Anda di halaman 1dari 1

Refleksi

Secara keseluruhannya, sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari ini berjalan lancar di
mana saya mendapati hampir 85% murid telah mencapai hasil pembelajaran yang
ditetapkan dalam rancangan pengajaran harian iaitu murid dapat melorek dan menulis
perpuluhan dalam bentuk perkataan berdasarkan perpuluhan yang diberi di buku tulis
dengan betul serta menukarkan pecahan kepada perpuluhan berdasarkan garis nombor
dalam aktiviti berkumpulan dengan betul. Manakala 25% murid masih memerlukan
bimbingan secara personal bagi mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan.

Antara kekuatan sepanjang pengajaran saya ialah set induksi yang saya lakukan di
mana saya telah memperkenalkan lagu pecahan-perpuluhan yang mendapat sambutan yang
meriah daripada murid-murid kelas 2 Ixora. Murid-murid begitu teruja menyanyikan lagu ini
disebabkan melodi yang saya gunakan sememangnya sering didengari oleh mereka. Melosi
yang mudah ini menyebabkan kesemua murid mudah untuk mengikuti dan menyanyikan
lagu ini secara bersama-sama.

Antara kelemahan semasa sesi pengajaran saya ialah saya kurang beramah mesra
degan murid-murid semasa saya mengajar di hadapan. Hal ini membuatkan sesi pengajaran
nyanyian lagu menjadi kurang memberangsangkan dan murid-murid tidak dapat menikmati
nyanyian tersebut dengan gembira. Ketegasan saya semasa di dalam kelas membuatkan
murid-murid berasa tegang dan tidak seronok untuk belajar tajuk perpuluhan pada hari
tersebut.

Bagi penambahbaikan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran akan datang, saya
akan cuba untuk bermesra dengan murid-murid dan mewujudkan suasana pengajaran yang
ceria agar murid-murid berasa seronok da menikmati setiap sesi pengajaran bersama saya.

Anda mungkin juga menyukai