Anda di halaman 1dari 5

Tugasan 1 - Penulisan Esei

1.0 Pengenalan

Sebagai pembuka bicara, Kementerian Pendidikan Malaysia sering mengambil inisiatif


menyemak dan melakukan penambahbaikkan dalam kurikulum sekolah rendah termasuklah
Kurikulum Standard Bahasa Melayu supaya dapat mengikut jejak dunia pendidikan yang
sangat dinamik dalam arus globalisasi menuntut perubahan dalam kurikulum. Standard
Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang diperkenalkan mengandungi Standard
Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi. Ketiga-tiga ini merupakan
pernyataan yang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang mesti dipelajari dan
dikuasai sepenuhnya oleh murid di sekolah rendah. Hal ini kerana, objektif Falsafah
Pendidikan Kebangsaan adalah untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keluarga, masyarakat
dan negara. Standard kurikulum tersebut didokumenkan sebagai Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Antara DSKP yang saya pilih untuk menjalankan kajian
tentang reka bentuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Melayu Sekolah
Rendah ialah DSKP Sekolah Kebangsaan Tahun 3.

2.0 Reka Bentuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Melayu Sekolah
Rendah

Seperti yang telah dinyatakan, DSKP merupakan satu dokumen yang


mengintegrasikan kurikulum dan pentaksiran dalam usaha memudahkan guru untuk
melaksanakan pentaksiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Kurikulum
merupakan satu reka bentuk atau perancangan sesebuah sekolah atau intitusi pendidikan
untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia berasal dari bahasa Latin “currere” yang bermaksud
menjalankan tugas. Reka bentuk kurikulum pula bermaksud cara kurikulum dikonsepsikan
dan kompenen-kompenen utama kurikulum seperti matlamat dan objektif, kandungan
kurikulum, kaedah media, penilaian disusun untuk menghasilkan instruksi. Kurikulum Bahasa
Melayu digubal berdasarkan enam tunjang kerangka KSSR, iaitu komunikasi, kerohanian
sikap dan nilai, kemanusiaan, ketrampilan diri, perkembangan fizikal dan estetika serta sains
dan teknologi supaya insan yang seimbang dapat dilahirkan.

Pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah memberikan tumpuan terhadap


kemahiran literasi iaitu konsep kembali kepada asas dan aplikasi bahasa. Kemahiran asas
literasi memberi penekanan kepada murid-murid Tahap I (Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3).

1
Hal ini kerana, murid-murid pada tahap ini perlu menguasai sepenuhnya asas kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta dapat mengaplikasikan kemahiran ini
dalam PdP secara terancang. Manakala pada Tahap II (Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6),
pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu memberikan penekanan kepada pengukuhan
literasi dan aplikasi kemahiran bahasa supaya murid-murid lebih berketrampilan berbahasa
dalam bentuk lisan dan tulisan.

2.1 Kemahiran Saintifik

Kemahiran Proses Sains merupakan salah satu komponen bagi kemahiran saintifik.
Kemahiran ini penting bagi murid-murid dalam menjalani penyiasatan atau eksperimen.
Antara aktiviti yang melibatkan Kemahiran Proses Sains ialah memerhati, mengelas,
berkomunikasi, membuat inferens, perkaitan ruang dan masa, mengukur dan meramal.

Berdasarkan petikan buku teks bahasa Melayu Tahun 3 sekolah kebangsaan Jilid 1
halaman 23 yang bertajuk Khasiat Vitamin C, telah membincangkan kepentingan khasiat
vitamin C kepada tubuh badan manusia. Selepas membaca teks ini, dapatlah kita mengetahui
bahawa bukan sahaja kemahiran bahasa dapat dipelajari dalam buku teks bahasa Melayu
sahaja, tetapi ilmu sains juga terdapat dalamnya.

2.2 Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir telah lama diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia dan dikenali sebagai kemahiran berfikir kreatif dan kritis
(KBKK). Kaedah ini diperkenal adalah bertujuan untuk memodenkan sistem pendidikan
negara kita. Dalam menempuh arus globalisasi, murid-murid perlulah didedahkan dengan
keupayaan berfikir dan bukan lagi menghafal.

Berdasarkan buku teks bahasa Melayu Jilid 1 Tahun 3 sekolah kebangsaan halaman
42 yang bertajuk Keselamatan di Rumah, telah membincangkan cara untuk membuka jeriji
semasa kecemasan berlaku. Aktiviti yang murid harus laksanakan ialah mendengar dan
memberikan respons terhadap soalan tercapah. Dalam konteks ini, guru boleh membimbing
murid untuk berfikir tentang aspek keselamatan lain yang boleh dilakukan semasa berlakunya
kecemasan di rumah. Misalnya, cara menyembunyikan diri di bawah meja semasa berlaku
gempa bumi. Hal ini kerana, perkara kecemasan ini mungkin berlaku pada bila-bila masa.
Bak kata pepatah, “sediakan paying sebelum hujan”. Oleh itu, pemimpinan guru untuk
mengasah potensi murid dalam kemahiran berfikir amat penting.

2
2.3 Kemahiran Menyelesaikan Masalah

Kemahiran menyelesaikan masalah merupakan kemahiran asas yang penting dalam


kehidupan seharian. Semua murid-murid berpotensi untuk menyelesaikan masalah tanpa
bantuan daripada orang lain. Hal ini melatih murid untuk berfikiran dengan kritis dan
seterusnya membuatkan keputusan yang terbaik kepada diri sendiri dan orang lain.

Berdasarkan buku teks bahasa Melayu Jilid 2 Tahun 3 sekolah kebangsaan halaman
66 yang bertajuk Bijak Ekonomi telah membincangkan kebijaksanaan seseorang individu
untuk menyelesaikan masalah Hal ini amat penting kerana, murid-murid perlulah sentiasa
mempunyai kemahiran penyelesaian masalah yang lebih tinggi. Perbezaan atau
perbandingan yang ketara antara perkara yang dibandingkan boleh dilihat dengan jelas
melalui senarai yang dibuat. Dalam konteks ini, murid kena berfikir dari segi pelbagai aspek
atau berfikir secara kritis supaya pemilihan yang dibuat adalah terbaik.

3.0 Guru sebagai pemikir

Kemahiran Abad ke-21 bermatlamat untuk melahikan murid-murid yang mempunyai


ciri-ciri yang dinyatakan dalam profil murid. Oleh itu, guru cemerlang perlu menjadi golongan
pemikir yang mencetuskan idea baharu yang lebih segar dan efektif bagi meningkatkan kualiti
pendidikan di negara Malaysia. Guru juga perlulah melakukan perancangan secara strategik
dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar dalam akademik, bina insan dan kokurikulum.

3.1 Melahirkan murid yang mahir berkomunikasi

Semasa proses PdP dijalankan, komunikasi dua hala perlulah dipelihara. Guru
haruslah memainkan peranan yang penting dalam usaha menggalakkan tindak balas
daripada murid-murid terhadap isi pengajaran yang disampaikan atau persoalan yang
diberikan. Walaupun keaktifan antara murid dalam kelas adalah berbeza, hal ini tidak
bermaksud guru boleh mengabaikan murid yang sikapnya lebih introvert. Bagi mengelakkan
perkara yang sebegini berlaku, guru boleh mewujudkan aktiviti perbincangan secara
kumpulan supaya mereka lebih berani untuk meluahkan idea dan fikirannya. Maka, sosiologi
seseorang murid akan lebih luas.

3
3.2 Melahirkan murid yang boleh berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif

Guru juga memainkan peranan yang penting dalam menjana pemikiran murid ke aras
yang lebih tinggi. Sebagai contohnya, selepas murid membaca sebuah teks petikan tentang
aktiviti gotong royong, guru boleh menimbulkan persoalan kepada murid seperti kesan-kesan
negatif sekiranya penduduk kampung tidak mengamalkan sikap kerjasama antara satu sama
lain. Situasi ini bermaksud murid bukan sahaja berhenti setakat pembacaan teks, malah
berfikir secara lebih mendalam untuk memperkayakan buah pemikirannya yang tiada hadnya.
Bak kata pepatah, ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Oleh itu, guru perlu
memberi perhatian kepada pemikiran kritis murid dari semasa ke semasa.

3.3 Melahirkan Murid yang Bersifat Ingin Tahu

Murid-murid yang bersifat ingin tahu amat bergantung kepada cara pemikirannya yang
dilahirkan semula jadi. Namun, seseorang guru juga dapat mempengaruhi murid-murid dalam
sifat ingin tahu. Misalnya, apabila guru mengajar tentang topik tumbesaran manusia daripada
bayi ke dewasa, guru boleh menyoalkan murid sama ada mereka tahu tentang sebab badan
manusia akan tumbuh sehari demi sehari atau sebaliknya. Maka situasi ini dapat mewujudkan
perasaan ingin tahu dalam diri murid. Sifat ingin tahu merupakan salah satu faktor yang
menentukan tahap kejayaan seseorang murid. Hal ini kerana, murid yang memiliki sifat ingin
tahu dipercayai akan mencapai kejayaan yang lebih tinggi berbanding dengan murid yang lain.
Oleh itu, guru tidak seharusnya beranggapan bahawa sifat ingin tahu hanya bergantung
kepada diri murid sahaja, malah guru perlu memimpin murid supaya melahirkan perasaan
ingin tahu murid-muridnya.

4.0 Penutup

Kesimpulannya, kemahiran saintifik, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan


masalah dapat kita jumpai dalam buku teks KSSR bahasa Melayu Tahun 3 yang dihasil
berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Kemahiran-kemahiran
ini secara tidak langsung dimasukkan dalam isi pembelajaran murid. Murid-murid akan
mempelajari kemahiran-kemahiran ini selepas proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Seterusnya, murid mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari dalam
kehidupan seharian. Guru merupakan kejaya profesional yang memiliki pemikiran kritis,
kreatif dan inovatif. Bagi melahirkan murid-murid yang juga berfikir secara kritis, kreatif dan
inovatif, guru perlulah melakukan perancangan pengajaran harian secara strategik dalam
usaha meningkatkan pencapaian pelajar dalam akademik, bina insan dan kokurikulum.

4
5

Anda mungkin juga menyukai