Anda di halaman 1dari 2

GASING

AHLI KUMPULAN:

1.
2.
3.
4.

CHENG SHER LING


FADZLON ADILAH BTE YAHYA
ANURTHA A/P SEKARAN PILLAI
REHNUGA A/P MAHIL WAHANAM

CARA BERMAIN GASING


Ada lima langkah utama dalam permainan gasing, iaitu melilit tali, melilit gasing, memusing
gasing, memangkah, dan mengangkat gasing.
1. Melilit tali
Melilit tali merupakan langkah yang paling penting. Tali yang tidak diikat dengan kemas akan
terurai dan berkemungkinan gasing tidak dapat berpusing dengan ligat. Terdapat dua cara melilit
tali iaitu:
Melilit di lengan
Melilit di jari kelingking
2. Melilit gasing
Lilitan gasing akan dibuat pada bahagian leher gasing. Gasing boleh dililit menggunakan dua
cara, sama ada dililit pada bahagian lengan dan kemudian dililit pada gasing ataupun melilit tali
pada pokok dan kemudian dililit pada gasing.
3. Memusing gasing
Biasanya pemain gasing mempraktikkan gaya permainan secara pusingan sorong tarik atau
pusingan sentap. Bagi pusingan sorong dan tarik, gasing perlu sentiasa berada dalam keadaan
mengiring. Pemain akan menumpukan perhatian pada sasaran di hadapan dan badan
dibongkokkan kira-kira 45 darjah. Gasing akan diayunkan dan semasa ayunan dibuat, gasing
akan ditegakkan. Pusingan secara sentap pula dilakukan untuk menghasilkan pusingan yang
ligat. Pemain akan berdiri dalam keadaan tegak dengan tangan yang memegang gasing
menghala ke atas. Tangan pemain berada kira-kira 30 darjah dari paras lengan. Ketika gasing
diayunkan, pemain akan menyentap sedikit tali supaya gasing menjadi lebih ligat dan mampu
berpusing lama.

4. Memangkah gasing
Pemain yang ingin memangkah gasing pihak lawan, perlu menumpukan perhatian tepat
mengenai sasaran supaya gasing dapat berpusing dengan lama dan menghasilkan uri yang ligat.
Terdapat empat gaya ketika memangkah, iaitu pangkah totok, pangkah hentak, pangkah layang,
dan pangkah tebang.
5. Mengangkat gasing
Gasing akan diangkat ketika masih berpusing. Tujuannya adalah untuk memastikan pusingan
gasing dapat bertahan dengan lebih lama. Semasa gasing masih ligat berpusing, pemain akan
cuba mengangkat gasing dan memastikan gasing tersebut tidak berhenti ketika diangkat.
Sebelum gasing diangkat, pemain terlebih dahulu menentukan liuk gasing. Liuk gasing adalah
pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Arah pusingan badan juga perlu ditentukan
untuk disesuaikan dengan arah pusingan gasing. Gasing akan diangkat menggunakan tali dan
cokok. Untuk memastikan gasing berpusing ligat, mengangkat gasing perlu dibuat berhati-hati
dan gasing perlu berada dalam keadaan tegak serta tali yang digunakan perlu tegang.

PERATURAN PERMAINAN GASING


1. Mencari gasing yang paling lama berputar

Pertandingan gasing jenis ini biasanya dilakukan oleh tiga orang. Permainan dimulai dengan
memainkan gasing secara serentak. Selanjutnya akan dipilih gasing yang paling lama berputar.
Bagi gasing yang lebih dahulu berhenti selanjutnya dinamai hulu (artinya ia bermain sebagai
rakyat). Gasing yang berhenti berikutnya dinamai menteri (bermain sebagai menteri), dan gasing
yang paling lama berputar dinamai raja (bermain sebagai penguasa).
Pada kondisi tertentu, jika para pemain sama-sama terampil, gasing akan berhenti bersamasama. Kondisi ini disebut orang Kutai dengan baturai atau seri. Untuk itu permainan harus diulang
dari awal, yaitu memainkan gasing secara serentak lagi. Pada kondisi lain, salah satu gasing
berhenti lebih dahulu, sementara yang dua berhenti bersamaan. Untuk itu gasing yang berhenti
lebih dahulu dinamai hulu, dan dua gasing yang berhenti bersamaan harus mengulang untuk
dimainkan secara serentak lagi. Intinya harus anda yang menjadi hulu, menteri dan raja. Urutan
ini ditujukan untuk membuat aturan pada permainan model kedua.

Anda mungkin juga menyukai