Anda di halaman 1dari 2

PENULISAN REFLEKSI SWOT

MUHAMMAD NABIL NAJMI BIN CHE HANIZAN

Alhamdulilah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya dapat menyiapkan
tugasan penulisan esei yang telah saya hasilkan bersama kumpulan saya iaitu Abdul Rahim
dan Zarul Izzam, terdapat beberapa kekuatan, kelemahan, ancaman dan penambahbaikkan
dalam penulisan esei saya ini. Ucapan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu En.
Salleh Bin Ibrahim yang merupakan pensyarah bagi subjek Pertolongan Cemas yang telah
banyak mencurahkan ilmu dan membimbing saya dan dua rakan yang lain dalam
menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada ibu yang berada di kampung halaman
kerana dengan berkat doanya dapat disiapkan tugasan ini dengan jayanya. Dalam
menyiapkan tugasan ini, pelbagai cabaran dan halangan yang dihadapi dalam
menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Antara kekuatan ataupun kelebihan dalam menyiapkan tugasan ini ialah dari aspek
kerjasama yang ditunjukkan oleh ahli kumpulan. Dalam melaksanakan penulisan esei ini,
kami telah bekerjasama berbincang topik yang ingin dibahaskan dan pembahagiaan tugas-
tugas. Hal ini menunjukkan nilai kerjasama antara kami yang sangat utuh. Kami juga telah
merujuk kepada pelbagai jenis sumber yang yang mana memudahkan kami untuk mencari
bahan seperti merujuk buku, laman web rasmi serta pakar-pakar dalam bidang pertolongan
cemas. Selain itu, kami bertiga dapat mempelajari dan mengetahui tentang kecederaan
serta cara untuk merawatnya. Pengetahuan ini sudah tentu dapat digunakan pada waktu-
waktu kecemasan. Jadi, ilmu sebegini sangat berguna kepada kami untuk dipelajari dan
perlu sentiasa dipraktikkan dari masa ke semasa supaya kemahiran yang dipelajari tidak
hilang dan boleh digunakan pada masa-masa hadapan.

Keduanya adalah dari aspek kekurangan ataupun kelemahan semasa menyiapkan


tugasan ini. Hal ini kerana setiap tugasan yang dilakukan mestilah mempunyai
kekurangannya. Justeru itu, penulis mendapati bahawa kekurangan yang kami hadapi
adalah kurangnya sumber-sumber maklumat yang berkaitan dengan topik yang kami pilih.
Hal ini memberikan satu kesukaran kepada kami untuk menghasilkan penulisan esei yang
terbaik. Bahan-bahan hasil daripada carian di internet tidak mencukupi kerana maklumat
yang terdapat di dalam internet tersebut tidak begitu lengkap dan maklumatnya begitu
umum. Jadi,hal ini merupakan kekurangan yang kami hadapi.

Seterusnya, adalah ancaman atau cabaran yang kami hadapi dalam menyiapkan
penulisan esei ini. Ancaman utama yang kami dapati adalah masa. Kami sangat sibuk
dengan kelas-kelas yang padat serta program-program yang dijalankan begitu banyak yang
mana masa untuk kami duduk berbincang menyiapkan tugasan ini terbatas. Oleh itu, kami
terpaksa mencari masa yang lain dalam menyiapkan penulisan esei ini. Alhamdulilah
dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh ahli kumpulan, penulis berjaya menyiapkan
tugasan ini.

Aspek terakhir adalah cadangan ataupun penambahbaikkan yang kami rasa untuk
menghasilkan penulisan esei yang terbaik serta berkualiti pada tugasan seterusnya adalah
dengan merujuk kepada pensyarah kami iaitu Encik Sallehudin bin Ibrahim untuk
mendapatkan maklumat kerana yang pasti beliau merupakan seorang yang pakar dalam
bidang pertolongan cemas ini. Seterusnya penulis sepatutnya dapat membahagikan masa
dan mencari ruang-ruang tertentu dalam menetapkan perjumpaan ahli kumpulan dengan
efisien walaupun ada kekangan daripada program sama ada program dirancang ataupun
tidak dirancang.

Kesimpulannya, dapat saya simpulkan disini bahawa segala usaha yang telah
dilakukan bagi melaksakan dan menyiapkan penulisan esei ini sedikit sebanyak memberikan
impak yang positif kepada penulis. Penulis bukan sahaja dapat belajar dan mengetahui
tentang kecederaan dan rawatan malah penulis itu sendiri dapat mengetahui tentang cara
untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan memperoleh daripada pelbagai sumber serta
tidak tertumpu kepada satu sumber sahaja iaitu kebiasaannya akan mengambil jalan mudah
dengan hasil carian di internet tanpa menggunakan sumber seperti buku ataupun hasil temu
ramah dengan pakar-pakar tertentu dalam bidangnya tersendiri. Dengan ini, penulis amat
bersetuju bahawa pengetahuan yang diperoleh daripada penulisan esei ini memberikan
penulis ilmu yang sangat berguna dan akan dimanfaatkan sebaik-baiknya kerana ilmu
sebegini tidak ternilai harganya.

Anda mungkin juga menyukai