Anda di halaman 1dari 7

ETIKA DALAM PENYELIDIKAN

Isu-isu etika sangat penting dalam penyelidikan sebagai panduan untuk melengkapkan setiap kajian yang
dijalankan. Penyelidik yang tidak mematuhi etika penyelidikan akan merosakkan reputasi penyelidikan
sosial.
Tingkah laku beretika diberikan perhatian yang serius dalam sains sosial kerana ia melibatkan manusia
sebagai subjek. Ia memberi kaitan langsung terhadap kehidupan subjek yang dikaji. Elemen penting
dalam etika ini ialah:
Bahasa penyelidik menyediakan maklumat lengkap dan bahasa yang mudah difahami. Penerangan
juga perlu supaya responden memahami apa yang diinginkan oleh penyelidik.
Perasaan responden beri masa yang cukup untuk responden menjawab soalan dan tidak boleh
bertanya soalan-soalan yang memalukan, menyebabkan kekacauan emosi atau pengalaman yang tidak
menyenangkan. Secara umum, penyelidik tidak boleh mendedahkan responden kepada tekanan mental
atau fizikal.
Etika dalam semua peringkat kajian penyelidik harus pentingkan etika pemilihan permasalahan kajian,
tentukan kaedah penyelidikan, pengumpulan data, penganalisisan data, interpretasi dan melaporkan
kajian.
Mengetahui tahap pendidikan responden mengambil kira tahap pendidikan sampel yang ingin dikaji.
Tidak boleh memberi tugas yang tidak wajar atau rumit kepada responden. Keadaan ini jika berlaku akan
menyukarkan proses penyelidikan dan akan mendatangkan tindak balas yang negatif daripada sampel
yang dikaji.
Berterus-terang dengan responden berikan penjelasan kepada responden tentang matlamat dan tujuan
kajian. Semua maklumat perlu dijelaskan termasuk prosedur yang terlibat dalam kajian. Dengan itu,
responden akan secara sukarela melibatkan diri dalam kajian berkenaan.
Utarakan data yang tepat bertindak memberikan data yang tidak lengkap, terkeluar dari konteks,
memalsukan penemuan atau kemukakan fakta yang mengelirukan dianggap melanggar tatasusila
penyelidikan.
Menjaga kerahsiaan responden penyelidik sama sekali tidak boleh mendedahkan maklumat mengenai
sampel kajian sehingga ia boleh menggugat keselamatan atau maruah responden. Hak-hak peribadinya
harus dipelihara dan tidak boleh jatuh ke tangan pihak ketiga.
Mematuhi etika penyelidikan adalah tanggungjawab penyelidik. Kegagalan mematuhi etika berkenaan
akan menggugat kesahan dan kebolehpercayaan kajian yang dilakukan

Etika adalah garis panduan untuk melengkapkan setiap kajian. Penyelidik yang tidak
mematuhi etika akan merosakkan reputasi penyelidikan. Mematuhi etika adalah
tanggungjawab penyelidik Kegagalan mematuhi etika akan mengugat kesahan dan
kebolehpercayaan kajian yang dijalankan

Etika Kajian Tindakan (Research Ethics)


Penulis menekankan bahawa etika dalam melakukan kajian tindakan sangat penting, bukan sahaja
dikira sebagai satu tindakan yang mencerminkan nilai kesopanan tetapi turut melibatkan urusan
perundangan. Dalam buku ini, mereka menyentuh 3 aspek utama yang perlu diambil kira. 3 aspek
tersebut adalah;
1. Jalan masuk (akses kepada peserta) secara rundingan dan selamat -Sebelum memulakan kajian tindakan, pengkaji
WAJIB membuat rundingan dan memohon secara formal (surat bertulis) untuk melakukan kajian. Semua peserta mesti
menerima surat tersebut termasuk mereka yang tidak boleh membaca (caranya ialah dengan membacakan surat tersebut
kepada mereka). Bagi kanak-kanak dan mereka yang vulnerable, kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga perlu
dipastikan. Seterusnya semua surat kebenaran asal perlu disimpan dengan baik untuk rujukan semula apabila perlu dan
salinannya mesti diletakkan pada lampiran laporan kajian. Penulis turut menyertakan contoh surat permohonan dalam
buku tersebut di mukasurat 87.
2. Melindungi peserta kajian - Peserta kajian perlu dilindungi dari segi identiti. Sekiranya mereka tidak ingin dikenali
dalam kajian tersebut, maka pengkaji perlu meletakkan nama peserta hanya sebagai nombor samaran, contohnya 'Pelajar
6' atau 'Rakan 1'. Tetapi sekiranya mereka ingin dikenali, maka pengkaji perlu menyatakan nama mereka tetapi perlu
dipastikan surat kebenaran telah ditandatangani dan salinannya juga diberi kepada mereka. Pengkaji juga mesti berhatihati dengan penyataan lokasi dan perlu berbincang dengan individu berkuasa seperti pengetua dan boss untuk perkaraperkara seperti ini. Yang penting adalah pengkaji mengekalkan tahap kepercayaan peserta kepada pengkaji dengan
memberi perlindungan kerahsiaan berterusan kepada mereka serta sentiasa bersikap jujur dan meyakinkan.
3. Menjamin kepercayaan dengan baik - Seperti yang disebutkan tadi, kepercayaan peserta adalah penting. Ini boleh
dikekalkan dengan mengotakan segala yang anda katakan secara berterusan. Letakkan matlamat untuk membina reputasi
kejujuran di mata peserta dan lindungi reputasi itu. Pengkaji mengingatkan pembaca, bahawa manusia akan lebih ingin
bekerja dengan mereka yang boleh dipercayai.

--------------------------------------------------------------------------Kebolehpercayaan dan Kesahan Kajian Tindakan


Dalam bahagian ini, penulis telah membahagikan penjelasannya kepada dua aspek
iaitu validity dan legitimacy. Validity adalah kesahan kajian secara teknikal atau prosedur metodologi
manakala legitimacy pula adalah kesahan kajian dari segi penerimaan masyarakat awam terhadap
kajian tindakan yang dilakukan.
Kesahan (validity) boleh diperolehi melalui mendapatkan kritikan daripada orang lain seperti
1. Penyelia - sekiranya pengkaji berada dalam satu situasi pembangunan profesional atau program seperti di institusi
pendidikan dan sebagainya, pengkaji mungkin akan diaturkan seorang penyelia yang boleh memberi panduan dalam
memberi kritikan serta memberi kritikan ilmiah.
2. Kawan yang kritikal - Pengkaji juga boleh mendapatkan kritikan daripada rakan-rakan yang boleh mengkritik secara
ilmiah. Mereka boleh terdiri daripada orang perseorangan atau kumpulan. Kehadiran mereka kemungkinan tidak dapat
dijamin untuk sepanjang kajian. Pengkaji perlu memberi penjelasan dengan jelas mengenai kajiannya dan mendapatkan
kerjasama mereka setiap kali perjumpaan. Rekod ringkasan/hasil perjumpaan perlu diletakkan tarikh, ditandatangani dan
disimpan. Rakan-rakan tersebut juga perlu diberi salinan rekod tersebut sebagai bahan bukti dan rujukan. Dalam hal ini

pengkaji perlu bijak dalam menghargai kehadiran kerjasama rakan-rakan yang ada. Mereka memberi anda masa dan
tenaga dengan percuma oleh itu hargailah sebaiknya.
3. Kumpulan Pengesah - Kumpulan pengesah boleh terdiri daripada 3 ke 10 orang bergantung kepada saiz projek
pengkaji. Rakan kritikal juga boleh dijemput menjadi ahli kumpulan ini. Namun penulis menggalakkan pengkaji untuk
mendapatkan bantuan pengesah di luar berbanding lingkungan profesional pengkaji sendiri. Contohnya, mungkin pengkaji
menjemput individu daripada jabatan berlainan, pemerhati yang berminat mengkritik atau ahli dalam komuniti
perniagaan. Yang penting mereka boleh mengkritik secara ilmiah. Penglibatan kumpulan ini sedikit berbeza dari rakan
kritikal. Pengkaji perlu memastikan kehadiran mereka pada setiap perjumpaan (walaupun bukan semua hadir pada setiap
perjumpaan, sekurang-kurang kehadiran tetap berterusan). Mereka mendengar penjelasan anda, memeriksa data dan
bukti yang ada, mempertimbangkan dakwaan dan seterusnya menawarkan maklum balas yang kritikal. Seperti tadi juga,
setiap perjumpaan perlu direkodkan dan salinan diberi kepada kumpulan pengesah.

Legitimacy pula diperolehi dengan mendapat pengiktirafan daripada komuniti


pendidik (practicioner) dan penyelidik bagi membolehkan hasil kajian yakni teori atau amalan baru
pengkaji diterima khalayak umum.

Kebolehpercayaan
Berkaitan dengan ketepatan data.
Masalah kebolehpercayaan dalam pendidikan selalu berlaku apabila data
diambil dari sampel yang terlalu kecil.
Sehubungan itu, untuk penambahbaikan data penyelidikan tindakan, kita
perlu selalu mempersoalkan berkaitan:
1. Adakah maklumat ini merupakan perwakilan tepat realiti?
2. Bolehkah saya fikir sebarang sebab untuk syak kepada ketepatan data

kod etika dalam penyelidikan tindakan.


Setiap penyelidikan mestilah memastikan kaedah, kandungan dan tujuan tidak
melanggar kod etika pengkaji, norma dan nilai-nilai sejagat seperti agama.Sekira
sesuatu kajian memenuhi semua ciri dan prinsip saintifik tetapi tidak beretika mana sudah
tentunya penyelidikan demikian dianggap kurang baik.

Contohnya penyelidikan yang memanipulasi manusia atau cuba play god seperti
clone manusia dan sebagainya.
Isu yang berkaitan dengan isu etika ialah kejujuran pengkaji. Pengkaji mesti
menunjukkan segala usahanya untuk memastikan bahawa setiap langkahpenyelidikan
dilaksanakan dengan jujur dan segala data yang diperolehi adalah tepat.

ETIKA KAJIAN TINDAKAN (RESEARCH ETHICS)


Penyelidik perlu berpegang kepada etika atau prinsip kajian tindakan. Buku ini
menggariskan beberapa etika dalam melaksanakan kajian tindakan. Antaranya
ialah:
1- Membuat Dokumentasi
Dokumentasi di sini bermaksud penyelidik perlu menyediakan perkara-perkara yang
perlu ada ketika proses kajian dilakukan termasuklah penyataan etika dan suratsurat kebenaran melakukan kajian. Jika penyelidik menulis tentang penerangan
projek yang dilakukan, perlu memastikan nama responden atau organisasi yang
terlibat disembunyikan. Etika ini bersamaan dengan kajian lain yang menjaga nama
baik responden.
i. Penyataan Etika (An Ethics Statement)
Pernyataan personal yang disediakan oleh penyelidik itu sendiri tentang bagaimana
memimpin atau melakukan kajian dan patut menyebut 'point' yang digariskan.
Menurut buku ini, penyelidik perlu membuat salinan tentang 'statement' sebelum
memulakan kajian. Salinan itu adalah untuk mereka yang terlibat contohnya kajian
tindakan kolaboratif. 'Statement' ini perlu mempunyai tandatangan penyelidik dan
mereka yang terlibat.
ii. Surat-surat Kebenaran
Selain itu, penyelidik juga perlu menulis surat kepada semua yang terlibat dalam
penyelidikan. Surat itu mesti diserahkan kepada responden dan menyatakan
bahawa mereka akan terlibat dalam kajian tindakan. Penyelidik perlu memastikan
juga responden bersetuju untuk terlibat dengan kajian tindakan yang akan
dilakukan. Etika ini juga selaras dengan etika kajian lapangan yang biasa dilakukan
oleh penyelidik.
2- Berunding Dengan Orang yang Berkenaan
i. Berunding dengan Pihak Atasan
Jika kajian yang dilakukan berada di bawah sesuatu jabatan atau syarikat,
penyelidik perlu meminta kebenaran dari pengurus atau pengetua jika kajian
dilakukan di sekolah. Ketika ini, penyelidik akan mengetahui tentang batas-batas
yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam proses penyelidikan. Persetujuan

antara pihak atasan perlu ada senarai hitam putih (surat persetujuan) agar tidak
menimbulkan masalah pada masa akan datang. Penyelidik juga harus jujur dengan
kajian yang akan dilakukan adalah untuk tujuan penambahbaikan. Jika kajian
tindakan yang dilakukan akan mengubah situasi dalam pengurusan pihak atasan,
penyelidik perlu memberitahu pengurus atau pengetua dan perlu mendapat
kebenaran mereka terlebih dahulu.
ii. Berunding dengan Peserta yang Terlibat
Penyelidik perlu juga meminta kebenaran peserta yang akan terlibat dalam kajian
tindakan dan memaklumkan tentang kajian yang akan dilakukan. Penyelidik juga
boleh menjemput mereka membuat kajian dan menjelaskan bahawa mereka terlibat
secara kerjasama untuk tujuan penambahbaikan. Penyelidik perlu memastikan
peserta yang terlibat berada dalam keadaan yang selesa supaya melancarkan
proses kajian.
iii. Berunding dengan keluarga dan penjaga
Pastikan mendapat persetujuan daripada keluarga kanak-kanak yang terlibat dalam
kajian.
3. Perjanjian yang Meyakinkan
Keyakinan dari aspek maklumat
Keyakinan dari aspek identiti
Keyakinan dari aspek pengumpulan data
KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN KAJIAN TINDAKAN (RELIABILITY DAN VALIDITY)
Jean McNiff dan rakan-rakannya menekankan tiga aspek penting dalam
mewujudkan kebolehpercayaan dan kesahan dalam kajian tindakan:
Mencari maklumat yang bermakna
Guru mencari maklumat yang mempunyai kaitan dengan kajian yang hendak
dilakukan. Jika penyelidik bekerjasama dengan orang lain boleh meningkatkan
kefahaman terhadap apa yang akan dilakukan. Ini kerana, maklumat yang didapati
akan dibincangkan bersama. Keadaan ini disebut sebagai kolaboratif. Hasil daripada
penelitian terhadap pandangan orang lain, penyelidik akan membina maknanya
sendiri.
Selain itu, guru juga menjadikan pengetahuan tacit kepada eksplisit. Menurut
penulis kebanyakan guru mempunyai pengetahuan tacit (yang sedia ada bukan
secara bertulis). Contohnya seorang guru mendapati satu situasi yang tidak
menyenangkan telah berlaku. Oleh itu, guru membuat keputusan untuk bertindak
memperbaiki keadaan itu ke arah yang lebih baik. Kemudian, guru mula
menggerakkan pengetahuan tacit kepada pengetahuan eksplisit. Guru juga
melakukan penilaian formatif dan sumatif.
Peringkat Kesahan
1- Kesahan sendiri

2345-

Kesahan
Kesahan
Kesahan
Kesahan

rakan sebaya
berperingkat
Klien
Akademik

ETIKA KAJIAN TINDAKAN


Etika kajian merupakan satu komponen yang perlu diberi perhatian dalam
kajian tindakan. Tujuan etika kajian ini dilaksanakan adalah untuk
memberi panduan umum dan pendedahan awal kepada peserta tentang
sesuatu projek kajian iaitu menjelaskan tujuan penyelidikan tersebut.
Etika kajian yang perlu diberi penekanan dalam kajian tindakan ialah : Jika
temubual yang dilakukan oleh penyelidik itu melibatkan kanak-kanak
dalam kajian tindakan mereka, maka ibu bapa perlulah memberi keizinan
kepada penyelidik untuk menemubual anak mereka. Kajian itu hendaklah
mendapat kebenaran bertulis daripada pihak yang mengambil bahagian
seperti pengetua untuk didedahkan kepada masyarakat umum. Apabila
kajian itu hendak diterbitkan, perlulah mendapat kebenaran dari ahli
jawatankuasa kajian berkenaan . Apabila kita menggunakan alat
pengumpulan data seperti rakaman video hak milik sekolah, maka
perlulah kita meminta kebenaran dari pihak sekolah dan memaklumkan
kepada mereka tentang penggunaan alat tersebut untuk tujuan kajian
tindakan. Apabila sesuatu kajian yang dilakukan tersebut sudah siap dan
ingin diterbitkan hasil daripada guru-guru yang terlibat dalam melakukan
kajian tindakan, perlulah dibuat atas nama mereka sendiri.
KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN KAJIAN TINDAKAN Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan ialah takat ketekalan yang mana satu ujian atau
prosedur menghasilkan keputusan yang sama. Dalam kata lain,
mengumpulkan kaedah data yang ingin digunakan mestilah ada
kebolehpercayaan yang mana keputusan yang diberikan mestilah sama
dan tidak berubah untuk hari ini, semalam mahupun esok. Oleh itu,
perkara penting adalah menghapuskan segala ketidakpastian atau
menjadikan apa yang perlu saya tahu sebagai cara untuk menilai
kebolehpercayaan dari bahan mengumpulkan data dan keseluruhan
kebolehpercayaan akan mempengaruhi penyelidikan itu. Copy and WIN :
http://bit.ly/copynwin

Contoh: Permainan Membina Ayat Tunggal


1
Murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B (satu
kumpulan 6 hingga 8 orang).
2
Setiap kumpulan murid itu diberi nombor 1 hingga 6.
3
Murid diminta berbaris mengikut kumpulan masing-masing mengikut susunan nombor
yang telah diberi.
4
Kad perkataan diletakkan di dalam bakul di tengah-tengah antara kedua-dua kumpulan
tersebut.

Apabila guru menyebut nombor ahli kumpulan, misalnya nombor 3, murid dari keduadua kumpulan tersebut akan berlari ke arah bakul untuk mengambil kad perkataan itu.
6
Murid yang berjaya terlebih dahulu mengambil kad perkataan itu, akan menyebut
perkataan yang diperolehnya. Misalnya murid nombor 3 dari kumpulan A yang telah berjaya, dia
akan mempamerkan kad perkataan kepada kelas dan menyebutnya, rumah
7
Murid nombor 3 dari kumpulan B mesti membina ayat tunggal dengan menggunakan
perkataan rumah. Sekiranya murid tersebut tidak berjaya membina ayat dalam tempuh yang
tertentu, satu markah hanya diberikan kepada kumpulan A sahaja. Aktiviti ini akan dilakukan
berulang kali mengikut nombor yang berlainan.
5

Anda mungkin juga menyukai