Anda di halaman 1dari 2

TUGASAN 2

Setiap guru haruslah mempunyai matlamat yang jauh ke hadapan dalam mencapai peringkat
yang terakhir iaitu peringkat pakar. Sehubungan dengan itu, pelan pembangunan diri dan
kerjaya haruslah dirangka bagi mencapai matlamat tersebut. Pertamanya, saya haruslah
memahami Standard Guru Malaysia (SGM) dengan sebaiknya sebagai panduan dan rujukan
pada saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti dari segi profesionalisme, kompetensi
dan mempunyai keberkesanan mengajar. Oleh sebab itu, yang paling utamanya adalah saya
haruslah sentiasa berpegang pada SGM ini supaya setiap gerak kerja saya sistematik dan tidak
terpesong dari landasan yang sebenar.

Seterusnya, dalam mencapai peringkat pakar juga, saya haruslah merujuk laluan
kerjaya PPP KPM yang mempunyai tiga jenis laluan iaitu laluan kepimpinan, laluan kepakaran
pendidikan dan laluan PdP di sekolah/IPG/Matrikulasi. Oleh sebab itu, apa yang saya lihat
melalui laluan kerjaya ini, saya lebih cenderung dalam memilih laluan kepakaran pendidikan.
Mengikut pengetahuan dan kemahiran yang saya miliki khususnya dalam bidang Al-Quran
sama ada kepakaran dalam bidang hafazan dan tilawah Al-Quran. Oleh yang demikian, saya
akan menggunakan kemahiran yang saya miliki ini untuk menyumbang kepada pembangunan
diri murid-murid sama ada di peringkat sekolah, daerah dan kebangsaan.

Pelan saya yang seterusnya adalah dengan mengikuti pelan PPB yang merujuk PIPPK
yang dibangunkan oleh KPM mengandungi aktiviti latihan, pembelajaran kendiri dan sesi
pembelajaran untuk meningkatkan prestasi dan kompetensi guru. Oleh sebab itu, apa yang
saya akan lakukan adalah saya akan mengikuti program PPB dalam membangunkan
kemahiran saya dalam perancangan dan pelaksanaan PdP. Tambahan itu, saya akan cuba
merangka, mengolah dan mengatur strategi dan kemahiran saya yang tersendiri berdasarkan
apa yang belajar dalam program PPB tersebut. Saya ingin membantu murid-murid saya dalam
memahami secara mudah tentang teknik-teknik khususnya dalam Bahasa Arab mengikut modul
yang saya rangka hasil daripada apa yang dipelajari daripada program PPB. Sedikit sebanyak
apa yang saya mampu lakukan ini saya akan sumbangkan sebaik mungkin kepada semua.

Seterusnya adalah dengan menyertai aktiviti di bawah PPB juga untuk meningkatkan
pengetahuan, kemahiran, kepakaran, dan amalan nilai professional melalui pengalaman
pembelajaran. Antara aktiviti di bawah PPB yang menarik minat saya adalah kursus-kursus
yang dianjurkan dan program coaching & mentoring. Apa yang saya lihat kursus yang
ditawarkan seperti kursus yang memberi fokus mengenai pendekatan PdP terkini dan juga
kursus kejurulatihan sukan dan permainan ini sangat baik untuk saya sertai. Saya akan terlibat
dengan lebih aktif setiap kursus ini bagi memantapkan diri saya dalam ilmu yang berkaitan
dengan PdP dan ilmu kejurulatihan sukan. Ini bagi memastikan bahawa saya dapat
bekerjasama dengan dan dapat menjalinkan hubungan dengan lebih baik dengan semua pihak
bagi membolehkan saya sentiasa terlibat dengan setiap program agar perjalanan saya untuk
menjadi guru yang pakar tercapai dengan sebaiknya.

Pelan saya yang terakhir adalah dengan meneroka peluang pembangunan dan kerjaya
guru melalui pelan pembangunan profesionalisme peribadi yang disediakan KPM. KPM
menyediakan tiga strategi iaitu penerokaan bakat, pegekalan bakat dan pengukuhan bakat.
Setiap strategi ini mempunyai bilangan tahun perkhimatan kita. Oleh sebab itu, apa yang saya
akan lakukan adalah dengan bekerja dengan lebih keras untuk sekolah dan masyarakat supaya
perjalanan saya melalui tiga strategi tersebut tercapai dengan mudah untuk menjadi seorang
guru yang pakar. Kesimpulannya, saya juga haruslah memohon untuk menjadi guru pakar di
peringkat yang lain kerana semua peringkat guru pakar ini mempunyai kriteria-kriteria yang
berbeza. Untuk mencapai ke peringkat pakar, saya memerlukan 5 hingga 10 tahun untuk
beranjak dari peringkat cekap ke peringkat pakar (Berliner, 1988).

Anda mungkin juga menyukai