Anda di halaman 1dari 30

1.

PENGENALAN TEKNIK-TEKNIK PENGUMPULAN DATA

Terdapat beberapa teknik pengumpulan data kualitatif yang boleh digunakan dalam
penyelidikan secara sistematik. Antara teknik-teknik adalah pemerhatian, temubual, soal
selidik, pengukuran sikap dan artifak serta rekod-rekod yang sedia ada.

2.0

REFLEKSI KAJIAN TINDAKAN JAMES ROCKFORD

2.1

Pengenalan

James Rockford seorang guru elementari di sebuah sekolah di luar bandar di daerah Oregon.
James Rockford ditugaskan untuk mengajar muzik dan kemahiran komputer kepada kanakkanak dan seterusnya telah melibatkan diri dengan kajian tindakan peringkat negeri. Sebagai
langkah pertama ke arah membuat kajian tindakan setanding dengan tugas mendidik. James
Rockford pernah menjadi mentor bagi guru-guru di daerahnya. Kisah James membuktikan
kepentingan pengumpulan data dari pelbagai sumber.

2.2

Laporan Kajian Tindakan

Saya dipertanggungjawabkan dengan sebuah makmal komputer dan diberi mandat untuk
membangunkan program instruksi yang selaras dengan panduan kurikulum, dan saya
memerlukan situasi bagi suatu kelas kajian tindakan kolaboratif yang bermula pada musim
bunga tahun 1995.
Satu-satunya perisian yang dibekalkan dengan komputer-komputer adalah program
popular bagi mengajar keyboarding dan clariswork. Oleh kerana tiada faedah
membelanjakan beribu dolar bagi mengajar keyboarding, maka timbullakh persoalan
Bagaimanakah arahan keyboarding mengukuhkan kebolehan pelajar untuk menggunakan
pemprosesan perkataan (word processing), pangkalan data (database), helaiankerja
(spreadsheet), dan lukisan fungsi (function draw)?

Kajian literatur merumitkan keadaan kerana tiada pusat sumber akademik di kawasan
itu. Menurut pustakawan, kolej komuniti tempatan mempunyai hanya satu komputer dalamtalian (on-line) bagi akses ERIC (Education Resource Information Center/Pusat Informasi
Sumber Pendidikan) melalui alat pelayaran internet www (World Wide Web).
Oleh kerana sekolah kami masih belum ada perkhidmatan on-line, saya terpaksa
menggunakan komputer anak lelaki saya. Kajian segera menunjukkan terdapat banyak
penyelidikan tentang keyboarding tetapi tidak banyak yang menumpukan pada kanakkanak.
Kerumitan ini menyebabkan saya membangunkan program instruksional bagi
mengajar kemahiran keyboarding dan jelas sekali lebih rumit lagi bagi memperoleh
keputusan bagi pangkalan data, helaian kerja dan lukisan fungsi.
Ini sepatutnya dilakukan secara kolaboratif, jadi langkah pertama saya ialah
mendapatkan bantuan daripada guru-guru dalam gred 4-6. Kami bertemu selepas
menerangkan matlamat projek tersebut. Mereka bersetuju membantu untuk mengumpul data
tetapi hanya satu kelas sahaja yang berpeluang menggunakan makmal komputer setiap hari.
Walaupun ini benar-benar mengecewakan saya mengurus projek ini dengan lebih baik sebab
hanya perlu meneliti data dari satu kelas dan bukannya tiga kelas.
Variabel atau Pembolehubah (variables) apakah yang mungkin akan memberi kesan
pada kejayaan pelajar, dalam mempelajari papan kekunci (keyboard)? Saya mentadbir satu
tinjauan tentang sikap guru-guru dan satu lagi tinjauan bagi menilai sama ada pelajar
mempunyai pengetahuan sedia ada, berapa lama mereka menggunakan komputer di rumah
dan di sekolah serta sama ada mereka mempunyai komputer di rumah, waktu-waktu
penggunaan komputer di sekolah atas arahan atau pilihan sendiri direkodkan.
Sebuah projek kajian tindakan yang direka dengan baik, sepatutnya mampu
dilaksanakan. Tujuan projek kajian tindakan saya ialah untuk menentukan sama ada mengajar
kemahiran keyboarding kepada pelajar gred 6 mempunyai impak yang cukup dalam
kemahiran pemprosesan perkataan bagi menjamin masa dan wang yang dibelanjakan,
sepatutnya ia berkesan tetapi terdapat segelintir pelajar yang menghasilkan satu sistem hurt
and peck yang unik dan sudah boleh mencapai sasaran 20 patah perkataan seminit. Terdapat
2

banyak variabel yang boleh memberi kesan pada kadar pemprosesan perkataan dan
membawa kepada persoalan berikut:
1. Adakah pelajar-pelajar mempunyai komputer di rumah? Berapa lamakah mereka
meluangkan masa dengan komputer dalam seminggu?
2. Apakah pengetahuan sedia ada yang pelajar ada tentang komputer?
3. Berapa lamakah mereka meluangkan masa dengan komputer di sekolah? Apakah
kesannya pada kadar pemprosesan perkataan?
4. Apakah kesan perisian keyboarding yang digunakan dalam makmal sekolah?
Soalan-soalan tersebut kemudiannya diletakkan di dalam matrik data dan
ditriangulasiskan seperti berikut (Catatan: S.D. = sumber data):
Soalan
Pengetahuan

S.D. 1
Penyelidikan pelajar

S.D. 2
Pra ujian pengetahuan

pra sedia ada?


Kelajuan

Pra ujian

komputer
Post ujian

Bantuan guru

keyboarding?
Kegunaan yang

Perisian pra ujian

Perisian post ujian

Masa menaip

wajar (Word

S.D. 3

dikonstruk oleh guru

Processing)?
Komputer yang

Rekod makmal

sedang digunakan?

sekolah

Penyelidikan pelajar

Penyelidikan ibu
bapa

Saya mengumpul data melalui tinjauan yang saya reka bentuk bagi mengukur bidangbidang berikut:

Soal selidik penilaian diri pelajar (Lampiran A).

Pra ujian tatabahasa dan fakta pengetahuan am komputer dibina oleh guru.

Ujian kepantasan menaip dalam had masa guru tetapkan.

Tinjauan akan seorang guru dalam bilik darjah mengenali pengetahuan dan sikap
tentang teknologi (Lampiran B).

Rekod pemerhatian seorang guru bagi makmal komputer.

Rekod sedia ada pelajar tentang kadar pemprosesan perkataan dengan perisian.

Tinjauan pada ibu bapa mengenai penggunaan komputer di luar sekolah.


3

Data terkumpul diklasifikasikan seperti berikut:

3 variabel tentang masa, pengetahuan sedia ada dan penggunaan perisian


pemprosesan perkataan dianalisiskan dengan menggunakan graf plot taburan bagi
menentukan kolerasi dengan kepantasan pemprosesan perkataan.

Tinjauan-tinjauan dihimpun untuk menunjukkan kecenderungan.

Kadar keyboarding di antara Oktober dan Mei dihimpun untuk menunjukkan


perkembangan dalam sepanjang masa.

Secara amnya, data-data itu menunjukkan yang berikut:

Masa penggunaan komputer oleh pelajar di luar sekolah tidak mempunyai


sebarang kesan pada kadar pemprosesan perkataan. (mereka gemari permainan
komputer).

Masa penggunaan komputer di sekolah adalah kritikal.

Dalam hanya 1 bulan, kadar min pemprosesan perkataan telah meningkat


sebanyak 300%.

Sebagai rumusannya, ia ketara bahawa perisian keyboarding adalah berkesan dan


berdasarkan itu saya terus menggunakannya. Oleh kerana tempoh bagi tugasan adalah
kritikal, guru-guru digesa membawa pelajar-pelajar ke makmal setiap hari dan memantau
sifat keyboarding serta memasang perisian keyboarding pada komputer dalam bilik
darjah supaya setiap pelajar mendapat kesempatan berlatih sekurang-kurangnya 10 minit
dalam sehari. Ujian kepantasan menaip dalam had masa ditetapkan memerlukan berlainan
kemahiran masa depan, ujian ini akan diberi secara mingguan bagi memperoleh penilaian
sebenar mengenai perkembangan pelajar dan satu sistem pengesanan akan digunakan untuk
memantau pemerolehan perkembangan kemahiran.
Sebarang kajian lazimnya menimbulkan lebih soalan daripada jawapan. Pada
penghujung projek ini, saya terfikir jika gaya pembelajaran seseorang pelajar berkesan pada
kebolehan mempelajari kemahiran pemprosesan perkataan. Adakah arahan keyboarding
memahirkan pelajar dalam penggunaan pangkalan data, helaiankerja dan lukisan fungsi?
4

Bolehkah penilaian auteridik (tulin/sebenar) digunakan bagi memastikan perkembangan


kemahiran atau konsep. Soalan-soalan inilah yang saya akan terus telitikan.
Projek itu merupakan papan loncatan bagi isu-isu yang dihadapi semasa mendirikan
makmal komputer. Saya juga boleh mengharungi sebarang masalah dan cari penyelesaian.
Kolaborasi merupakan satu elemen penting dalam proses itu. Tetapi yang terutama dalam
kajian tindakan adalah menilai semula dengan fungsi saya dalam makmal komputer. Segala
pujian yang saya terima dari pelbagai pihak berkaitan dengan kajian tindakan.
Pandangan saya mengenai masalah bilik darjah telah berubah. Mengumpul data serta
membuat catatan memperbaiki lagi usaha saya. Saya mengakui kajian tindakan telah
membawa banyak perubahan dalam diri saya. Pengajaran dan pembelajaran pelajar
diperkukuhkan lagi, menangani masalah dengan lebih sistematik serta lebih teliti dalam
pengumpulan data.
Setahun selepas projek pemprosesan perkataan, saya berpeluang menjadi mentor
guru-guru yang ingin belajar proses kajian tindakan. Berdasarkan pengalaman, 2 pemerhatian
dititikberatkan iaitu perbezaan antara masalah-masalah berdasarkan pelajar dan situasi
pembelajaran. Didapati bahawa masalah pelajar itu diakibatkan dengan arahan yang lebih
baik.
Mencantumkan kajian tindakan dengan pengajaran dan pembelajaran merupakan satu
kejayaan. Dulu guru-guru bukanlah penyelidik kerana rutin sekolah tidak sejajar dengan masa
dan sumber data yang diperlukan. Pada masa yang sama, guru-guru perlu mengubah sikap
dengan pendapat dulu.

3.0

TEKNIK-TEKNIK PENGUMPULAN DATA KUALITATIF


5

Para pendidik dan penyelidik kajian tindakan menegaskan teknik-teknik berikut merupakan
sumber pengumpulan data kualitatif:

Arkib sedia ada di sekolah

Alat mengesan kehidupan harian

Alat menyoal

Sumber-sumber biasa (tinjauan, soal selidik, dsb.)

Sumber-sumber inventif atau ciptaan (pameran, folio, dsb.)

Temubual

Sejarah secara lisan dan cerita-cerita

Skala pengkadaran

Inventori

Pemerhatian

Memeta

Rakaman visual

Fotografi

Jurnal dan catatan harian

(Anderson, Herr, & Nihlen, 1994; Calhoun, 1994; Sagor, 2000; Stringer, 1996; Wells,
1994)
Berpanduankan senarai di atas, data-data terkumpul dalam bentuk deskripsif, naratif,
dan lisan.
Seterusnya kita akan lihat penggunaan sumber yang pelbagai yang dikenali sebagai
triangulasi.

3.1

Triangulasi

Dalam kitaran kajian tindakan, penyelidik tidak boleh berpegang pada satu sumber data,
temubual, pemerhatian atau instrumen. Sagor (2000) mengesyorkan penyelidikan kajian
6

tindakan melengkapi pemetaan triangulasi grid mudah yang merangkumi pelbagai sumber
data yang digunakan bagi menjawab setiap persoalan kajian. Kekuatan kajian kualitatif
bergantung pada triangulasi, memperoleh data dengan banyak cara yang dikenali sebagai
kaedah multi-instrumen. Dalam tujuan kajian tindakan, guru adalah instrumen kajian di mana
dalam pengumpulan data, dia mengamalkan pelbagai teknik dalam satu tempoh masa. Adalah
penting bagi kita fokus pada usaha pengumpulan data serta mengingati prinsip triangulasi dan
menggunakannya.
Tiga strategi bidang adalah pengalaman, menyelidik dan menilai. Setiap strategi
adalah dalam konteks pengalaman penyelidik guru yang sebenar.

Soalan-soalan kajian
1. Pengetahuan

Penyelidikan

pra sedia ada?

pelajar

2. Kelajuan
keyboarding?
3. Kegunaan yang
wajar (Word
Processing)?
4. Komputer yang
sedang digunakan?

3.2

Pra ujian
Perisian pra
ujian
Rekod makmal
sekolah

Sumber Data
2
Pra ujian

pengetahuan
komputer
Post ujian

Bantuan guru
Masa menaip

Perisian post ujian

Penyelidikan pelajar

dikonstruk oleh
guru
Penyelidikan
ibu bapa

Pengalaman melalui Pemerhatian Terus

Guru-guru yang terlibat dalam kajian tindakan berpeluang membuat pemerhatian dalam kelas
masing-masing. Mereka perhatikan komponen pengajaran dan pembelajaran yang biasa,
memantau dan menyesuaikan arahan berdasarkan interaksi secara lisan dan bukan lisan
dalam bilik darjah. Maka, strategi pemerhatian terus sebagai pengumpulan data memadai dan
menjimat masa. Sebagai guru, kita sering memerhati persekitaran dan menyesuaikan
pengajaran dan pembelajaran kita dengan keadaan yang dilihat. Kajian tindakan adalah cara
sistematik bagi proses pemerhatian sebagai teknik pengumpulan data kualitatif.
3.2.1

Pemerhati Responden
7

Menurut James, strategi keyboarding, hurt & peck pelajarnya sebagai kebiasaan semasa
pengajaran dan pembelajaran.
Cathy Mitchell juga ada membuat pemerhatian reaksi audien dan merekod notakaki
dalam jurnalnya.
Deborah

memerhatikan

interaksi

interpersonal

pelajar-pelajarnya

mengenai

kemahiran belajar dan merekodkan dalam jurnalnya. Semua ini adalah pengalaman
pemerhatian responden.
Jika penyelidik terlibat terus dengan kajian, maka ia adalah pemerhati responden.
Mengikut Spradley (1980), pemerhatian respon mempunyai 2 tujuan dalam pemikiran:

Bagi memerhati aktiviti, orang dan aspek persekitaran

Bagi melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk mendapatkan


informasi yang berguna.

Pemerhatian respon boleh dilakukan bergantung pada situasi yang diperhati dan
peluang yang diwujudkan. Seorang pemerhati responden boleh menjadi pemerhati aktif,
bergantung kepada kehendak masalah yang dikaji. Adalah dinasihatkan supaya buat
pemerhatian yang lengkap.

3.2.2

Pemerhati Respon Aktif

Guru-guru adalah pemerhati respon aktif semasa pengajaran dan pembelajaran. Semasa
pengajaran dan pembelajaran guru-guru terlibat dengan aktif bagi menyesuaikan mengikut
tahap pelajar. Sebagai pemerhati aktif, guru terlibat langsung dan kadang-kadang tidak
sempat merekodkan secara sistematik.

3.2.3

Pemerhati Aktif dan Teristimewa

Terdapat juga peluang bagi guru-guru memerhati dengan lebih aktif dan khas. Guru-guru
mungkin memerhati pelajar di luar waktu pengajaran dan pembelajaran mereka seperti
sewaktu Muzik, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan di pusat sumber. Waktu-waktu ini
memberi peluang kepada guru-guru tersebut membuat pemerhatian.
Ramai guru menyatakan peluang ini bernilai kerana boleh memerhati interaksi sosial,
dan kesannya strategi sesuatu arahan. Malangnya guru-guru ini terpaksa meluang lebih masa
bagi tujuan ini.

3.2.4

Pemerhati Pasif

Terdapat juga peluang bagi guru-guru membuat pemerhatian secara pasif dalam bilik darjah
dan di sekolah. Sebagai pemerhati pasif, mereka tidak perlu berfungsi sebagai guru dalam
kelas. Mereka perlu tumpu pada pengumpulan data sahaja. Seorang pemerhati aktif dan
teristimewa boleh berubah menjadi pasif. Guru-guru itu tidak akan berinteraksi dengan
pelajar secara langsung.

3.3

Notakaki (Fieldnote)

Catatan rekod pemerhati responden disebut sebagai notakaki. Notakaki dibuat dengan ringkas
dan tepat serta bermakna.
Semasa pengajian saya di Universiti Oregon, saya belajar Kajian Etnografi dalam
Pendidikan. Semasa penyelidikan, saya terlibat dalam upacara keahlian dan berpakaian
formal.
Sepanjang makan malam, saya kerap ke tandas bagi mencatatkan nota-nota serta data
yang penting supaya tiada maklumat yang tertinggal.

3.3.1

Memerhati dan Merekod Semua seberapa yang Mampu

Semasa membuat pemerhatian, bermula dengan secara am dan fokuskan kepada yang
khusus. Pilih strategi bagi mencatatkan pemerhatian seperti perbualan verbatim, peta-peta dan
ilustrasi, foto, rakaman video dan audio atau menulis tanpa berhenti.
Contoh Notakaki:

8.30 a.m.

Suatu pengumuman dibuat menggunakan sistem pengucapan


umum yang diminta oleh guru yang berada di dalam auditorium
dan menyediakan satu tempat bagi perkhidmatan dalaman. Apabila
guru bergerak ke dalam auditorium, lagu popular The Greatest
Love of All dimainkan.

8.41 a.m.

Asisten Superintenden mengalu-alukan kedatangan guru ke majlis


perkhidmatan dalaman yang bertajuk guru yang terbaik di dalam
daerah. Alu-aluan ringkas ini diikuti dengan aku janji kesetiaan
dan pengenalan daripada Asisten Superintenden.

8.45 a.m.

Asisten Superintenden memperkenalkan Superintenden sebagai


Superintenden yang mengambil berat terhadap kanak-kanak, guruguru, dan daerah berkenaan.
Masa seterusnya berfokus kepada pengenalan guru-guru baru ke
daerah itu (terdapat 60 orang guru baru melaporkan diri) dan
persembahan tentang informasi bagaimana suatu fokus baru
terhadap kanak-kanak di daerah yang berada dalam risiko.

10.00 a.m.

Superintenden balik kepada lirik The Greatest Love of All dan


mencadangkan

bahawa

mesej

daripada

lagu itu

mungkin

bersesuaian dengan perubahan dalam daerah: Semua orang


mencari untuk menjadi seorang perwira. Manusia memerlukan
seseorang untuk menyokongnya. Saya tidak pernah menjumpai
sesiapa yang boleh memenuhi keperluan saya... Superintenden itu
menyeru agar semua guru menjadi perwira di mata pelajar mereka
dan berharap mereka supaya mempunyai satu tahun persekolahan
yang berjaya sebelum tamat perkhidmatan.
10

Berdasarkan contoh di atas, notakaki berfungsi sebagai catatan apa yang diperhatikan
sepanjang penyelidikan dan membantu membimbing dalam pemerhatian dan temubual.

3.3.2

Memerhati dan Elakkan dari Mencari sesuatu yang Khusus

Buka minda semasa membuat pemerhatian dan buat andaian tanpa melibatkan diri.

3.3.3

Melihat untuk Bump atau Paradoks (lawan asas)

Dalam strategi ini, ambil kira pada persekitaran semasa membuat pemerhatian.
Dalam kajian tindakan, respon luar jangkaan dari pelajar adalah bump.
Strategi ini juga mengesyorkan guru-guru penyelidik tumpukan juga benda-benda
lawan asas atau paradoks dalam bilik darjah. Lazimnya, paradoks akan menonjolkan diri.

3.4

Menyelidik: Apabila Penyelidik Menyoal

Kategori kedua bagi kaedah pengumpulan data ialah melalui penyoalan. Guru penyelidik
boleh menyoal pelajar, ibu bapa dan guru-guru lain melalui teknik temubual dan soal selidik.
Agar (1980) mencadangkan maklumat dari temubual merupakan asas metodologi utama.
Data pemerhatian (yang dikumpul melalui pengalaman) akan timbulkan soalan-soalan yang
boleh diajukan semasa temubual responden. Mengabung maklumat pemerhatian dan
temubual saling melengkapkan data yang diperlukan.
(Catatan: Sila rujuk Lampiran C untuk melihat rumusan teknik-teknik tersebut di atas.)

11

3.4.1

Temubual Etnografik Tidak Formal

Temubual ini membolehkan guru menyelidik mendapat data sambil berbual secara tidak
formal. Namun, guru penyelidik perlu bersedia dengan satu set soalan untuk diajukan kepada
responden. Guru perlu mencatatkan maklumat hasil dari temubual itu dan bandingkan dengan
data sumber lain. Guru penyelidik juga boleh mencatat secara anekdot bagi setiap responden
dan membuka fail (Jadual A).
Jadual A

Borang Rekod Anekdotal Pelajar

Borang Rekod Anekdotal Pelajar

Nama : Kasturi Taminsari


Gred : D

Date : 31/8/2008
Komen : Melukis jadual
Pemerhatian: Kasturi kelihatan tidak gembira semasa dia
menghabiskan masa dalam
melukis jadual. Penerangannya: saya tidak mempunyai masa
untuk berfikir cerita
saya.

Date

Komen :

12

3.4.2

Temubual Formal Berstruktur

Guru penyelidik boleh menemubual secara formal bagi mendapat data. Dengan menggunakan
format temubual berstruktur, guru penyelidik boleh mengajukan soalan yang sama. Format
tersebut hendaklah ditadbir supaya responden akan memberi maklumat yang dikehendaki.
Semasa merangka soalan bagi temubual, gunakan kriteria di bawah bagi membina soalan
yang berkualiti:

Tujukan soalan kepada sebuah kumpulan responden yang serupa.

Sebelum ajukan soalan kepada responden, uji soalan-soalan terhadap kumpulan atau umur
yang sama bagi memastikan soalan-soalan itu mudah difahami. Maklumbalas dari mereka
membantu guru itu mengubahsuai struktur ayat atau bahasa soalan-soalan temubual.

Gunakan pelbagai soalan dari sama jenis kepada yang berbeza jenis

Struktur soal selidik dan temubual mestilah pelbagai jenis. Soalan konvergen adalah jenis
yang mendapat jawapan ya atau tidak, manakala soalan divergen adalah soalan terbuka di
mana responden memberi pendapat sendiri.

Amalkan senyap dan wait-time (masa menunggu) bagi memperoleh respon

Luangkan masa bagi responden menjawab atau respon dalam temubual tersebut. Mereka
perlu masa untuk berfikir dan menyusun kata sebelum memberi respon.

Gunakan alat rakaman audio semasa temubual

13

Bagi merekodkan respon verbatim, gunakan alat rakaman audio. Guru penyelidik tidak
boleh atau tidak sempat mencatat semua yang diucapkan oleh responden. Tetapi ada
responden yang kurang senang merakam perbualan mereka.

Adakan lokasi tertutup bagi temubual

Ini adalah untuk mengelakkan sebarang gangguan semasa temubual. Dapatkan lokasi yang
menyenangkan semua pihak dan tiada gangguan bunyi lain.

Kenalpasti responden

Responden temubual akan dikenalpasti berpandukan soalan-soalan yang diajukan. Lazimnya


responden tersebut mempunyai beberapa maklumat, berpengalaman atau ilmu dalam bidang
yang ditemubualkan.

Buat catatan semasa temubual

Tidak kira temubual dirakam atau tidak, guru penyelidik perlu membuat catatan semasa
temubual. Catatan itu akan membantu melengkapkan maklumat temubual.

Kumpulan sasaran atau fokus

Satu lagi teknik temubual yang bernilai adalah sasaran kumpulan yang melibatkan beberapa
individu yang boleh menyumbangkan maklumat yang diperlukan. Semasa menemubual
kumpulan sasaran, pastikan semua individu berpeluang untuk bersuara. Pada akhirnya semua
individu perlu mencapai satu kata putus sebab teknik ini adalah aktiviti perkongsian secara
berkumpulan.

Temubual E-mel
14

Satu lagi kaedah adalah temubual melalui e-mel. Dengan adanya kemudahan internet di
sekolah, guru penyelidik boleh menemubual responden melalui e-mel. Responden boleh
respon secara langsung atau pada masa yang sesuai dengannya. Terdapat kelebihan dan
keburukan menggunakan kaedah ini. Kelebihannya ialah responden boleh respon secara
bertulis. Maka guru penyelidik tidak perlu transkripkan temubual itu.

Soal selidik

Guru penyelidik boleh mengumpul banyak data dalam masa yang singkat melalui soal
selidik. Guru penyelidik boleh juga memberi soal selidik dan diikuti dengan temubual bagi
memperoleh maklumat bagi respon yang mengelirukan. Namun perlu diingat bahawa
responden semua bukan buta huruf.
Panduan di bawah perlu diikuti semasa membuat soal selidik:

Baca soal selidik sebelum diedarkan, supaya soalan-soalan adalah jelas dan tidak
mengandungi sebarang kesilapan.

Elakkan persembahan yang berserabut. Gunakan pencetakan dengan perkataan


yang besar dan jelas.

Elakkan soalan yang memutar belit. Soalan yang panjang akan mengelirukan
responden. Bina soalan dengan ayat yang mudah dan ringkas.

Elakkan soalan yang tidak relevan yang tidak membantu dalam kajian itu.

Gunakan item berstruktur dengan pilihan respon. Perlu ada skala bagi item yang
diajukan. Jika tidak, boleh mengelirukan responden.

Jika boleh, adakan ruang bagi lain-lain respon.

Pastikan responden perlu mencatatkan nama pada soal selidik atau no siri yang
akan digunakan. Guru penyelidik perlu menjamin bahawa semua maklumat
responden dirahsiakan dan responden tidak akan dikenalpasti bagi respon secara
individu.

15

3.4.3

Skala Sikap

Ramai guru penyelidik ingin tahu tentang keberkesanan pengajaran mereka pada pelajarpelajar. Skala yang sering digunakan sebagai pengukuran sikap seperti Skala Likert dan
Perbezaan Semantik merupakan alat berguna bagi penyelidikan kajian tindakan. Skala sikap
membolehkan guru penyelidik menentukan apa yang dipercayai oleh individu, pemahaman,
pengertian atau perasaan.

3.4.4

Skala Likert

Ia digunakan untuk mendapatkan respon pelajar kepada beberapa kenyataan yang


menandakan sama ada mereka setuju sepenuhnya (SA), setuju (A), tidak pasti (U), tidak
setuju (D), atau sama sekali tidak setuju (SD) dengan kenyataan-kenyataan tersebut. Setiap
respon berhubung dengan satu nilai mata (point) dan dikira skor dengan menjumlahkan
kesemua mata bagi kenyataan-kenyataan tersebut. Sebagai contoh, mata berikut ditetapkan
bagi respon positif iaitu SA=5, A=4, U=3, D=2, dan SD=1. Gay menyatakan bahawa nilai
tertinggi dalam ujian akan menunjukkan sikap positif.
Walaupun semua instrumen ini membekalkan guru penyelidik dengan data kuatitatif
(numerikal atau bentuk bilangan), data-data masih boleh dianggap deskriptif. Respon-respon
bagi tinjauan boleh dikira dalam bilangan (contoh purata respon = 4.2) tetapi kebanyakan
data masih deskriptif dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif seperti min dan
standard deviation dan disertakan dengan huraian.
Sebagai contoh, pelajar-pelajar yang melalui kurikulum baru matematik yang
menegaskan strategi menyelesaikan masalah perlu beri respon bagi item dalam soal selidik:
Sila respon bagi item berikut dengan membulatkan pendapat anda seperti SA (Strongly
Agree), A (Agree), U (Undecided), D (Disagree), dan SD (Strongly Disagree).

16

1.

Saya percaya bahawa kemahiran penyelesaian masalah yang telah saya


pelajari di dalam bilik darjah membantu saya membuat keputusan
penyelesaian masalah yang baik di luar sekolah.
SA

SD

Dengan poin-poin yang diperoleh, guru penyelidik boleh merumuskan sikap positif atau
negatif palajar terhadap kemahiran menyelesaikan matematik di luar bilik darjah.

3.4.5

Perbezaan Semantik

Ia memerlukan pelajar respon secara kadar kuantitatif bagi skala huraian bipolar. Sebagai
contoh, berpandukan pelaksanaan kurikulum baru matematik, pelajar mungkin dikehendaki
menilai kurikulum itu sama ada merangsangkan atau membosankan, releven atau tidak
releven, menyeronokkan.
Pada setiap lokasi kontinum di antara kata-kata bipolar akan dikaitkan dengan skor
seperti berikut:

Boring

Menyeronokkan
-3

-2

-1

Tiada Releven

Releven
-3

-2

-1

Tidak Soronok

Soronok
-3

-2

-1

Dengan menjumlahkan skor-skor kesemua item perbezaan semantik, guru penyelidik


boleh memastikan sama ada sikap responden itu positif atau negatif. Skala perbezaan
semantik biasanya menggunakan skala pada jarak antara 5 hingga 7 dengan nilai sifar bagi
sikap yang neutral (berkecuali).

17

3.4.5

Lain-lain Teknik Pengukuran

Guru-guru penyelidik lazimnya dikehendaki menggunakan ujian setara. Skor dari ujian setara
merupakan sumber data yang menyumbangkan kepada pemahaman bagaimana pengajaran
dan pembelajaran berkesan pada pelajar-pelajar. Bahan rujukan yang bernas bagi guru-guru
yang mentadbir ujian setara ialah Buku Tahunan Pengukuran Mental (MMY) yang memberi
maklumat ujian yang membingungkan yang digunakan oleh guru-guru ataupun para
penyelidik.
Rujukan yang merangkumi huraian dan ulasan ujian boleh memuaskan kebanyakan
pencarian bagi ujian yang sesuai dan mudah diperbaiki dari perpustakaan sebuah universiti.
Guru-guru penyelidik boleh menghubungi sekolah daerah tempatan bagi menyemak ujianujian atau dapatkan nama-nama pada peringkat negeri.

3.5

Penilaian: Menilai dan Merekod

Kategori ke-3 bagi teknik mengumpul data menyeluruhi dalam penghuraian maklumat

penyelidikan. Sekali lagi, sumber data memerlukan guru-guru menguji dalam suasana
sekolah.

3.5.1

Dokumen-dokumen Arkib

Seperti bilik darjah, sekolah-sekolah adalah gedung segala jenis rekod-rekod rekod pelajarpelajar, minit mesyuarat, keratan akhbar mengenai peristiwa dalam masyarakat yang
signifikan. Dengan kebenaran, guru penyelidik boleh menggunakan sumber-sumber data ini
untuk mendapatkan maklumat-maklumat lama, mengenalpasti halatuju dan terangkan
bagaimana memperoleh pencapaian. Jelas sekali, ada sumber data arkib yang boleh diperoleh
oleh guru-guru penyelidik. Pihak sekolah lazimnya sedia membantu memberi maklumat
kolektif.
18

Calhoun menyenaraikan beberapa sumber-sumber data lama yang terdapat di sekolahsekolah seperti:

Kadar kehadiran

Kadar penahanan (retensi)

Rujukan disiplin

Kadar keciciran

Kadar penggantungan

Kadar kehadiran konferensi ibu bapa dan guru

Perincian data-data pencapaian pelajar peringkat negeri dalam matematik,


membaca, menulis, dsb.

Skor-skor ujian setara

Kadar penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum

3.5.2

Jurnal

Jurnal harian disimpan oleh pelajar-pelajar dan guru-guru juga merupakan sumber data yang
bernilai. Menurut Anderson et. al. (1994), jurnal berfungsi sebagai teknik naratif dan
merekodkan peristiwa-peristiwa, pemikiran, dan perasaan yang bermakna kepada penulisnya.
Apabila pelajar merekodkan, ia menyatakan tentang perubahan, idea-idea baru dan
perkembangan pembelajaran kepada guru penyelidik.
Jurnal-jurnal pelajar boleh membekalkan guru-guru dengan maklumat dari dunia
pelajar. Jurnal harian guru pula memberi huraian naratif tentang perspektif guru dalam bilik
darjah.
Smith et. al. menggabungkan jurnal-jurnal guru sebagai bahan utama dengan guru
penyelidik dan memberi gambaran yang jelas:

Jurnal adalah rekod kehidupan di bilik darjah di mana guru-guru mencatatkan


pemerhatian dan mengenang semula pengajaran mereka.

Jurnal adalah koleksi huraian, analisis dan interprestasi atau pentaksiran.


19

Jurnal mencatatkan apa yang berlaku dengan pelajar di bilik darjah dengan jelas.

Jurnal membantu guru-guru menilai semula, analisa dan mengimbas kembali


pengalaman mereka pada masa itu.

Jurnal mencerminkan apa yang berlaku di sekolah-sekolah melalui kaca mata


guru-guru.

Jurnal-jurnal adalah satu sumber data tentang perlakuan secara sistematik. Tidak kira
fokus bidang kajian, jurnal adalah cara yang baik bagi menyimpan rekod sebab ia bukan
sekadar pemerhatian tetapi perasaan yang berkaitan dengan proses kajian tindakan.

3.5.3

Memeta, Rakaman Video/Audio, Fotograf, Filem, dan Artifaks

Sumber-sumber data yang tidak bertulis ini yang membantu guru penyelidik kerana data tidak
selalu dirakamkan dalam bentuk naratif.

3.5.4

Membina Peta/Pelan

Guru-guru penyelidik mendapati peta/pelan kelas dan sekolah sangat berguna kepada mereka
boleh digunakan bila melawat pada kali yang pertama. Peta/pelan juga membuat guru-guru
penyelidik berfikir kenapa keadaan bilik darjah sebegitu. Pelan juga merekodkan pengaliran
pergerakan pelajar dan guru dalam bilik darjah semasa pengajaran dan pembelajaran
(Lampiran D).

3.5.5

Penggunaan Pita Video/Audio, Foto dan Filem

Membantu guru penyelidik merakamkan keadaan dan interaksi pelajar semasa guru mengajar.
Tetapi ia yang membawa kesan buruk kerana rakaman ini mengurangkan perlakuan semula
jadi pelajar. Satu cara mengatasi ialah menggunakannya dalam bilik darjah sebelum projek
kajian tindakan supaya pelajar selesa dengan kehadiran alat rakaman itu.

20

Rakaman video sesuai untuk merakamkan persembahan pelajar dan mengimbas


kembali, kandungan, kemahiran dan sikap pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran.

3.5.6

Artifaks

Bilik darjah adalah sumber penting bagi memperoleh data bertulis atau visual. Kategori
artifaks merangkumi semua yang tidak dibincangkan sebelum ini. Teknik penilaian sebenar
termasuk polio pelajar yang menggambarkan hasil kerja pelajar. Artifaks adalah sumber data
yang boleh membantu guru-guru berkomunikasi serta memulakan perbualan mereka semasa
sesi temubual. Sebagai contoh, guru-guru boleh minta pelajar menghuraikan lebih lanjut
tentang hasil kerja dan pilihannya.
Taksanomi Teknik-Teknik Pengumpulan data Kualitatif Kajian Tindakan

TEKNIK-TEKNIK PENGUMPULAN DATA


KAJIAN TINDAKAN
(Tiga E)

PENGALAMAN
(Dengan pemerhatian
dan notakaki)

Pemerhatian
responden
(Responden Aktif)

Pemerhati aktif dan


teristimewa

ENKUIRI
(Semasa penyelidik
menyoal)

PENGUJIAN
(Mengguna dan
menyediakan rekod)

Dokumen
arkib

Temubual tidak
formal

Jurnal
Temubual formal
berstruktur

Peta-peta

Soal selidik
Pemerhati pasif

Likert
Skala sikap
Ujian Standard

Perbezaan
Semantik

Pita audio dan


pita video
artifaks

Notakaki

21

3.6

Menyesuaikan Fokus Bidang dan Plan Kajian Tindakan jika perlu

Pada tahap ini, dalam proses kajian tindakan, guru penyelidik telah mengkaji semula
bidang kajian, permasalahan dan menilai semula huraian literatur. Apabila mereka
mengumpul data, ramai guru penyelidik mendapati bahawa mengaju ke arah lain yang lebih
menarik dan releven dengan topik kajiannya.
Dalam proses itulah, guru penyelidik akan nampak dengan lebih jelas akan
permasalahan yang dihadapi. Jadi, guru penyelidik perlu bersedia untuk mengubah dan
menyesuaikan plan kajian tindakan jika perlu.
Tidak salah jika diubahsuai bagi menyelesaikan kehendak kajian. Perlu diingatkan
bahawa kajian tindakan adalah memanfaatkan pelajar dan guru dalam bilik darjah. Prosesnya
adalah berpusar di mana jika didapati perlunya berubah, ubahsuailah sejajar dengan kajian
tersebut.

4.0

RUMUSAN

Kita telah mempelajari bagaimana untuk mengenalpasti dan membina teknik-teknik


pengumpulan data yang sesuai bagi suatu projek kajian tindakan. Konsep triangulasi, atau
memastikan guru-guru penyelidik tidak hanya bergantung kepada satu sumber data yang
tunggal sahaja. Konsep ini menyediakan kita satu prinsip panduan apabila memikirkan
tentang suatu pendekatan yang multi-instrumen atau pelbagai untuk kajian tindakan yang
sistematik.
Guru-guru penyelidik boleh menjadi pemerhatian responden atau penglibatan diri
dalam kajian tindakan tersebut, dan mengumpulkan notamedan, menganggapkan penglibatan
dengan darjah yang berlainan di dalam bilik darjah. Mereka boleh menggunakan pelbagai
peralatan inkuiri seperti temubual, soal selidik, atau skala sikap untuk mengumpul data.
22

Guru-guru penyelidik boleh juga mendapat faedah daripada penerokaan arkib sekolah dan
artifaks pelajar yang sedia ada atau yang baru.
Semasa mengumpul data, kita mungkin menjumpai inkuiri yang lebih menarik dan
barisan yang berhasil. Jangan takut untuk menyemak semula atau mengubah perancangan
kajian tindakan di pertengahan perlaksanaan untuk memenuhi keperluan kita.

DAPATAN

APLIKASI DAPATAN

23

24

Lampiran A

1.

Adakah anda menggunakan sebuah komputer di luar waktu sekolah?


(a) Ya

2.

(b) Tidak

Berapa jam dalam sehari anda menggunakan komputer itu di luar waktu sekolah?
(a)

3.

Tinjauan Penilaian-Kendiri Pelajaran

(d) 2-3

(b) 15 minit

(c) 30 minit

(d) lebih 30 minit

Apabila anda menaip dalam papan kekunci, apa yang anda lihat pada?
(a) monitor

5.

(c) 1-2

Berapa masa anda menggunakan komputer semasa anda di sekolah?


(a) 0

4.

(b) 1 atau kurang

(b) papan kekunci

(c) draf kasar

(d) rakan sebelah

Saya menggunakan komputer untuk (bulatkan semua yang berkaitan):


(a) main permainan

(b) tulis cerita dan laporan

(b) lukis gambar

(d) kumpul dan simpan informasi

(e) mencari informasi dalam perpustakaan


6.

Belajar papan kekunci di dalam makmal buat hidup saya dengan komputer:
(a) lebih senang

7.

(b) lebih kecewa

(c) tiada perbezaan

Jikalau saya ada peluang untuk melakukan lebih kerja dengan komputer, saya akan
___________________________________________________________________

8.

Perkara yang paling baik tentang pembelajaran papan kekunci ialah


___________________________________________________________________

9.

Perkara yang paling sukar tentang pembelajaran papan kekunci ialah


___________________________________________________________________
25

Lampiran B

1.

Tinjaun Guru

Saya membawa kelas saya ke makmal


(a) sekali seminggu

(b) dua kali seminggu

(c) 3 kali

seminggu
(d) 4 kali seminggu
2.

3.

(e) setiap hari

(f) bila En. Rockford ada

Saya menjangkakan pelajar saya untuk (bulatkan semua yang berkenaan)


(a) menulis laporan/cerita

(b) ulangi laporan daripada yang sedia ada

(c) latihan keyboarding

(c) lain-lain: ____________________________

Jikalau saya menilai tahap keselesaan dengan komputer, saya akan


Tidak mahu berada
Menggunakannya jika

di dalam satu kelas

saya diberi peluang

yang sama

5
4.

Saya memantau teknik keyboarding pelajar saya


(a) hanya semasa sesi makmal

(b) bila-bila masa mereka gunakan komputer

(c) tidak pernah


5.

Kebolehan pelajar saya menggunakan komputer telah bertambah selepas mempelajari


keyboarding
Mereka masih mencaricari suis on

Mereka telah mahir


5
6.

Saya berharap pelajar saya berupaya untuk


____________________________________________________________________
26

Lampiran D

Pelan/Peta Bilik Darjah

Komputer

Meja Guru

Projektor
Overhead

Meja
Pelajar
B
an
g
k
u

Sink
Almari
Rak Pakaian

27

Lampiran E

Konsep Kunci Teknik Pemerhatian dan Notakaki

Komponen-komponen Pemerhatian yang Efektif


Komponen-komponen yang Prinsip
Darjah Penyertaan
Pemerhati Responden

Terlibat langsung dalam aktiviti


Perhatikan aktiviti, orang, dan aspeksaspeks fizikal

Pemerhati Aktif dan


Teristimewa

Seorang guru membantu sepanjang masa


yang diperuntukkan

Pemerhati Pasif

Wujud hanya untuk memerhati apa yang


sedang berlaku

Memerhati dan mencatatkan


semua perkara

Mengikuti apa yang anda catatkan


sebenarnya melalui perbualan yang
verbatim, pemetaan dan ilustrasi, foto,
serta rakaman video dan audio

Memerhati dan mencari


perkara yang tiada

Cuba untuk melihat lebih ke hadapan


daripada rutin dan mencari suatu
perspektif yang baru

Mencari Bump atau


Paradoks

Apa tindakan berkenaan dengan akibat


tidak melakukannya

Notakaki

28

Lampiran F

Konsep Kunci Teknik Temubual

Komponen-komponen Temubual
Temubual tidak formal

Temubual formal
berstruktur

Menggunakan pelbagai kata tanya yang sesuai


(5 W dan 1 H dalam Bahasa Inggeris).
siapa (who), apa (what), mana (where), bila
(when), mengapa (why), dan bagaimana
(how)?
Tujukan soalan kepada kumpulan responden
yang serupa.
Gunakan format soalan yang pelbagai.
Gunakan soalan divergen dan convergen.
Benarkan masa menunggu bagi peroleh
respon.
Pertimbangkan penggunaan perakam video
dan audio untuk mendapatkan respon
temubual.
Sediakan tempat peribadi untuk
mengendalikan temubual.
Berhati-hati memilih orang yang akan
ditemubualkan.
Mencatat semasa temubual dijalankan.

29

Lampiran E

Senarai Semak dalam Kajian Tindakan

Garis Panduan dalam Penyediaan Soal Selidik


1. Baca soalan dengan teliti sebelum diedarkan.
2. Elakkan persembahan yang berserabut.
3. Elakkan soalan yang memutar belit.
4. Jangan tanya soalan yang tidak relevan.
5. Gunakan item berstruktur dengan pilihan respon.
6. Jika boleh, adakan ruang untuk lain-lain.
7. Tentukan sama ada hendak menggunakan nama responden atau
tidak.
8. Tujukan soalan tersebut.
9. Gunakan format soalan yang pelbagai.

30

Anda mungkin juga menyukai