Anda di halaman 1dari 9

(1) ALUAN PENGERUSI

Bismillahirrahmanirrahim
Yang berusaha .................................... Pengetua
Yang Berusaha, ................................., Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang Dihormati .................................., Penolong kanan Hal Ehwal Murid,
Yang Dihormati ....................................., Penolong Kanan Kokurikulum,
Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru, dan para pelajar yang dikasihi
sekalian.

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Disisir diandam dengan cekap,
Potong rambut pelbagai cara,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Tiba masanya menyambut Hari Raya.
Kuih bahulu sudah tersedia
Ketupat rendang ada bersama
Tangan dihulur ampun dipinta
Agar ukhwah terjalin sentiasa

(3) Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita masih
diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan kita berpuasa. Syukur
juga kerana kita sama-sama dapat berkumpul di Dewan .................................. yang ceria ini
untuk meraikan majlis Sambutan hari raya Aidilfitri peringkat sekolah bagi tahun
..................................

(4) DOA-Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian

Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu dari yang
maha Esa. Majlis mempersilakan Ustaz .......................................bagi memimpin pembacaan doa.
Dipersilakan al-fadzil ustaz

....
Terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis nan
berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.

(5)UCAPAN PENGETUA
Hadirin hadirat , para pelajar yang dikasihi sekalian,

Pulut dihidang enak rasanya
lemang dan dodol pilihan kita
Bingkisan kata ucapan raya
Tuan pengetua bermula bicara

Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan yang berusaha,
En.................................., Pengetua ................................... untuk menyampaikan sepatah
dua kata.
Dipersilakan.

Seterusnya, majlis sekali lagi mempersilakan Tuan pengetua, penolong kanan pentadbiran, Penolong
kanan HEM dan penolong kanan kokurilulum untuk memotong lemang di hadapan pentas sebagai
simbolik perasmian acara sambutan hari raya pada tahun ini.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang Berusaha. Tuan
pengetua, penolong kanan pentadbiran, penolong kanan HEM dan penolong kanan kokurikulum atas
penyempurnaan acara simbolik sebentar tadi.

(6) JAMUAN

Ketupat lemang dodol tersedia
Satay utara tidak dilupa
Hidangan tersedia di meja
Mari bersama menjamu selera

Dipersilakan hadirin hadirat dan semua yang hadir untuk menikmati juadah yang telah sedia
dihidangkan.


















[siti ruhana]
Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia , En. Ab Halim bin Hj Hassan, Pengetua SMK
Permaisuri Nur Zahirah ke dalam dewan


(1)
Bismillahirrahmanirrahim

Yang Berbahagia, En. Ab Halim bin Hj Hassan, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah

En. Abdul Rahim b Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran,

En. Amir Azha b. Yusof, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

En. Mohamad Suhaili b Hamzah, Penolong Kanan Kokurikulum

Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru, dan para pelajar
yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Bersongkok sampin segak bergaya
Berbaju kurung anggun jelita
Majlis selamat hari raya
Tangan dihulur maaf dipinta

Kuih bahulu tradisi kita
Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra


(3)
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita masih
diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan kita
berpuasa. Syukur juga kerana kita sama-sama dapat berkumpul di Dewan Gemilang ini
bagi meraikan majlis Sambutan hari raya Aidilfitri peringkat sekolah bagi tahun 2008.






[Che faridah]
(4) DOA
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian

Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu
dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan Ustaz Amri b Daud bagi memimpin pembacaan
doa. Dipersilakan al-fadzil ustaz.

[Siti Ruhana]

terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi.
Semoga majlis nan berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.


(5)UCAPAN
Hadirin hadirat , para pelajar yang dikasihi sekalian,

Lemang dihidang enak rasanya
Nasi dagang pilihan kita
Bingkisan kata bingkisan raya
Tuan pengetua bermadah kata

Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan yang
berbahagia, En. Ab Halim bin Hj Hassan ,Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah untuk
menyampaikan sepatah kata.
Dipersilakan.

.
[Che faridah]

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang Berbahagia.
Tuan pengetua.

(6) JAMUAN

Nasi beriyani menu utama
Lontong dan soto tidak dilupa
Kek dan biskut tersedia di meja
Apa lagi jom jamu selera

Dipersilakan semua guru dan pelajar menjamu selera dengan juadah yang telah
disediakan. Sambil menjamu kita dengarkan gemersik alunan lagu-lagu raya sepanjang
zaman. Para pelajar bolehlah beramah mesra sambil menjamu selera dengan para guru, ini
ibarat rumah terbuka warga SMKPNZ, jadi jangan malu-malu, jangan segan-segan,
nikmatilah juadah yang telah disediakan oleh guru-guru dan ada juga yang disumbangkan
oleh para pelajar sendiri.

[Siti Ruhana]
(7)
PERSEMBAHAN:

Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Sambil berbual nikmati juadah
Persembahan pelajar ceria acara


Marilah kita sama-sama menghayati alunan suara lagu-lagu raya yang akan didendangkan
oleh pelajar.

{1}


Terima kasih diucapkan kepada __________________________

{2}

Terima kasih diucapkan kepada __________________________

{3}


[Che Faridah]

Terima kasih diucapkan kepada __________________________

Demikian tadi berakhirnya persembahan pelajar. Terima kasih sekalung budi diucapkan
kepada semua pelajar yang menjayakan persembahan itu tadi.


(8) PENUTUP

Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu di
penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat dalam memastikan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah
ini dapat dilangsung dengan meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua
pelajar atas kerjasama yang diberikan bagi meharmonikan majlis ini.

Sekian, Wassalamualakum wbt.dan Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.






















Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Bersongkok bersampin segak berseri
Berbaju kurung anggun jelita
Majlis ramah mesra aidil fitri
Bersamalah kita meraikannya

Kuih bahulu tradisi kita
Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra

(3)
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita masih diberikan kesempatan
untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan kita berpuasa. Syukur juga kerana kita sama-sama dapat
berkumpul di Dewan Seri Jernih yang ceria ini untuk meraikan majlis Sambutan hari raya Aidilfitri peringkat
sekolah bagi tahun 2012.

(4) DOA
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian

Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu dari yang maha Esa.
Majlis mempersilakan Ustaz \Mohd Saifuddin b Hassan bagi memimpin pembacaan doa. Dipersilakan al-fadzil
ustaz.


terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis nan berlangsung
diberkati oleh Yang Maha Agung.

(5)UCAPAN PENGETUA
Hadirin hadirat , para pelajar yang dikasihi sekalian,

Lemang dihidang enak rasanya
Nasi arab pilihan kita
Bingkisan kata bingkisan raya
Tuan pengetua bermadah kata

Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan yang berusaha, En. Aminudin bin
Mustafa, Pengetua SMK Datuk Jaafar Hassan untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Dipersilakan.

Seterusnya, majlis sekali lagi mempersilakan Tuan pengetua, penolong kanan pentadbiran, Penolong kanan HEM
dan penolong kanan kokurilulum untuk menyalakan pelita di hadapan pentas sebagai simbolik perasmian acara
sambutan hari raya pada tahun ini.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang Berusaha. Tuan pengetua, penolong
kanan pentadbiran, penolong kanan HEM dan penolong kanan kokurikulum atas penyempurnaan acara simbolik
sebentar tadi.

(6) JAMUAN

Ketupat lemang nasi impit laksa
Mi kuah bihun sup tidak dilupa
Kek dan biskut tersedia di meja
Tunggu apa lagi jom kita jamu selera

Dipersilakan hadirin hadirat dan semua yang hadir untuk menikmati juadah yang telah sedia dihidangkan.
Tetapi sebelum itu, saya akan serahkan majlis ini dahulu kepada SITI ROHAYA bt Sabri Goh untuk meneruskan
acara.

[Siti Ruhana]
(7)
PERSEMBAHAN:

Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Sambil berbual nikmati juadah
Persembahan pelajar ceria acara

Marilah kita sama-sama menghayati alunan suara lagu-lagu raya yang akan didendangkan oleh pelajar.

{1}
Terima kasih diucapkan kepada __________________________

{2}
Terima kasih diucapkan kepada __________________________

{3}
[Che Faridah]

Terima kasih diucapkan kepada __________________________

Demikian tadi berakhirnya persembahan pelajar. Terima kasih sekalung budi diucapkan kepada semua pelajar yang
menjayakan persembahan itu tadi.


(8) PENUTUP
Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk
mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis
sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah ini dapat dilangsung dengan meriahnya. Terima kasih juga
diucapkan kepada semua pelajar atas kerjasama yang diberikan bagi mengharmonikan majlis ini.

Sekian, Wassalamualakum wbt.dan Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Anda mungkin juga menyukai