Anda di halaman 1dari 5

1 Teori Pengajaran dan Pembelajaran

Teori ialah prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu ilmu
pengetahuan. Ia juga merupakan satu rumusan daripada pengetahuan sedia ada yang
memberi panduan untuk menjalankan penyelidikan bagi mendapatkan maklumat baru.
Pada asasnya, teori-teori pembelajaran masa kini boleh diklasifikasikan kepada
behavioris, kognitif, humanis, psiko-analitik dan konstrukstivisme.
1.1Teori Psiko-Analitik oleh Sigmund Freud
Sigmund Freud(1856-1939) adalah pengasas suatu aliran dalam psikologi iaitu
psikoanalisis atau psikologi dalaman (depth psychology). Psikoanalisis boleh diiktiraf
sebagai kaedah bagi merawat seorang idividu yang mengalami masalah berkaitan
dengan tekanan emosi. Freud percaya manusia dilahirkan dengan desakan naluri
semula

jadi

(inborn

drives).

Berdasarkan

pandangan

ini,

lahirlah

konsep

antirasionalisme dalam segala gerak-geri manusia (manusia tidak rasional, tidak sosial
dan penuh dengan desakan yang merosakkan dirinya dan manusia sebagai individu
tidak dapat membawa arah kepada nasib haluannya). Desakan yang paling utama
adalah desakan mendapatkan kepuasan nafsu sendiri. Kehendak dan tingkah laku
manusia menjurus kepada memuaskan kehendak biologi (sex) dan nalurinya. Menurut
Freus, tingkah laku manusia adalah hasil intraksi antara tiga system personality individu
iaitu Id, Ego dan Superego.

1.1.1 Id, Ego dan Superego


Freud mengandaikan teori Psikoanalisis sebagai kaedah merawat seorang
individu yang mengalami konflik dalaman. Dalam bukunya, The Ego and The Id, Freud
menekankan betapa pentingnya aspek sedar dan tidak sedar bagi mendalami
perlakuan manusia, khususnya dalam memahami proses mental yang menentukan
tingkah laku seseorang. Freud menerangkan pembentukan personality manusia adalah
berdasarkan tiga system yang berbeza tetapi saling berkaitan iaitu id, ego dan
superego.

Id ialah dorongan biologi dan tenaga naluri yang mendorong manusia bagi
bertindak dan mendapat kepuasan tanpa mengira akibatnya. id mendorong oleh tenaga
kehidupan yang memotivasikan tingkah laku manusia yang dikenali sebagai libido.
Pada Id terdapat semua desakan asas dan keinginan manusia. Ia mengandungi dua
bahagian iaitu naluri kehidupan (eros) dan naluri kematian (thanatos).
Ego ialah subsistem personaliti yang terbentuk melalui pengalaman. Ia sesuatu
proses psikologi seperti mengingati mengamati, merasai san sebagainya. Ego berfungsi
sebagai mengawal kehendak yang tidak dapat dipuaskan oleh Id dan ego berpegang
kepada prinsip reality hidup.
Superego ialah bahagian personality bermoral dan boleh berkembang secara
beransur-ansur oleh pengaruh persekitarannya. Superego adalah cabang moral dan
mewakili perkara yang individu percaya tidak patut dilakukan. Ia berfungsi mengawal
tingkah laku baik dan hukuman untuk tingkah laku buruk.

1.1.2 Keperluan Guru Memahami dan Mengaplikasi Teori Psikoanalisis


Sebagai guru pendidikan seni, kefahaman tentang teori Psikoanalisis akan
memudahkan guru menangani masalah ketegangan perasaan murid-murid. Guru-guru
harus memahami tiga teknik asas merawat pesakit iaitu: Perkaitan Bebas, Pemindahan
dan Interpretasi Mimpi.
Perkaitan Bebas. Murid-murid yang mengalami tekanan emosi dan melaporkan
setiap perkara yang terlintas di fikirannya. Guru seni membuat interpretasi dalam
bentuk perbualan.
Pemindahan. Murid mengarahkan emosinya pada guru seni seolah-olah guru
seni yang menyebabkan perasaan itu. Guru seni perlu sabar dengan telatah muridnya.
Interpretasi Mimpi. Interpretasi dibuat secara spontan. Keadaan alam tidak
sedar bagi seorang murid akan dilahirkan melalui mimpi. Guru seni membuat
interpretasi mimpi itu dan perlu memahami masalah anak muridnya secara mendalam.

Terapi yang sesuai digunakan kepada murid-murid adalah melalui aktiviti seni.
Melalui aktiviti seni, kanak-kanak belajar membuat pernyataan diri dengan meluahkan
perasaan melalui hasil seni mereka. Bagi murid-murid yang mengalami masalah emosi
yang ringan, lazimnya seni adalah alat terapi yang berkesan. Melalui lukisan muridmurid juga, seseorang guru akan dapat mengesan masalah yang dihadapi oleh anak
muridnya kerana sesebuah lukisan kanak-kanak dapat memberi gambaran tentang latar
belakang dan keadaan emosi yang dihadapi oleh kanak-kanak itu. Guru seharusnya
bertindak sebagai kaunselor dan memberi kaunseling kepada kanak-kanak itu supaya
dapat menangani masalah itu sebaik-baiknya mungkin.
Proses kaunseling dengan pendekatan psikoanalisis yang melibatkan interaksi
antara guru dan kanak-kanak secara bersemuka sangat digalakkan. Perbualan yang
ikhlas antara guru dan kanak-kanak itu adalah perlu, kerana ia adalah perkara pokok
yang digunakan oleh kaunselor bagi mendapatkan maklumat tentang tahap bawah
sedar kanak-kanak itu. Bagi guru, kefahaman dan keupayaannya membuat analisis
tentang struktur tahap bawah sedar kanak-kanak itu adalah permulaan bagi merawat
kanak-kanak itu.
Melalui karya-karya seni yang dihasilkan oleh murid-murid, guru dapat membuar
penilaian pada diri murid-murid itu. Perasaan mereka tergambar dalam hasil karya
mereka. Penggunaan warna, garisan, bentuk dan objek yang dilukis dapat
menggambarkan perasaan sebenar mereka. Guru perlu peka pada emosi pelajarnya
dan pandai membuat penilaian yang tepat pada murid-murid yang mempunyai masalah
personality, dan ini semua hanya dapat dilakukan sekiranya guru dapat memahami dan
menguasai teori ini dengan baik.
Mengawal emosi murid-murid melalui kegiatan seni adalah penting. Judith Rubin
dalam bukunya The Art of Art Therapy mengatakan melalui seni, guru dapat
menjalankan rawatan pada murid-murid yang mengalami masalah emosi. Di sinilah seni
mempunyai nilai terapeutik. Ia adalah salah satu kaedah yang mana guru bertindak
sebagai ahli terapi sewaktu menjalankan pengajaran dan pembelajaran pendidikan
seni.

Kesimpulan, aspek yang penting teori ini dalam pendidikan seni adalah faktor
ketidaksedaran sebagai bahagian terbesar daripada personaliti manusia yang menjadi
punca masalah penyesuaian manusia. Selain itu, ia juga melibatkan tingkah laku
manusia yang berlaku hasil dua jenis peristiwa iaitu situasi persekitaran dan desakan
naluri yang secara semula jadinya bersifat destruktif. Pendidikan seni mampu
berperanan sebagai terapi dan instrument pernyataan ekspresi atau emosi murid-murid.
Ia dapat mengurangkan dan mengawal desakan destruktif serta tekanan yang mereka
lalui atau terima daripada persekitaran.
Keperluan guru memahami teori psikoanalisis adalah penting. Ini kerana
matlamat utama psikoanalisis adalah mengatasi ketengangan perasaan. Dengan itu,
guru dapat menyedarkan murid-muridnya bukan perasaan yang mengawal perasaan
tetapi pemikiran yang mengawal perasaan. Dengan mengaplikasikan teori itu dalam
pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni, guru dapat mengurangkan ketengangan
yang sering dialami oleh setiap muridnya. Sekiranya murid-murid ataupun individu itu
lemah menguasai fikiran maka mereka akan bertindak di atas jalan yang tidak betul.
Dengan memahami secara mendalam teori ini, maka diharapkan guru dapat menangani
permasalahan emosi yang tertekan di kalangan muridnya melalui setiap aktiviti seni.
Walau bagaimanapun, Freud mengakui teori psikoanalisis ini bukan cara yang
paling baik dalam menangani masalah individu. Keadaan ini berlaku disebabkan
seseorang itu berada dalam sebuah masyarakat. Begitu juga daripada segi
kemampuan seorang ahli terapi yang agak terhad dan pelbagai konflik yang wujud
dalam diri seseorang itu menjadikan pendekatan psikoanalisis bukanlah cara yang
terbaik.

Bibiografi
Md. Nasir Ibrahim dan Prof. Madya Iberahim Hassan.(2003). Pendidikan Seni Untuk
Maktab & Universiti. Malaysia. Kuala Lumpur. Percetakan Cergas (M) SDN. BHD.

Anda mungkin juga menyukai