Anda di halaman 1dari 1

Hari keempat : Khamis

Tarikh : 11 September 2014


Pada hari yang keempat, seperti biasa saya dan rakan-rakan tiba di sekolah
pada pukul 7 pagi. Setibanya di sekolah, saya dan rakan melaporkan diri di pejabat.
Dengan atas sebab Guru Penolong pentadbiran sibuk dengan peperiksaan
UPSR sebelum ini, hari ini barulah saya berpeluang untuk membuat pemerhatian
terhadap guru yang berkaitan dalam menjalankan kelas pendidikan Jasmani. Kelas yang
saya dan rakan-rakan membuat pemerhatian adalah 3C. Saya dan rakan mengambil
gambar tentang proses guru menjalankan aktiviti senaman untuk kerja PBS kita.
Selepas rehat, guru penolong kanan sekolah Chung Hwa telah meminta
bantuan kami lagi untuk mengantikan kelas pada waktu tertentu. Hal ini kerana hari ini,
juga terdapat beberapa orang guru tidak dapat menghadir ke sekolah atas sebab
peribadi masing-masing. Guru penolong kanan telah mengaturkan 2 kelas, iaitu kelas
tahun 1B dengan masa 30 minit bagi setiap kelas untuk kami ganti.
Aktiviti yang saya jalankan pada hari ini tidaklah padat seperti tiga hari sebelum
ini. Saya telah mengemas kesemua maklumat-maklumat yang telah dikumpul.
Kemudian, saya mengemaskinikan tugasan-tugasan yang diberikan supaya tersusun
rapidan mengenalpasti maklumat-maklumat yang diperlukan tidak kekurangan atau
ketinggalan.
Setelah itu, saya membuat catatan dan beberapa refleksi tentang maklumat-
maklumat dan tugasan-tugasan yang belum diselesaikan. Selepas siap pengemaskinian,
saya meninjau sekali lagi di kawasan sekolah bagi menambahkan bahan-bahan untuk
tugasan.
Saya juga telah mengadakan perbincangan bersama rakan yang lain tentang
tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Kami membincangkan penghasilan
fail PBS dan tugasan minor, Pendidikan Jasmani berdasarkan maklumat yang telah
didapati.
Pada pukul 3.00 petang, saya pun telah melaporkan diri dan pulang.

Anda mungkin juga menyukai