Anda di halaman 1dari 1

Pengurusan Persekitaran Sosio-Emosi

- Guru boleh memberikan pujian dan galakkan kepada murid untuk terus terlibat dalam aktiviti-aktiviti
di bilik darjah.
- Penghargaan yang sesuai dengan penglibatan; ganjaran dalam bentuk hadiah atau token ekonomi
boleh diberikan kepada murid.
- Peneguhan positif penting untuk menambah kebarangkalian gerak balas daripada murid.
- Guru harus mengurus emosi murid dengan berkesan supaya mereka dapat menerima hakikat terhadap
kekuatan dan kelemahan mereka.
- Emosi harus di urus dengan berkesan untuk membangkit naluri ingin tahu dan mengelak dari mereka
berputus asa.
- Hubungan positif sesama rakan kelas perlulah dibina; mereka harus diberi peluang bersosial dan
mengutamakan semangat kerjasama dan memahami emosi rakan.
- Murid boleh menggunakan bahan mainan bagi menjelaskan perasaan dan menyelesaikan masalah
sosio-emosi.
Perhubungan Antara Kelompok Etnik
- Tajuk pembelajaran berkaitan kepelbagaian budaya masyarakat harus dipilih
- setiap murid perlu diberi peluang untuk berorientasi dan berbincang tentang perayaan masingmasing.
- Penerapan budaya dan nilai murni dari etnik yang berlainan dapat di serapkan di dalam objektif
pembelajaran.
- Guru harus adil, tidak bersikap pilih kasih, berat sebelah dan sentiasa peka terhadap budaya murid
tanpa mengira latar belakang mereka; dan guru tidak boleh merendahkan dan memburukkan
walau apa pun etnik mereka.
- Aktiviti dan program yang dirancangkan tidak harus menyentuh isu-isu sensitive yang mampu
mengguriskan perasaan mana-mana pihak.
- Guru hendklah menerapkan nilai murni, kepentingan perpaduan, bertolak ansur dan bekerjasma
dalam mengekal keamanan dan kesejahteraan tanpa mengira etnik atau warna.

Anda mungkin juga menyukai