Anda di halaman 1dari 7

Pagi yang indah penuh ceria Hari yang berbahagia penuh bermakna Majlis Kasih Disemai Bakti Dituai

sempena persaraan En. Wan Kok Gep Bersama Berkumpul meraikannya

BismilLahir Rahmanir Rahim Assalamu `Alaikum W.B.T.

Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Convent Father Barre Pn. Oi Ai Lin

Yang Dihormati Penolong Kanan Pentadbiran Pn. Noraishah bt. Ismail

Yang Dihormati Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn. Lat Da a/p Fat

Yang Dihormati Penolong Kanan Ko-kurikulum En. Teo Boon Kok

Yang Dihormati Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Convent Fr. Barre Dr. Madzniyah bt. Md Jaafar

Yang Diraikan En. Wan Kok Gep

Seterusnya Barisan Guru Kanan Matapelajaran , barisan guru mithali SMKCFB dan para murid yang dikasihi lagi dirahmati sekalian. Bersyukur kita ke hadrat Illahi, dengan izin serta limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama berhimpun pada pagi ini bagi meraikan MAJLIS PERSARAAN En Wan Kok Gep .

Hadirin-hadirat yang dimuliakan, Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal BismilLah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi inti Dibawa budak sambil berlari Kehadiran semua sangat dihargai Moga Majlis bertambah seri

Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh ................................................. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. ******** Amin Amin Ya Rabbal `Alamin Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada .......... atas bacaan doa itu tadi. ******** Jasamu dikenang Budimu tak terbilang Semangatmu dijulang Perkhidmatanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala jasa bakti yang dilakukan oleh Yang Diraikan En. Wan Kok Gep sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Guru Kimia di SMK Convent Father Barre , Sg Petani.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan Itu adat, itu lumrah kehidupan Begitulah rentetan perjalanan Walau sukar untuk ditelan

Tapi kaki tetap mengorak jalan Selagi hayat dikandung badan

Buat pengetahuan hadirin semua, kita soroti sedikit perjalanan En. Wan Kok Gep di SMK Convent Fr Barre ini, beliau merupakan seorang guru Kimia yang telah berkhidmat di sini bermula pada tahun................... Bapa kepada 3 orang anak hasil perkongsian hidup bersama permaisuri hati tercinta ...........ini sangat penyayang dan gigih berusaha. Banyak suka duka yang telah dilaluinya selama 31 tahun sewaktu menabur keringat di bumi SMKCFB khususnya dalam pembangunan sekolah. Segala jasa dan pengorbanan tuan hanya tuhan sahaja yang dapat membalasnya. Kini sudah sampailah detik waktunya beliau bersara dari sektor perkhidmatan awam.
Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Tn. Pengetua SMKCFB,Pn. Oi Ai Lin Dipersilakan. ***************** Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tn. Pengetua SMKCFB, Pn. Oi Ai Lin atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

*Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Yang Dihormati...................., Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa SMKCFB untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Tuan Pengetua atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan En. Wan Kok Gep. Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan. ***** Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Wan Kok Gep atas ucapan itu tadi.

Dewa sakti melayang ke Daik Hendak mencari Dewa Jaruga Kalau ada budi yang baik

Sampai ke mati orang tak lupa Tanjung Katong airnya biru, Tempat mandi si dara jelita; Sama sekampung lagikan rindu, Inikan lagi jauh dimata *****************
Sudah teradat si anak lelaki Mati berjuang, berundur jangan Berani kami menjunjung adat Bukan memberi kata dan puji Hanya budi dalam ingatan Buat kenangan sepanjang hayat

Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan daripada .............................................................................................................................

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,,

Sebagai tanda sanjungan budi untaian kasih dari warga SMKCFB , Pihak majlis sukacita dan berbesar hati untuk memberikan cenderamata untuk yang dirai. Justeru, majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Pengetua, Pn. Oi Ai Lin untuk menyampaikan cenderamata kepada yang Di Raikan, En. WKG Majlis dengan segala hormatnya ,mempersilakan...
Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-wakil kelas.

Dipersilakan wakil daripada kelas Pra-sekolah 1

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan En. Wan Kok Gep

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En. WKG atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha Tn Pengetua menyampaikan cenderamata sebentar tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan

Umpama berkayuh telah sampai di muara Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi Mawar merah dalam jambangan Terima kasih daun keladi Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak Esok jangan layu-layuan Intai kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai, kita akan menyaksikan buat kali terakhirnya Yang Diraikan En. WKG akan menandatangani buku rekod kehadiran sebagai tanda berakhirnya tugas rasmi beliau di dalam dunia pendidikan ini.

Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En. WKG kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan En. WKG bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Di kesempatan ini juga, kami (guru2 SMKCFB) ingin menyampaikan seloka khusus buat yang diraikan En. WKG

Assalamualaikum pembuka bicara Madah disusun mengungkap rasa Suasana suram pagi yang hiba Bagai mengerti gelodak jiwa Mr Wan panggilan mesra Guru veteran yang banyak berjasa Mendidik anak bangsa bukan sebentar cuma Tiga dekad begitulah lama Dari muda hingga berusia Menjalankan tugas dengan setia Menabur bakti mencurah jasa Tak terbalas dek murid semua Kini sudah tibanya masa Berundur Mr Wan kerana bersara Hilanglah permata yang berharga Hilang seri hilang cahaya Sudah biasa kita dengari patah tumbuh hilang berganti namun tak sama guru yang ini Tak mungkin ada galang ganti Kenangan manis kekal selamanya Jasamu cikgu tak mungkin dilupa Pemergianmu cikgu kami redha Sudah suratan berpisah akhirnya Sampai di sini seloka kami Tidak berakhir hubungan ini Silaturahim terus terpatri Biarpun Mr WKG tiada di sisi Ampun dan maaf kami pinta Andai pernah mengusik rasa Jenguklah kami sekali sekala Andai rindu datang menjelma

Semoga Mr Wan sihat sejahtera Menyusuri hari-hari yang ceria Di samping keluarga tercinta Moga dilindungi Tuhan senantiasa.

Anda mungkin juga menyukai