Anda di halaman 1dari 1

Refleksi

Secara keseluruhannya, sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari ini kurang
memberangsangkan di mana berlaku sedikit kekurangan sepanjang saya mengajar pada
hari ini. Namun begitu, berdasarkan hasil lembaran kerja yang diberi, saya dapati 70% murid
telah dapat mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan iaitu pada akhir pengajaran, murid
dapat menukar pecahan persepuluh kepada perpuluhan dan menyebut perpuluhan iaitu sifar
perpuluhan satu hingga sifar perpuluhan sembilan. Manakala terdapat 30% murid yang
masih keliru untuk menukar pecahan persepuluh kepada perpuluhan dan memerlukan
bimbingan secara individu.

Antara kekuatan yang telah dikenal pasti sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran ini ialah set induksi yang saya jalankan telah menarik perhatian murid untuk
mempelajari tajuk baru pada hari ini. Ransangan ikon kayu yang saya paparkan pada papan
putih telah merangsang pemikiran murid untuk berfikir tentang tajuk yang akan dipelajari.
Saya melihat murid-murid teruja melihat dua jenis kayu yang saya tunjukkan di hadapan.
Murid-murid juga memberi respon yang positif terhadap soalan yang saya ajukan kepada
mereka malah murid-murid dapat meneka tajuk pengajaran yang akan diajar oleh guru.

Manakala dari segi kelemahan pula, berlaku sedikit kekurangan pada sesi
pengajaran hari ini iaitu kelemahan saya terhadap pengurusan masa dan aktiviti
berkumpulan. Hal ini demikian kerana murid-murid telah masuk lewat ke kelas dan
menyebabkan masa pengajaran saya telah terganggu selama 15 minit. Keadaan ini telah
membuatkan kesemua sesi pengajaran saya tidak sempat untuk dijalankan. Kesemua
langkah yang saya lakukan adalah secara tergesa-gesa namun masih tidak dapat untuk
melakukan sesi penutup. Hal ini turut menjejaskan aktiviti berkumpulan yang dijalankan di
mana murid-murid tidak dapat menyelesaikan tugasa dengan baik kerana masa yang
diperuntukan bagi setiap kumpulan telah terganggu. Saya juga menyedari ketidakberhasilan
aktiviti berkumpulan ini adalah berpunca dari diri saya sendiri. Memang tidak dapat dinafikan
arahan yang saya berikan kurang jelas dan terlalu banyak sehingga menyebabkan murid-
murid tidak dapat memahami dengan jelas arahan yang diberikan.

Oleh hal yang demikian, bagi sesi pengajaran dan pembelajaran akan datang, saya
akan menulis arahan bagi setiap kali saya menjalankan aktiviti berkumpulan agar murid-
murid dapat merujuk kembali aturan aktiviti dan saya juga akan membuat demonstrasi
sebelum memulakan aktiviti pengajaran.

Anda mungkin juga menyukai