Anda di halaman 1dari 5

Teknologi dan inovasi dalam pendidikan

Cadangan untuk membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran


https://sitihajar254.wordpress.com/ posted 16 Dec 2012

didapatkan pd 24/8 2015

a) Mengubah Yang Abstrak Kepada Konkrit


Seorang pendidik perlu mengelakkan murid-murid lembab membayangkan sesuatu yang tidak nampak dalam
pembelajaran. Pembelajaran akan menjadi lebih mudah sekiranya subjek diajar boleh dilihat dan didengar. Menurut Shaw
(2002) strategik mengajar kanak-kanak lembam hendaklah secara jelas dengan mengubah yang abstrak kepada konkrit.
Penggunaan kad berwarna dan alat bantuan fotografik akan memudahkan pengajaran guru kerana kanak-kanak lembam
dapat melihat perkara yang diajar.
Penggunaan kad yang pelbagai aras memerlukan imaginasi dan persediaan yang rapi tetapi hasilnya amat bernilai serta
bermakna (Brian Cooke, 1976). Pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan banyak pancaindera murid-murid lembam
akan mempertingkatkan keupayaan mereka. Contohnya, ketika mengajar subjek sains guru hendaklah menunjukkan
contoh yang konkrit kepada murid bermasalah pembelajaran.

b) Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT)


Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti penggunaan Power Point dalam komputer dan electronic
dictionary dapat menunjukkan demonstrasi dalam konsep yang kompleks. Ini dapat menarik perhatian kanak-kanak
lembam untuk mempelajari subjek yang diajar dan mengelakkan mereka daripada berasa bosan terhadap pembelajaran
konvensional yang stereotype. Sebagai contoh, Edyburn (1991) telah membuktikan bahawa pelajar-pelajar istimewa lebih
berjaya memperoleh maklumat dengan menggunakan ensiklopedia secara elektronik berbanding dengan penggunaan
ensiklopedia bercetak. Selain itu, kajian menunjukkan penggunaan komputer dapat meningkatkan kemahiran membaca di
kalangan murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran (Jones, Torgeswn dan Sexton, 1987: Torgesen, 1986).

c) Terapi Hidro
Selain itu, kanak-kanak tersebut juga seharusnya menjalani terapi. Terapi hidro dilihat sesuai untuk perkembangan fizikal
kerana kombinasi pergerakan motor kasar dan halus serta mental kanak-kanak dapat dirangsang secara serentak.
Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya
apungan air sahaja.
Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu kanak-kanak tenang walaupun pada permulaannya sesetengah
kanak-kanak akan berasa takut untuk masuk ke dalam air.

Perkara ini dapat diatasi dengan membawa kanak-kanak ke kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan yang lebih
dalam. Secara tidak langsung telah dapat melatih membina keyakinan diri kanak-kanak water confidence. Melalui terapi
seumpama ini, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktiviti seperti regangan seterusnya
melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka kanak-kanak tersebut.

d) Cara Kerja
Cara kerja pula boleh membantu murid-murid slow learner, sindrom down, disleksia atau terencat akal menjalankan
aktiviti. Guru boleh melatih mereka bagaimanakah cara kerja yang betul agar dapat menyiapkan atau menyelesaikan
aktiviti yang dijalankan dengan betul dan cepat. Bagi murid slow learner misalnya mereka boleh menjalankan aktiviti
tetapi lambat menyelesaikannya. Sebagai contoh di sini, apabila guru meminta murid mengangkat kotak hadiah yang
berwarna biru. Guru memberikan arahan ini berulangkali. Guru tidak harus jemu untuk mengulang-ulang apa sahaja
kerana murid-murid ini kurang berupayaan untuk memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru terbabit. sahaja.
Guru memberikan bimbingan kepada murid yang tidak dapat memilih kotak berwarna biru tersebut.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Kanak-kanak Sindrom Down


Posted on December 16, 2012by sitihajar254
Posted in Uncategorized | Leave a comment

Kepentingan Teknologi untuk Kanak-kanak Masalah Pembelajaran


Posted on December 10, 2012by sitihajar254

Teknologi maklumat memainkan satu peranan yang amat penting dalam kehidupan disamping membantu Malaysia
bergelar sebuah negara maju.Oleh itu pengajaran & pembelajaran berteraskan komputer telah dikenal pasti sebagai satu
bahan yang dapat membantu guru dan pelajar terutama dalam Pendidikan khas secara amnya.

Jaringan teknologi yang luas sekarang tidak membataskan penggunaannya sama ada di peringkat umur sama ada muda
atau tua, guru atau pelajar mahupun pelajar2 yang berkeperluan khas. Dengan adanya kemudahan ict pada hari ini
mampu meningkatkan lagi kefahaman dan penguasaan pelajar2 terhadap sesuatu pengajaran terutamanya pelajar2
Pendidikan khas yang memerlukan peralatan khas dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Maka, hal ini telah
memudahkan proses p&p.
Disamping itu, ict dalam pendidikan khas juga mempunyai beberapa kelebihannya yang tersendiri antaranya, ict ini dapat
memberi peluang yang sama kepada semua pelajar khas yang mempunyai pelbagai keupayaan untuk meneroka ilmu
penetahuan mengikut keupayaan mereka masing2
Selain itu,ict dalam pendidikan khas juga mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan
mencabar. Pelajar2 khas ini juga seperti kanak-kanak lain, menginginkan sesuatu yang menyeronokkan dalam
pembelajaran. Maka, pembelajaran berbantukan komputer amat sesuai dipraktikkan agar proses p&p dapat dilaksanakan
dengan jayanya.
Pembelajaran yang menggunakan komputer juga memberi peluang kepada pelajar2 khas belajar secara berkesan dengan
bimbingan yang minimum. Mereka dapat mengakses maklumat dengan cepat dan ianya dapat dilakukan secara individu.

Dibawah merupakan contoh2 lain kepentingan ICT dalam Pendidikan Khas:*Meningkatkan motivasi murid
*Membolehkan pembelajaran bersendirian (individualisme learning)
* Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi
*Membolehkan murid mengumpul maklumat yang diperlukan
*Membolehkan murid mencuba atau melaksanakn eksperimen yang sukar ,terlalu mahal,mustahil atau bahaya untuk
dilaksanakan dengan cara biasa
*Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid
* Memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum
Posted in Uncategorized | Leave a comment

Ciri-ciri Kanak-kanak Masalah Pembelajaran


Posted on December 10, 2012by sitihajar254

Terdapat banyak ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Antara ciri-ciri yang mungkin dapat menolong pakarpakar diagnostik dan guru-guru dalam mengenalpasti dan mengajar kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran:

1.
Ciri-ciri fizikal
Tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal tetapi lebih kecil tubuhnya berbanding kanak-kanak lain disebabkan
gen tertentu.
2.

3.

Ciri-ciri intelek
Lewat matang
Rendah daya ingatan
Rendah pengamatan
Kebolehan berbentuk kreatif.
Kesediaan belajar adalah rendah, mempelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak berumur 6 tahun pada
peringkat umur 8 tahun atau lebih.
Ciri-ciri sosial dan peribadi
Mempunyai bidang perhatian yang singkat
Kurang tumpuan
Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang
Tingkah laku yang berbeza.
Minat sama dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Apa Itu Masalah Pembelajaran????


Posted on November 4, 2012by sitihajar254

Menurut Individual with Disabilities Education Act (IDEA) 1997, masalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah
dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada
pertuturan atau penulisan di mana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikir, bertutur dan
membaca yang tidak sempurna. Ini tidak termasuk mereka yang bermasalah pembelajaran akibat daripada
ketidakupayaan penglihatan, pendengaran dan motor, kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan dalam
persekitaran, budaya atau ekonomi.
Terdapat beberapa ciri-ciri kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran antaranya ialah:

Ciri-ciri fizikal
Bentuk badan dan ko-ordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal.
Walaubagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor faktor
organik adalah lebih kecil bentuk badan berbanding dengan kanak-kanak biasa.

Ciri-ciri intelek
Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam
perkembangan di sekolah. Sebagai contohnya,mereka mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang
pengamatan dn perkonsepan dan kebolehan berbentuk kreatif.

Ciri-ciri sosial dan peribadi


Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah kecewa disebabkan
pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai
dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkah laku kanak-kanak biasa. Minat
mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Anda mungkin juga menyukai