-kanak mempunyai waktu
tertentu yang sangat singkat dan perlu mendapat perhatian serius. Waktu ini

disebut sebagai waktu kritikal. Perkembangan intelek, emosi dan jasmani


kanak-kanak bergantung kepada sempurna atau tidaknya asuhan yang
diperolehi terutama sekali dalam waktu kritikal. Jadi, untuk menyempurnakan
tugas ibubapa, taman-taman asuhan perlulah mempunyai kurikulum yang
seragam untuk membentuk insan yang cemerlang yang akan menjadi pemimpin
unggul pada masa akan datang. (Pendidik dan Pendidikan, USM)
-74.0 PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN PRASEKOLAH DI
MALAYSIA
Perkembangan sistem pendidikan prasekolah telah wujud sejak sekian lama di
Malaysia. Kebanyakannya lebih menjurus kepada pendidikan agama yang di
laksanakan secara tidak formal di kampung-kampung. Pengajian Al-Quran dan
agama ini di ajar kepada kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke atas oleh guruguru agama. Selalunya kanak-kanak ini belajar mengaji Al Quran di rumah tok
guru. Masa yang di tetapkan untuk mereka belajar mengaji Al Quran adalah
mengikut kehendak tok guru. Kebiasaannya ia di lakukan pada waktu selepas
asar atau pada waktu malam. Kanak-kanak ini di ajar membaca muqaddam dan
Al Quran sehinggalah mereka boleh membaca Al-Quran dengan bacaan yang
lancar dan betul. Kebiasaannya kanak-kanak ini akan qatam Al Quran sebanyak
tiga kali. Setelah qatam Al Quran, ahli keluarga kanak-kanak yang telah qatam
Al Quran membuat kenduri pulut kuning sebagai tanda bahawa anak mereka
telah tamat mengaji Al Quran dan sebagai ucapan terima kasih kepada tok guru
yang telah mengajar mereka. Pendidikan agama yang di jalankan secara tidak
formal ini masih lagi berlaku sekarang. Tetapi kebanyakan daripada keluarga
kanak-kanak sekarang menghantar anak mereka kepada guru mengaji Al Quran
yang di lantik di sesuatu kawasan atau sekolah agama. Biasanya mereka yang
mengajar Al Quran ini di panggil ustaz dan ustazah. Kanak-kanak ini mengaji
Al Quran seperti biasa dan hadiah kepada guru mengaji Al Quran ini adalah
berupa pembayaran wang atau yuran setiap bulan.

-8Sistem pendidikan prasekolah secara tidak formal ini terus berkembang


seiringan dengan tertubuhnya pusat-pusat asuhan kanak-kanak secara formal.
Perkembangan pusat-pusat asuhan dan institusi prasekolah secara formal di
Malaysia berkait rapat dengan faktor permintaan sosial, sama ada yang di
akibatkan oleh desakan keperluan ekonomi ataupun perubahan nilai masyarakat

yang di akibatkan oleh perbandaran dan permodenan. Pusat-pusat jagaan dan


asuhan telah wujud bersama-sama dengan penubahan ladang-ladang getah dan
kawasan perlombongan semasa pemerintahan kolonial Inggeris. Pusat-pusat ini
ditubuhkan bagi menjaga anak-anak pekerja, yang kedua-dua ibu dan bapa
bekerja bagi mencari nafkah. Akan tetapi pusat-pusat jagaan dan asuhan ini
semata-mata memberi tumpuan terhadap penjagaan kebajikan dan kesihatan
kanak-kanak, hanya sedikit tumpuan diberikan kepada aspek keperluan
pendidikan (educational needs). Perkembangan bandar berserta dengan
kepelbagaian kegiatan ekonomi bagi tujuan pembangunan telah mendorong
kepada komersialisasi pusat-pusat jagaan dan asuhan secara meluas. Pusatpusat jagaan dan asuhan ditubuhkan oleh pihak swasta bagi menampung
permintaan ibu bapa yang bekerja untuk menjaga kebajikan anak-anak mereka.
Pusat-pusat ini mengambil kanak-kanak dari umur beberapa bulan hingga 4
tahun atau 5 tahun.
Berbeza sedikit halnya daripada pusat jagaan dan asuhan, pendidikan
prasekolah secara berinstitusi hanya bermula pada awal 1950-an. Prasekolah
ketika itu adalah untuk kanak-kanak daripada golongan yang berada kerana
yuran bagi perkhidmatan itu adalah tinggi atau di luar kemampuan golongan
bawahan. Oleh itu, prasekolah bersifat elitis

-9walaupun pengajar (bukannya guru dalam erti kata sebenar) tidak mendapat
latihan profesional mengenai pendidikan awal kanak-kanak. Di pusat-pusat
prasekolah berkenaan, kurikulum prasekolah bersifat tradisional, iaitu
menyediakan kanak-kanak dengan kemahiran asas 3M bagi membolehkan
mereka dianggap superior dan mempunyai kelebihan daripada kanak-kanak
lain. Penubuhan pusat-pusat prasekolah bertambah meluas dalam tahun-tahun
1960-an sejajar dengan perkembangan bandar-bandar utama, khususnya di
negeri-negeri yang maju. (Azizah bt. Lebai Nordin, Fakulti Pendidikan UM).
Ketidakseimbangan penyertaan dalam prasekolah serta kepentingan pendidikan
jenis ini disedari apabila Laporan Murad (1973) dikemukakan. Walau
bagaimanapun, sebelum laporan itu telah dikuatkuasakan peruntukan tambahan
Akta pelajaran 1961, P.U. (A) 414 Kaedah-kaedah Pelajaran (Kindergaten
Sekolah Asuhan) (Pendaftaran), 1972 bagi mengawal perkembangan
penubuhan dan pengurusan pusat-pusat berkenaan. Kesedaran tentang
ketidakseimbangan penyertaan serta faedah pendidikan prasekolah sebagai
pendidikan imbuhan awal telah mendorong beberapa agensi kerajaan dan

pertubuhan kakitangan jabatan kerajaan giat menubuhkan pusat-pusat


prasekolah dalam tahun-tahun 1970-an dan 1980-an. Diantara agensi-agensi
kerajaaan yang giat menubuhkan dan membangunkan pusat-pusat prasekolah
serta program-program pendidikan berkenaan ialah FELDA, FELCRA,
RISDA, KEMAS. Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara,
Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan
Hal Ehwal Agama Islam, universiti-universiti, Kementerian Pertahanan,
Kementerian Pembangunan Bandar dan Desa Sabah, Lembaga Letrik Negara
dan Yayasan Sabah.
- 10 Rancangan Malaysia kelima (1986-1990) telah menyatakan bahawa satu kajian
yang meliputi seluruh negara mengenai kedudukan pendidikan prasekolah
dijalankan pada tahun 1981 dan telah disiapkan pada tahun 1984. Kajian
tersebut adalah bertujuan untuk menyediakan maklumat kepada kerajaan
mengenai kedudukan pendidikan prasekolah dan bagi membantu kerajaan
menggubal garis panduan dasar mengenai pendidikan prasekolah yang meliputi
antara lain pengawasan, pengawalan, penyelarasan, latihan guru, pembentukan
kurikulum dan peningkatan mutu pendidikan prasekolah. Hasil kajian tersebut
menunjukkan bahawa pendidikan prasekolah telah berkembang dalam tempoh
1981-1984. Kanak-kanak dalam lingkungan umur empat hingga enam tahun
yang mengikuti pendidikan prasekolah telah bertambah daripada 171,000 pada
tahun 1980 kepada 279,000 pada tahun 1984. Dalam tempoh yang sama,
terdapat sebanyak 5,657 pusat prasekolah berbanding dengan 2,974 pada tahun
1980. Sebanyak 4,487 atau 79 peratus daripada jumlah pusat-pusat ini yang
kebanyakannya terletak di kawasan luar bandar, menampung kira-kira 149,850
kanak-kanak atau 54 peratus daripada jumlah kanak-kanak yang mengikuti
pendidikan prasekolah pada tahun 1984 (Rancangan Malaysia Kelima 19861990).
Pada tahun 1989 terdapat 6,959 pusat pendidikan prasekolah di Malaysia, 4,728
di bawah berbagai agensi kerajaan, 631 di bawah badan-badan Berkanun
seperti FELDA (Federal Land Development Authority), 1392 dijalankan oleh
pihak persendirian dan 208 di bawah organisasi sosial. Jumlah pendaftaran
kanak-kanak dalam tahun 1989 adalah
- 11 33,520 meningkat daripada 196,992 pada tahun 1981 dan 300,850 pada tahun
1986. (Educational Statistics of Malaysia, 1980-85, 1986 dan 1989) (tidak
diterbitkan).

Mengikut anggaran dalam tahun 1990, seramai lebih kurang 490,700 orang dari
jumlah kanak-kanak yang berumur 5+ tahun harus mendapat pendidikan
prasekolah. Dari jumlah ini, dianggarkan seramai 269,450 orang kanak-kanak
(53%) tidak mendapat kemudahan pendidikan tersebut.(Kementerian
Pendidikan Malaysia 1991). Keadaan ini mendorong Kementerian Pendidikan
Malaysia menubuhkan prasekolah Annex untuk memberi kemudahan
pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak miskin dari kawasan bandar dan luar
bandar yang tidak mampu membayar yuran program pendidikan prasekolah
yang dianggap mahal.
1. KESAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH TERHADAP
PENCAPAIAN PELAJARAN KANAK-KANAK
Adalah perlu diberi perhatian bahawa kajian-kajian di negara-negara maju telah
membuktikan bahawa kanak-kanak yang mengikuti pendidikan prasekolah
mempunyai kesan positif terhadap perkembangan kognitif dan afektif kanakkanak peringkat Gred I dan Gred II (Halim, 1989). Dari kajian yang dijalankan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama UNICEF (United
Nations International Childrens Emergency Fund) (1980-1984) didapati
bahawa kanak-kanak yang mempunyai pengalaman pendidikan prasekolah
lebih bersedia untuk mengikuti pendidikan formal di sekolah rendah
- 12 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991).
Kajian di Malaysia juga mendapati kanak-kanak yang mengikuti pendidikan
prasekolah ada dari keluarga yang mempunyai latarbelakang sosio-ekonomi
tinggi atau rendah memperolehi pencapaian yang tinggi semasa di darjah I dan
darjah II (Halim, 1989). Kajian-kajian di atas menunjukkan betapa pentingnya
pendidikan prasekolah sebagai asas kesinambungan pendidikan sekolah rendah.
Memandangkan kepentingan pendidikan prasekolah bagi perkembangan diri
kanak-kanak dan bertambahnya pusat-pusat pendidikan prasekolah di Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menggubal
Piagam (1994) tidak lupa memasukkan isu prasekolah. Piagam ini menyebut:o Menyepadukan pendidikan prasekolah yang dikendalikan oleh
agensi-agensi kerajaan yang lain di bawah Kementerian
Pendidikan.

o Memastikan semua kanak-kanak mengikuti pendidikan


prasekolah.
o Menyelaraskan dan memastikan kurikulum prasekolah di semua
institusi prasekolah dilaksanakan. (Utusan Malaysia, 4 Januari
1994).
1. ISU KETIDAKSERAGAMAN KURIKULUM PENDIDIKAN
PRASEKOLAH DI MALAYSIA
Satu fenomena yang paling ketara mengenai pendidikan peringkat prasekolah
ini ialah terdapatnya berbagai agensi yang terlibat di dalam mengendalikannya.
Sehingga kini terdapat kira-kira 31 buah agensi kerajaan, separa kerajaan,
sektor swasta dan pertubuhan
- 13 bebas yang menganjurkan pusat pendidikan prasekolah (Kementerian
Pendidikan, 1984). Sehingga waktu ini pendidikan prasekolah ini makin
berkembang sejajar dengan perkembangan ekonomi dan taraf hidup
masyarakat. Setiap agensi penganjur mengendalikan pusat-pusat prasekolah
secara berasingan tanpa sebarang kawalan daripada pihak yang berwajib.
Kurikulum yang digunakan adalah berbeza dan di bentuk secara bebas oleh
setiap agensi berkenaan untuk memenuhi kehendak dan matlamat masingmasing.
Sebagai satu usaha untuk menyelesaikan masalah ini, dalam tahun 1984,
Kementerian Pendidikan telah menghasilkan sebuah Garis Panduan
Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia. Sebanyak lapan garis panduan
untuk pendidikan prasekolah telah dibentuk dan garis panduan itu telah
diperkemaskan lagi pada tahun 1986. Ini merupakan garis panduan untuk satu
program tidak formal bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur empat hingga
enam tahun. Garis panduan ini berdasarkan kepada Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR). Secara ringkas garis panduan ini meliputi perkaraperkara seperti Pendidikan Ketatanegaraan, Pendidikan Kerohanian dan Moral,
Penggunaan Bahasa Malaysia, Pendidikan Agama Islam, Perkembangan
Fizikal, Perkembangan Sosio-Emosi, perkembangan kognitif dan
perkembangan estetika dan daya kreatif.
Satu ulasan mengenai keadaan pendidikan prasekolah di Malaysia (New Straits
Times, 22 Nov 1989:2) menunjukkan bahawa walaupun ada satu garis panduan
yang

- 14 disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, ketidakseragaman masih


wujud. Ini adalah kerana 60% daripada tadika atau tabika yang ada di negara
ini mempunyai kurikulum sendiri dan kaedah perlaksanaan yang berlainan.
Kebanyakkannya terlalu memberatkan aspek tertentu seperti perkembangan
aspek lain seperti kerohanian dan moral.
Menurut Zaharani Asran, (Utusan Malaysia, Nov. 1989), salah satu faktor yang
menyebabkan penekanan yang tidak seimbang sewaktu melaksanakan
kurikulum pendidikan awal adalah salah anggapan ibubapa tentang matlamat
pendidikan prasekolah yang sebenarnya. Ramai ibubapa merungut kerana
kanak-kanak belum pandai membaca, menulis dan mengira sedangkan mereka
sudah dihantar ke taman asuhan kanak-kanak. Yang menjadi sasaran ibubapa
ialah guru-guru tadika dan pihak pengurusan taman asuhan. Ibubapa akan
mendesak agar anak-anak mereka diajar program 3M. Tanpa disedari mereka
sebenarnya telah menimbulkan satu masalah yang menjadi kontroversi.
Keperluan utama dalam rancangan pendidikan awal sekarang ini ialah
menyediakan satu kurikulum yang sesuai, yang bercorak menyeluruh dan
seimbang selaras dengan tujuan untuk melahirkan insan kamil.
Pengendalian pendidikan prasekolah oleh berbagai-bagai agensi yang
berasingan ini telah menimbulkan beberapa masalah dan persoalan. Ini adalah
kerana institusi-institusi tersebut mempunyai matlamat, tanggapan, orientasi,
keutamaan dan kemampuan yang tersendiri dan berbeza-beza khasnya aspek
penggunaan bahasa pengantar, penggunaan

- 15 kurikulum, latihan ikhtisas, kelayakan akademik guru, gaji guru dan yuran
pelajar, penempatan tadika, pengurusan dan pentadbiran, kemudahankemudahan asas dan keutamaan-keutamaan yang ditekankan.
Antara isu-isu yang dapat di timbulkan dari pendidikan prasekolah adalah dari
sudut:
6.1 Model Kurikulum

Model kurikulum atau program prasekolah didapati berbagai-bagai. Ada yang


menggunakan model tradisional atau akademik dan ada yang menggunakan
Model Froebel, Montessori, Piaget, Head Start, Perkembangan Menyeluruh,
Kurikulum Terbuka dan Campuran dan pelbagai lagi. Walau bagaimanapun
kebanyakan prasekolah swasta menggunakan model tradisional dan ini
dianggap menyeleweng daripada matlamat pendidikan awal kanak-kanak yang
sepatutnya bertujuan untuk menggalakkan perkembangan psikososial,
personaliti, moral dan potensi kanak-kanak. Prasekolah anjuran agensi kerajaan
pula menekankan aspek sosiolisasi, perpaduan akhlak di samping aspek
perkembangan kognitif.
6.2 Yuran
Kedudukan kewangan tadika swasta adalah kukuh disebabkan oleh yuran yang
tinggi yang dikenakan kepada setiap kanak-kanak. Sebaliknya tadika yang
dikelolakan oleh
- 16 agensi-agensi kerajaan tidak begitu kukuh kedudukan kewangannya jika
dibandingkan dengan tadika swasta. Sumber kewangan tadika/tabika agensi
kerajaan adalah bergantung sepenuhnya kepada peruntukan kerajaan tetapi
jumlah itu sangat kecil. Bayaran untuk menghadiri tadika adalah berbeza-beza.
Kanak-kanak dari keluarga yang kaya menghadiri tadika yang bayarannya lebih
tinggi dari bayaran universiti dan kanak-kanak yang dari keluarga yang miskin
akan menghadiri tadika yang bayarannya lebih murah atau kemungkinan tidak
menghadiri tadika langsung. Ekoran dari ini, tadika yang mengenakan bayaran
yang tinggi dapat pula memberi gaji yang lebih tinggi kepada guru-guru yang
mempunyai latihan yang lebih baik. Ini tidak mungkin dilakukan oleh tadikatadika yang mengenakan bayaran yang rendah, oleh itu guru-guru yang
diambilnya tidak terlatih dan kedudukan mereka pula tidak tetap.Keadaan ini
akan menjadikan tadika yang mengenakan bayaran tinggi itu lebih baik dan
kanak-kanak yang menghadiri tadika tadi menerima pendidikan prasekolah
yang lebih sempurna. Kesimpulannya ialah orang yang lebih baik kedudukan
sosio-ekonominya akan mendapat pendidikan prasekolah yang lebih baik.
Pembayaran yuran yang berbeza mencerminkan ketidak seimbangan antara
kawasan dan agensi yang terlibat.
6.3 Kelayakan Akademik dan Ikhtisas Guru
Tenaga pengajar yang mengendalikan program latihan ini mempunyai
kelulusan akademik dan ikhtisas yang berbeza-beza. Ada di antara agensi ini

mempunyai tenaga pengajar yang berkelulusan post graduate dalam


pendidikan prasekolah. Manakala yang
- 17 lain pula hanya mempunyai latihan asas berhubung dengan pendidikan
prasekolah. Tidak ada koordinasi di antara agensi-agensi yang menjalankan
latihan berhubung dengan kurikulum, taraf akademik tenaga pengajar dan
jangka masa kursus yang dijalankan. Di samping itu hanya sejumlah kecil
sahaja bakal-bakal guru tadika yang dapat diberi latihan sempurna kerana
terhadnya bilangan pusat latihan dan bilangan tenaga pengajar yang
berkelayakan.
6.4 Gaji guru
Memandangkan pendidikan prasekolah dijalankan oleh pelbagai agensi dan
pertubuhan, maka terdapat perbezaan yang ketara dari segi bayaran gaji dan
ganjaran untuk guru-guru prasekolah. Prasekolah yang mengenakan yuran yang
mahal kepada kanak-kanak di bawah pengawasannya akan membayar gaji guru
dengan jumlah yang lebih mahal berbanding dengan agensi prasekolah yang
mengenakan yuran yang rendah. Pembayaran gaji guru juga adalah
berpandukan kepada kelayakan akademik yang di miliki oleh guru berkenaan.
Tidak ada pelarasan gaji di antara guru-guru yang mengajar. Secara amnya,
guru-guru tadika agensi kerajaan atau separa kerajaan menerima gaji di antara
RM 400 hingga RM600 manakala bagi guru-guru tadika swasta adalah
sebanyak RM 700 dan kadangkala mencapai keempat angka.

-18 6.5 Latihan Guru


Latihan untuk guru-guru tadika atau tabika dijalankan oleh agensi-agensi
kerajaan. Di antaranya ialah KEMAS, Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan
Negara, FELDA dan lain-lain badan-badan khas dan agensi kerajaan dan pihak
swasta. Guru-guru tersebut di kehendaki untuk menjalani pelbagai kursus yang
menekankan kepada aspek pembelajaran dan pengurusan kanak-kanak.

Terdapat juga sebilangan guru-guru tadika yang tidak mempunyai latihan


khusus untuk mengajar. Persoalannya di sini bagaimanakah
6.6 Kemudahan-kemudahan Asas Fizikal
Kemudahan asas fizikal di antara tadika-tadika adalah berbeza mengikut lokasi
dan kemantapan kewangan agensi yang mengendalikan tadika tersebut. Antara
kemudahan-kemudahan asas yang di dapati di tadika adalah seperti bilik air,
ruang permainan kanak-kanak, ruang makan dan ada sebahagiannya yang
menyediakan kawasan untuk beriadah, berenang dan sudut-sudut bacaan dan
ruang untuk berehat. Kadang-kala pihak tadika sendiri ada menyediakan
kemudahan pengangkutan seperti bas dan van untuk menghantar kanak-kanak
ke tadika .
6.7 Organisasi, Pengurusan dan Pentadbiran Tadika
Setiap badan penganjur tadika mempunyai sistem pengurusan dan pentadbiran
institusinya yang tersendiri. Penyelarasan di antara agensi-agensi tersebut
langsung tidak
- 19 wujud, terutamanya untuk menuju ke arah haluan yang sama bagi
menghasilkan pendidikan prasekolah yang berkualiti. Perbezaan-perbezaan
dalam aspek pentadbiran ternyata dari segi bilangan unit atau bahagian yang
terlibat dalam bidang-bidang pengendalian prasekolah, bilangan kakitangan
asas dan kelayakan serta pengalaman kakitangan. Struktur organisasi
pengurusan prasekolah juga adalah berbeza di antara satu sama lain.
6.8 Pendaftaran dan Penyelarasan
Semua sekolah asuhan mestilah didaftarkan di Kementerian Pendidikan
mengikut Seksyen 44, Akta Pelajaran 1971 kecuali tadika atau sekolah asuhan
yang mendapat pengecualian dari pendaftaran mengikut Seksyen 127, Akta
Pelajaran 1961. Semua guru(termasuk Guru Besar), Pengelola atau pengurus
dan pekerja kindergarten atau sekolah asuhan hendaklah di daftarkan di
Kementerian Pendidikan mengikut Seksyen 75 dan 79, Akta Pelajaran, kecuali
guru, pengelola dan pengurus serta pekerja kindergarten yang mendapat
pengecualian dari pendaftaran mengikut Seksyen 127, Akta Pelajaran 1961.
Walaubagaimanapun terdapat tadika-tadika yang masih belum di daftarkan di
Kementerian Pendidikan kerana matlamatnya adalah bukan untuk mencari
keuntungan tetapi untuk memberikan pendidikan kepada kanak-kanak di daerah

masing-masing. Bagi prasekolah yang mendapat bantuan daripada KEMAS,


maka prasekolah itu dianggap

- 20 mendapat pengecualian dari pendaftaran. Prasekolah polis dan tentera yang


terletak di kawasan penempatannya di kecualikan juga dari pendaftaran
Kementerian Pendidikan atas alasan ia di anggap terkawal dan selamat.
7.0 RESOLUSI BAGI PENYERAGAMAN PENDIDIKAN
PRASEKOLAH DI MALAYSIA
Penubuhan pusat-pusat asuhan dan tadika dari sejak 1950-an adalah menurut
dasar laissez-faire, iaitu dasar terbuka atau dasar memberi autonomi dan
kebebasan kepada pihak yang berminat dan berkemampuan menganjurkan
pusat-pusat berkenaan. Justeru daripada dasar-dasar kerajaan ini telah
mewujudkan ketidakimbangan dan ketidakseragaman dalam pelbagai aspek
pendidikan prasekolah seperti pentadbiran, kurikulum, latihan guru, gaji guru,
yuran, mutu infrastruktur dan kriteria pendaftaran pusat prasekolah. Beberapa
resolusi atau langkah-langkah perlu di ambil untuk mengurangkan dan
seterusnya membaharui ketidakseragaman dan ketidakimbangan. Di antara
resolusi ialah seperti berikut:
Penubuhan Jawatankuasa Pemandu Pendidikan Prasekolah untuk
memandu perkembangan pendidikan prasekolah dalam pelbagai aspek
bagi mengurangkan gejala ketidakseragaman dan ketidakimbangan yang
sedia ada pada masa ini.

- 21 Konsep pendidikan prasekolah seperti di fahami sekarang di negara kita


perlu disemak
semula dan di beri definisi yang baru. Samada rancangan pendidikan
prasekolah hendak di laksanakan secara menyeluruh atau secara
perlaksanaan pemilihan.

Tindakan harus di ambil untuk menjalankan profile mapping mengenai


kawasan-kawasan dan kumpulan-kumpulan tertentu dalam negara
khasnya pihak yang memerlukan keutamaan perhatian sebagai langkah
jangka masa panjang untuk perlaksanaan program.
Satu badan penyelaras kurikulum di wujudkan. Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Pelajaran atau Pusat Perkembangan Kurikulum atau
satu Unit Khas di Kementerian Pendidikan bolehlah di
pertanggungjawabkan untuk menjalankan tugas penyelarasan ini.
Suatu panduan kasar untuk kurikulum perlulah di kenalpasti oleh pihak
kerajaan dengan membolehkan pengubahsuaian yang wajar di buat
mengikut keadaan persekitaran dan kawasan wilayah. Objektif-objektif
kurikulum mestilah seragam untuk keseluruhan pendidikan prasekolah,
manakala untuk kurikulum kanak-kanak di peringkat "Nursery" pula
suaru garis panduan yang berasingan perlu diwujudkan. Bahan-bahan
bantuan pengajaran hendaklah berdasarkan bahan-bahan tempatan.
Kurikulum yang sama untuk kanak-kanak di bandar dan luar bandar
perlu diadakan. Kurikulum ini hendaklah di sesuaikan dengan kumpulan
umur kanak-kanak.

- 22 Kurikulum bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur 4-6 tahun haruslah


disediakan terlebih dahulu dan sekiranya keadaan kewangan
mengizinkan boleh di sediakan kurikulum bagi kanak-kanak dalam
lingkungan 3-6 tahun.
Matlamat prasekolah pada keseluruhannya ialah untuk perkembangan
potensi kanak-kanak sepenuh-penuhnya. Matlamat sosialisasi mestilah
merupakan matlamat penting yang tidak sahaja melahirkan kesedaran
Sivik tetapi juga menggalakkan hubungan di kalangan kanak-kanak.
Matlamat tambahan untuk menyediakan peluang bagi kanak-kanak
didedahkan kepada sukan, permainan, nyanyian dan penceritaan,
mestilah dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah dan tidak sebagai
pilihan.

Objektif pendidikan prasekolah adalah disarankan sebagai mewujudkan


satu institusi yang tersusun bagi proses sosiolisasi (an organised and
institutionalised sosialisation) yang merangkumi pelbagai fungsi dan
aspek, diantaranya persediaan untuk sekolah rendah, imbuhan, kesihatan,
pemakanan dan lain-lain.
Pendidikan prasekolah seharusnya memusatkan perhatian pada kaedah
yang sesuai dan kaedah ini mestilah dikaitkan dengan faktor kesediaan
pembelajaran yang mungkin berbeza-beza dalam situasi dan kelompok
yang beraneka jenis.
Latihan pendidik guru dalam pengkhususan prasekolah mestilah
disegerakan kerana institusi yang ada dijangka tidak berdaya
menampung keperluan yang semakin bertambah. Latihan perguruan
yang bermutu tinggi dan sistematik amat penting untuk melengkapkan
guru-guru dengan kemahiran untuk mengesan kesediaan pembelajaran
- 23 dan bezantara perbezaan individu. Setelah mengesan masalah kesediaan
pembelajaran dan bezantara individu, maka guru-guru semestinya
mampu memilih teknik/kaedah pengajaran dan bimbingan yang
berkesan.
Latihan untuk guru-guru tadika tidak semestinya dikendalikan oleh
Bahagian Pendidikan Guru sahaja. Sebaliknya latihan ini boleh juga
dikendalikan oleh mana-mana badan lain umpamanya universitiuniversiti tempatan. Program latihan KEMAS perlu diperluas dan
dipusatkan supaya dapat juga menampung keperluan guru di sektor
swasta. Latihan guru prasekolah mestilah diselaraskan walaupun ianya
dikelolakan oleh badan-badan yang berlainan. Kurikulum untuk melatih
guru-guru perlulah memasukkan komponen kesihatan yang meliputi
aspek-aspek penjagaan kanak-kanak, pertolongan cemas dan pemakanan.
Bagi maksud kawalan mutu, bagaimana Kementerian Pendidikan harus
mengadakan garis panduan terperinci mengenai aspek-aspek fizikal,
guru, kurikulum, alat-alat dan kelengkapan prasekolah. Ini dapat
dijalankan dengan dua cara:
i.

Bagi tadikan swasta atau bukan di bawah Kementerian


Pendidikan, di tahap I, Kementerian meluluskan atau tidak

meluluskan pendaftarannya. Di tahap II, Kementerian meneliti


prasekolah ini untuk membaharui lesen, kemansuhan taraf dan
sebagainya.

- 24 ii.

Tadika di bawah Kementerian Pendidikan sudah ditentukan


keperluan-keperluannya. Kawalan kualiti akan juga melihatkan
aspek-aspek perundangan.

8.0 IMPLIKASI KETIDAKSERAGAMAN KURIKULUM


PRASEKOLAH TERHADAP PENDIDIKAN SEKOLAH
RENDAH

Perbezaan orientasi tadika-tadika mungkin akan menyulitkan kedudukan Dasar


Pelajaran Kebangsaan. Ada kemungkinan tadika-tadika yang dibiayai oleh
persatuan, kaum atau parti politik akan di hadiri oleh satu golongan etnik
sahaja. Orientasinya akan diserap dalam proses sosilisasi yang berlaku di
tadika. Jika orientasinya selaras dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan maka
ianya tidak akan menjadi masalah, tapi bagaimana kalau tidak? Ia tentu akan
mendatangkan impak kepada pertumbuhan kanak-kanak tadika yang terbabit
semasa mereka memasuki alam persekolahan kelak. Isu yang wajar di fikirkan
di sini ialah sejauhmanakah pengalaman-pengalaman pembelajaran yang
berbeza-beza itu mempengaruhi kualiti kanak-kanak yang memasuki sekolah
rendah. Dalam hubungan ini kesan pendidikan prasekolah ke atas pendidikan
formal sekolah rendah perlulah di kaji di samping membincangkan kesan
kurikulum sekolah rendah terhadap pertumbuhan dan perkembangan diri
kanak-kanak terbabit.

- 25 Situasi 1
Di beberapa buah sekolah didapati murid-murid yang telah menghadiri tadika
dengan murid yang tidak menghadiri tadika di letakkan bersama dalam satu
darjah. Dari kajian yang telah di buat sebelum ini, di sebuah sekolah, di dapati
ada enam buah darjah satu. Tiap-tiap satu darjah mempunyai tiga kumpulan
murid-murid. Kumpulan murid-murid tersebut terbahagi kepada:a. Kumpulan Maju
b. Kumpulan Sederhana
c. Kumpulan Lemah.
Tiap-tiap kumpulan maju terdiri hampir-hampir semuanya dari mereka yang
menghadiri tadika. Seperti yang sudah di jangka, manakala kumpulan lemah
terdiri hampir-hampir semuanya dari golongan miskin dan ada yang tidak
pernah memasuki tadika. Guru di kelas ini mendapati kelas begitu sukar di
kendalikan. Murid-murid lemah terpaksa dibimbing sepenuh masa kerana asas
pelajarannya ialah nil sedang murid-murid maju pula membuat bising bila
sahaja perhatian guru di berikan kepada kumpulan lemah. Hal ini menjadi
semakin kusut kerana guru-guru dan murid-murid "lemah" itu masing-masing
ada perasaan emosi.
Guru selalunya, dengan tidak disedari, terperangkap oleh apa yang di
panggil self-fulfilling prophecy. Tidak menghadiri tadika itu di hubungkan pula
dengan lemah pelajaran, dan kelemahan itu dihubungkan pula dengan kelas
sosio ekonomi, dan akhirnya
- 26 hakikat tidak menghadiri tadika itu di lupakan. Yang diingat selalu ialah budakbudak itu lemah ialah kerana mereka anak-anak orang miskin yang selalunya
"bodoh", dan tidak dapat di tolong atau di bantu. Pada hal kanak-kanak itu
memerlukan jauh lebih banyak, dan bukannya jauh lebih kurang perhatian guru.
Tidak sahaja guru-guru yang akhirnya patah semangat untuk mengajar muridmurid "lemah" ini. Mereka juga mendapati ketiadaan daya untuk belajar.
Ketiadaan daya yang pada mulanya di sebabkan oleh ketiadaan persediaan
pembelajaran prasekolah, akhirnya berubah kepada ketiadaan daya yang di
sebabkan oleh konsep rendah diri.

Salah satu daripada sebab-sebab terjadinya rendah diri adalah di mana kanakkanak yang telah berpendidikan tadika, pada tahun pertama persekolahan
rendah, umpamanya akan dapat memberikan jawapan yang betul, lalu di puji
guru, dan dengan demikian naiklah konsep dirinya. Kanak-kanak yang tidak
berpendidikan tadika banyak membuat salah lalu di keji atau tidak di puji dan
dengan demikian menjadi rendahlah konsep diri, maka keupayaan untuk belajar
itu tidaklah di gunakan mereka sepenuhnya.
Situasi 2
Dari satu kajian , di dapati di dalam satu kelas yang di lawati oleh pengkaji,
murid-murid yang tidak berpendidikan tadika yang selalu sahaja menangis,
ponteng kelas dan membawa ibu menemani mereka di sekolah. Murid-murid
yang tidak berpendidikan tadika juga adalah di antara mereka yang suka
bercakap bohong mengatakan buku kerja

- 27 mereka hilang atau ibu bapa mereka tidak mampu membeli buku kerja, atau
buku itu tertinggal di rumah, padahal setelah diperiksa beg mereka di dapati
buku itu memang ada.
Semuanya ini adalah merupakan sikap mahu melepaskan diri. Pengalaman di
sekolah tidak menyenangkan, tidak menguntungkan, tidak memberikan rasa
bahagia dan tidak menyeronokkan. Mereka tidak mehu penilaian kerana
mereka selalu membuat salah dan membuat silap akan mendatangkan
kemarahan guru. Dalam suasana persaingan antara individu di dalam kelas,
situasi ini sangat menyakitkan. Dengan kata lain, kanak-kanak itu mahu
mengelakkan diri dari berinteraksi dengan guru. Menurut Exchange Theory,
kita terus mahu berinteraksi dengan orang yang memberikan kita kepuasan dan
kesenangan, dan kita memilih untuk keluar dari berinteraksi bila orang
memberikan kita pengalaman yang tidak menyenangkan.
Situasi 3
Mengasing-asingkan murid-murid darjah satu yang tidak berpengalaman tadika
kepada kelas yang berasingan akan memudahkan sedikit kerja guru dengan
pengertian bahawa guru tidak payah memenuhi kehendak yang berbeza dari
dua kumpulan dalam satu kelas yang sama. Ia membolehkan guru melepaskan
diri dari belenggu prasangka terhadap murid-murid "lemah" ini masih belum

tentu mungkin. Walaupun kelas itu "homogeneous", tetapi guru menyedari


hakikat bahawa darjah itu rendah pencapaiannya berbanding dengan darjah satu
lain yang murid-muridnya terdiri dari kanak-kanak yang

- 28 telah berpengalaman tadika. Langkah yang sebegini sebenarnya bukanlah


langkah menyelesaikan masalah yang lebih asas. Langkah ini adalah sekadar
mencari cara yang mudah dari strategi pengajaran bila berhadapan dengan
keadaan yang di timbulkan oleh masalah asas tadi. Dan masalah asas di sini
ialah masalah "ketidaksamaan" yang diperburukkan lagi kerana kanak-kanak
yang tidak "lengkap" di perlengkapkan lagi menerusi tadika yang mempunyai
kemudahan yang baik sementara kanak-kanak yang datang dari golongan yang
daif, adalah lair daripada tadika-tadika yang tidak mempunyai kemudahan yang
cukup untuk tujuan pembelajaran.
Situasi 4
Satu cabaran pada pendidikan prasekolah adalah kesan-kesan pendidikan
prasekolah yang masih belum boleh di sahkan dengan sepenuhnya. Dari kajian
yang telah di buat di dapati kanak-kanak yang memasuki tadika tidak dapat
mengekalkan pencapaian kognitif mereka di sekolah rendah. Ada pula pendapat
menyatakan bahawa ada kanak-kanak yang mempunyai pengalaman tadika
yang tidak berdisiplin dan tidak mahu mengikuti kebiasaan-kebiasaan belajar di
bilik darjah di sekolah rendah. Sebaliknya kanak-kanak yang tidak mempunyai
pengalaman tadikalah yang mengikuti pengajaran guru dengan lebih hati-hati
dan bersemangat.

- 29 Situasi 5
Dari kajian yang di jalankan juga di dapati bahawa pendidikan prasekolah itu
adalah merupakan sebagai percubaan untuk menggantikan fungsi rumah dan
keluarga. Tadika sebenarnya bukanlah berfungsi sebagai institusi keluarga
tetapi sebenarnya adalah bersifat sebagai meneguhkan fungsi ibu bapa dan

bukannya membawa kepada pepecahan sistem kekeluargaan. Hakikat ini timbul


kerana ada tadika yang berfungsi sebagai day care memberikan perkhidmatan
perlindungan kepada kanak-kanak dari pukul 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
Menurut Moore salah seorang pengkaji yang membuat kajian terhadap kankkanak menyatakan bahawa kasih sayang keibuan atau kebapaan jarang-jarang
boleh di gantikan dengan kasih sayang pembimbing atau guru tadika.
Secara kesimpulannya, demikianlah beberapa situasi-situasi yang berlaku di
arena pendidikan prasekolah. Pertimbangan yang wajar seharusnya di berikan
pada situasi-situasi yang berlaku dan tindakan-tindakan positif sepatutnya di
ambil bagi menjadikan pendidikan prasekolah itu sebagai taman asuhan kanakkanak dalam pengertian yang sebenarnya dan dapat membantu pendidikan di
peringkat rendah. (Dewan Masyarakat, 1993)

- 30 1. CADANGAN
Bagi menangani isu ketidakseragaman kurikulum pra-sekolah di
Malaysia ialah
dengan menggunakan pendekatan holistik untuk pendidikan awal.
Pendekatan ini ialah pendekatan yang menyeluruh, bersepadu,
berkeseimbangan dan merangkumi semua aspek penting secara serentak.
Aspek-aspek yang diberikan perhatian akan dihubungjalinkan antara satu
dengan yang lain supaya terdapat "kesepaduan" . Menurut perspektif
Islam , bukan sahaja kesepaduan malah keseimbangan antara aspek
rohani (keimanan dan akhlak), aspek intelek (kognitif), aspek emosi
(afektif), dan aspek jasmani (psikomotor) juga perlu diberi perhatian.
Kesemuanya dijalinkan secara berhiraki dan berkesinambungan dengan
aspek-aspek lain seperti intelek untuk mandapatkan pengetahuan yang
berguna, aspek emosi dan aspek jasmani untuk mendapat kebolehan
berinteraksi dan kecergasan fizikal. Hasil yang ingin dicapai ialah

manusia beriman, berilmu dan beramal, bukan yang mempunyai ilmu


tanpa amal atau yang beramal tetapi jahil.
Selain daripada menyeragamkan kurikulum, penyeragaman hendaklah
dilakukan ke atas organisasi pendidikan pra-sekolah, pentadbiran dan
juga pengurusannya.
Kemudahan asas fizikal diantara tadika-tadika sepatutnya diselaraskan
dan pihak tertentu yang diberi kepercayaan untuk menyelaraskan
kewujudan pusat pendidikan

- 31 prasekolah hendaklah menetapkan syarat-syarat tertentu yang perlu


diikuti oleh pihak yang ingin mewujudkan pusat pendidikan prasekolah.
Penggubal dasar dan pentadbir perlu peka terhadap usaha untuk
meningkatkan
infrastruktur pendidikan prasekolah dan sepatutnya mendapat sokongan moral
serta kebendaan daripada pihak swasta dan kerajaan.
Bagi menjamin kualiti tadika serta program pendidikan prasekolah,
masyarakat perlu dididik tentang keperluan pengajar pusat prasekolah
yang menawarkan perkhidmatan berkualiti untuk kanak-kanak
prasekolah.
Kelayakan guru perlu ditingkatkan dan diselaraskan bagi semua guru
prasekolah selain daripada penyeliaan yang rapi dan sistem pendaftaran
tadika yang tersusun.
Pembimbing tadika perlu diselia atau diawasi beberapa kali dalam tahun
pertama mereka mulai bekerja dan hasil penilaian didokumentasikan
untuk rujukan dan tindakan selanjutnya.
Adalah disyorkan supaya kajian susulan untuk melanjutkan "kajian
status pendidikan prasekolah" yang telah dijalankan.

Pembayaran yuran bagi institusi pendidikan prasekolah hendaklah


diseragamkan.
Penulisan buku tentang pendidikan prasekolah dalam pasaran perlu
ditambah untuk memperluaskan pengetahuan ibu-bapa.
Pembimbing dan pendidik tadika perlu mempunyai fikiran yang terbuka,
semangat ingin tahu dan ingin mempelajari sesuatu serta bersikap
fleksibel.
- 32 Ibu-bapa sepatutnya menjalinkan hubungan yang rapat dengan pihak
pentadbir pusat pendidikan prasekolah, perlu peka terhadap faktor yang
memberikan rangsangan terhadap pendidikan kanak-kanak prasekolah
dan menghadapinya secara objektif, serta perlu menangani masalahmasalah anak mereka yang mungkin timbul dalam pendidikan
prasekolah.
Lebih banyak kajian perlu dijalankan berkaitan pembelajaran di tadika
kerana negara kita masih jauh ke belakang dalam usaha menghimpunkan
data tentang iklim dan pembelajaran kanak-kanak tadika.
Dalam pendidikan prasekolah telah di kemukan empat model guru-guru
tadika yang boleh di contohi. Model Maternal ( Model Keibuan)
menegaskan bahawa fungsi guru itu lebih untuk menjaga keselamatan
dan kesihatan jasmani kanak-kanak, Model Therapeautic menegaskan
fungsi guru sebagai pelayan perasaan kanak-kanak, dan Model
Instructional menitikberatkan fungsi guru sebagai penyampai ilmu
pengetahuan atau Model Facilitator yang mengutamakan fungsi guru
sebagai pembentuk suasana pembelajaran yang berkesan untuk kanakkanak. Kemungkinannya, guru tadika yang ideal mempunyai ciri-ciri
daripada kesemua model tersebut. Dalam menilai kualiti guru-guru
tadika masa kini adalah di cadangkan ianya mestilah memenuhi
kelayakan berdasarkan model-model yang tersebut di atas.
Adalah di cadangkan bahawa ibu bapa juga boleh memainkan peranan di
dalam perancangan aktiviti-aktiviti tadika atau secara langsung menjadi
pembantu guru atau
- 33 -

teacher aide. Ibu bapa boleh menjadi pengajar kepada kanak-kanak


samada dengan bercerita kepada mereka atau membawa mereka melawat
dalam rancangan field-trips tadika.
Ibu bapa juga seharusnya di berikan pendidikan keibubapaan melalui
seminar, workshop, forum dan kelas-kelas pemerhatian kanak-kanak
tadika, tentang proses pemeliharaan kanak-kanak dan pertumbuhan
kanak-kanak supaya mereka boleh menjadi ibu bapa yang lebih
berkesan.
(Kementerian Pendidikan Malaysia)
1. MASA DEPAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA
Pendidikan Prasekolah di Malaysia akan mengalami perubahan sejajar dengan
pembangunan negara. Pemikiran rakyat Malaysia tentang peripentingnya
pendidikan di peringkat kanak-kanak memberi impak kepada pertumbuhan
pusat-pusat bimbingan dan didikan khas untuk kanak-kanak. Peningkatan dwikerjaya di dalam sesebuah keluarga memberi kesan yang cukup besar kepada
bercambahnya pusat-pusat ini. Perkembangan teknologi maklumat dewasa ini
mendorong pusat bimbingan kanak-kanak agar mengikut arus teknologi terkini.
Keluarga kanak-kanak yang terlibat mempunyai keyakinan kepada pusat
bimbingan kanak-kanak yang menawarkan aktiviti-aktiviti pengajaran mereka
yang berteraskan teknologi moden. Persoalannya di sini, adakah penekanan
yang diberikan ini
- 34 kelak akan membangunkan jasmani, emosi, intelek, rohani dan sosial yang
terancang bagi melahirkan generasi berkualiti. Adakah pusat-pusat bimbingan
ini hanya mementingkan keuntungan semata-mata? Mungkin sebilangan kecil
sahaja yang benar-benar memahami konsep pendidikan sebenarnya. Adakah
suatu hari nanti kanak-kanak ini hanya perlu belajar dari rumah sahaja tanpa
perlu ke sekolah? Kesemua persoalan ini akan terjawab jika pihak pentadbiran
pendidikan benar-benar faham matlamat pendidikan negara. Hanya masa yang
akan menentukan halatuju Sistem Pendidikan Prasekolah di Malaysia.
1. PENUTUP
Demikianlah di antara cadangan-cadangan yang menampakkan garis-garis
persediaan ke arah menjadikan pendidikan prasekolah sebahagian daripada
sistem pendidikan kebangsaan. Pendidikan prasekolah merupakan sesuatu yang

semakin mendapat perhatian dalam pergolakan pendidikan tanahair kita.


Sebagaimana juga peringkat-peringkat pendidikan yang lalu, pendidikan
prasekolah melalui berbagai tahap proses perubahan perkembangan dan
cabaran sebelum memperolehi kematangan yang membantu pertumbuhan
sepenuhnya. Implikasi pengalaman tadika kepada tingkahlaku kemasukan
murid-murid darjah satu dan kesan-kesan seterusnya kepada persekolahan
melahirkan kesan domino. Pendidik-pendidik dan mereka yang berkecimpung
di dalam pendidikan prasekolah mestilah mengenali isu-isu yang berkaitan
dengan komponen-

- 35 komponen bidang tersebut serta mencari penyelesaian daripada berbagai


alternatif yang ada, sebelum sesuatu keputusan dan tindakan pendidikan di
laksanakan. Penentuan arah pendidikan prasekolah di Malaysia, samada kita
mahukan ianya sebagai sebahagian daripada sekolah rendah yang formal atau
mempertahankan keistimewaannya di luar pendidikan sekolah rendah adalah
pertimbangan yang memerlukan pemikiran yang teliti. Terpulanglah kepada
para pendidik, ibu bapa dan masyarakat mementukan asas-asas yang logik dan
bernas kepada pembentukan dasar-dasar dan undang-undang dalam bidang
tersebut.

Anda mungkin juga menyukai