Anda di halaman 1dari 2

3. Apakah yang dimaksudkan dengan denyutan jantung ?

Denyutan jantung adalah berapa kali jantung anda berdegup dalam masa seminit. Anda boleh mengukur kadar denyutan jantung dengan merasa nadi arteri(rentak pengembangan dan penguncupan jantung) apabila darah dipaksa melaluinya dengan penguncupan jantung.Ini dapat mengukur sekuat mana jantung anda bekerja. Nadi anda dapat dirasa pada pergelangan tangan, leher, pangkal paha atau bahagian atas kaki - kawasan yang dekat dengan kulit. Selalunya, manusia mengukur denyutan nadi mereka pada pergelangan tangan yang dipanggil 'radial pulse'.

4. Bincangkan betapa pentingnya manusia menjaga tekanan darah dalam keadaan normal dari segi pemakanan dan amalan kesihatan hariannya. Pemakanan, berat badan, aktiviti, tekanan jiwa - kesemua faktor-faktor ini memberi kesan terhadap kesihatan dan tekanan darah. Ada beberapa perubahan dalam cara hidup yang boleh anda pertimbangkan untuk mengurangkan tekanan darah. Menjaga pemakanan anda dan kurangkan makanan yang mengandungi banyak garam (sodium) dan lemak, makanan yang diproses dan makanan yang digoreng. Cuba semak kandungan garam dan lemak pada label makanan yang dibeli. Gunakan makanan yang segar dan cuba jangan menambah garam kepada makanan yang telah dihidang. Jika kita tidak bersenam, kita haruslah mendapatkan nasihat daripada doktor untuk memulakan program senaman yang sesuai. Senaman yang kerap seperti berjalan, berlari atau senaman aerobik dapat menurunkan tekanan darah dengan mengurangkan berat badan anda. Kegemukan adalah satu daripada sebab utama darah tinggi. la mengakibatkan badan bekerja dengan lebih kuat walaupun untuk aktiviti biasa. Kegiatan fizikal adalah satu cara yang baik untuk mengawal tekanan darah.

Merokok, terutamanya apabila bersama dengan pengambilan kopi, teh atau minuman yang mengandungi kafein akan meningkat tekanan darah. Sesiapa yang menghidapi darah tinggi harus berhenti merokok. lni adalah kerana merokok memberikan kesan yang amat buruk terhadap jantung. Meminum alkohol yang berlebihan juga boleh meningkat tekanan darah. Mengikut pandangan pakar-pakar tekanan darah akan meningkat apabila lebih daripada 2 minuman beralkohol diminum sehari.

Anda mungkin juga menyukai