Anda di halaman 1dari 11

1.

0 : PENDAHULUAN

Memetik daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan memainkan peranan yang


penting dalam usaha memperkembangkan potensi individu ke tahap yang cemerlang jika
diberi peluang secukupnya. Pendidikan mampu melahirkan individu berilmu, berakhlak mulia,
berbudi perkerti tinggi, sopan, bertanggungjawab, berketrampilan dan sebagainya.
Pertumbuhan dan perkembangan yang berlaku ke atas individu yang lahir hasil daripada
proses pendidikan melibatkan intelek, rohani, emosi dan jasmani. Selaras dengan TN50 yang
ditampilkan baru-baru ini, sistem pendidikan merupakan salah satu elemen utama bagi negara
mencapai taraf negara maju dan membangun.

Oleh yang demikian, pihak penggerak perlulah wujud dalam melaksanakan pendidikan
sebagai teras utama pembangunan negara. Pihak penggerak ini semestinya seorang guru
yang memainkan peranan besar sebagai sumber keberkesanan pendidikan. Segala bentuk
sistem pendidikan yang dikuatkuasakan adalah baik untuk semua pihak namun sekiranya
agen yang menyampaikan maklumat tersebut tidak efektif maka sistem pendidikan tersebut
tidak dapat terlaksana dengan baik. Falsafah pendidikan menjadi teras kepada sistem
pendidikan kerana di dalamnya terkandung matlamat yang hendak dicapai, kaedah
pelaksanaan pendidikan yang akan digunapakai dan ciri-ciri yang hendak dibentuk dalam
seseorang individu itu (Abu Bakar & Ikhsan 200).

Sesuatu profesion yang sebenar adalah satu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti
kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan
masyarakat, menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan,
mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk
menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan. Menurut Kamus Dewan Bahasa
dan Pustaka (2005), ‘profesion’ ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan
pendidikan dan kecekapan serta kemahiran tinggi dan latihan khas. Contohnya, perundangan,
perubatan, perguruan dan lain-lain.

1
2.0 : LAPORAN ISU YANG DIPILIH

Bagi menyempurnakan tugasan ini, saya telah memilih isu yang bertajuk “Ramai Guru Sakit
Jiwa”, yang telah dipaparkan menerusi akhbar Kosmo pada 10 Ogos 2014 dan disunting oleh
Siti Nor Afzan Kasiman. Artikel keratan akhbar ini merupakan sebuah laporan media yang
boleh dikaitkan dengan kes stres di kalangan guru. Menurut laporan kosmo yang disiarkan
pada tahun 2009 didapati guru-guru terdedah kepada risiko penyakit mental yang serius
seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan. Kajian oleh Kesatuan
Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) pula mendapati 70 peratus daripada 9,000
guru di seluruh negara sangat tertekan ekoran daripada cabaran kerjaya yang diceburi
mereka. Hal ini demikian kerana guru masa kini dibebani dengan pelbagai tugas selain
mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan peperiksaan, mengisi buku kedatangan,
buku disiplin dan ringkasan mengajar, boring kesihatan pelajar dan rekod kemajuan murid,
kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan.

Guru tersebut yang bernama Noreha telah ditemu bual ketika beliau berada di Wad
Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Beliau mengatakan bahawa beliau
sememangnya suka mengajar, tetapi keadaan sekeliling seperti pengurusan sekolah dan
rakan sejawat yang telah banyak memberi tekanan padanya. Tambahnya lagi, sebelum ini
beliau memang sudah mengalami tekanan namun pengetua di sekolahnya sering
mempertikaikan cuti yang dipohonnya sedangkan surat daripada doctor disertakan. Beliau
menjadi semakin runsing apabila beban kerja sebagai seorang guru semakin bertambah dan
dicampur pula dengan tekanan daripada orang atasan serta karenah anak-anak. Terdapat
juga rakan sejawat yang mula menyorokkan pisau kerana risau beliau akan bertindak ganas
dan menjadi gila walhal perkara sebegitu tidak pernah berlaku ke atas diri beliau.

2
3.0 : ISU-ISU AMALAN PROFESIONALISME PERGURUAN

3.1 : Isu Kegagalan dalam Mengawal Emosi

Berdasarkan artikel ini, memang tidak dinafikan bahawa guru pada masa kini kerap dibebani
dengan pelbagai kerja selain daripada tugas mengajar. Beban tugas yang sangat berat ini
menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan
dan kebimbingan. Kyricaou dan Sutcliffe (1987) mentakrifkan tekanan guru sebagai
pengalaman yang dialami oleh guru berhubung dengan emosi yang tidak menyenangkan
seperti ketegangan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan dukacita yang disebabkan
oleh aspek-aspek pekerjaan sebagai seorang guru. Guru yang gagal dalam mengawal diri
akibat tekanan akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu
pengajaran dan pembelajaran (Sapora Sipon, 2007).

Sekiranya terdapat ramai guru yang mengalamai masalah emosi, maka ianya mampu
menyebabkan sistem pendidikan tidak berjalan dengan lancar seterusnya matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang menginginkan pedidikan secara berterusan tidak dapat dicapai.
Contohnya, dalam artikel tersebut, Noreha berasa tertekan dengan beban kerja yang semakin
mencabar di sekolah lantas ingin mengambil cuti untuk berjumpa pakar psikiatri. Kawalan
emosi yang tidak stabil mampu menjejaskan kesihatan diri. Guru haruslah seimbang dari
aspek fizikal, jasmani, rohani dan mental sesuai dengan tuntutan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan iaitu rakyat yang seimbang.

Pengawalan emosi dan tekanan secara bijak perlu dipraktikkan oleh guru dalam diri
sendiri walau terpaksa menempuh beban yang berat bagi membuktikan komitmen yang tinggi
terhadap kerja sejajar dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Guru yang menginginkan guru
bersedia menjunjung aspirasi dan berpandangan progresif. Guru yang terlalu tertekan
sememangnya menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan yang seterusnya
membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke
tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikan. Jika dilihat dari aspek aksiologi,
guru seharusnya mempunyai nilai estetika dan moral yang tinggi dalam menggalas
tanggungjawab sebagai seorang guru. Guru tidak sepatutnya cepat berputus asa dan
mengalah dengan mengambil cuti apabila berasa tertekan malah cuba untuk menyelesaikan
masalah secara baik.

3
3.2 : Isu kekangan Masa

Tambahan lagi, beban kerja yang sangat berat sehingga guru dikehendaki membuat semua
kerja melibatkan hal ehwal pelajar dan mengutamakan kebajikan pelajar turut menyumbang
kepada tekanan dalam pekerjaan. Sistem e-operasi yang mendesak guru untuk mengisi
maklumat pelajar telah manganggu masa guru tersebut. Guru turut melakukan tugas
memasukkan data berkaitan maklumat guru dan murid ke dalam Sistem Maklumat Murid
(SMM) dan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang memerlukan guru mengisi
maklumat profil pelajar serta maklumat keputusan peperiksaan pelajar bagi membolehkan ibu
bapa melihat prestasi anak-anak mereka.

Kadang-kala guru terpaksa mengakses internet di rumah kerana ketiadaan sumber


internet di sekolah dan terdapat juga sesetengah guru yang tiada sumber internet di rumah
terpaksa hadir ke sekolah pada hujung minggu untuk mengisi maklumat dalam sistem online.
Hal ini demikian telah menyebabkan guru mengalami kekangan masa kerana harus bekerja
tujuh hari seminggu dan masa yang diperuntukan di rumah untuk berehat telah digunakan
untuk menyemak latihan murid atau kertas kerja. Kekangan masa yang dialami guru
menyebabkan guru tidak dapat menyediakan bahan bantu mengajar di dalam kelas. Maka,
pengajaran dan pembelajaran guru tersebut sewaktu di dalam kelas menjadi tidak berkesan
dan prestasi murid akan mulai merosot kerana menurut teori Piaget, kanak-kanak seawal usia
7-12 tahun merupakan peringkat operasi konkrit di mana kanak-kanak perlu didedahkan
dengan bahan konkrit bagi menguatkan pemahaman mereka. Namun, masih adakah waktu
untuk guru menyediakan bahan bantu mengajar?

Komitmen guru terhadap kerjaya profesionalisme keguruan akan semakin


berkurangan. Perkara sebegini adalah bercanggah dengan Falsafah Pendidikan Timur yang
amat menekankan konsep guru bertindak sebagai fasilitator dan penyampai ilmu yang mahir.
Ahli Falsafah Pendidikan R. Tagore ada menyatakan bahawa peranan guru sebagai fasilitator
serta pemangkin bagi menggerakkan perbincangan murid dan penjana idea yang bernas
dalam kalangan murid. Namun, dengan kekangan masa yang dialami oleh guru, maka segala
persediaan ini tidak dapat dilaksana secara efektif. Oleh itu, guru digalakkan untuk belajar
bagaimana cara pengurusan masa yang baik agar dapat menjadikan kualiti pendidikan kita
semakin meningkat.

4
3.3 : Isu interpersonal di Sekolah

Selanjutnya, isu yang saya ingin kemukakan di sini ialah isu interpersonal di sekolah. Seperti
dinyatakan dalam artikel, pengetua selalu mempertikaikan cuti yang dipohon oleh Noreha
sedangkan surat doktor dikemukakan. Mengikut Model Konsepsual Pendidikan Guru,
seseorang guru perlulah membina perkembangan masyarakat yang bersatu padu, demokratik,
progresif dan disiplin. Seorang pengetua yang bertindak sebagai pemimpin perlulah
bertoleransi dalam memberi komitmen terhadap pekerjaan. Menurut Abdul Aziz (2003),
mereka adalah pemimpin profesional yang memainkan dua peranan yang amat saling
bergantungan antara satu sama lain, yang dinamakan sebagai kepimpinan dan pengurusan.
Pengetua tersebut seharusnya mewujudkan hubungan baik dengan memberi kelonggaran
kepada guru tersebut atas perkara yang bukan sengaja diada-adakan.

Sebagai seorang pemimpin, pengetua perlulah mengambil berat tentang guru yang
bermasalah seperti Noreha dengan tidak memberikan kerja yang membebankan. Pengetua
dianggap sebagai nadi sesebuah sekolah yang berperanan menjaga kebajikan dan hubungan
baik sesama kakaitangan sekolah. Tambahan lagi, Noreha ada menyatakan “kadang-kadang
saya tak rasa tertekan. Saya rasa sihat tetapi orang sekeliling tak anggap, mereka mula
sorokkan pisau”. Dapatan kajian Borg and Riding (1993) menegaskan faktor-faktor utama
yang menyebabkan tekanan kerja ialah faktor perhubungan antara staf atau hubungan
interpersonal adalah punca utama yang menyebabkan tekanan kerja guru.

Perhubungan yang ada kalanya dingin antara guru-guru dengan personal yang
terdapat di sekolah akan mempengaruhi dan memberikan implikasi yang kurang baik terhadap
kualiti kerja guru-guru tersebut di mana perkara ini tidak sepatutnya terjadi kerana ianya
bercanggah dengan Falsafah Pendidikan Guru. Rakan sejawat tidak seharusnya berkelakuan
sedemikian malah mereka seharusnya memberikan sokongan yang penuh terhadap guru
yang bermasalah agar guru tersebut bersemangat untuk melaksanakan peranan guru dalam
menjunjung aspirasi negara. Contohnya, sekiranya ada sambutan Hari Kemerdekaan, rakan
sejawat boleh membantu meringankan beban guru tersebut dengan membuat sebahagian
kerja guru tersebut.

5
3.4 : Isu Akauntabiliti Guru

Noreha merupakan guru yang mempunyai akauntabiliti yang tinggi apabila beliau berminat
mengajar dan beliau mendapat kepuasan apabila murid-muridnya berjaya mencapai
keputusan yang cemerlang dalam peperikasaan. Namun, beliau dikatakan secara fizikalnya
memang sihat tetapi dalaman berkecamuk kerana mencampuradukkan masalah peribadi iaitu
isu rumah tangga dan masalah di tempat kerja. Sikap negatif ini tidak sepatutnya berlaku
dalam kalangan guru kerana guru dianggap tidak professional dalam kerjaya. Di manakah
sikap integriti dalam diri seorang guru? Sikap negatif ini mampu menjejaskan kualiti seorang
guru dan menyebabkan guru sentiasa bermasam muka dan murung ketika proses P&P.
Implikasinya, suasana muram akan menghiasi bilik darjah dan pembelajaran akan jadi
membosankan serta guru juga tidak bersemangat untuk menagajar. Guru yang menghadapi
banyak masalah akan lewat masuk ke kelas dan kebiasaannya tidak mementingkan
penampilan diri sama ada kemas ataupun selekeh.

Menurut Kod Etika Perguruan, guru seharusnya menjadi ‘role model’ terhadap murid
dengan menunjukkan tingkah laku yang baik serta mempamerkan muka yang ceria di hadapan
murid. Sebagai seorang guru yang berwibawa, beliau haruslah mementingkan kebajikan
pelajar melebihi kepentingan sendiri. Beliau tidak boleh mementingkan diri dengan hanya
mengganggap bahawa dirinya sahaja yang mempunyai masalah.

Setiap guru perlu sedar bahawa guru merupakan pembina modal insan yang utama,
justeru itu guru perlulah sentiasa berakhlak mulia dengan mengamalkan nilai-nilai
profesionalisme yang tinggi, akauntabiliti yang tinggi dan integrity yang tidak goyah, dengan
memiliki sikap penyanyang dan penyantun yang tebal (Noriati et al, 2012). Nilai-nilai estetik
sebegini amat digalakkan dalam pembentukan modal insan yang proaktif dan sistematik.

6
3.5 : Isu Ibu Bapa Tidak Menyokong Dan Memahami Guru

Ibu bapa kebelakangan ini terlalu bersikap prejudis terhadap tindakan guru dan lebih
mempercayai kenyataan anak daripada penjelasan guru disebalik perkara yang berlaku.
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) juga mendedahkan, setiap hari
pihaknya menerima laporan guru disaman oleh ibu bapa pelajar sehingga menyebabkan
mereka berada dalam keadaan trauma dan takut untuk mengajar.

Segala permasalahan sepatutnya dibawa bincang bersama secara profesional namun


sesetengah ibu bapa kini lebih gemar menyalahkan guru secara menyeluruh dan menghukum
di mahkamah. Lebih menyedihkan ada sesetengah ibu bapa juga sanggup mengambil
tindakan fizikal terhadap guru ekoran ketidakpuasan hati mereka terhadap guru. Hal ini terjadi
mungkin kerana, pada hari ini ibu bapa terlalu sayang dan memanjakan anak mereka sehingga
setiap perkara yang berlaku ke atas murid terus disalahkan kepada guru.

Pada suatu ketika dahulu ibu bapa lebih mementingkan kebajikan guru daripada anak
mereka dan sanggup memberi kerjasama kepada guru didalam usaha mendidik namun
semuanya telah berubah sejak kebelakangan ini. Ibu bapa hari ini lebih cenderung
menyalahkan dan memperendahkan guru. Inilah antara punca mengapa guru hari ini terlibat
dengan gejala stres yang tinggi di sekolah. Sikap ibu bapa pada zaman sekarang inilah yang
boleh menyebabkan pergolakan daripada sesuatu institusi pendidikan. Tiada persepakatan
dan kerjasama daripada ibu bapa menyebabkan guru sukar untuk mencapai misi dan visi
negara untuk melahirkan generasi muda yang cemerlang dan gemilang.

Mengikut model konseptual pendidikan guru, aspek kendiri memberi penekanan


kepada peranan guru sebagai pembentukan sahsiah dan berpekerti mulia. Pelajar yang
terdidik dengan akhlak yang mulia pastinya akan sentiasa bercakap benar sekiranya berlaku
persefahaman antara guru dan ibu bapa. Pemupukan amalan nilai murni dan etika keguruan
kepada murid selaras dengan tuntutan keperluan pendidikan masa depan mampu menjamin
pembentukan modal insan yang berakhlak mulia. Hal ini demikian sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang menginginkan rakyat yang berakhlak mulia.

7
3.6 : Isu Salah Laku Pelajar

Kamaruzaman Kamaruddin dari Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti
Pendidikan Sultan Idris telah membuat kajian tentang tekanan kerja di kalangan guru sekolah
menengah pada 10 Disember 2007 dan mendapati hasil kajian tersebut juga telah menyokong
dapatan kajian Boyle et al. (1995) dimana mendapati faktor salah laku pelajar adalah faktor
penting yang mempengaruhi tekanan kerja guru.

Sikap biadap atau tidak menghormati dan menghargai guru ketika guru sedang
mengajar seperti membuat bising, berbual-bual, tidak membuat latihan yang diberikan selain
keluar kelas tanpa kebenaran guru yang sedang mengajar. Bagi pelajar-pelajar yang suka
ponteng kelas, perkara itu juga telah menyebabkan tekanan emosi kepada guru tersebut
secara tidak langsung kerana tindakan pelajar yang sebeginilah telah menyebabkan prestasi
sesuatu mata pelajaran itu merosot dan sekaligus memberi suatu tekanan yang lain pula
kepada guru-guru di sekolah.

Terdapat segelintir pelajar yang bersikap sebegini di mana sikap ini adalah
bertentangan dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan
rakyat yang berakhlak mulia. Jelaslah di sini bahawa pendidikan yang diterima oleh mereka
tidak berkesan kerana tiada sebarang perubahan yang berlaku kepada diri mereka. Selain itu,
sikap ini juga bercanggah dengan Falsafah Pendidikan Timur yang mementingkan penekanan
terhadap pendidikan moral seperti hormat ibu bapa dan tolak ansur. Kenyataan ini disokong
oleh Confucius dalam buku Falsafah Pendidikan di Malaysia yang mengatakan bahawa
matlamat pendidikan adalah menghasilkan individu berkebolehan dan bermorsl tinggi (Noriati
et al, 2012).

8
4.0 : KESIMPULAN

Secara umumnya, profesion guru adalah salah satu daripada tugas yang sukar dan perlu
kepada usaha pengorbanan yang tinggi. Tekanan-tekanan yang dialami oleh guru tidak boleh
dipandang remeh kerana ianya boleh membawa kesan yang jauh lebih dahsyat kepada
kemajuan pendidikan Negara amnya dan kepada pembangunan pelajar khasnya buat mereka
yang bakal menjadi pemimpin pada masa depan.

Ternyata, tekanan kerja sememangnya akan mengganggu gaya hidup dan


kesejahteraan hidup seseorang insan bergelar guru. Pengurusan tekanan memerlukan
kemahiran yang mesti dipelajari oleh semua anggota di dalam organisasi pendidikan.
Kegagalan mengawal tekanan boleh mendatang kesan yang buruk bukan sahaja kepada
individu terbabit tetapi juga imej organisasi dan secara tidak langsung memberi impak yang
negatif kepada pengajaran dan pembelajaran.

Para guru perlu sentiasa bersikap proaktif didalam perlaksanaan kerja supaya dapat
menghindarkan diri daripada sebarang tekanan. Walaubagaimanapun, isu stres kerja guru
perlu diberi perhatian yang serius oleh semua pihak seperti pihak sekolah, Jabatan Pelajaran
Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum ia merebak dan menjadi sinonim dengan
profesion keguruan. Akhir kata, jangan biarkan pepatah menyebut “seperti ketam mengajar
anaknya berjalan betul” mencemari profesion keguruan.

9
RUJUKAN

Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman. 2003. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Tanjong
Malim : Quantum Books.

Afzhan Kasiman.(2014). Ramai Guru Sakit Jiwa. Kosmo. Dimuat turun pada 2 Ogos, 2014,
dari www.kosmo.com

Abdul Aziz Md. Noor. 2003. An investigation into the headship training programme for aspiring
primary school headteachers. PhD Dissertation, University of Bristol.

Borg, M.G. And Riding, R.J.(1993). Teacher Stress And Cognitif Style. British Journal of
Educational Psychology.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur

Kyriacou, C. And Sutcliffe, J. (1978). Teacher Stress. Prevalence Sources, And


Symptoms. British Journal Of Educational Psychology. 48: 259-167

Kamarulzaman Kamarudin.(2007). Tekanan kerja di kalangan guru sekolah menengah. Jurnal


kemanusian bil 10. Fakulti sains kognitif & pembangunan manusia, universiti
pendidikan sultan idris

Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayudin & Zakiah Noordin. (2012). Falsafah

Pendidikan di Malaysia. Shah Alam, Selangor : Oxford FajarL

Sapora Sipon. (2007). Keberkesanan kaunseling kelompok pemusatan insan, rasional emotif
tingkah laku dan psikologi kognitif ad-Din ke atas tahap tekanan, kepuasan kerja,
strategi, berdaya tindak dan sokongan social guru. Tesisi Dr. Fal. Universiti
Kebangsaan Malaysia

10
LAMPIRAN

11

Anda mungkin juga menyukai