Anda di halaman 1dari 13

HBEF3103 - Prinsip Teknologi Pengajaran SOALAN 1 1.0 PENGENALAN.

Seperti yang kita sedia maklum, visual sememangnya memainkan peranan yang penting dalam reka bentuk bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) berbantukan komputer. Untuk membina bahan P&P berbantukan komputer ini, beberapa kriteria perlu dipatuhi agar bahan yang dibina dapat memberi manfaat kepada pihak yang terlibat. Antaranya, dari aspek penglihatan, aspek warna dan kecerahan, cahaya latar belakang, bunyi dan pendengaran, pertimbangan reka bentuk, dan susun atur maklumat pada paparan. Pendekatan P&P dengan Bantuan Komputer (PPBK) telah menjadi perkara penting dalam sistem pendidikan masa kini untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan, efektif dan bermutu. Maka itu sebagai seorang pendidik anjakan paradigma haruslah dilakukan bukan sahaja dari segi sikap, tetapi dari segi penyampaian bahan pembelajaran dalam bilik darjah ini kerana visual merupakan alat komunikasi yang mampu menyampaikan mesej yang lebih berkesan daripada penggunaan lisan atau pernyataan bertulis. Namun demikian, keberkesanan penggunaan sesuatu visual itu adalah tergantung kepada kualiti yang ada pada visual tersebut.

Rajah Menunjukkan Pendekatan P&P dengan Bantuan Komputer

Mengikut teori pembelajaran Behaviourisme apabila rangsangan diberi pengguna akan memberi respon. Berdasarkan teori behavioris ini. Ia adalah untuk memberi latihan dan pengulangan yang bersifat peneguhan terhadap sesuatu konsep yang telah dipelajari.
1

HBEF3103 - Prinsip Teknologi Pengajaran Pendekatan P&P dengan Bantuan Komputer (PPBK) dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pengguna. Motivasi pengguna untuk menguasai sesuatu konsep juga dapat ditingkatkan melalui maklumbalas yang diberi oleh komputer. Keadah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dapat meningkatkan minat pelajar untuk belajar. Menurut Jonassen (1996) para pelajar yang mendapat bahan pengajaran melalui komputer mempunyai motivasi yang tinggi untuk belajar. Apa yang menarik tentang P&P dengan Berbantukan Komputer (PPBK) ini ialah para pengguna dapat mempelajari sesuatu konsep secara tidak langsung. Unsur-unsur hiburan dan keseronokan yang dimasukkan dalam permainan ini akan merangsang pengguna untuk menyelesaikan masalah yang diberi tanpa menyedari bahawa ia perlu mengaplikasikan konsep-konsep atau kemahiran-kemahiran yang telah dipelajarinya terlebih dahulu. Dengan ini ia membantu pelajar melatih kemahiran mereka untuk menyelesaikan masalah.

Komputer boleh digunakan untuk mewujudkan satu senario di mana para pengguna boleh menerima pengalaman pembelajaran menerusi simulasi tersebut seperti ia benar-benar berlaku. Kaedah ini digunakan apabila situasi sebenar tidak dapat dijalankan. Berikut ialah prinsip-prinsip reka bentuk visual yang memainkan peranan yang penting dalam reka bentuk bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) berbantukan komputer.

2.0 PERBINCANGAN 2.1 Simplisiti Simplisiti atau kesederhanaan merupakan prinsip seni reka yang bersifat sederhana dan tidak terlalu berat komposisinya. Prinsip kesederhanaan ini dapat memberi ilusi yang menarik dan mendorong audien untuk terus menghayati sesuatu karya seni tersebut. Irama dan pergerakan dapat diwujudkan dalam gubahan seni visual melalui pengolahan unsur-unsur seni dengan cara dan teknik yang tertentu. Mengaplikasikan prinsip irama dan pergerakan dalam kegiatan menggambar dapat menghasilkan irama dan suasana yang tertentu. Ia juga menjadikan gambar lebih menarik dan menimbulkan daya tarikan serta menimbulkan kesan visual yang lebih hidup, realistik dan berkesan.

2.2 Domain Dominan merupakan salah satu prinsip yang selalu digunakan dalam penghasilan reka bentuk grafik. Misalnya penggunaan warna yang dominan dalam reka bentuk kad jemputan dan juga papan iklan. Dominan berasal dari perkataan Dominance yang
2

HBEF3103 - Prinsip Teknologi Pengajaran bermaksud keunggulan. Sifat unggul dan istimewa ini menjadikan sesuatu unsure seni tersebut sebagai penarik dan menjadi pusat perhatian. Dominan mempunyai beberapa tujuan iaitu menarik perhatian, menhilangkan kebosanan dan member titik focus pada sesuatu karya yang dihasilkan. Variasi adalah kepelbagaian yang diperolehi melalui penggunaan kontra dan perincian sesuatu karya. Penggunaan elemen kontra dalam hasil karya mampu mewujudkan variasi dari segi warna, bentuk dan komposisi sesuatu hasil karya. Ia merujuk kepada penggunaan unsur seni dan prinsip rekaan yang pelbagai dalam sesuatu hasil rekaan. Kepelbagaian dapat memberikan gaya, variasi, tenaga dan tarikan dari gubahan tersebut.

(a)

Pola Pola adalah penyusunan elemen-elemen visual bagi menarik dan mengekalkan perhatian pengguna, pembaca dan menjadi panduan mereka bagi mengetahui apa yang terkandung dalam visual yang dipersembahkan. Penegasan wujud pada sesuatu gubahan apabila terdapat unsur seni yang menonjol di dalamnya. Selain itu, ia juga disebut sebagai Center of Interest, Focal Point dan Eye Catcher. Dalam proses penghasilan karya seni visual, ciri-ciri penegasan dapat dicapai melalui cara menggunakan unsurunsur seni yang berkontra, mengasingkan elemen yang harus ditegaskan dan meletakkan objek penegasan di pusat tumpuan dengan menggunakan garisan grid berpancaran. Aplikasi prinsip rekaan penegasan dalam gubahan seni visual dpat menimbulkan focus atau tumpuan, menarik perhatian dan mengelakkan kebosanan.

(b)

Seimbang Imbangan ditakrifkan sebagai suatu keadaan kesamaan dan berpadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan perhatian yang terdapat dalam suatu susunan unsur-unsur seni. Imbangan merujuk kepada pembahagian yang bersebelahan atau berpadanan sama ada di sebelah kiri dan kanan atau atas dan bawah. Ia terbahagi kepada dua iaitu imbangan simetri dan juga imbangan tak simetri. Melaui imbangan, susunan tidak akan kelihatan berat sebelah dan akan mewujudkan kesan kesatuan.

(c)

Variasi Menyokong pola untuk meningkatkan tarikan terhadap visual. Penggunaan elemenelemen dalam sesuatu komposisi dapat menjadikan visual seperti hidup. Kontra wujud apabila terdapat unsur-unsur seni yang mempunyai ciri-ciri bertentangan atau
3

HBEF3103 - Prinsip Teknologi Pengajaran bercanggahan dalam suatu gubahan. Kontra juga berkaitan dengan fokus kerana ciri-ciri bertentangan menimbulkan perbezaan. Kesan kontra dapat ditimbulkan dalam kegiatan menghasilkan karya-karya seni visual melaui pengolahan unsur-unsur seni yang berlainan, Kontra banyak diaplikasikan dalam gubahan seni visual kerana aplikasi prinsip ini dapat memberi penegasan dan tumpuan. Ia juga dapat mengelakkan kebosanan dan menjadikan hasil seni pelbagai serta menjadi lebih menarik.

(d)

Harmoni Harmoni wujud pada benda-benda alam dan benda buatan manusia. Harmoni adalah sesuatu rekaan seni visual yang melibatkan susunan atau ulangan unsur-unsur seni visual mengikut cara dan prinsip yang tersusun dan menimbulkan kesan yang menarik. Dalam konteks seni, ulangan garisan, rupa, bentuk, jalinan dan ruang dalam gaya dan arah yang tertentu atau berpandukan garisan grid akan menghasilkan gubahan yang harmoni. Aplikasi prinsip rekaan harmoni dapat menimbulkan gambaran yang sempurna, teratur, seragam dan selesa pandangan mata. Kesatuan wujud pada sesuatu gubahan apabila kesemua unsur-unsur di dalamnya mempunyai satu tema atau idea yang sama dan menyeluruh. Penggunaan unsur seni, tema serta rekaan yang baik dapat mewujudkan kesatuan pada sesuatu gubahan seni visual. Mengaplikasikan prinsip kesatuan dalam karya seni akan menjadikan hasil itu kelihatan lebih lengkap, teratur dan sempurna di mana ia menimbulkan kesan yang sepadu dan memberi impak dari segi kekuatan karya.

Kesimpulan Walaupun pendidikan teknologi maklumat dan penggunaan internet di sekolahsekolah masih lagi baru, semua pihak menyedari penggunaan perisian kursus dalam pendidikan telah membuka berbagai peluang belajar bagi para pelajar. Walaubagaimanapun, menghasilkan satu perisian pendidikan yang bermutu adalah sesuatu yang perlu dikaji dengan lebih mendalam lagi terutama jika proses pengajaran dan teknologi mahu disepadukan dalam bilik darjah seperti yang dicadangkan dalam projek sekolah bestari. Dengan adanya komputer, proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lebih sistematik dan berkesan. Penggunaan alatan dan bahan seperti komputer dan alat pembesar suara di bilik komputer dapat membantu seseorang guru menerangkan sesuatu hukum, konsep dan hujah dengan lebih berkesan. Ini dapat memperkaya pengalaman murid-murid dan juga guru. Memandangkan murid-murid di negara ini tidak pernah melihat salji, sebuah filem yang
4

HBEF3103 - Prinsip Teknologi Pengajaran menunjukkan tentang salji dan persekitarannya akan menambahkan pengalaman murid-murid tersebut. Hal ini menggambarkan murid-murid itu sendiri yang mengalami persekitaran itu setelah mendapat gambaran yang jelas, penerangan yang baik dan spontan yang dapat dilihat oleh murid-murid. Dengan menggunakan komputer, pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan menjadi lebih dekat, lebih mendalam dan spesifik (detail and specialise) serta menjadi lebih menarik dan bermakna. Sesuatu perkara yang berlaku atau terdapat di luar bilik darjah dapat disampaikan dengan menggunakan sumber yang ada. Hal ini menjadikan perkara di luar bilik darjah lebih hampir kepada murid-murid kerana perkara tersebut boleh dipindahkan ke dalam bentuk media dan dibawa masuk ke dalam bilik darjah. Akhir kata, dapatlah dikatakan bahawa komputer memainkan peranan yang penting dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. Tanpa komputer di Pusat Sumber Sekolah, pengajaran mungkin tidak mencapai matlamatnya dengan menyeluruh.

HBEF3103 - Prinsip Teknologi Pengajaran Soalan 2 Kemahiran berfikir adalah penting dalam sistem pendidikan demi menghasilkan generasi yang berupaya menangani masalah dan cabaran yang dihadapi. Sebagai seorang guru, anda ingin menggunakan bahan internet sebagai alat bantu mengajar untuk meningkatkan kemahiran berfikir pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Cari dan cadangkan satu laman Web dalam sebarang topik yang mengandungi reka bentuk pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran berfikir. Anda dikehendaki sertakan alamat laman Web tersebut. Huraikan EMPAT ciri reka bentuk yang dapat meningkatkan kemahiran berfikir dan sertakan gambarajah-gambarajah untuk huraian anda. Dalam tugasan ini saya akan mencadangkan satu laman web yang mengandungi reka bentuk pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran berfikir iaitu http://www.geocities.ws/ishamnurul/ge6353tug1.htm. Kita sedia maklum bahawa

kemahiran berfikir adalah penting dalam sistem pendidikan demi menghasilkan generasi yang berupaya menangani masalah dan cabaran yang dihadapi Pendidikan adalah kepentingan awam. Peranan sistem pendidikan sangat penting dalam pembangunan negara.

Model Kemahiran Berfikir Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana uasaha membangunkan generasi alaf baru, yang akan menjelang dua tahun akan datang. Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kauliti yang tingggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21.
6

HBEF3103 - Prinsip Teknologi Pengajaran Sistem pendidikan akan berubah sejajar dengan peubahan aspek ekonomi, budaya dan politik Perubahan aspek tersebut amat hebat dan pantas. Leka dan alpa boleh menyebabkan kita terpinggir dan tersingkir. Intellectual capital akan menjadi asas kukuh daripada kekayaan yang berupa tanah, wang atau bahan mentah. Budaya koperat yang berasaskan pendemokrasian kuasa akan menggantikan amalan hiraki tradisional. Persaingan melebihi batas kawasan kepada persekitaran sejagat dan terlalu sengit. Pendek kata prinsip dan nilai sejagat akan menentukan kejayaan sesuatu institusi, organsisasi atau negara. Oleh itu sistem pendidikan dan persekolahan dalam menghadapi gelombang perubahan alaf baru perlu berfungsi pada landasannya untuk menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara. Berikut ialah empat ciri reka bentuk yang dapat meningkatkan kemahiran berfikir. 1. Pembinaan Budaya Ilmu Ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagiaan individu dan kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Ilmu membina kekuatan minda ke arah daya fikir tinggi (high order thinking) dan daya kreatif di kalangan indidvidu dan bangsa. Semua agama dan sistem sosial manusia mahukan ahlinya menguasai ilmu pengetahuan sama ada untuk kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud, menjelaskan "Budaya Ilmu bermaksud kewujudan satu keadaan di mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri baik secara langsung mahupun tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan keilmuan di setiap kesempatan: dan keadaan di mana segala tindakan manusia baik di tahap individu, apatah lagi di peringkat masyarakat, diputus dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan." Mengikut beliau lagi, budaya ilmu ialah satu budaya yang meletakkan nilai tertinggi dan asas kepada ilmu pengetahuan sebagai kunci segala kebaikan dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Para pendidik perlu sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi masa depan yang penuh saingan, pendidikan adalah bersifat futuristik, maka kita hendaklah mampu menyediakan generasi muda kita untuk menghadapi keungkinan-kemungkinan berupa masyarakat industeri, ekonomi yang global, kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan
7

HBEF3103 - Prinsip Teknologi Pengajaran maklumat sejagat. Kita perlu lahirkan generasi berilmu untuk berfikir, bertindak dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop yang global dan teknologi yang terkin, serta berupaya menangani gelombang perkembangan dan perubahan masa kini. 2. Pembudayaan Masyarakat Malaysia Perkembangan ekonomi dan industri yang berlaku dengan pesatnya tidak bermakna jika tidak diseimbangan dengan kesejahteraan sosial, ketinggian rohani, kekuatan jiwa dan kebudayaan yang terpelihara. YAB Timbalan Perdana Menteri , Dato Seri Anwar bin Ibrahim, menganjurkan satu gagasan sosial yang memantapkan lagi bentuk acuan masyarakat maju Malaysia ialah dengan mengambil ciri-ciri madani. Mengikut takrif masyarakat madani ialah: "suatu sistem sosial yang subur yang diasaskan kepada prinsip moral yang menjamin keseimbangan antara kebebasan perseorangan dengan kestabilan masyarakat. Masyarakat yang mendorong daya usaha serta inisiatif individu baik dari segi pemikiran, seni, ekonomi dan teknologi. Sistem sosial yang cekap dan saksama serta perlaksanaan pemerintahan mengikut undang-undang dan bukan nafsu atau keinginan individu menjadikan keterdugaan (predictability) serta

ketelusan(transprency) sistem. Cabaran yang sedia wujud seperti masalah remaja, dadah, seks bebas, samseng sekolah, ponteng, dan berbagai kes salah laku perlu ditangani dengan bijaksana. Para pendidik seharusnya menghadapi cabaran ini sebagai satu peluang (opptunity) secara komited menggunakan wadah pendekatan nilai merentasi kurikulum persekolahan untuk membentuk masyarakat madani di kalangan pelajar dan masyarakat. 3. Peranan Pendidik Tuntutan abad ke-21 dilandaskan kepada tuntutan Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan. Selari dengan tuntutan-tuntutan tersebut penyediaan sumber manusia berkualiti hendaklah dihasilkan oleh sistem pendidikan kita.. YAB Perdana Menteri telah menggariskan ciri-ciri generasi yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru akan datang iaitu:

kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi) kekuatan minda (krestif dan proaktif) nilai-nilai luhur dan murni (termasuk penyayang)

HBEF3103 - Prinsip Teknologi Pengajaran


semangat jati diri, jaya diri dan keusahawanan, dan ketrampilan

Untuk menentukan kehendak ciri-ciri manusia berkualiti tersebut dapat dihasilkan, maka para pendidik dan guru-guru pelatih, perlulah dilengkapkan dengan ciri-ciri berikut pula:

menguasai subjek (kandungan kurikulum) mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran) memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology) memiliki kemahiran kaunseling menggunakan teknologi terkini dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain, dan memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik. Satu agenda dalam program pendidikan kini sebagai persediaan abad ke-21, ialah

Sekolah Bestari. Pelaksanaan Sekolah Bestari turut mewujudkan transformasi dalam sistem pendidikan yang meliputi aspek kurikulum, sistem penilaian, pentadbiran, pengurusan pembelajaran. Implikasi kepada reformasi ini, memerlukan persediaan guru. Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd. Zahid bin Mohd. Nordin, memberi ciri-ciri guru bestari ialah guru-guru yang boleh dan bijaksana mengimbang keperluan Wawasan Pendidikan dengan tuntutan dan cabaran semasa. " Pendidikan Bestari antara lain menginginkan guru yang berketrampilan. Tingkat ketrampilannya bukan sekadar mengguna dan menguruskan teknologi, tetapi lebih penting berkeupayaan menyaring, mengadun, mengacuan setiap perkara seiring dengan tingkat ketahanan anak bangsa, sejajar dengan budaya halus masyarakat kita dan seterusnya menyumbang untuk terus memperkukuh asas kewujudan kita." (1997) Merujuk kepada cabaran besar di atas, para pendidk mempunyai tanggungjawab melaksanakan peranan berikut secara komited dan ikhlas: Kemampuan para pendidik ialah menyusun, dan mensepadukan ilmu dengan perkembangan semasa, seperti:

Teknologi dan perkomputeran para pendidik seharusnya mengorak langkah dan menggembleng peluang untuk melengkapkan diri berketrampilan sebagai pemimpin ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan
9

HBEF3103 - Prinsip Teknologi Pengajaran penggunaan teknologi maklumat untuk pelbagai bidang dan menjadi mekanisme urusan harian.

Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif pelajar-pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa.

Kebolehan menterjemah dan mengawal kurikulum yang luwes Para pendidik seharusnya mempunyai kemahiran dan ketrampilan mengaitkan domain teori dengan praktis dan mesti bijak membina pengetahuan dan kemahiran secara developmental mengikut kadar pembelajaran (pace of learning) untuk mencapai kemahiran thoughtful learning. Kurikulum sepatutnya mempunyai ruang untuk disesuaikan dengan perkembangan semasa berdasarkan keperluan negara, perkembangan semasa dan kemajuan sejagat. Kurikulum yang hendak digubal melalui Four Pillars of Learning iaitu: @ Learning to know ( Belajar untuk menguasai ilmu) @ Learning to do (Belajar untuk menguasai kemahiran) @ Learning to be (Belajar untuk menjadi insan berguna) @ Learning to live together (Belajar untuk harmoni dan bekerjasama)

Menerapkan nilai-nilai murni/moral/akhlak nilai-nilai murni menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila insan dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara.

Menguasai pengetahuan dan kemahiran industri melahirkan generasi untuk pasaran tenaga kerja industri merupakan Dasar Pembangunan Negara. Usaha ini ialah sebagai sumbangan kepada melahirkan sumber manusia yang menyumbang kepada tenaga buruh yang berkualiti, seba boleh dan responsif kepada perubahan keadaan perindustrian. Kurikulum dan daya didik di dalam sistem pendidikan hendaklah berupaya merealisasikan masyarakat sainstifik, teknologis dan progresif yang inovatif dan berpandangan jauh ke hadapan.
10

HBEF3103 - Prinsip Teknologi Pengajaran 4. Membentuk Masyarakat Madani Pendidik yang profesional dapat menangani pengajaran dan pembelajaran yang dapat membudayakan masyarakat dengan amalan akhlak dan nilai-nalai murni. Perkembangan dan kemajuan dunia boleh mempengaruhi gaya hidup dan akhlak masyarakat kita. Usaha mengimbangkan perkembangan dan kemajuan dunia aspek teknologi maklumat dan industri hi-tech, dengan pembentukan rohaniah dan ketahanan diri diberikan perhatian serius. Maka konsep masyarakat madani merupa wadah untuk membudayakan

masyarakat Malaysia. Kurikulum dalam sistem pendidikan kita sama ada secara formal atau tidak formal, mampu menyusun dan membentuk masyarakat madani. Dalam merancang pelaksanaan konsep ini beberapa perkara mesti diberi perhatian:
o

Prinsip berteraskan keimanan dan moral yang menjamin keseimbangan antara kekebasan perseorangan dengan kestabilan dan kesejahteraan masyarakat

Mendorong perkembangan indidvidu dari segi pemikiran, budaya, sosial, ekonomi, alam sekitar dan teknologi

Sistem sosial yang cekap dan saksama serta perlaksanaan pemerintahan mengikut undang-undang dan bukan nafsu atau kepentingan individu

Mengamalkan akhlak terpuji dan boleh diteladani Usaha mewujudkan masyarakat madani diharap dapat melahirkan warga negara yang berpegang kepada teras keimanan dan ketuhanan, mempunyai ketahanan diri, memiliki identiti bangsa Malaysia, tahap kepimpinan yang dinamik, berpandangan jauh, kreatif dan inovatif, citra diri yang tinggi , berdisiplin dan amalan hidup yang cemerlang.

11

HBEF3103 - Prinsip Teknologi Pengajaran Kesimpulan Perkembangan dunia aspek ekonomi, sosial, politik dan teknologi seharusnya menjadi indikator asas kepada sistem pendidikan dan persekolahan untuk memenuhi keperluan tenaga manusia yang berteraskan keilmuan yang berkualiti, asas nilai dan moral yang berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, semangat patiotis dan memelihara perpaduan rakyat sebagai bangsa Malaysia, dan manusia yang bertaraf dunia. Para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21.

12

HBEF3103 - Prinsip Teknologi Pengajaran Rujukan Classroom Connect. 1996. Educators Internet Companion. Wentworth Worldwide Media, Inc., Lancaster, Pennsylvania. Crosley, M.N. 1998. The Architects Guide to Computer-Aided Design. U.S.A. Hizam Awang. 2000. Capaian internet tanpa wayar di mana-mana sahaja. Majalah PC 48 : 18-19. Jabatan Pendidikan Teknikal. Kementerian Pendidikan Malaysia. 1995.Kurikulum Diploma Seni Bina. Jonassen. D.H., Peck.K.L & Wilson.B.G. 1999. Learning with Technology. Prentice Hall. Mohamed Awang Lah. 1999. Peluang Penyebaran Bahasa Melayu Dalam Ruang Siber. Kertas Seminar Bahasa Melayu dalam Era Siber. Hotel The Legend, Kuala Lumpur, 29hb September. Nik Azis Nik Pa. 1989. Komputer Dalam Pendidikan. Proceedings of the National Symposium on Educational Computing. USM : MCCE Norhashim,Mazenah & Rose Alinda. 1996. Pengajaran Bantuan Komputer. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka & Universiti Teknologi Malaysia. Ralph W. Tyler. 1991. Basic Principle of Curiculum and Instructions.Chicago, University of Chicago Press. Rupabentuk Kurikulum Abad Ke 21. http://www.mpkt.edu.my/kurikulum_abad21.html. ( 25hb Nov 2000) Richard Riley. 1996. Getting Americas students ready for the 21st century : Meeting the technology literacy challenge. U.S Department of Education. Zulkifli. 1996. Program pemantauan kurikulum seni bina. Bayu Beach Resort, Port Dickson. Temubual, Disember 1996. New Jersey,

13