Anda di halaman 1dari 21

KERTAS KERJA KAJIAN SISTEM PENDIDIKAN

KEBANGSAAN (MTT2353)
 
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH

1.0 PENGENALAN

Pendidikan prasekolah adalah pendidikan asas yang penting. Ia merupakan pendidikan awal
dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas pendidikan di rumah. Ia menjadi
tapak yang boleh menyemaikan bibit cintakan ilmu pengetahuan dan sukakan sekolah. Oleh
sebab itu guru prasekolah perlu mempunyai pengetahuan yang luas mengenai pendidikan
prasekolah yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran
pembelajaran, pentadbiran pusat prasekolah dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan
pendidikan prasekolah. Dalam tamadun Barat, pendidikan awal bermaksud pendidikan
peringkat prasekolah. Pada mulanya peringkat ini hanya meliputi kanak-kanak dari umur tiga
hingga enam tahun, yang lebih dikenali dengan peringkat ‘kindergarten’. Selepas beberapa
kajian, konsep pendidikan awal ini dipinda supaya meliputi kanak-kanak di peringkat selepas
lahir hingga ke peringkat enam tahun. Peringkat selepas lahir hingga ke peringkat tiga tahun
dikenali juga sebagai peringkat ‘nursery’. Dari perspektif Islam, pendidikan awal bermula
dari masa anak masih berada dalam kandungan ibu sehingga kanak-kanak berumur enam
tahun. Secara umum, pendidikan awal Islam boleh dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu
peringkat sebelum lahir dan peringkat sesudah lahir. Peringkat sesudah lahir dibahagikan juga
kepada dua tahap. Iaitu dari mula dilahirkan hingga tiga tahun dan tahap seterusnya dari umur
tiga hingga meningkat ke enam tahun.

-1-

Jelaslah di sini menunjukkan bahawa pendidikan prasekolah memainkan peranan yang


penting di dalam pertumbuhan diri seseorang kanak-kanak itu di dalam kedua-dua tamadun
Barat dan Islam. Persoalannya sekarang adakah ibu bapa mempunyai kebolehan,

pengetahuan dan keupayaan dari segi masa dan tenaga untuk menangani segala bentuk
masalah dan fenomena yang muncul dalam sistem sosio-ekonomi masyarakat sekarang?
Ibubapa sebagai orang yang bertanggungjawab mendidik dan memimpin anak-anak, mungkin
menghadapi masalah dalam melaksanakan peranan mereka dengan sempurna kerana terdesak
oleh hambatan hidup, contohnya ibu juga terpaksa bekerja di luar rumah.

Fenomena yang disebutkan di atas menyebabkan ibubapa terpaksa mencari pengganti untuk
melaksanakan tugas dan peranan yang sepatutnya mereka laksanakan sendiri. Dalam dekad
70-an dan 80-an peranan ibubapa digantikan dengan pengasuh yang tinggal serumah
bersama-sama keluarga. Dalam tahun-tahun mutakhir ini, tempat-tempat seperti taman
asuhan (hadhanah)dan tadika menjadi tumpuan dan harapan ibubapa agar dapat mengambil
alih tanggungjawab mereka sama ada secara sepenuhnya atau sebagai menampung waktu
ketiadaan mereka bersama anak-anak. Jadi untuk menyempurnakan tugas ibubapa dengan
sebaiknya, taman-taman asuhan perlulah diberi pengisian yang lengkap. Pengisian yang
dimaksudkan ialah kurikulum yang bertujuan untuk melatih dan mendidik dalam semua
aspek pendidikan seperti pendidikan moral, rohani, jasmani dan juga mental.

-2-

2.0 PERANAN DAN FUNGSI PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah mempunyai peranan dan fungsinya yang tersendiri sebagai asas
pendidikan dalam perkembangan pendidikan di negara ini kerana pendidikan prasekolah
bukanlah sebahagian dari sistem persekolahan di Malaysia. Tidak ada

peruntukan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran untuk pendidikan prasekolah.


Penglibatan Kementerian Pelajaran ialah setakat menyediakan buku panduan bagi kewujudan
tadika-tadika . Sama ada ianya diikuti atau tidak terpulanglah kepada institusi pendidikan
prasekolah tersebut. Walau bagaimanapun fungsi dan peranan pendidikan prasekolah tidak
dapat dinafikan. Antara fungsi pendidikan prasekolah (Seminar Pendidikan UKM, Jun 1978)

 Pendidikan prasekolah akan memperkayakan lagi pengalaman kanak-kanak dari kelas


sosio-ekonomi yang baik.
 Dengan adanya sistem pendidikan prasekolah ini dapat menolak dan mengenali
kelemahan-kelemahan kanak-kanak sebelum memasuki darjah satu.
 Kewujudan sistem pendidikan prasekolah juga dapat memperbaiki lagi persediaan

pembelajaran yang sudah lengkap.

 Fungsinya yang lain ialah mencukupkan dan mengisikan persediaan pembelajaran


yang tidak lengkap.

-3-

 Keseimbangan emosi- untuk menyemai sikap positif terhadap diri sendiri,


kepercayaan terhadap orang lain dalam hidup kumpulan serta menambahkan
keyakinan kepada keupayaan diri sendiri. Bagi membentuk kemahiran kanak-kanak
dalam asas 3 M.
 Pertumbuhan estetika untuk menyemai kesedaran kanak-kanak terhadap keindahan
alam sekitar dengan menikmati muzik, lagu dan lain-lain.
 Perkembangan dan pendidikan ketatanegaraan
 Dapat memperkembangkan pendidikan kerohanian dan moral
 Memberi pendidikan asas agama Islam untuk kanak-kanak Islam.
 Pendidikan prasekolah menyediakan kurikulum yang dapat memperkembangkan
fizikal dan jasmani kanak-kanak, contohnya pusat pendidikan prasekolah dilengkapi
dengan alat permainan untuk kanak-kanak bersenam dan untuk menggerakkan badan.
 Akhir sekali pendidikan prasekolah berperanan bagi menyuburkan potensi kanak-
kanak dalam semua aspek pertumbuhan diri yang seimbang supaya mereka menjadi
individu yang berguna kepada dirinya dan masyarakat dengan berlandaskan rukun
negara.

Lazimnya fungsi pendidikan prasekolah di kaitkan dengan falsafah meningkatkan


perkembangan kanak-kanak dari segala sudut perkembanganya (fizikal, emosi, sosial dan
intelek untuk tadika swasta) serta perkembangan sudut rohani melalui penerapan nilai-nilai
murni (selaras dengan tuntutan reformasi pendidikan). Fungsi pendidikan prasekolah
menjelang tahun 2000 mungkin akan bertambah. Tadika akan menjalankan perkhidmatan
bagi meningkatkan keperluan dalam: (Dewan Masyarakat, April 1996)

-4-

 Perkembangan menyeluruh kanak-kanak


 Kesediaan akademik untuk bersekolah
 Penjagaan kanak-kanak
 Perkembangan personaliti kanak-kanak
 Pendidikan keibubapaan
 Perkembangan kerohanian
 Perkembangan daya kreatif

Fungsi pendidikan prasekolah menjelang ke arah pertengahan tahun 2000 akan

menjadi lebih rumit daripada keadaan sekarang. Seharusnya pihak akademik yang merancang
struktur pendidikan mengambil tindakan yang sewajarnya di dalam menyelaraskan peranan
dan fungsi tadika sebenarnya terhadap bidang pendidikan.

1. KEPENTINGAN PENDIDIKAN AWAL (PRASEKOLAH)

Dalam memperkatakan pendidikan awal dari perspektif Islam, Al-Ghazali berpendapat:


"Kanak-kanak merupakan amanah dan tanggungjawab orang tuanya, jiwanya suci murni
merupakan permata mahal yang bersahaja dan bebas dari ukiran dan gambaran dan ia
boleh menerima setiap ukiran dan cenderung kepada apa yang dicenderungkan kepadanya".
(Al-Ghazali, 1296H, Dalam Hasan Langgulung, 1979)

-5-
Rousseau, seorang ahli falsafah Perancis yang ideanya sendiri banyak dipengaruhi oleh
pemikir-pemikir Islam berpendapat, masa kanak-kanak di kalangan manusia adalah

lebih panjang jika dibandingkan dengan makhluk lain seperti haiwan. Rousseau selanjutnya
menjelaskan bagaimana kanak-kanak memerlukan perlindungan. Ini boleh dilakukan dengan
menyediakan persekitaran yang sihat dan dapat mengembangkan potensi yang ada

pada kanak-kanak tersebut. Pendedahan kepada persekitaran yang sesuai akan mengajar
mereka menjalani kehidupan dengan sempurna. Kanak-kanak tidak harus ditinggalkan
sendirian dan dipengaruhi oleh gejala-gejala negatif yang membawa kepada kejahatan dan
kejahilan (Hasan Langgulung, 1979:16).

Selanjutnya Rousseau menjelaskan: "Pentingnya masa kanak-kanak di mana peribadi kanak-


kanak terbentuk dan pengaruhnya besar sekali pada kehidupan selanjutnya, yakni masa
dewasa dan masa tua, hal-hal pertamalah yang patut dipelihara, sebab kanak-kanak pada
asalnya diciptakan siap untuk menerima baik atau buruk. Hanya orang tuanyalah yang
mencenderungkan kepada salah satu diantaranya"

(Rousseau, 1762. Dalam Hasan Langgulung, 1979)

Pendapat ini hampir serupa dengan maksud sebuah hadis yang bermaksud bahawa, "Kanak-
kanak dilahirkan dengan fitrah(suci), hanya orang tuanya yang menjadikannya Majusi,
Yahudi atau Nasrani" (Ash-Shiddieqy, 1969)

Selain daripada kedudukan anak sebagai amanah Allah kepada ibubapa, anak juga merupakan
cubaan atau ujian kepada mereka. Allah menguji sama ada ibubapa dapat

-6-

melaksanakan amanah ini. Sekiranya amanah ini terlaksana ibubapa memperolehi ganjaran

seperti ibadah. Firman Allah yang bermaksud:

"Dan ketahuilah, bahawa harta bendamu dan anak-anakmu itu adalah sebagai ujian dan
sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang besar."

(Surah al-Anfal:28)

Terdapat juga hadith yang bermaksud: "Apabila anak Adam meninggal dunia, putuslah
semua amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang manfaat dan anak yang
soleh yang mendoakannya"

Jelaslah di sini bahawa pendidikan peringkat awal sangat dititik beratkan oleh filosofi Islam
dan Barat. Mereka sependapat bahawa pendidikan kanak-kanak harus mendapat perhatian
sepenuhnya kerana kanak-kanak mempunyai waktu tertentu yang sangat singkat dan perlu
mendapat perhatian serius. Waktu ini disebut sebagai waktu kritikal. Perkembangan intelek,
emosi dan jasmani kanak-kanak bergantung kepada sempurna atau tidaknya asuhan yang
diperolehi terutama sekali dalam waktu kritikal. Jadi, untuk menyempurnakan tugas ibubapa,
taman-taman asuhan perlulah mempunyai kurikulum yang seragam untuk membentuk insan
yang cemerlang yang akan menjadi pemimpin unggul pada masa akan datang. (Pendidik dan
Pendidikan, USM)

-7-

4.0 PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA

Perkembangan sistem pendidikan prasekolah telah wujud sejak sekian lama di Malaysia.
Kebanyakannya lebih menjurus kepada pendidikan agama yang di laksanakan secara tidak
formal di kampung-kampung. Pengajian Al-Quran dan agama ini di ajar kepada kanak-kanak
yang berumur 4 tahun ke atas oleh guru-guru agama. Selalunya kanak-kanak ini belajar
mengaji Al Quran di rumah tok guru. Masa yang di tetapkan untuk mereka belajar mengaji Al
Quran adalah mengikut kehendak tok guru. Kebiasaannya ia di lakukan pada waktu selepas
asar atau pada waktu malam. Kanak-kanak ini di ajar membaca muqaddam dan Al Quran
sehinggalah mereka boleh membaca Al-Quran dengan bacaan yang lancar dan betul.
Kebiasaannya kanak-kanak ini akan qatam Al Quran sebanyak tiga kali. Setelah qatam Al
Quran, ahli keluarga kanak-kanak yang telah qatam Al Quran membuat kenduri pulut kuning
sebagai tanda bahawa anak mereka telah tamat mengaji Al Quran dan sebagai ucapan terima
kasih kepada tok guru yang telah mengajar mereka. Pendidikan agama yang di jalankan
secara tidak formal ini masih lagi berlaku sekarang. Tetapi kebanyakan daripada keluarga
kanak-kanak sekarang menghantar anak mereka kepada guru mengaji Al Quran yang di lantik
di sesuatu kawasan atau sekolah agama. Biasanya mereka yang mengajar Al Quran ini di
panggil ustaz dan ustazah. Kanak-kanak ini mengaji Al Quran seperti biasa dan hadiah
kepada guru mengaji Al Quran ini adalah berupa pembayaran wang atau yuran setiap bulan.

-8-

Sistem pendidikan prasekolah secara tidak formal ini terus berkembang seiringan dengan
tertubuhnya pusat-pusat asuhan kanak-kanak secara formal. Perkembangan pusat-pusat
asuhan dan institusi prasekolah secara formal di Malaysia berkait rapat dengan faktor
permintaan sosial, sama ada yang di akibatkan oleh desakan keperluan ekonomi ataupun
perubahan nilai masyarakat yang di akibatkan oleh perbandaran dan permodenan. Pusat-pusat
jagaan dan asuhan telah wujud bersama-sama dengan penubahan ladang-ladang getah dan
kawasan perlombongan semasa pemerintahan kolonial Inggeris. Pusat-pusat ini ditubuhkan
bagi menjaga anak-anak pekerja, yang kedua-dua ibu dan bapa bekerja bagi mencari nafkah.
Akan tetapi pusat-pusat jagaan dan asuhan ini semata-mata memberi tumpuan terhadap
penjagaan kebajikan dan kesihatan kanak-kanak, hanya sedikit tumpuan diberikan kepada
aspek keperluan pendidikan (educational needs). Perkembangan bandar berserta dengan
kepelbagaian kegiatan ekonomi bagi tujuan pembangunan telah mendorong kepada
komersialisasi pusat-pusat jagaan dan asuhan secara meluas. Pusat-pusat jagaan dan asuhan
ditubuhkan oleh pihak swasta bagi menampung permintaan ibu bapa yang bekerja untuk
menjaga kebajikan anak-anak mereka. Pusat-pusat ini mengambil kanak-kanak dari umur
beberapa bulan hingga 4 tahun atau 5 tahun.

Berbeza sedikit halnya daripada pusat jagaan dan asuhan, pendidikan prasekolah secara
berinstitusi hanya bermula pada awal 1950-an. Prasekolah ketika itu adalah untuk kanak-
kanak daripada golongan yang berada kerana yuran bagi perkhidmatan itu adalah tinggi atau
di luar kemampuan golongan bawahan. Oleh itu, prasekolah bersifat elitis
 

-9-

walaupun ‘pengajar’ (bukannya guru dalam erti kata sebenar) tidak mendapat latihan
profesional mengenai pendidikan awal kanak-kanak. Di pusat-pusat prasekolah berkenaan,
kurikulum prasekolah bersifat tradisional, iaitu menyediakan kanak-kanak dengan kemahiran
asas 3M bagi membolehkan mereka dianggap superior dan mempunyai kelebihan daripada
kanak-kanak lain. Penubuhan pusat-pusat prasekolah bertambah meluas dalam tahun-tahun
1960-an sejajar dengan perkembangan bandar-bandar utama, khususnya di negeri-negeri
yang maju. (Azizah bt. Lebai Nordin, Fakulti Pendidikan UM).

Ketidakseimbangan penyertaan dalam prasekolah serta kepentingan pendidikan jenis ini


disedari apabila Laporan Murad (1973) dikemukakan. Walau bagaimanapun, sebelum
laporan itu telah dikuatkuasakan peruntukan tambahan Akta pelajaran 1961, P.U. (A) 414
Kaedah-kaedah Pelajaran (Kindergaten Sekolah Asuhan) (Pendaftaran), 1972 bagi mengawal
perkembangan penubuhan dan pengurusan pusat-pusat berkenaan. Kesedaran tentang
ketidakseimbangan penyertaan serta faedah pendidikan prasekolah sebagai pendidikan
imbuhan awal telah mendorong beberapa agensi kerajaan dan pertubuhan kakitangan jabatan
kerajaan giat menubuhkan pusat-pusat prasekolah dalam tahun-tahun 1970-an dan 1980-an.
Diantara agensi-agensi kerajaaan yang giat menubuhkan dan membangunkan pusat-pusat
prasekolah serta program-program pendidikan berkenaan ialah FELDA, FELCRA, RISDA,
KEMAS. Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara, Kementerian Wilayah
Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, universiti-
universiti, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pembangunan Bandar dan Desa Sabah,
Lembaga Letrik Negara dan Yayasan Sabah.

- 10 -

Rancangan Malaysia kelima (1986-1990) telah menyatakan bahawa satu kajian yang meliputi
seluruh negara mengenai kedudukan pendidikan prasekolah dijalankan pada tahun 1981 dan
telah disiapkan pada tahun 1984. Kajian tersebut adalah bertujuan untuk menyediakan
maklumat kepada kerajaan mengenai kedudukan pendidikan prasekolah dan bagi membantu
kerajaan menggubal garis panduan dasar mengenai pendidikan prasekolah yang meliputi
antara lain pengawasan, pengawalan, penyelarasan, latihan guru, pembentukan kurikulum
dan peningkatan mutu pendidikan prasekolah. Hasil kajian tersebut menunjukkan bahawa
pendidikan prasekolah telah berkembang dalam tempoh 1981-1984. Kanak-kanak dalam
lingkungan umur empat hingga enam tahun yang mengikuti pendidikan prasekolah telah
bertambah daripada 171,000 pada tahun 1980 kepada 279,000 pada tahun 1984. Dalam
tempoh yang sama, terdapat sebanyak 5,657 pusat prasekolah berbanding dengan 2,974 pada
tahun 1980. Sebanyak 4,487 atau 79 peratus daripada jumlah pusat-pusat ini yang
kebanyakannya terletak di kawasan luar bandar, menampung kira-kira 149,850 kanak-kanak
atau 54 peratus daripada jumlah kanak-kanak yang mengikuti pendidikan prasekolah pada
tahun 1984 (Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990).

Pada tahun 1989 terdapat 6,959 pusat pendidikan prasekolah di Malaysia, 4,728 di bawah
berbagai agensi kerajaan, 631 di bawah badan-badan Berkanun seperti FELDA (Federal Land
Development Authority), 1392 dijalankan oleh pihak persendirian dan 208 di bawah
organisasi sosial. Jumlah pendaftaran kanak-kanak dalam tahun 1989 adalah
- 11 -

33,520 meningkat daripada 196,992 pada tahun 1981 dan 300,850 pada tahun 1986.
(Educational Statistics of Malaysia, 1980-85, 1986 dan 1989) (tidak diterbitkan).

Mengikut anggaran dalam tahun 1990, seramai lebih kurang 490,700 orang dari jumlah
kanak-kanak yang berumur 5+ tahun harus mendapat pendidikan prasekolah. Dari jumlah ini,
dianggarkan seramai 269,450 orang kanak-kanak (53%) tidak mendapat kemudahan
pendidikan tersebut.(Kementerian Pendidikan Malaysia 1991). Keadaan ini mendorong
Kementerian Pendidikan Malaysia menubuhkan prasekolah ‘Annex’ untuk memberi
kemudahan pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak miskin dari kawasan bandar dan luar
bandar yang tidak mampu membayar yuran program pendidikan prasekolah yang dianggap
mahal.

1. KESAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH TERHADAP PENCAPAIAN


PELAJARAN KANAK-KANAK

Adalah perlu diberi perhatian bahawa kajian-kajian di negara-negara maju telah


membuktikan bahawa kanak-kanak yang mengikuti pendidikan prasekolah mempunyai kesan
positif terhadap perkembangan kognitif dan afektif kanak-kanak peringkat Gred I dan Gred II
(Halim, 1989). Dari kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan
kerjasama UNICEF (United Nations International Children’s Emergency Fund) (1980-1984)
didapati bahawa kanak-kanak yang mempunyai pengalaman pendidikan prasekolah lebih
bersedia untuk mengikuti pendidikan formal di sekolah rendah

- 12 -

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991).

Kajian di Malaysia juga mendapati kanak-kanak yang mengikuti pendidikan prasekolah ada
dari keluarga yang mempunyai latarbelakang sosio-ekonomi tinggi atau rendah memperolehi
pencapaian yang tinggi semasa di darjah I dan darjah II (Halim, 1989). Kajian-kajian di atas
menunjukkan betapa pentingnya pendidikan prasekolah sebagai asas kesinambungan
pendidikan sekolah rendah. Memandangkan kepentingan pendidikan prasekolah bagi
perkembangan diri kanak-kanak dan bertambahnya pusat-pusat pendidikan prasekolah di
Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menggubal

Piagam (1994) tidak lupa memasukkan isu prasekolah. Piagam ini menyebut:-

o Menyepadukan pendidikan prasekolah yang dikendalikan oleh agensi-agensi


kerajaan yang lain di bawah Kementerian Pendidikan.
o Memastikan semua kanak-kanak mengikuti pendidikan prasekolah.
o Menyelaraskan dan memastikan kurikulum prasekolah di semua institusi
prasekolah dilaksanakan. (Utusan Malaysia, 4 Januari 1994).

1. ISU KETIDAKSERAGAMAN KURIKULUM PENDIDIKAN PRASEKOLAH


DI MALAYSIA
Satu fenomena yang paling ketara mengenai pendidikan peringkat prasekolah ini ialah
terdapatnya berbagai agensi yang terlibat di dalam mengendalikannya. Sehingga kini terdapat
kira-kira 31 buah agensi kerajaan, separa kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan

- 13 -

bebas yang menganjurkan pusat pendidikan prasekolah (Kementerian Pendidikan, 1984).


Sehingga waktu ini pendidikan prasekolah ini makin berkembang sejajar dengan
perkembangan ekonomi dan taraf hidup masyarakat. Setiap agensi penganjur mengendalikan
pusat-pusat prasekolah secara berasingan tanpa sebarang kawalan daripada pihak yang
berwajib. Kurikulum yang digunakan adalah berbeza dan di bentuk secara bebas oleh setiap
agensi berkenaan untuk memenuhi kehendak dan matlamat masing-masing.

Sebagai satu usaha untuk menyelesaikan masalah ini, dalam tahun 1984, Kementerian
Pendidikan telah menghasilkan sebuah ‘Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah
Malaysia’. Sebanyak lapan garis panduan untuk pendidikan prasekolah telah dibentuk dan
garis panduan itu telah diperkemaskan lagi pada tahun 1986. Ini merupakan garis panduan
untuk satu program tidak formal bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur empat hingga
enam tahun. Garis panduan ini berdasarkan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR). Secara ringkas garis panduan ini meliputi perkara-perkara seperti Pendidikan
Ketatanegaraan, Pendidikan Kerohanian dan Moral, Penggunaan Bahasa Malaysia,
Pendidikan Agama Islam, Perkembangan Fizikal, Perkembangan Sosio-Emosi,
perkembangan kognitif dan perkembangan estetika dan daya kreatif.

Satu ulasan mengenai keadaan pendidikan prasekolah di Malaysia (New Straits Times, 22
Nov 1989:2) menunjukkan bahawa walaupun ada satu garis panduan yang

- 14 -

disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, ketidakseragaman masih wujud. Ini


adalah kerana 60% daripada tadika atau tabika yang ada di negara ini mempunyai kurikulum
sendiri dan kaedah perlaksanaan yang berlainan. Kebanyakkannya terlalu memberatkan aspek
tertentu seperti perkembangan aspek lain seperti kerohanian dan moral.

Menurut Zaharani Asran, (Utusan Malaysia, Nov. 1989), salah satu faktor yang menyebabkan
penekanan yang tidak seimbang sewaktu melaksanakan kurikulum pendidikan awal adalah
salah anggapan ibubapa tentang matlamat pendidikan prasekolah yang sebenarnya. Ramai
ibubapa merungut kerana kanak-kanak belum pandai membaca, menulis dan mengira
sedangkan mereka sudah dihantar ke taman asuhan kanak-kanak. Yang menjadi sasaran
ibubapa ialah guru-guru tadika dan pihak pengurusan taman asuhan. Ibubapa akan mendesak
agar anak-anak mereka diajar program 3M. Tanpa disedari mereka sebenarnya telah
menimbulkan satu masalah yang menjadi kontroversi. Keperluan utama dalam rancangan
pendidikan awal sekarang ini ialah menyediakan satu kurikulum yang sesuai, yang bercorak
menyeluruh dan seimbang selaras dengan tujuan untuk melahirkan insan kamil.

Pengendalian pendidikan prasekolah oleh berbagai-bagai agensi yang berasingan ini telah
menimbulkan beberapa masalah dan persoalan. Ini adalah kerana institusi-institusi tersebut
mempunyai matlamat, tanggapan, orientasi, keutamaan dan kemampuan yang tersendiri dan
berbeza-beza khasnya aspek penggunaan bahasa pengantar, penggunaan

- 15 -

kurikulum, latihan ikhtisas, kelayakan akademik guru, gaji guru dan yuran pelajar,
penempatan tadika, pengurusan dan pentadbiran, kemudahan-kemudahan asas dan
keutamaan-keutamaan yang ditekankan.

Antara isu-isu yang dapat di timbulkan dari pendidikan prasekolah adalah dari sudut:

6.1 Model Kurikulum

Model kurikulum atau program prasekolah didapati berbagai-bagai. Ada yang menggunakan
model tradisional atau akademik dan ada yang menggunakan Model Froebel, Montessori,
Piaget, Head Start, Perkembangan Menyeluruh, Kurikulum Terbuka dan Campuran dan
pelbagai lagi. Walau bagaimanapun kebanyakan prasekolah swasta menggunakan model
tradisional dan ini dianggap menyeleweng daripada matlamat pendidikan awal kanak-kanak
yang sepatutnya bertujuan untuk menggalakkan perkembangan psikososial, personaliti, moral
dan potensi kanak-kanak. Prasekolah anjuran agensi kerajaan pula menekankan aspek
sosiolisasi, perpaduan akhlak di samping aspek perkembangan kognitif.

6.2 Yuran

Kedudukan kewangan tadika swasta adalah kukuh disebabkan oleh yuran yang tinggi yang
dikenakan kepada setiap kanak-kanak. Sebaliknya tadika yang dikelolakan oleh

- 16 -

agensi-agensi kerajaan tidak begitu kukuh kedudukan kewangannya jika dibandingkan


dengan tadika swasta. Sumber kewangan tadika/tabika agensi kerajaan adalah bergantung
sepenuhnya kepada peruntukan kerajaan tetapi jumlah itu sangat kecil. Bayaran untuk
menghadiri tadika adalah berbeza-beza. Kanak-kanak dari keluarga yang kaya menghadiri
tadika yang bayarannya lebih tinggi dari bayaran universiti dan kanak-kanak yang dari
keluarga yang miskin akan menghadiri tadika yang bayarannya lebih murah atau
kemungkinan tidak menghadiri tadika langsung. Ekoran dari ini, tadika yang mengenakan
bayaran yang tinggi dapat pula memberi gaji yang lebih tinggi kepada guru-guru yang
mempunyai latihan yang lebih baik. Ini tidak mungkin dilakukan oleh tadika-tadika yang
mengenakan bayaran yang rendah, oleh itu guru-guru yang diambilnya tidak terlatih dan
kedudukan mereka pula tidak tetap.Keadaan ini akan menjadikan tadika yang mengenakan
bayaran tinggi itu lebih baik dan kanak-kanak yang menghadiri tadika tadi menerima
pendidikan prasekolah yang lebih sempurna. Kesimpulannya ialah orang yang lebih baik
kedudukan sosio-ekonominya akan mendapat pendidikan prasekolah yang lebih baik.
Pembayaran yuran yang berbeza mencerminkan ketidak seimbangan antara kawasan dan
agensi yang terlibat.

6.3 Kelayakan Akademik dan Ikhtisas Guru


Tenaga pengajar yang mengendalikan program latihan ini mempunyai kelulusan akademik
dan ikhtisas yang berbeza-beza. Ada di antara agensi ini mempunyai tenaga pengajar yang
berkelulusan ‘post graduate’ dalam pendidikan prasekolah. Manakala yang

- 17 -

lain pula hanya mempunyai latihan asas berhubung dengan pendidikan prasekolah. Tidak ada
koordinasi di antara agensi-agensi yang menjalankan latihan berhubung dengan kurikulum,
taraf akademik tenaga pengajar dan jangka masa kursus yang dijalankan. Di samping itu
hanya sejumlah kecil sahaja bakal-bakal guru tadika yang dapat diberi latihan sempurna
kerana terhadnya bilangan pusat latihan dan bilangan tenaga pengajar yang berkelayakan.

6.4 Gaji guru

Memandangkan pendidikan prasekolah dijalankan oleh pelbagai agensi dan pertubuhan,


maka terdapat perbezaan yang ketara dari segi bayaran gaji dan ganjaran untuk guru-guru
prasekolah. Prasekolah yang mengenakan yuran yang mahal kepada kanak-kanak di bawah
pengawasannya akan membayar gaji guru dengan jumlah yang lebih mahal berbanding
dengan agensi prasekolah yang mengenakan yuran yang rendah. Pembayaran gaji guru juga
adalah berpandukan kepada kelayakan akademik yang di miliki oleh guru berkenaan. Tidak
ada pelarasan gaji di antara guru-guru yang mengajar. Secara amnya, guru-guru tadika agensi
kerajaan atau separa kerajaan menerima gaji di antara RM 400 hingga RM600 manakala bagi
guru-guru tadika swasta adalah sebanyak RM 700 dan kadangkala mencapai keempat angka.

-18 -

6.5 Latihan Guru

Latihan untuk guru-guru tadika atau tabika dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan. Di
antaranya ialah KEMAS, Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara, FELDA dan lain-
lain badan-badan khas dan agensi kerajaan dan pihak swasta. Guru-guru tersebut di
kehendaki untuk menjalani pelbagai kursus yang menekankan kepada aspek pembelajaran
dan pengurusan kanak-kanak. Terdapat juga sebilangan guru-guru tadika yang tidak
mempunyai latihan khusus untuk mengajar. Persoalannya di sini bagaimanakah

6.6 Kemudahan-kemudahan Asas Fizikal

Kemudahan asas fizikal di antara tadika-tadika adalah berbeza mengikut lokasi dan
kemantapan kewangan agensi yang mengendalikan tadika tersebut. Antara kemudahan-
kemudahan asas yang di dapati di tadika adalah seperti bilik air, ruang permainan kanak-
kanak, ruang makan dan ada sebahagiannya yang menyediakan kawasan untuk beriadah,
berenang dan sudut-sudut bacaan dan ruang untuk berehat. Kadang-kala pihak tadika sendiri
ada menyediakan kemudahan pengangkutan seperti bas dan van untuk menghantar kanak-
kanak ke tadika .
6.7 Organisasi, Pengurusan dan Pentadbiran Tadika

Setiap badan penganjur tadika mempunyai sistem pengurusan dan pentadbiran institusinya
yang tersendiri. Penyelarasan di antara agensi-agensi tersebut langsung tidak

- 19 -

wujud, terutamanya untuk menuju ke arah haluan yang sama bagi menghasilkan pendidikan
prasekolah yang berkualiti. Perbezaan-perbezaan dalam aspek pentadbiran ternyata dari segi
bilangan unit atau bahagian yang terlibat dalam bidang-bidang pengendalian prasekolah,
bilangan kakitangan asas dan kelayakan serta pengalaman kakitangan. Struktur organisasi
pengurusan prasekolah juga adalah berbeza di antara satu sama lain.

6.8 Pendaftaran dan Penyelarasan

Semua sekolah asuhan mestilah didaftarkan di Kementerian Pendidikan mengikut Seksyen


44, Akta Pelajaran 1971 kecuali tadika atau sekolah asuhan yang mendapat pengecualian dari
pendaftaran mengikut Seksyen 127, Akta Pelajaran 1961. Semua guru(termasuk Guru Besar),
Pengelola atau pengurus dan pekerja kindergarten atau sekolah asuhan hendaklah di
daftarkan di Kementerian Pendidikan mengikut Seksyen 75 dan 79, Akta Pelajaran, kecuali
guru, pengelola dan pengurus serta pekerja kindergarten yang mendapat pengecualian dari
pendaftaran mengikut Seksyen 127, Akta Pelajaran 1961. Walaubagaimanapun terdapat
tadika-tadika yang masih belum di daftarkan di Kementerian Pendidikan kerana matlamatnya
adalah bukan untuk mencari keuntungan tetapi untuk memberikan pendidikan kepada kanak-
kanak di daerah masing-masing. Bagi prasekolah yang mendapat bantuan daripada KEMAS,
maka prasekolah itu dianggap

- 20 -

mendapat pengecualian dari pendaftaran. Prasekolah polis dan tentera yang terletak di
kawasan penempatannya di kecualikan juga dari pendaftaran Kementerian Pendidikan atas
alasan ia di anggap terkawal dan selamat.

7.0 RESOLUSI BAGI PENYERAGAMAN PENDIDIKAN


PRASEKOLAH DI MALAYSIA

Penubuhan pusat-pusat asuhan dan tadika dari sejak 1950-an adalah menurut dasar laissez-
faire, iaitu dasar terbuka atau dasar memberi autonomi dan kebebasan kepada pihak yang
berminat dan berkemampuan menganjurkan pusat-pusat berkenaan. Justeru daripada dasar-
dasar kerajaan ini telah mewujudkan ketidakimbangan dan ketidakseragaman dalam pelbagai
aspek pendidikan prasekolah seperti pentadbiran, kurikulum, latihan guru, gaji guru, yuran,
mutu infrastruktur dan kriteria pendaftaran pusat prasekolah. Beberapa resolusi atau langkah-
langkah perlu di ambil untuk mengurangkan dan seterusnya membaharui ketidakseragaman
dan ketidakimbangan. Di antara resolusi ialah seperti berikut:
 Penubuhan Jawatankuasa Pemandu Pendidikan Prasekolah untuk memandu
perkembangan pendidikan prasekolah dalam pelbagai aspek bagi mengurangkan
gejala ketidakseragaman dan ketidakimbangan yang sedia ada pada masa ini.

- 21 -

 Konsep pendidikan prasekolah seperti di fahami sekarang di negara kita perlu


disemak

semula dan di beri definisi yang baru. Samada rancangan pendidikan prasekolah
hendak di laksanakan secara menyeluruh atau secara perlaksanaan pemilihan.

 Tindakan harus di ambil untuk menjalankan profile mapping mengenai kawasan-


kawasan dan kumpulan-kumpulan tertentu dalam negara khasnya pihak yang
memerlukan keutamaan perhatian sebagai langkah jangka masa panjang untuk
perlaksanaan program.
 Satu badan penyelaras kurikulum di wujudkan. Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Pelajaran atau Pusat Perkembangan Kurikulum atau satu Unit Khas di
Kementerian Pendidikan bolehlah di pertanggungjawabkan untuk menjalankan tugas
penyelarasan ini.
 Suatu panduan kasar untuk kurikulum perlulah di kenalpasti oleh pihak kerajaan
dengan membolehkan pengubahsuaian yang wajar di buat mengikut keadaan
persekitaran dan kawasan wilayah. Objektif-objektif kurikulum mestilah seragam
untuk keseluruhan pendidikan prasekolah, manakala untuk kurikulum kanak-kanak di
peringkat "Nursery" pula suaru garis panduan yang berasingan perlu diwujudkan.
Bahan-bahan bantuan pengajaran hendaklah berdasarkan bahan-bahan tempatan.
 Kurikulum yang sama untuk kanak-kanak di bandar dan luar bandar perlu diadakan.
Kurikulum ini hendaklah di sesuaikan dengan kumpulan umur kanak-kanak.

- 22 -

 Kurikulum bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur 4-6 tahun haruslah disediakan
terlebih dahulu dan sekiranya keadaan kewangan mengizinkan boleh di sediakan
kurikulum bagi kanak-kanak dalam lingkungan 3-6 tahun.
 Matlamat prasekolah pada keseluruhannya ialah untuk perkembangan potensi kanak-
kanak sepenuh-penuhnya. Matlamat sosialisasi mestilah merupakan matlamat penting
yang tidak sahaja melahirkan kesedaran Sivik tetapi juga menggalakkan hubungan di
kalangan kanak-kanak. Matlamat tambahan untuk menyediakan peluang bagi kanak-
kanak didedahkan kepada sukan, permainan, nyanyian dan penceritaan, mestilah
dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah dan tidak sebagai pilihan.
 Objektif pendidikan prasekolah adalah disarankan sebagai mewujudkan satu institusi
yang tersusun bagi proses sosiolisasi (an organised and institutionalised sosialisation)
yang merangkumi pelbagai fungsi dan aspek, diantaranya persediaan untuk sekolah
rendah, imbuhan, kesihatan, pemakanan dan lain-lain.
 Pendidikan prasekolah seharusnya memusatkan perhatian pada kaedah yang sesuai
dan kaedah ini mestilah dikaitkan dengan faktor kesediaan pembelajaran yang
mungkin berbeza-beza dalam situasi dan kelompok yang beraneka jenis.
 Latihan pendidik guru dalam pengkhususan prasekolah mestilah disegerakan kerana
institusi yang ada dijangka tidak berdaya menampung keperluan yang semakin
bertambah. Latihan perguruan yang bermutu tinggi dan sistematik amat penting untuk
melengkapkan guru-guru dengan kemahiran untuk mengesan kesediaan pembelajaran

- 23 -

 dan bezantara perbezaan individu. Setelah mengesan masalah kesediaan pembelajaran


dan bezantara individu, maka guru-guru semestinya mampu memilih teknik/kaedah
pengajaran dan bimbingan yang berkesan.
 Latihan untuk guru-guru tadika tidak semestinya dikendalikan oleh Bahagian
Pendidikan Guru sahaja. Sebaliknya latihan ini boleh juga dikendalikan oleh mana-
mana badan lain umpamanya universiti-universiti tempatan. Program latihan KEMAS
perlu diperluas dan dipusatkan supaya dapat juga menampung keperluan guru di
sektor swasta. Latihan guru prasekolah mestilah diselaraskan walaupun ianya
dikelolakan oleh badan-badan yang berlainan. Kurikulum untuk melatih guru-guru
perlulah memasukkan komponen kesihatan yang meliputi aspek-aspek penjagaan
kanak-kanak, pertolongan cemas dan pemakanan.
 Bagi maksud kawalan mutu, bagaimana Kementerian Pendidikan harus mengadakan
garis panduan terperinci mengenai aspek-aspek fizikal, guru, kurikulum, alat-alat dan
kelengkapan prasekolah. Ini dapat dijalankan dengan dua cara:

i. Bagi tadikan swasta atau bukan di bawah Kementerian Pendidikan, di tahap I,


Kementerian meluluskan atau tidak meluluskan pendaftarannya. Di tahap II,
Kementerian meneliti prasekolah ini untuk membaharui lesen, kemansuhan
taraf dan sebagainya.

- 24 -

ii. Tadika di bawah Kementerian Pendidikan sudah ditentukan keperluan-


keperluannya. Kawalan kualiti akan juga melihatkan aspek-aspek
perundangan.

8.0 IMPLIKASI KETIDAKSERAGAMAN KURIKULUM


PRASEKOLAH TERHADAP PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

Perbezaan orientasi tadika-tadika mungkin akan menyulitkan kedudukan Dasar Pelajaran


Kebangsaan. Ada kemungkinan tadika-tadika yang dibiayai oleh persatuan, kaum atau parti
politik akan di hadiri oleh satu golongan etnik sahaja. Orientasinya akan diserap dalam proses
sosilisasi yang berlaku di tadika. Jika orientasinya selaras dengan Dasar Pelajaran
Kebangsaan maka ianya tidak akan menjadi masalah, tapi bagaimana kalau tidak? Ia tentu
akan mendatangkan impak kepada pertumbuhan kanak-kanak tadika yang terbabit semasa
mereka memasuki alam persekolahan kelak. Isu yang wajar di fikirkan di sini ialah
sejauhmanakah pengalaman-pengalaman pembelajaran yang berbeza-beza itu mempengaruhi
kualiti kanak-kanak yang memasuki sekolah rendah. Dalam hubungan ini kesan pendidikan
prasekolah ke atas pendidikan formal sekolah rendah perlulah di kaji di samping
membincangkan kesan kurikulum sekolah rendah terhadap pertumbuhan dan perkembangan
diri kanak-kanak terbabit.

- 25 -

Situasi 1

Di beberapa buah sekolah didapati murid-murid yang telah menghadiri tadika dengan murid
yang tidak menghadiri tadika di letakkan bersama dalam satu darjah. Dari kajian yang telah
di buat sebelum ini, di sebuah sekolah, di dapati ada enam buah darjah satu. Tiap-tiap satu
darjah mempunyai tiga kumpulan murid-murid. Kumpulan murid-murid tersebut terbahagi
kepada:-

a. Kumpulan Maju
b. Kumpulan Sederhana
c. Kumpulan Lemah.

Tiap-tiap kumpulan maju terdiri hampir-hampir semuanya dari mereka yang menghadiri
tadika. Seperti yang sudah di jangka, manakala kumpulan lemah terdiri hampir-hampir
semuanya dari golongan miskin dan ada yang tidak pernah memasuki tadika. Guru di kelas
ini mendapati kelas begitu sukar di kendalikan. Murid-murid lemah terpaksa dibimbing
sepenuh masa kerana asas pelajarannya ialah nil sedang murid-murid maju pula membuat
bising bila sahaja perhatian guru di berikan kepada kumpulan lemah. Hal ini menjadi semakin
kusut kerana guru-guru dan murid-murid "lemah" itu masing-masing ada perasaan emosi.

Guru selalunya, dengan tidak disedari, terperangkap oleh apa yang di panggil self-fulfilling
prophecy. Tidak menghadiri tadika itu di hubungkan pula dengan lemah pelajaran, dan
kelemahan itu dihubungkan pula dengan kelas sosio ekonomi, dan akhirnya

- 26 -

hakikat tidak menghadiri tadika itu di lupakan. Yang diingat selalu ialah budak-budak itu
lemah ialah kerana mereka anak-anak orang miskin yang selalunya "bodoh", dan tidak dapat
di tolong atau di bantu. Pada hal kanak-kanak itu memerlukan jauh lebih banyak, dan
bukannya jauh lebih kurang perhatian guru. Tidak sahaja guru-guru yang akhirnya patah
semangat untuk mengajar murid-murid "lemah" ini. Mereka juga mendapati ketiadaan daya
untuk belajar. Ketiadaan daya yang pada mulanya di sebabkan oleh ketiadaan persediaan
pembelajaran prasekolah, akhirnya berubah kepada ketiadaan daya yang di sebabkan oleh
konsep rendah diri.

Salah satu daripada sebab-sebab terjadinya rendah diri adalah di mana kanak-kanak yang
telah berpendidikan tadika, pada tahun pertama persekolahan rendah, umpamanya akan dapat
memberikan jawapan yang betul, lalu di puji guru, dan dengan demikian naiklah konsep
dirinya. Kanak-kanak yang tidak berpendidikan tadika banyak membuat salah lalu di keji
atau tidak di puji dan dengan demikian menjadi rendahlah konsep diri, maka keupayaan
untuk belajar itu tidaklah di gunakan mereka sepenuhnya.

Situasi 2

Dari satu kajian , di dapati di dalam satu kelas yang di lawati oleh pengkaji, murid-murid
yang tidak berpendidikan tadika yang selalu sahaja menangis, ponteng kelas dan membawa
ibu menemani mereka di sekolah. Murid-murid yang tidak berpendidikan tadika juga adalah
di antara mereka yang suka bercakap bohong mengatakan buku kerja

- 27 -

mereka hilang atau ibu bapa mereka tidak mampu membeli buku kerja, atau buku itu
tertinggal di rumah, padahal setelah diperiksa beg mereka di dapati buku itu memang ada.

Semuanya ini adalah merupakan sikap mahu melepaskan diri. Pengalaman di sekolah tidak
menyenangkan, tidak menguntungkan, tidak memberikan rasa bahagia dan tidak
menyeronokkan. Mereka tidak mehu penilaian kerana mereka selalu membuat salah dan
membuat silap akan mendatangkan kemarahan guru. Dalam suasana persaingan antara
individu di dalam kelas, situasi ini sangat menyakitkan. Dengan kata lain, kanak-kanak itu
mahu mengelakkan diri dari berinteraksi dengan guru. Menurut Exchange Theory, kita terus
mahu berinteraksi dengan orang yang memberikan kita kepuasan dan kesenangan, dan kita
memilih untuk keluar dari berinteraksi bila orang memberikan kita pengalaman yang tidak
menyenangkan.

Situasi 3

Mengasing-asingkan murid-murid darjah satu yang tidak berpengalaman tadika kepada kelas
yang berasingan akan memudahkan sedikit kerja guru dengan pengertian bahawa guru tidak
payah memenuhi kehendak yang berbeza dari dua kumpulan dalam satu kelas yang sama. Ia
membolehkan guru melepaskan diri dari belenggu prasangka terhadap murid-murid "lemah"
ini masih belum tentu mungkin. Walaupun kelas itu "homogeneous", tetapi guru menyedari
hakikat bahawa darjah itu rendah pencapaiannya berbanding dengan darjah satu lain yang
murid-muridnya terdiri dari kanak-kanak yang

- 28 -

telah berpengalaman tadika. Langkah yang sebegini sebenarnya bukanlah langkah


menyelesaikan masalah yang lebih asas. Langkah ini adalah sekadar mencari cara yang
mudah dari strategi pengajaran bila berhadapan dengan keadaan yang di timbulkan oleh
masalah asas tadi. Dan masalah asas di sini ialah masalah "ketidaksamaan" yang
diperburukkan lagi kerana kanak-kanak yang tidak "lengkap" di perlengkapkan lagi menerusi
tadika yang mempunyai kemudahan yang baik sementara kanak-kanak yang datang dari
golongan yang daif, adalah lair daripada tadika-tadika yang tidak mempunyai kemudahan
yang cukup untuk tujuan pembelajaran.

Situasi 4

Satu cabaran pada pendidikan prasekolah adalah kesan-kesan pendidikan prasekolah yang
masih belum boleh di sahkan dengan sepenuhnya. Dari kajian yang telah di buat di dapati
kanak-kanak yang memasuki tadika tidak dapat mengekalkan pencapaian kognitif mereka di
sekolah rendah. Ada pula pendapat menyatakan bahawa ada kanak-kanak yang mempunyai
pengalaman tadika yang tidak berdisiplin dan tidak mahu mengikuti kebiasaan-kebiasaan
belajar di bilik darjah di sekolah rendah. Sebaliknya kanak-kanak yang tidak mempunyai
pengalaman tadikalah yang mengikuti pengajaran guru dengan lebih hati-hati dan
bersemangat.

- 29 -

Situasi 5

Dari kajian yang di jalankan juga di dapati bahawa pendidikan prasekolah itu adalah
merupakan sebagai percubaan untuk menggantikan fungsi rumah dan keluarga. Tadika
sebenarnya bukanlah berfungsi sebagai institusi keluarga tetapi sebenarnya adalah bersifat
sebagai meneguhkan fungsi ibu bapa dan bukannya membawa kepada pepecahan sistem
kekeluargaan. Hakikat ini timbul kerana ada tadika yang berfungsi sebagai day care
memberikan perkhidmatan perlindungan kepada kanak-kanak dari pukul 8.00 pagi hingga
8.00 malam. Menurut Moore salah seorang pengkaji yang membuat kajian terhadap kank-
kanak menyatakan bahawa kasih sayang keibuan atau kebapaan jarang-jarang boleh di
gantikan dengan kasih sayang pembimbing atau guru tadika.

Secara kesimpulannya, demikianlah beberapa situasi-situasi yang berlaku di arena pendidikan


prasekolah. Pertimbangan yang wajar seharusnya di berikan pada situasi-situasi yang berlaku
dan tindakan-tindakan positif sepatutnya di ambil bagi menjadikan pendidikan prasekolah itu
sebagai taman asuhan kanak-kanak dalam pengertian yang sebenarnya dan dapat membantu
pendidikan di peringkat rendah. (Dewan Masyarakat, 1993)

 
- 30 -

1. CADANGAN

 Bagi menangani isu ketidakseragaman kurikulum pra-sekolah di Malaysia ialah

dengan menggunakan pendekatan holistik untuk pendidikan awal. Pendekatan ini


ialah pendekatan yang menyeluruh, bersepadu, berkeseimbangan dan merangkumi
semua aspek penting secara serentak. Aspek-aspek yang diberikan perhatian akan
dihubungjalinkan antara satu dengan yang lain supaya terdapat "kesepaduan" .
Menurut perspektif Islam , bukan sahaja kesepaduan malah keseimbangan antara
aspek rohani (keimanan dan akhlak), aspek intelek (kognitif), aspek emosi (afektif),
dan aspek jasmani (psikomotor) juga perlu diberi perhatian. Kesemuanya dijalinkan
secara berhiraki dan berkesinambungan dengan aspek-aspek lain seperti intelek untuk
mandapatkan pengetahuan yang berguna, aspek emosi dan aspek jasmani untuk
mendapat kebolehan berinteraksi dan kecergasan fizikal. Hasil yang ingin dicapai
ialah manusia beriman, berilmu dan beramal, bukan yang mempunyai ilmu tanpa
amal atau yang beramal tetapi jahil.

 Selain daripada menyeragamkan kurikulum, penyeragaman hendaklah dilakukan ke


atas organisasi pendidikan pra-sekolah, pentadbiran dan juga pengurusannya.
 Kemudahan asas fizikal diantara tadika-tadika sepatutnya diselaraskan dan pihak
tertentu yang diberi kepercayaan untuk menyelaraskan kewujudan pusat pendidikan

- 31 -

 prasekolah hendaklah menetapkan syarat-syarat tertentu yang perlu diikuti oleh pihak
yang ingin mewujudkan pusat pendidikan prasekolah.
 Penggubal dasar dan pentadbir perlu peka terhadap usaha untuk meningkatkan

infrastruktur pendidikan prasekolah dan sepatutnya mendapat sokongan moral

serta kebendaan daripada pihak swasta dan kerajaan.

 Bagi menjamin kualiti tadika serta program pendidikan prasekolah, masyarakat perlu
dididik tentang keperluan pengajar pusat prasekolah yang menawarkan perkhidmatan
berkualiti untuk kanak-kanak prasekolah.
 Kelayakan guru perlu ditingkatkan dan diselaraskan bagi semua guru prasekolah
selain daripada penyeliaan yang rapi dan sistem pendaftaran tadika yang tersusun.
 Pembimbing tadika perlu diselia atau diawasi beberapa kali dalam tahun pertama
mereka mulai bekerja dan hasil penilaian didokumentasikan untuk rujukan dan
tindakan selanjutnya.
 Adalah disyorkan supaya kajian susulan untuk melanjutkan "kajian status pendidikan
prasekolah" yang telah dijalankan.
 Pembayaran yuran bagi institusi pendidikan prasekolah hendaklah diseragamkan.
 Penulisan buku tentang pendidikan prasekolah dalam pasaran perlu ditambah untuk
memperluaskan pengetahuan ibu-bapa.
 Pembimbing dan pendidik tadika perlu mempunyai fikiran yang terbuka, semangat
ingin tahu dan ingin mempelajari sesuatu serta bersikap fleksibel.

- 32 -

 Ibu-bapa sepatutnya menjalinkan hubungan yang rapat dengan pihak pentadbir pusat
pendidikan prasekolah, perlu peka terhadap faktor yang memberikan rangsangan
terhadap pendidikan kanak-kanak prasekolah dan menghadapinya secara objektif,
serta perlu menangani masalah-masalah anak mereka yang mungkin timbul dalam
pendidikan prasekolah.
 Lebih banyak kajian perlu dijalankan berkaitan pembelajaran di tadika kerana negara
kita masih jauh ke belakang dalam usaha menghimpunkan data tentang iklim dan
pembelajaran kanak-kanak tadika.
 Dalam pendidikan prasekolah telah di kemukan empat model guru-guru tadika yang
boleh di contohi. Model Maternal ( Model Keibuan) menegaskan bahawa fungsi guru
itu lebih untuk menjaga keselamatan dan kesihatan jasmani kanak-kanak, Model
Therapeautic menegaskan fungsi guru sebagai pelayan perasaan kanak-kanak, dan
Model Instructional menitikberatkan fungsi guru sebagai penyampai ilmu
pengetahuan atau Model Facilitator yang mengutamakan fungsi guru sebagai
pembentuk suasana pembelajaran yang berkesan untuk kanak-kanak.
Kemungkinannya, guru tadika yang ideal mempunyai ciri-ciri daripada kesemua
model tersebut. Dalam menilai kualiti guru-guru tadika masa kini adalah di cadangkan
ianya mestilah memenuhi kelayakan berdasarkan model-model yang tersebut di atas.
 Adalah di cadangkan bahawa ibu bapa juga boleh memainkan peranan di dalam
perancangan aktiviti-aktiviti tadika atau secara langsung menjadi pembantu guru atau

- 33 -

 teacher aide. Ibu bapa boleh menjadi pengajar kepada kanak-kanak samada dengan
bercerita kepada mereka atau membawa mereka melawat dalam rancangan field-trips
tadika.
 Ibu bapa juga seharusnya di berikan pendidikan keibubapaan melalui seminar,
workshop, forum dan kelas-kelas pemerhatian kanak-kanak tadika, tentang proses
pemeliharaan kanak-kanak dan pertumbuhan kanak-kanak supaya mereka boleh
menjadi ibu bapa yang lebih berkesan.

(Kementerian Pendidikan Malaysia)

1. MASA DEPAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA

Pendidikan Prasekolah di Malaysia akan mengalami perubahan sejajar dengan pembangunan


negara. Pemikiran rakyat Malaysia tentang peripentingnya pendidikan di peringkat kanak-
kanak memberi impak kepada pertumbuhan pusat-pusat bimbingan dan didikan khas untuk
kanak-kanak. Peningkatan dwi-kerjaya di dalam sesebuah keluarga memberi kesan yang
cukup besar kepada bercambahnya pusat-pusat ini. Perkembangan teknologi maklumat
dewasa ini mendorong pusat bimbingan kanak-kanak agar mengikut arus teknologi terkini.
Keluarga kanak-kanak yang terlibat mempunyai keyakinan kepada pusat bimbingan kanak-
kanak yang menawarkan aktiviti-aktiviti pengajaran mereka yang berteraskan teknologi
moden. Persoalannya di sini, adakah penekanan yang diberikan ini
- 34 -

kelak akan membangunkan jasmani, emosi, intelek, rohani dan sosial yang terancang bagi
melahirkan generasi berkualiti. Adakah pusat-pusat bimbingan ini hanya mementingkan
keuntungan semata-mata? Mungkin sebilangan kecil sahaja yang benar-benar memahami
konsep pendidikan sebenarnya. Adakah suatu hari nanti kanak-kanak ini hanya perlu belajar
dari rumah sahaja tanpa perlu ke sekolah? Kesemua persoalan ini akan terjawab jika pihak
pentadbiran pendidikan benar-benar faham matlamat pendidikan negara. Hanya masa yang
akan menentukan halatuju Sistem Pendidikan Prasekolah di Malaysia.

1. PENUTUP

Demikianlah di antara cadangan-cadangan yang menampakkan garis-garis persediaan ke arah


menjadikan pendidikan prasekolah sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan.
Pendidikan prasekolah merupakan sesuatu yang semakin mendapat perhatian dalam
pergolakan pendidikan tanahair kita. Sebagaimana juga peringkat-peringkat pendidikan yang
lalu, pendidikan prasekolah melalui berbagai tahap proses perubahan perkembangan dan
cabaran sebelum memperolehi kematangan yang membantu pertumbuhan sepenuhnya.
Implikasi pengalaman tadika kepada tingkahlaku kemasukan murid-murid darjah satu dan
kesan-kesan seterusnya kepada persekolahan melahirkan kesan domino. Pendidik-pendidik
dan mereka yang berkecimpung di dalam pendidikan prasekolah mestilah mengenali isu-isu
yang berkaitan dengan komponen-

- 35 -

komponen bidang tersebut serta mencari penyelesaian daripada berbagai alternatif yang ada,
sebelum sesuatu keputusan dan tindakan pendidikan di laksanakan. Penentuan arah
pendidikan prasekolah di Malaysia, samada kita mahukan ianya sebagai sebahagian daripada
sekolah rendah yang formal atau mempertahankan keistimewaannya di luar pendidikan
sekolah rendah adalah pertimbangan yang memerlukan pemikiran yang teliti. Terpulanglah
kepada para pendidik, ibu bapa dan masyarakat mementukan asas-asas yang logik dan bernas
kepada pembentukan dasar-dasar dan undang-undang dalam bidang tersebut.

 
 

- 36 -

 
 

Anda mungkin juga menyukai