Anda di halaman 1dari 4

Refleksi

Saya dan rakan-rakan telah menerima tugasan ini pada minggu ke-7 oleh
pensyarah pembimbing bagi subjek Statistik Asas (GSA1072) iaitu Madam Teoh Siew
Geok. Menerusi tugasan ini, saya perlu menyiapkannya sebuah tugasan individu
berkenaan pengumpulan data diskrit dan data selanjar.

Setelah mendapat tugasan, saya membaca dan memahami kehendak soalan.


Setelah selesai membaca soalan, saya cuba mengigati penerangan yang diberi oleh
pensyarah pembimbing. Tugasan ini memberi suatu pengalaman berharga kepada
saya. Dengan adanya tugasan ini, saya mendapat banyak pengalaman seperti
menggunakan aplikasi Microsoft Excel yang mana ianya belum pernah saya gunakan
sebelum ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Madam Teoh
kerana sudi membantu dan membimbing saya tidak mengira waktu, samada siang atau
malam, apabila saya menghantar email beliau tidak jemu-jemu membalas dan
menunjuk ajar saya apa yang saya perlu lakukan untuk tindakan selanjutnya.

Selain itu, menerusi tugasan ini, banyak mengajar saya untuk memahami cara
untuk membuat statistik dengan baik. Sebagai seorang bakal guru Pendidikan Islam,
saya berkemungkinan besar akan diminta untuk membuat statistik berkenaan dengan
keputusan peperiksaan pelajar, kehadiran pelajar dan sebagainya. Jelaslah, melalui
tugasan projek ini serba sedikit membantu saya dalam menghadapi persediaan apabila
bergelar gur kelak.

Terdapat beberapa kekangan yang saya hadapi semasa menyiapkan


kerja kursus ini. Saya sebagai seorang bakal pendidik anak bangsa akan
berusaha mencari jalan sebaik mungkin untuk menyelesaikan kekangan
tersebut. Tugasan di Institut Pendidikan Guru ini sangat berbeza berbanding
dengan alam persekolahan dahulu. Hal ini telah menjadi salah satu masalah
yang saya hadapi semasa melakukan tugasan ini. Saya mengambil jalan
dengan meminta bimbingan daripada pensyarah untuk menyelesaikan
masalah ini. Selain itu, saya juga meminta pertolongan daripada pelajar-

Statistik Asas | 17
pelajar lama yang telah berpengalaman membuat kerja kursus sebelum ini.
Masalah yang seterusnya dihadapi semasa menyelesaikan tugasan ini ialah
saya tidak pernah belajar mata pelajaran ini dengan mendalam semasa di
sekolah menengah dulu. Tidak dinafikan kebanyakan masyarakat pada era
globalisasi ini sudah mengetahui tentang kemahiran teknologi maklumat
sekarang. Saya menghadapi sedikit masalah semasa menyiapkan tugasan ini
kerana saya tidak terlalu mahir dalam bidang teknologi maklumat masa kini.
Saya mengatasi masalah ini dengan mencari semua maklumat yang
diperlukan dengan pelbagai cara seperti mencari nota-nota di internet,
majalah, jurnal, akhbar-akhbar serta merujuk kepada buku-buku ilmiah yang
lain di perpustakaan. Selain itu, tunjuk ajar dari rakan-rakan banyak
membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini dan meningkatkan
pengetahuan dalam bidang ini. Ilmu, dorongan serta semangat yang
diberikan oleh pensyarah juga banyak membantu saya.

Seterusnya ialah saya juga menghadapi masalah dalam pengurusan


masa. Faktor pengurusan masa sangat penting dalam kehidupan sebagai
pelajar di Institut Pendidikan Guru. Tugasan yang bertimpa-timpa dari mata
pelajaran lain juga menyukarkan saya untuk membahagi masa dengan baik
untuk subjek-subjek tersebut. Saya berusaha sebaik mungkin untuk
menguruskan masa saya setiap hari dengan sebaik yang mungkin dan
menggunakan masa yang ada dengan baik. Pepatah Melayu ada
mengatakan bahawa masa itu ibarat emas. Sudah terang lagi bersuluh,
pepatah tersebut membawa maksud masa itu sangat berharga.

Sebagai seorang bakal guru, salah satu kemahiran yang perlu mahir
dan dipelajari ialah menggunakan Kemahiran Teknologi Maklumat dan
Komunikasi. Saya sedar bahawa maklumat masa kini boleh diakses ataupun
dicari menggunakan hujung jari sahaja, bermaksud dicapai melalui akses
internet. Salah satu masalah yang saya hadapi ialah saya tidak mahir dalam
menggunakan komputer untuk melaksanakan tugasan untuk menganalisis
data menggunakan aplikasi Microsoft Excel.

Statistik Asas | 18
Setelah selesai menyiapkan tugasan ini, saya dapat meningkatkan
pengetahuan dan kefahaman tentang bidang ini. Sebelum ini secara
jujurnya saya tidak tahu keseluruhan aspek dalam mata pelajaran Statistik
Asas. Saya berpuas hati dan gembira dapat menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya. Saya juga dapat memperbaiki segala kesalahan yang saya ada dan
menambah ilmu pengetahuan. Konklusinya, dapatlah saya simpulkan
bahawa tugasan ini memberi ruang serta peluang kepada saya untuk
menimba sebanyak mungkin pengalaman dan ilmu yang sangat bermanfaat
untuk diaplikasikan dam proses pengajaran dan pembelajaran

Pengalaman menjalankan kerja kursus ini merupakan suatu pengalaman yang


akan membantu saya apabila saya keluar berkerja nanti. Bermula dari proses
mengumpul data hinggalah proses memberi inferens adalah amat berguna untuk saya
kerana saya akan menggunakan kemahiran-kemahiran tersebut untuk mengisi markah
anak murid saya pada masa akan datang serta membuat inferens terhadap prestasi
mereka.

Statistik Asas | 19
Rujukan

Dunn, S.D. (2001). Statistic and data analysis for the behavioral sciences.
New York: McGraw-Hill

Haylock, D. (2010). Mathematics Explained For Primary Teachers (4th Ed.).


London: Sage Publications.

Iran Herman.(2004). Statistik dan analisis data sains sosial. Alor Star:
Percetakan Ustaras Sdn.Bhd

Marzita Puteh. (2003) .Matematik Permulaan Siri 1, Edisi 3, Prentice Hall,


Kuala Lumpur.

Marzita Puteh. (2003) .Matematik Permulaan Siri 2, Edisi 3, Prentice Hall,


Kuala Lumpur.

Van De Walle. J. A, Karp K. S, Jennifer, M. & William, B.(2010). Elementary and


Middle School Mathematics: Teaching Developmentally. (7th Ed.). USA:
Pearson.

Statistik Asas | 20

Anda mungkin juga menyukai