Anda di halaman 1dari 5

ETIKA PENYELIDIKAN.....???

Etika merupakan suatu cabang ilmu falsafah yang berteraskan konsep moraliti. Menurut
Velasquez dan Rostankowski (1985), etika boleh didefinisikan sebagai satu penyelidikan
sistematik tentang kepercayaan dan pertimbangan tentang apa yang benar dan salah dari segi
moral. Etika merupakan satu cabang penyelidikan yang cuba memberi penjelasan kepada
persoalan tentang perkara-perkara yang bermoral dan tidak bermoral yang dilakukan oleh
seseorang penyelidik semasa menjalankan penyelidikan.

ETIKA DALAM PENYELIDIKAN.....???


1. Perlindungan Peserta Penyelidikan
Semasa penyelidikan dijalankan, peserta yang mengambil bahagian harus dilindungi daripada
sebarang kesan negatif yang mungkin sama ada dari segi fizikal dan mental.

2. Kerahsiaan Maklumat Peserta Penyelidikan


Sebarang maklumat peserta perlu dilindungi daripada makluman masyarakat umum
melainkan
peserta telah memberikan persetujuan secara bertulis yang membenarkan penyelidik
menghebahkan maklumat tersebut kepada orang ramai. Contohnya, dalam penyelidikan
tinjauan, nama responden tidak perlu dinyatakan.

3. Kuasa Pilihan Untuk Keterlibatan Dalam Penyelidikan/Isu Paksaan


Kuasa membuat pilihan sama ada untuk melibatkan diri atau tidak dalam penyelidikan perlu
diberi kepada bakal peserta penyelidikan; tiada paksaan.
4. Penjelasan Awal Tentang Penyelidikan/Persetujuan Termaklum
Penjelasan awal perlu diberi kepada peserta tentang penyelidikan yang bakal mereka sertai
agar mereka dapat membuat pilihan sama ada untuk melibatkan diri atau tidak dalam
penyelidikan berkenaan. Salah satu langkah bagi menjamin etika dalam penyelidikan adalah
melalui penggunaan borang persetujuan termaklum. Borang tersebut perlulah dibaca dan
ditandatangani oleh peserta atau penjaga/ibubapa(jika melibatkan kanak-kanak).

5. Isu Sulit dan Kerahsiaan


Sebarang maklumat berkaitan dengan peserta yang diperoleh sepanjang penyelidikan perlu
disimpan dengan rapi dalam situasi terkawal. Cara terbaik untuk pelihara kerahsiaan adalah
dengan mengurangkan jumlah individu yang terlibat dengan pengurusan data.

6. Perkongsian Hasil Penyelidikan


Pengetahuan saintifik yang diperoleh adalah milik umum dan harus diumum secepat mungkin
secara praktikal oleh penyelidik. Pihak yang patut mendapat maklumat tentang penyelidikan
adalah subjek yang terlibat dalam penyelidikan.

7. Pemberitahuan
Penyelidik haruslah memaklumkan subjek sekiranya penyelidikan yang dijalankan
melibatkan
unsur tipu daya ataupun manipulasi seperti merakam dan merekod reaksi subjek. Sekiranya
subjek tidak senang dengan situasi berkenaan, penyelidik perlu memohon maaf dan
menerangkan butiran penyelidikan.
8. Berkongsi Faedah
Prinsip terakhir yang sering diabaikan ialah perkongsian faedah. Contohnya seorang
penyelidik
menggunakan dua kumpulan peakit Alzheimer bagi menyelidik kekuatan ingatan mereka
berdasarkan kaedah ekperimen yang dijalankan. Walaupun tidak semua pesakit akan
menunjukkan perkembangan positif, namun mereka perlulah dibri peluang untuk menikmati
faedah daripada kaedah yang dijalankan bagi memastikan keadilan proses penyelidikan.

PRINSIP ETIKA SEMASA MENJALANKAN PENYELIDIKAN....???


Menurut Resnik(2008), terdapat beberapa prinsip etika dalam penyelidikan:

1. Kejujuran
Penyelidik haruslah melaporkan data dan hasil dapatan dengan jelas, menerangkan prosedur
penyelidikan serta status penerbitan dengan jujur.
Penyelidik sama sekali dilarang memalsukan data atau cuba memperdaya rakan sekerja atau
agensi yang terlibat dan masyarakat umum tentang dpatn mereka.

2. Integriti
Penyelidik harus berpegang pada janji dan amanah serta bertindak dengan ikhlas dan
mengekalkan tindakan dan idea yang konsisten dalam penyelidikan mereka.

3. Cermat
Elakkan kesilapan yang mungkin timbul dengan memeriksa penyelidikan yang dijalankan
secara
teliti, kritis, dan berhati-hati. Simpan rekod berkaitan aktiviti seperti pengumpulan data,
kaaedah
penyelidikan dan urusan dengan agensi yang terlibat ataupun senarai jurnal yang terbabit.

4. Keterbukaan
Kongsi data, hasil penyelidikan, perkakasan dan sumber dengan penyelidik lain dan bersikap
terbuka terhadap kritikan dan idea baru.

5. Menghormati Harta Intelektual


Hormat paten, hak cipta dan bentuk harta intelektual individu lain. Elakkan menggunakan
data,
kaedah atau hasil penyelidikan yang tidak diterbitkan tanpa kebenaran dan jangan sesekali
melakukan plagiarisme.

6. Penerbitan yang Bertanggungjawab


Elakkan penerbitan yang bertindih dan sia-sia. Terbitkan bahan penyelidikan dengan tujuan
untuk memajukan penyelidikan dan bidang berkaitan, bukannya memajukan kerjaya peribadi.

7. Penyeliaan yang Bertanggungjawab


Penyelidik haruslah menasihat, menyelia, dan mengajar pelajar mereka dan berilah galakan
untuk membuat keputusan sendiri.
8. Menghormati Rakan Sekerja
Hormati rakan sekerja dalam penyelidikan dan layan mereka dengan adil dan saksama.

9. Tanggungjawab Sosial
Galakkan kebaikan dan banteras bahaya sejagat melalui penyelidikan, pendidikan awam, dan
khidmat nasihat.

10. Bebas Dirkriminasi


Elakkan diskriminasi terhadap rakan sekerja atau pelajar mahupun subjek penyelidikan
berdasarkan umur, jantina, bangsa, suku kaum dan sebagainya.

11. Kecekapan
Kekalkan dan tingkatkan kemahiran dan kepakaran penyelidikan melalaui pembelajaran
sepanjang hayat. Tingkatkan kecekapan dalam ilmu sains mahupun ilmu sains sosial secara
total.

12. Mengikut Undng-undang


Ketahui dan patuhi undang-undang berkaitan dan polisi institusi dan kerajaan sepanjang
perlaksanaan penyelidikan.

13. Perlindungan Subjek


Penyelidik hauslah meminimumkan bahaya dan risiko sewaktu menjalankan penyelidikan
terhadap manusia atau kehidupan lain dan maksimumkan faedah serta menghormati maruah,
harga diri, privasi, an berusaha untuk mengagihkan faedah dan beban penyelidikan secara
adil
dan saksama.

ETIKA PADA TIGA TAHAP PENYELIDIKAN.....???


Isu etika dalam penyelidikan secara amnya melibatkan 3 tahap:

1. Tahap 1 - Etika semasa proses perancangan/sebelum pelaksanaan penyelidikan


Dapatkan kelulusan/kebenaran bertulis daripada semua pihak yang bakal terlibat dalam
penyelidikan yang terbabit dalam tempoh masa yang praktikal iaitu dalam lingkungan 1-3
bulan.
Kebenaran boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu kenebaran daripada organisasi di mana
penyelidikan akan dijalankan dan kebenaran peribadi daripada responden yang terlibat secara
langsung atau tidak sevara langsung dalam penyelidikan yang hendak dijalankan.

2. Tahap 2 - Etika semasa penyelidikan sedang dijalankan


Etika sewaktu proses penyelidikan dilaksanakan berkait rapat dengan instrumen dan juga
prosedur yang digunakan. Penyelidik bertanggungjawab menghormati dan mematuhi prinsip-
prinsip etika, dimana responden tidak dipergunakan sesuka hati semata-mata untuk
mendapatkan data yang dihajati. Hal ini penting bagi memastikan keselamatan responden dan
menjamin ketelusan data yang dikumpulkan serta bebas daripada sebarang pengaruh.
3. Tahap 3 - Etika setelah penyelidikan dilaksanakan(kejujuran dalam laporan data dan
interpretasi)
Melalui penyelidikan kualitatif melibatkan pengumpulan data melalui temubual dan
pencerapan, penyelidik harus bertanggungjawab dalam pengolahan dan penginterpretasian
data
secara objektif dan sebagaimana yang diperkatakan responden.Elakkan sebarang manipulasi
data atau maklumat yang dugunakan untuk kepentingan penyelidik kerana ia merupakan
perbuatan yang tidak beretika dan secara langsung mengurangkan kredibiliti penyelidikan
yang
dijalankan(Robson 2002). Selain daripada kejujuran dalam laporan data dan maklumat yang
diperoleh, penyelidik bertanggungjawab berkongsi dapatan penyelidikan dengan individu-
individu yang telah mengambil bahagian dalam penyelidikan tersebut.

ISU ETIKA DAN PLAGIARISME.....???


Plagiarisme merupaka isu yang menggugat dunia akademia di masa kini. Plagiarisme boleh
didefinisikan sebagi 'perbuatan mencedok kata-kata, idea dan lain-lain daripada karya orang
lain dan menggunakannya sebagai karya nya sendiri' atau dalam erti kata lain,
'mencuri' atau 'meniru' hasil kerja orang lain dan mengaku hasilan tersebut ialah hasil kerja
mereka sendiri. Menurut Robson (2002), perbuatan plagiarisme boleh diambil tindakan tatatertib
terhadap pesalah kerana ia merupakan satu amalan yang tidak beretika dan dipandang serius.
Oleh itu, penyelidik dinasihati membuat rujukan yang sepatutnya kepada penulis asal yang
dirujuk.

AMALAN TIDAK BERETIKA....???


Robson (2002) dalam karyanya "Real World Research" menyenaraikan sepuluh amalan yang
tidak beretika. dalam penyelidikan:

1. Melibatkan responden tanpa pengetahuan dan kebenaran mereka.


2. Memaksa responden(sama ada dengan cara eksplisit atau implisit) untuk mengambil bahagian
dalam penyeldidikan.
3. Merahsiakan informasi sebenar tentang tatacara dan proses penyelidikan.
4. Menipu responden atau subjek.
5. Melibatkan subjek dalam aksi-aksi yang boleh mengaibkan subjek.
6. Melibatkan perbuatan yang menyalahi hak asasi kemanusiaan dalam penyelidikan.
7. Mendedahkan responden kepada tekanan fizikal, mental dan emosi.
8. Menceroboh hak privasi atau peribadi respondaen.
9. Mengekang faedah daripad dinikmati setengah responden(contohnya dalam penyelidikan
yang
melibatkan kempulan kawalan dan kumpulan eksperimen).
10. Tidak melayan responden secara adil dan keperimanusiaan.

SALAH LAKU PENYELIDIKAN....???


1. Pemalsuan Data
Berlaku apabila penyelidik memalsukan data untuk tujuan tertentu seperti mendapatkan
dapatan yang signifikan secara statistik agar dapat diterbitkan dalam jurnal.

2. Penyelewengan Dalam Pelaporan


Berlaku apabila penyelidik memberikan gambaran yang salah tentang penyelidikannya
supaya
laporan yang dihasilkan diterima masyarakat.

3. Plagiat
Berlaku apabila penyelidik gagal menyatakan sumber maklumat dalam penulisannya.

Anda mungkin juga menyukai