Anda di halaman 1dari 3

PENULISAN REFLEKTIF

1.0 Pengalaman semasa menyiapkan tugasan 1.

Kajian soal selidik bagi subjek GSA 1072 pada tugasan 1 merupakan satu
cabaran baru bagi saya semasa menyiapkannya. Tugasan ini banyak memberi
pengalaman yang tidak pernah saya alami. Pada tugasan 1 ini, saya telah membuat
keputusan untuk membuat kajian penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan siswa guru IPG Kampus Ilmu
Khas. Bagi menyiapkan tugasan ini pada masa yang ditetapkan, borang soal selidik
telah saya siapkan pada hari ke-3 setelah tugasan ini diberi. Seterusnya borang soal
selidik ini telah saya edarkan pada responden dan dikutip dalam masa 2 hari, siswa
guru IPGKIK sangat memberi kerjasama semasa tugasan ini sedang dijalankan.
Borang soal selidik yang diedarkan diisi dengan lengkap oleh siswa guru IPG.

Daripada maklumat berdasarkan soal selidik, saya telah mengumpulkan


kesemua data yang telah dilengkapkan oleh siswa guru serta menganalisis data
tersebut dengan pelbagai cara yang telah saya pelajari dalam subjek Statistik ini.
Analisis data ini juga dapat diperwakilkan menggunakan visual seperti graf bar, ogif,
plot kotak, carta pai dan sebagainya. Data yang telah dibuat menunjukkan siswa
guru IPGKIK kerap menggunakan TMK dalam PdP. Semasa kajian ini dijalankan,
pengalaman mengajar saya erti kesabaran dan menyiapkan tugasan ini disebabkan
beberapa perkara masalah yang dihadapi.

2.0 Masalah dihadapi/penambahbaikan

Masalah yang dihadapi semasa kajian ini dijalankan ialah saya tidak pasti akan
kajian yang saya lakukan ini menepati tugasan serta objektif-objektif. Selain itu,
masa yang tidak mencukupi semasa kajian dijalankan kerana lewat memulakannya.
Cara mengatasi masalah yang pertama, saya telah berjumpa dengan pensyarah
Puan Khalida dari Jabatan Sains dan Matematik. Puan Khalida telah memberi tunjuk
ajar bagaimana kajian ini perlu dilakukan supaya menepati objektif-objektif kajian
tersebut. Seterusnya saya berjumpa Puan Khalida buat kali ke-2 supaya pensyarah
dapat menyemak kajian yang saya jalankan itu mengikut turutan yang betul. Untuk
penambahbaikan masalah yang ke-2 saya hadapi adalah saya perlu memulakan
tugasan yang diberi dengan awalnya supaya masa yang diberi mencukupi untuk
menyiapkan kajian serta dihantar pada tarikh yang ditentukan. Sebagai seorang
penyelidik, saya perlu memilih topik yang sesuai atau mengikut isu semasa sesuatu
tempat supaya keputusan kajian selidik itu dapat diterima pakai kelak.

3.0 Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Walaupun saya membuat kajian penggunaan TMK di kalangan siswa guru,


saya juga menggunakan TMK dalam menyiapkan tugasan ini. TMK ini digunakan
semasa menganalisis data iaitu perwakilan data secara visual. Saya telah
menggunakan Microsoft Excel untuk perwakilan data secara visual iaitu carta pai,
ogif dan plot kotak. Penggunaan Microsoft Excel ini banyak membantu saya semasa
membina graf-graf tersebut kerana dapat menjimatkan masa dan tenaga. Maka,
saya tidak perlu lagi membina graf secara manual pada kertas graf. Graf-graf yang
dibina dengan menggunakan Microsoft Excel juga mempunyai pelbagai grafik-grafik
yang kreatif dan sesuai digunakan. Selain itu juga, perisian data Microsoft Word juga
salah satu TMK yang sangat membantu saya dalam menyiapkan tugasan dimana
tugasan ini perlu ditaip dan dicetak sebelum dihantar. Melalui Microsoft Word juga,
penjadualan juga sangat mudah dilakukan simbol-simbol rumus bagi pengiraan
sisihan piawai juga mudah digunakan.

Di samping itu juga, rangkaian internet telah membantu saya dalam pencarian
maklumat-maklumat dengan tajuk tugasan saya ini. Di mana saya menggunakan
internet untuk mencari penjelasan tentang kajian yang telah saya
lakukan.penggunaan internet bagi mencari maklumat lagi mudah berbanding
menggunakan buku dan sebagainya kerana kepelbagaian maklumat dalam internet
yang telah dimuat turun oleh pelbagai individu. Jelaslah penggunaan TMK memberi
keberkesanan dan memudahkan saya menyiapkan tugasan dengan sempurna.

4.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, tugasan bagi subjek Statistik Asas GSA 1072 ini banyak
memberi pengalaman yang baru kepada saya kerana secara tidak langsung saya
dapat belajar bagaimana kajian soal selidik dijalankan. Tetapi, masih terdapat
masalah yang telah saya hadapi semasa menyiapkan tugasan ini.
Walaubagaimanapun, tugasan ini berjalan dengan lancar setelah ditunjuk ajar oleh
Puan Khalida iaitu penyarah bagi subjek ini.

Anda mungkin juga menyukai