Anda di halaman 1dari 4

Teks Pengacara Majlis Persaraan PK HEM SJK YUK KUNG 2018

1 Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Puan Lim Soh Luan, diiringi Suami
kesayangannya Encik Sim Cho Kheng serta dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan.

2 Bermulanya Persembahan (迎宾舞蹈)


- Terima kasih atas persembahan tarian sebentar tadi
3 Bagi memulakan majlis yang penuh berbahagia ini, hadirin diminta berdiri tegak untuk
menyanyikan lagu negaraku dan seterusnya lagu ibu pertiwiku. Dipersilakan.

Hadirin dijemput duduk.


4 Pagi yang indah penuh ceria
Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis Sambutan Persaraan Puan Lim Soh Luan, Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid SJK Yuk Kung Julau.

Selamat sejahtera dan salam Negaraku Malaysia diucapkan kepada:


Yang berusaha Puan Wong Tiong Lee, Guru besar merangkap Pengerusi Majlis
Persaraan Puan Lim SJK Yuk Kung,
Yang berbahagia Encik Dali Anak Rain, Ketua Jabatan Pendidikan Daerah Julau,
Yang dihormati En Wong Ka Soon, wakil Yang Dipertua Lembaga Pengurusan Sekolah
SJK Yuk Kung,
Yang dihormati En Juti Anak Ranti, ketua unit pengurusan sekolah Jabatan Pendidikan
Daerah Julau,
Yang diraihkan Puan Lim Soh Luan ,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SJK Yuk Kung
Julau.
Tidak lupa juga dengan teman kesayangannya Encik Sim Cho Kheng, barisan guru,
ibubapa, murid serta hadirin yang dikasihi sekalian. Majlis merakamkan jutaan terima
kasih atas kehadiran hadirin dan hadirat sekalian.

5 Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang
Hari ini merupakan hari yang penuh bermakna untuk Puan Lim dan saat saat gemilang ini
akan terpahat dalam hati hadirin buat selama-lamanya.
Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Puan Wong Tiong Lee, guru besar SJK
Yuk Kung merangkap Pengerusi Majlis Persaraan Puan Lim untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan.

- Terima kasih atas ucapan guru besar sebentar tadi.


6 Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan wakil Yang Dipertua Lembaga Sekolah
Encik Wong Ka Soon untuk menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan.

- Terima kasih atas ucapan wakil Yang Dipertua Lembaga Sekolah Encik Wong Ka
Soon sebentar tadi.

7 Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Hujah dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
Majlis dengan rendah dirinya mempersilakan Ketua Jabatan Pendidikan Daerah Julau
Encik Dali Anak Rain untuk memberi salam hujah beliau. Dipersilakan.

- Terima kasih atas ucapan Ketua Jabatan Pendidikan Daerah Julau Encik Dali
Anak Rain sebentar tadi.

8 Majlis Persaraan Puan Lim dihangatkan lagi dengan persembahan nyayian dari
sekumpulan anak murid darjah 5. Persembahan tersebut melambangkan tanda
penghormatan kepada Puan Lim atas jasa yang dicurahkan kepada sekolah SJK Yuk
Kung. Tanpa melengahkan masa, marilah kita menyaksikan persembahan secara
bersama. Dipersilakan.

- Terima kasih atas persembahan kumpulan murid yang begitu menarik sebentar
tadi.

9 Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan
Puan Lim Soh Luan watak bintang utama Majlis Persaraan ini. Majlis dengan segala
hormatnya menjemput dan mempersilakan.

- Terima kasih atas hujah-hujah emas Puan Lim sebentar tadi.

10 Untuk pengetahuan hadirin dan hadirat:

Puan Lim Soh Luan telah berkhidmat di SJK Yuk Kung mencecah 20 tahun. Beliau
merupakan tunjang kepada SJK Yuk Kung dimana sifat kepimpinan dan khidmat bakti
yang dicurahkan menjadi teladan kepada warga guru sekolah serta para murid. Beliau
merupakan seorang pendidik yang penuh dedikasi serta bertanggungjawab. Segala
urusan sekolah dalam bidang hal ehwal murid diuruskan dengan sistematik. Tunjuk ajar
yang diberi bakal menjadi pedoman hidup buat para guru yang lain dan detik-detik manis
bersama Puan Lim telah terpahat dalam hati kita.

11 Sebagai tanda penghargaan warga SJK Yuk Kung dan sebagai simbolik kenang-
kenangan peribadi Puan Lim Soh Luan yang telah berkhidmat begitu lama di SJK Yuk
Kung, majlis menjemput Puan Wong Tiong Lee ,guru besar SJK Yuk Kung bersama dif-
dif jemputan mengiringi Puan Lim untuk menjalani upacara memotong kek hari jadinya.
Dipersilakan.

Bagi memeriahkan majlis pada hari yang ceria ini, para hadirin dijemput berdiri untuk
menyanyikan lagu “Selamat Hari Jadi ” bagi menambahkan seri senyuman Yang
Diraihkan Puan Lim sebagai tanda hormat kepada beliau. Sesi bergambar selepas
upacara memotong kek akan dijalankan serta-merta

- Terima kasih kepada para hadirin dan dijemput duduk.


12 Majlis diteruskan dengan persembahan tarian anak murid tahun 6. Dipersilakan.

- Terima kasih atas tarian yang dipersembahkan oleh murid tahun 6 sebentar tadi.

13 Seterusnya majlis dihangatkan lagi dengan Persembahan Tarian yang berjudul “c 哩 c 哩


panama” oleh sekumpulan murid tahun 4. Dipersilakan.

- Terima kasih atas tarian yang dipersembahkan oleh murid tahun 4 sebentar tadi.

14 Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Begitulah isi buah fikiran Adik Hanifi dengan tidak sabar lagi untuk meluahkan hujah-
hujah terhadap guru kesayangannya. Dipersilakan.

- Terima kasih kepada Adik Hanifi atas ucapan sebentar tadi.

15 Majlis diteruskan dengan persembahan tarian dari murid-murid tahun 5.

- Terima kasih atas tarian yang dipersembahkan oleh murid tahun 5 sebentar tadi.

16 Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-


kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Yang Diraikan Puan Lim Soh
Luan

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan
Encik Wong Ling Lung, penolong kanan kurikulum sekolah mengiringi Puan Wong Tiong
Lee, guru besar SJK Yuk Kung dan Encik Wong Ka Soon wakil Yang Dipertua Lembaga
Sekolah SJK Yuk Kung untuk memberi cenderamata kenang-kenangan kepada Yang
Diraikan Puan Lim Soh Luan. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

- Terima kasih diucapkan kepada Encik Wong Ling Lung ,Puan Wong Tiong Lee, En
Wong Ka Soon dan Yang Diraihkan Puan Lim Soh Luan atas menyempurnakan
upacara pemberian dan penerimaan cenderamata sebentar tadi.

17 Majlis diteruskan dengan pemberian hadiah kenangan daripada wakil kelas dan staff
sekolah. Dijemput Puan Wong Tiong Lee guru besar SJK YUK KUNG mengiringi Yang
Diraikan Puan Lim Soh Luan untuk menerima hadiah kenangan daripada wakil-wakil
kelas.

Dipersilakan ketua darjah kelas tahun 1,2,3,4,5,6.

.Terima kasih diucapkan kepada para wakil kelas atas pemberian hadiah kenangan
sebentar tadi. Terima kasih juga kepada Puan Wong dan Puan Lim atas
menyempurnakan upacara pemberian dan penerimaan hadiah kenangan sebentar tadi.

18 Majlis diteruskan dengan persembahan nyayian dari murid-murid tahun 5.

- Terima kasih atas nyayian yang dipersembahkan oleh murid tahun 5 sebentar tadi.
19 Untuk mengenang budi dan jasa baik Yang Diraikan Puan Lim Soh Luan, marilah kita
sama-sama menyaksikan persembahan sebuah lagu melayu bertajuk “Terima Kasih
Cikgu ” dari sekumpulan murid tahun 3. Dipersilakan.

- Terima kasih atas nyayian yang dipersembahkan oleh murid tahun 3 sebentar tadi.

20 Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Majlis dengan penuh takzimnya menjemput Yang Diraikan Puan Lim Soh Luan diiringi
oleh Puan Wong Tiong Lee, guru besar sjk yuk kung untuk menjalani upacara
menandatangani buku rekod kehadiran sebagai tanda berakhirnya tugas rasmi beliau di
dalam dunia pendidikan ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

21 Majlis mempersilakan barisan murid berbaris untuk acara bersalam-salaman dan


bermaaf-maafan dengan Yang Diraikan Puan Lim Soh Luan sebagai tanda
penghormatan tertinggi kepada beliau atas tunjuk ajar yang diberi sepanjang masa di SJK
Yuk Kung. Dipersilakan.

22 Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda kelapa bali
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Puan Lim Soh
Luan kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami
semua mendoakan agar Yang Diraikan Puan Lim Soh Luan bertambah ceria dan bahagia
di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi
meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis persaraan ini.

Dengan kesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan seandainya ada
salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Bagi mengakhiri Majlis Persaraan pada pagi ini, para hadirin diminta berdiri tegak untuk
menyayikan lagu sekolah.

23 Majlis dengan rendah dirinya mempersilakan Puan Wong Tiong Lee, guru besar SJK Yuk
Kung mengiringi para dif-dif jemputan dan guru sekolah berangkat ke Bilik Mesyuarat SJK
Yuk Kung untuk menikmati hidangan jamuan ringan sekolah. Dipersilakan.

24 Sebelum bersurai, guru kelas dipersilakan memberikan pek makanan kepada setiap
murid mengikut kelas masing-masing.

- sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai