Anda di halaman 1dari 3

SJK (TAMIL) LADANG TANAH MERAH

71010 LUKUT, PORT DICKSON

KERTAS KERJA KELAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AGAMA TAHUN 2019

Pengenalan

Kelas pengajaran dan pembelajaran agama biasanya dijalankan oleh sesuatu pertubuhan untuk kaum masing-
masing. Kelas ini dijalankan di tempat-tempat ibadat, dewan, pondok dan juga di bawah pokok khususnya untuk
orang muda dan juga kanak-kanak. Kebelakangan ini kelas ini diberi penekanan oleh badan kerajaan dan bukan
kerajaan khususnya kepada masyarakat menghayati agama masing-masing.

Matlamat

I. Memberi kesedaran tentang kepentingan agama dalam kehidupan harian.


II. Mengetahui tentang kandungan agama secara mendalam.
III. Menunaikan tanggungjawab agama dalam kehidupan harian.

Objektif

I. Mengelakkan murid-murid tidak terlibat dalam aktiviti tidak sihat.


II. Murid-murid dapat meluangkan masa untuk melakukan kerja-kerja amal.
III. Membentuk sahsiah dan perlakuan yang baik dalam diri murid.
IV. Menyemai sikap amalan bersyukur dalam kehidupan harian.

Tarikh / Hari Pelaksanaan

Tarikh : Setiap hari Jumaat (Sepanjang tahun)


Masa : 7.40 pagi - 8.40 pagi
Tempat : Dewan sekolah

Kumpulan Sasaran

Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6

Anggaran Kos

Sila lihat Lampiran

Sumber Kewangan

1.LPS
2.PIBG
Jadual Pelaksanaan

Masa Aktiviti
7.40 pagi - 8.10 pagi Pengajaran dan pembelajaran lagu-lagu agama
8.10 pagi - 8.40 pagi Pengajaran dan pembelajaran ilmu agama

Jawatankuasa Induk

Pengerusi : En.K.S.Balasubramaniam (Guru Besar)


Naib Pengerusi 1 : En.R.Nadarajah (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : Pn.R.Lakshmey (GPK HEM)
Naib Pengerusi 3 : En.S.Ramachandran (GPK Kokurikulum)
Penyelaras : En.G.D.P.Jay Suriarao (Ketua Panitia Pendidikan Moral)
AJK : Semua Guru Mata Pelajaran Pendidikan Moral

Strategi Pelaksanaan

Kelas ini yang melibatkan murid Tahun 1 hingga Tahun 6 akan dijalankan pada waktu Pendidikan Moral selama 60
minit pada setiap hari Jumaat. Kelas ini dibimbing oleh Guru Pendidikan Moral Tahun 1 hingga Tahun 6.

Penutup

Pelaksanaan kelas pengajaran dan pembelajaran agama ini diharapkan dapat membentuk sahsiah murid-murid
sekolah dan seterusnya melahirkan generasi yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh:

............................................. ............................................. ...........................................


En.G.D.P.Jay Suriarao
Ketua Panitia P.Moral
LAMPIRAN

ANGGARAN PERBELANJAAN
KELAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AGAMA TAHUN 2019

BIL PERKARA KUANTITI HARGA (RM)

01 Tikar 10 150.00

02 Gambar Tuhan (Frame) 3 60.00

03 Peralatan Sembayang - 150.00

04 Barang-barang Sembayang - 100.00

05 Buku Samayam (Pirarthanai Kovai) 101 40.00

JUMLAH 500.00

Anda mungkin juga menyukai