Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI NUR AZWANI BINTI MOHD SEZALI Assalamualaikum Secara tuntasnya, saya Nur Azwani binti Mohd Sezali

bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya, walaupun banyak kali tertangguh tugasan ini. Tetapi, akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan berharap semoga memenuhi kriteria yang dikehendaki dengan cemerlangnya. Sepanjang menyempurnakan tugasan ini, antara masalah utama yang dihadapi oleh saya ialah kesukaran untuk menghubungi penemubual untuk menemuramah tokoh pendikir. Kebanyakkan mereka sibuk dengan tugasan masing-masing. Kami terpaksa mencuba berulang kali untuk menghubungi tokoh tersebut. Alhamdulillah kami dapat menghubungi dua orang tokoh iaitu dikenali dengan nama Che Awang Anak Ular dan Pok Ku Kamal. Kami bersama dengan kumpulan lain bersama unutk menemuramah tokoh tersebut kerana kami dapat tokoh yang sama. Saya dan rakan sekelas yang lain terpaksa berebut- rebut buku untuk meminjam di perpustakaan. Hal ini kerana, di perpustakaan buku lama sangatlah terhad dan sedikit sahaja. Oleh itu, bahan rujukan kami sangatlah terhad. Namun kami sekelas berkerjasama dan bertoleransi sesama kita. Kami perlu berkongsi dan berbincang bersama- sama. Saya juga bersyukur kerana internet ataupun semasa saya ingin membuat rujukan dapat digunakan dengan baik walaupun terdapat juga masalah yang tidak dapat diingin seperti laman web yang di sekat untuk membuat rujukan seperti Scribd. Namun, pernah juga laman web yang dilayari ataupun internet yang disediakan oleh IPG ini amatlah perlahan . Tetapi kami bijak menggunakan masa dan peluang unutk melayari internet. Kebiasaanya saya akan melayari internet semasa waktu tidak kemuncak, terutamanya pada waktu pagi. Hal ini kerana, pengguna pada masa ini amatlah sedikit sahaja. Di samping itu, ketika laman web ini disekat, kami terpaksa menggunakan broadband sendiri. Saya juga bersyukur kerana pada semester ini masih lagi diberikan peluang untuk belajar subjek ini, tambahan pula saya agak kurang memahami mengenai sejarah dan asal usul dikir yang saya selalu dengari . Hasilnya, banyak ilmu yang kami peroleh dan ilmu ini dapat juga dikongsi dengan semua orang. Terdapat beberapa fakta yang perlu kami ingat seperti watak-watak yang terlibat dalam dikir ini seperti tukang karut,tok juara dan awokawok. Mereka merupakan orang penting dalam dikir ini. Melalui tugasan ini juga kami perlu

merekodkan segala bahan audio,video unutk dijadikan sebagai bahan bukti kajian ini dilakukan dengan jayanya. Saya berharap tugasan ini dapat membantu kami untuk

menceritakan mengenai dikir ini kepada masyarakat umum nanti. Saya juga amat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini, hal ini kerana saya memegang pada prinsip iaitu hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih. Kami juga merujuk pelbagai sumber untuk mendapat maklumat yang di kehendaki oleh tugasan ini. Walau bagaimanapun, masalah yang kami hadapi ini sedikit sebanyak dapat diatasi apabila pensyarah penasihat kami iaitu Encik Sulizi bin Che Awang yang mana telah memberi petunjuk dan pengajaran kepada saya bagaimana caranya untuk menyediakan tugasan yang lengkap serta yang betul. Pensyarah yang saya kasihi juga telah mengajar saya dan kawan untuk melakukan tugasan ini sebaik mungkin dan beliau telah memudahkan kami semua.. Walaupun kami tahu pensyarah yang kami kasihi ini juga sibuk dengan kerja yang mereka ada, tambahan pula beliau juga merupakan seornag .Kami juga mendoakan yang terbaik untuk beliau. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan kami bagi

membincangkan masalah yang berlaku dalam proses menyiapkan tugasan projek ini, terutamanya, sewaktu menganalisiskan dapatan kajian ini. Melalui tugasan yang disiapkan ini, kami juga dapat meningkatkan lagi pemahaman terhadap tajuk-tajuk yang berkaitan dengan yang mana telah disiapkan ini . Segala ilmu yang telah diperoleh dan difahami ini diharapkan dapat diaplikasikan dengan sebaik mungkin apabila berada di sekolah nanti. Di samping itu, beliau juga telah membetulkan kefahaman kami mengenai pengajaran subjek ini, supaya tidak bertangguh untuk membuat sebarang kerja terutamanya semasa pratikum ini yang telah dilakukan pada Jun hingga September baru-baru ini. Saya amat berterima kasih kepada beliau kerana sanggup melayan kerenah kami dalam menyiapkan kehendak soalan tugasan projek ini. Di samping itu juga, saya dapat juga membina dan mengunakan proses mental saya untuk mencipta grafik yang begitu menarik dalam tugasan dan kerja ini. Akhir kata, semoga tugasan yang siap telah dilaksanakan ini sudah menepati ciri-ciri menjawab soalah tugasan dengan baik. Kami berharap agar Encik Sulizi bin Che Awang sudi untuk menerima dan menyemak tugasan saya ini dengan sebaik mungkin. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai