Anda di halaman 1dari 2

Soalan temubual :

Puan Siti Hadalyhton binti Mokhtar (GPK Pentadbiran dan Kurikulum SKSP.)
Tempoh perkhidmatan sebagai Pentadbir sekolah : 8 tahun

Pengalaman ringkas dalam bidang keguruan :


Berkhidmat dalam bidang pendidikan selama 24 tahun. Mengajar mata pelajaran
Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni Visual Tahun 6. Menjadi Pk Hal Ehwal Murid
selama 4 tahun dan Pk Pentadbiran selama 4 tahun hingga kini.

Soalan 1 :
Pada pendapat puan, apakah ciri-ciri pemimpin akademik yang profesional ? Adakah
ciri-ciri tersebut merangkumi elemen-elemen Tonggak 12 seperti menghargai masa,
keseronokan bekerja, keutamaan kesabaran, kewajipan menjalankan tugas dan
sebagainya.
Jawapan 1 :
Sudah semestinya seorang pemimpin akademik perlu mempunyai pengetahuan
dan pengalaman supaya beliau mampu memimpin orang lain. Elemen Tonggak 12
pastinya menjadi pegangan dan panduan dalam memimpin. Elemen Tonggak 12
juga telah lengkap dijadikan panduan untuk seseorang menjadi insan yang
komited dalam perkhidmatan. Contohnya menghargai masa, seseorang akan
menjadi lebih komited dan efisyen sekiranya dia sentiasa mematuhi masa dalam
apa jua tindakan yang perlu dilakukan.

Soalan 2 :
Apakah isu dan cabaran yang dihadapi oleh puan berkaitan perundangan kerjaya guru?
Contohnya, masalah salahlaku penjawat awam (dalam kalangan guru) seperti
penyalahgunaan wang dan pemalsuan resit, tidak hadir tanpa sebab munasabah,
keluar negara tanpa kebenaran KSU, terlibat dengan jenayah dan sebagainya.
Kemudian, apakah tindakan yang dilakukan bagi mengatasi cabaran tersebut?
Jawapan 2 :
Buat masa ini saya belum pernah menghadapi masalah/kes yang berkaitan
dengan perundangan. Untuk memastikan perkara ini, pihak pentadbiran perlulah
sentiasa memberi peringatan kepada guru-guru tentang tatacara/SOP sesuatu
tindakan yang perlu dilakukan. Guru-guru juga dingatkan untuk merujuk
pekeliling dan surat siaran serta personel yang pakar dalam bidang tersebut agar
tindakan mereka mengikut SOP yang digariskan. Walau bagaimanapun, sekiranya
perkara ini berlaku, pihak pentadbiran perlulah mengambil tindakan sewajarnya
seperti merujuk pihak yang berkenaan seperti pihak Pejabat Pendidikan Daerah
Dan Jabatan Pendidikan Negeri, Polis dan sebagainya mengikut kes.

Soalan 3 :
Apakah peranan puan dalam pelaksanaan strategi PdPc yang inovatif dalam kalangan
guru?
Jawapan 3 :
Saya sentiasa memberi galakan kepada guru-guru yang berminat seperti
menggalakkan mereka menyertai pertandingan dan kursus. Selain itu, pihak
sekolah juga sentiasa mengadakan kursus dalaman untuk guru-guru agar mereka
sentiasa bersedia untuk membuat perubahan dan penambahbaikan pdpc mereka
dari semasa ke semasa.

Soalan 4 :
Adakah SK Seri Permaisuri pernah menyertai pertandingan inovasi ? Jika ya, apakah
impak penyertaan pertandingan tersebut kepada pihak sekolah?
Jawapan 4 :
Ya. Pihak sekolah ada menghantar murid-murid untuk menyertai pertandingan
inovasi yang diadakan di peringkat negeri. Selain itu, pihak sekolah juga telah
terpilih untuk menjadi tuan rumah bagi Pameran Pertandingan Inovasi dan
Teknologi peringkat Kebangsaan selama 2 tahun berturut-turut ( tahun 2017 dan
2018 ). Pihak sekolah telah pun menggalakkan murid untuk hadir ke pameran dan
pertandingan tersebut. Salah seorang guru SKSP juga telah menyertai dan
memenangi pertandingan Inovasi di peringkat antarabangsa. Pastinya peluang ini
memberi impak yang besar kepada murid dan guru untuk lebih berminat dalam
bidang inovasi.

Anda mungkin juga menyukai