Anda di halaman 1dari 16

PENGHARGAAN

Alhamdulillah.. Pertama sekali, bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya serta keizinanNya dapat kami menjayakan tugasan yang telah diamanahkan kepada kami telah sempurna pada masa yang telah ditetapkan. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi tinggi penghargaan kepada Cik Puan Fadzilah selaku Pengajar bagi Construction Survey 1 , dalam memberi ilmu, tunjuk ajar, panduan dan bantuan kepada kami dalam menjayakan tugasan kerja-kerja garis kontur.

Akhir sekali, kami juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut sama membantu secara langsung atau tidak langsung dalam membuat kerja-kerja pengukuran aras. Semoga segala tunjuk ajar dan bantuan kalian amat kami hargainya.

Untuk makluman, kerja-kerja kontur boleh dilakukan dengan menggunakan dua kaedah. Kaedah tak langsung ada tiga proses kerja dilakukan iaitu sistem grid,kaedah muka keratan lintang dan kaedah aras selerak. Kaedah secara langsung ada dua proses iaitu kawalan pugak dan kawalan datar.Oleh yang demikian, kaedah yang akan digunakan pada tugasan ini adalah kaedah tak langsung cara sistem grid dengan mengambil bacaaan dengan menggunakan alat aras otomatik..

Sekian Terima Kasih

PENGENALAN
KONTUR
Garis kontur adalah satu garis pada sebuah peta yang mewakili satu garis yang menyambung titik-titik yang mempunyai ketinggian yang sama di atas atau di bawah datum. Namun takrif yang lebih tepat bagi garis kontur adalah persilangan permukaan aras dengan permukaan bumi. Sebagai contoh, jika permukaan bumi yang tidak teratur dipotong dengan permukaan mengufuk, maka garisan pemotongan di antara permukaan mengufuk dengan permukaan bumi menggambarkan garisan kontur dengan aras larasnya adalah sama. Garis-garis kontur ini boleh menerangkan topografi sesuatu kawasan iaitu faktor utama yang digunakan dalam rekabentuk kejuruteraan awam dan pembinaan.

Sela Atau Jarak Kontur


Sela atau jarak kontur adalah perbezaan ketinggian di antara dua garis kontur yang berturutan.Sela ini menyatakan ketepatan tanah yang digambarkan.Nilai yang dipilih untuk sesuatu kegunaan bergantung ke atas : a) Guna pelan yang digunakan b) Skala pelan c) Kos yang terlibat d) Bentuk semulajadi rupabumi

Sifat-Sifat Kontur
Bagi membolehkan seseorang pengguna peta memahami dengan lebih jelas tentang gambaran yang diberikan oleh garis kontur, mereka seharusnya mengetahui beberapa sifat utama garis kontur, iaitu :-

i. Garis kontur pada peta mempunyai jarak kontur tertentu. ii. Jarak di antara garis kontur untuk kawasan yang mendatar adalah lebar. iii. Jarak di antara garis kontur untuk kawasan yang cerun adalah berdekatan atau rapat sekali. iv. Untuk kawasan yang kecerunannya teratur, garis kontur adalah selari dan sama jarak di antara satu sama lain. v. Cenuram tegak atau jurang garis kontur dengan perbezaan ketinggian yang tidak sama akan terlihat sebagai garis kontur yang terhimpit-himpit di antara satu sama lain. vi. Dua garis kontur dengan ketinggian tidak sama, tidak mungkin akan bertemu dan menjadi satu garis kontur. vii. Satu garis kontur tidak akan berpecah menjadi dua garis kontur dengan ketinggian yang sama. viii. Garis kontur tidak boleh berhenti di suatu tempat secara tiba-tiba, kecuali pada batas kertas. ix. Teluk akan ditunjukkan oleh garis kontur yang cekung melengkung ke dalam. x. Tanjung akan ditunjukkan oleh garis kontur yang cembung melengkung keluar. xi. Garis kontur tidak boleh saling berpotongan.

Kaedah Penandaan Kontur


Terdapat dua jenis kaedah yang boleh digunakan iaitu:-

1) Kaedah langsung 2) Kaedah tidak langsung Kaedah grid atau square Kaedah jejarian Kaedah rentas Kaedah rawakan

Kaedah Pengukuran langsung


Hanya kaedah ini yang dapat menghasilkan kontur sebenar. Titik detail dicari yang mempunyai ketinggian yang sama dan ditentukan posisinya dalam peta dan diukur pada ketinggian tertentu. Cara pengukuran langsung lebih sukar dibanding dengan cara tidak langsung.

Kaedah Pengukuran tidak langsung


Titik-titik detail yang tidak harus sama tinggi, dipilih mengikuti pola tertentu iaitu: pola kotakkotak (spot level) dan profil (grid) dan pola radial.

Kaedah / Sistem Grid


Kaedah ini merupakan kaedah yang paling digemari untuk membuat kontur kerana kaedah ini senang untuk difahami. Kaedah ini sesuai untuk kawasan ukur yang bertanah pamah dan terbuka.

Menggunakan kaedah ini, satu pemidang grid yang mempunyai saiz yang bersesuaian dipasang di atas kawasan ukur yang terlibat. Saiz bagi grid segiempat sama ini bergantung kepada ketepatan yang diperlukan. Untuk kerja-kerja umum, grid segiempat yang bersaiz 10m biasanya adalah memadai. Pemidang grid ini perlulah diikat kepada garisan ukur utama, iaitu garisan asas, bagi mewujudkan satu kawalan ufuk. Aras untuk setiap titik persilangan akan ditentukan dan kemudian garis-garis kontur di antara titik-titik persilangan ini di tentuantarakan.

PERALATAN YANG DIGUNAKAN DALAM KERJA KONTUR

Alat aras (leveling instrument) Berbagai jenis alat aras digunakan untuk menjalankan ukur aras. Pemilihan alat aras adalah bergantung kepada faktor kos, masa dan ketepatan pengukuran. 1. Walau bagaimanapun secara umumnya alat aras boleh dibahagikan kepada 4 jenis iaitu : 1. Alat aras dompot (dumpey level) 2. Alat aras jongket (titing level) 3. Alat aras automatic 4. Alat aras digital

Kakitiga alat aras (tripod) Digunakan untuk mendirisiap alat aras. Kakitiga ini juga digunakan untuk alat teodolit. 2.

Setaf Setaf yang digunakan adalah setaf metric yang boleh dipanjangkan dan 3. dipendekkan. Panjangnya adalah 4 atau 5 meter yang bersambung-sambung. Terdapat juga setaf stopwith iaitu dalam unit imperial.

Pita Pengukur Digunakan untuk mengukur jarak dalam ujian dua piket. Ia juga digunakan dalam kerja penghasilan kontur. Kaedah langkah digunakan untuk mengukur jarak antara alat aras ke setaf. 4 Pita ukur digunkan untuk mengukur jarak selangkah. Jumlah jarak dikira dengan mengambil kira jumlah langkah. Jarak antara pandangan belakang dan pandangan hadapan sebaiknya-baiknya sama untuk mengelak selisih kolimatan alat.

5.

Tukul Digunakan sebagai membenamkan piket sebagai penanda.

Piket 6. Sebagai penanda untuk mendapatkan TBM yang baru. Diambil diakhir sebagai bacaan sebelum patah balik ke BM.

LANGKAH-LANGKAH KERJA
Langkah 1 Sediakan peralatan untuk kerja kerja kontur, contohnya : alat aras (automatic leveling ), staff, tripod stand, tukul, pita ukur dan piket. SEPERTI YANG DITUNJUKKAN PADA PERALATAN YANG DIGUNAKAN

Langkah 2 Kenal pasti lokasi TBM .Kemudian fahami kedudukan TBM tersebut serta nilai yang tercatat padanya.

Langkah 3 Ambil ukur jarak dari TBM sebanyak 20mm, untuk membuat bacaan backsight titik A1 dan tandakan dengan piket.

Langkah 4 Seterusnya,ukur jarak dari backsight titik A1 dengan sela grid yang bernilai 10m dan tandakan piket di sepanjang setiap garisan.Dan lakarkan pemidang grid untuk mengambil setiap bacaan. Intermediate sight.

Langkah 5 Kemudian sediakan alat aras otomtik dan pasangkan ianya pada tripod stand. Selepas itu, kunci alat aras otomatik itu dengan kemas supaya ianya tidak mudah tercabut.

Langkah 6 Seterusnya, pastikan keadaan alat aras otomtik tersebut berada dalam kedudukan yang stabil dan tepat dengan memastikan gelembung udara yang terdapat pada badannya itu berada di dalam bulatan.

Langkah 7 Setelah alat aras siap dipasang dibacaan A1,kemudian ambil bacaan menerusi alat aras tersebut untuk mendapatkan bacaan TBM.

Langkah 8 Selepas itu,ambil bacaan di sepanjang garisan A1A3,setaf dipegang setiap 5m.Bacaan diambil dan direkodkan.

Langkah 9 Proses yang sama diulangi untuk garisan B1B3 dan seterusnya sehingga ke grid foresight.

Langkah 10 Akhir sekali, kumpulkan segala data dan buat pengiraan.

KESIMPULAN

RUJUKAN
1) Nota Construction Survey 1 DCB 4252 Pn.Fadzilah KKTMPM 2) http://civil.eng.usm.my/wamin/FYP/UkurTekimetri/sifat(kontur).html 3) http://civil.eng.usm.my/wamin/lecture1/FYPGeomatik/Tekimetri/LAMANTEKI/konturs ecarataklangsung.htm

Anda mungkin juga menyukai