Anda di halaman 1dari 6

PENGENALAN

Transformasi ialah satu proses pemindahan titik atau objek pada satu satah ke kedudukan
baharu mengikut syarat tertentu. Dalam suatu transformasi ,bentuk asal dikenali sebagai objek
dan bentuk pada kedudukan baharu dikenali sebagai imej. Transformasi merupakan suatu
pergerakan dengan orientasi dan padanan yang tertentu tanpa mengubah rupa bentuk.

Translasi, pantulan dan putaran merupakan satu transformasi isometrik kerana setiap imej
yang telah dipetakan daripada objek adalah sama dari segi saiz dan juga bentuknya. Kita juga
boleh menyatakan di sini bahawa objek asal dan juga imej yang telah dipetakan adalah bersifat
kongruen.

• Translasi ialah pemindahan semua titik pada suatu satah mengikut suatu garis pada
𝑥
satah itu. Suatu translasi bererti pergerakan x unit selari dengan paksi-x dan y unit
𝑦

selari dengan paksi-y.


• Pantulan ialah pembalikkan semua titik di suatu satah pada suatu garis yang dikenali
sebagai paksi pantulan.
• Putaran ialah pemusingan semua titik di suatu satah pada suatu titik melalui satu sudut
dan pada satah tertentu. Titik itu dikenali sebagai pusat putaran dan sudutnya sebagai
sudut putaran. Setiap putaran ditentukan oleh pusat putaran, sudut putaran, dan arah
putaran samaada ikut arah jam atau lawan arah jam.

Transformasi pembesaran tidak termasuk dalam kumpulan transformasi isometrik. Ini adalah
kerana saiz imej sesuatu objek yang terhasil apabila melalui proses transformasi ini adalah
tidak sama dengan saiz objek asal. Objek asal dan juga imej yang terhasil adalah sama dari segi
bentuk sahaja tetapi mereka mempunyai ukuran yang berbeza.

1
i. Translasi

a)

Eskalator yang terdapat pada


kebanyakkan pusat membeli-belah
telah digunakan bagi tujuan
memindahkan orang dari atas ke
bawah dan dari bawah ke atas.
Perpindahan orang tersebut
merupakan contoh translasi

b)

Gambar menunjukkan pergerakan


meja. Pergerakan meja adalah salah
satu contoh translasi. Dalam
translasi, suatu objek bergerak ke
atas, bawah, kanan atau kiri. Meja
ditolak kearah kanan maka posisi
meja telah berubah dari posisi
asalnya.

2
ii. Pantulan

a)

Berdasarkan gambar di sebelah,


manusia dianggap sebagai objek.
Pantulan manusia yang kelihatan
pada cermin itu disebut sebagai imej.
Saiz dan bentuk manusia tersebut di
permukaan cermin adalah sama
dengan saiz dan bentuk asal.

b)

Berdasarkan gambar di sebelah,


bangunan dianggap sebagai objek.
Pantulan bayang-bayang bangunan
yang kelihatan dipermukaan lantai
berjubin disebut sebagai imej. Saiz
dan bentuk bangunan tersebut di
permukaan lantai berjubin adalah
sama dengan saiz dan bentuk asal.

3
iii. Putaran

a)

Gambar menunjukkan pergerakkan


gasing. Gasing ini berputar sebanyak
360° bagi setiap putaran. Bentuk dan
saiz gasing kekal sama ketika gasing
ini berputar. Maka, contoh
transformasi yang terdapat pada
putaran gasing adalah memenuhi ciri-
ciri putaran.

b)

Gambar menunjukkan pergerakan


bilah yang terdapat pada kincir angin.
Bilah tersebut berputar sebanyak
360° bagi satu putaran. Bentuk dan
saiz bilah kekal sama ketika bilah
kincir angin ini berputar. Maka,
contoh transformasi yang terdapat
pada putaran bilah kincir angin
adalah memenuhi ciri-ciri putaran.

4
KESIMPULAN

Selepas melakukan penyelidikan, menjawab soalan-soalan yang dikemukakan, saya melihat


bahawa penggunaan transformasi adalah penting dalam kehidupan seharian, Ia tidak digunakan
hanya secara meluas di pasaran tetapi juga dalam mentafsir keadaan sekitar. Setelah melakukan
penyelidikan ini juga saya dapat memperoleh ilmu tentang transformasi dengan lebih
mendalam.

5
RUJUKAN

1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Putaran
2. http://majormatematik.blogspot.com/2016/08/pantulan.html
3. https://roboguru.ruangguru.com/question/berikan-masing-masing-satu-
contoh-refleksi-translasi-rotasi-dan-dilatasi-dalam-kehidupan_QU-
MPSPHUHP

Anda mungkin juga menyukai