Anda di halaman 1dari 1

ELEMEN NILAI TAMBAH

Menurut Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), elemen nilai tambah terbahagi
kepada tiga elemen iaitu kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK). Menurut Pusat Perkembangan Kokuirkulum, kreativiti merupakan kebolehan
mencerna dan menghasilkan idea baru dan asli melalui ilham dan gabungan idea yang idea. Guru
merupakan peneraju utama yang bertindak sebagai pencetus idea ke arah melahirkan murid yang
dapat mengembangkan daya kreativiti dan inovasi murid. Melalui perbincangan bersama ketua
panitia matematik di Sk Desa Putra, penerapan unsur penggabungjalinan kemahiran matematik
dengan disiplin lain amat ditekankan di sekolah tersebut. Sepanjang proses pembelajaran, guru
memasukkan BAGI CONTOH: . Menurutnya lagi, murid juga dibimbing untuk mengaplikasikan ilmu
matematik untuk mencari penyelesaian masalah yang rutin dan tidak rutin seperti menyelesaikan
masalah berkaitan dengan pengiraan masa perjalanan seseorang ke suatu tempat. Bagi sesebuah
penyelesaian masalah matematik, murid diajar supaya mahir dalam membuat konjektur merangkumi
ekstrapolasi, unjuran, sebab dan akibat. Hal ini demikian membantu murid mengambangkan daya
pemikiran yang kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan sesebuah masalah.

Elemen yang kedua pula ialah keusahawanan di mana guru di sekolah ini juga berusaha
membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi budaya dalam kalangan murid.
Menurut guru matematik di sekolah ini, murid diterapkan dengan kemahiran keusahawanan melalui
gabungan bidang pembelajaran Matematik iaitu menerusi bab Nombor dan Operasi, Sukatan dan
Geometri, Perkaitan dan Algebra serta Statistik. Hari Kantin yang diadakan setiap tahun di sekolah
merupakan salah satu program untuk memperkembangkan potensi keusahawanan dan melatih
murid untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam mengurus perniagaan serta
mengamalkan nilai, moral dan etika yang baik semasa berniaga. Pengetahuan yang tebina melalui
pembelajaran tajuk wang yang terdapat pada bab 10 dalam DSKP tahun 5 sedikit sebanyak
membantu murid mendalami ilmu pertukaran baki wang dalam urusan jual beli. Hal ini demikian
membolehkan murid untuk meformulasikan sama ada konsep, proses atau produk keusahawanan
dengan menggunakan pengalaman dan kemahiran serta pengetahuan yang sedia ada.

Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) sememangnya digunakan dalam proses


pembelajaran dan pengajaran(pdp) subjek matematik di sekolah ini di mana guru akan membawa
murid masuk ke makmal komputer semasa sesi pdp. Murid dibenarkan mengakses komputer untuk
mempelajari matematik secara afektif menerusi frog VLE. Tambahan lagi, kebanyakan guru di sekolah
ini mengamalkan pengajaran menggunakan TMK seperti tayangan video dan pembentangan media
interaktif seperti rajah di bawah. Penggunakan TMK di bilik darjah menjadikan sesi pdp lebih menarik
dan menyeronokkan dan menghasilkan pembelajaran yang berkualiti. LETAK GAMBAR

Anda mungkin juga menyukai