Anda di halaman 1dari 10

TEKS MC GRADUASI PRA SEKOLAH 2018

PERKARA TEKS CATATAN


HOUSEKEEPIN BIMILLAHIR RAHMA NIRRAHIM…ASSALAMUALAIKUM
WBT, SALAM PERPADUAN DAN SALAM SEHATI
G
SEJIWA.

MOHON PERHATIAN…

SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA MAJLIS AKAN


BERMULA SEBENTAR SAHAJA LAGI.PIHAK URUS
SETIA DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT
DAN MEMPERSILAKAN PARA JEMPUTAN UNTUK
MENGAMBIL TEMPAT DUDUK MASING-MASING DI
DALAM DEWAN INI.

MOHON TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN MEMBERIKAN


KERJASAMA.

SEBELUM ACARA DITERUSKAN, MAJLIS INGIN


MENARIK PERHATIAN KEPADA PARA HADIRIN AGAR
DAPAT MEMBERIKAN SEPENUH KERJASAMA UNTUK:

 BERDIRI SEBAIK SAHAJA DIUMUMKAN


KETIBAAN TETAMU KEHORMAT MASUK KE
DEWAN INI SEHINGGALAH SELESAI NYANYIAN
LAGU NEGARAKU.
 MEMASTIKAN TELEFON BIMBIT MASING-
MASING DIMATIKAN ATAU BERADA DALAM
MOD SENYAP KETIKA MAJLIS SEDANG
BERLANGSUNG.
 MENGHADKAN PERGERAKAN SEMASA MAJLIS
BERLANGSUNG DAN TIDAK MENINGGALKAN
MAJLIS SEHINGGA MAJLIS SELESAI.
MOHON KEPADA PARA HADIRIN AGAR TIDAK
MEMBUANG SAMPAH DAN MENGUTAMAKAN
KEBERSIHAN KETIKA BERADA DI DALAM DEWAN INI
-Muzik- tunggu
Mengumumkan perarakan masuk tetamu kehormat, YANG
BERUSAHA Puan Zainab binti Zakaria, barisan pentadbir,
YDP PIBG, Pengerusi Pewaris serta guru-guru warga
pendidik Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara.
Seterusnya marilah kita sama-sama menyaksikan perarakan
masuk para graduan murid-murid pra sekolah Sekolah
Kebangsaan Seri Bintang Utara.
Hadirin MOHON berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu
Negaraku.
….…..

Hadirin dipersilakan duduk.


Bismillahirahmanirahim, assalamualaikum, salam wilayahku
ceria dan salam graduasi.
Yang Berusaha Puan Zainab binti Zakaria, Ketua Unit
Pengurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pra
Sekolah, JPWPKL,
Yang Berusaha,
Puan Noriah Binti Hj Ismail Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Seri Bintang Utara,
Puan Noriyati Binti Pit, GPK Tadbir dan Kurikulum,
Puan Siti Hanim Binti Ismail, GPK Hal Ehwal Murid,
Yang dihormati,
En Hakim Bin Hamzah, Yang Dipertua PIBG SKSBU
Encik Izhaniff Firdaus bin Mohd Basuki, Pengerusi
Pewaris Prasekolah SK Seri Bintang Utara tahun 2018
Ahli-ahli jawatankuasa pewaris, rakan sejawat warga
pendidik sksbu, tuan/puan, para ibu bapa, para hadirin yang
dimuliakan seterusnya YANG DIRAIKAN para graduan
prasekolah tahun 2018.
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Hari ini menanam jagung,


Dibawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan anak-anak penuh ceria

Pihak majlis sangat berbesar hati dan mengalu-alukan


kehadiran tuan/puan bagi meraikan dan memeriahkan lagi
majlis kita pada hari ini.
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Dengan ini, dipersilakan Al- Fadhil Ustaz Syamil Irawan bin


Ismail untuk membacakan doa.
….……
Amin Yarabbalalamin. terima kasih di atas bacaan doa itu
tadi. Mudah-mudahan majlis kita pada hari ini berjalan lancar
dan beroleh kerahmatan .

Hadirin yang dimuliakan,


Seperti sedia maklum, majlis kita pada hari ini sangat
istimewa dan bermakna buat semua apatah lagi bagi para
graduan yang bakal merubah status akaun mereka daripada
prasekolah ke sekolah rendah.

Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Dengan ini, marilah kita sama – sama mendengar ucapan


daripada Pengerusi Pewaris tahun 2018, Encik Izhaniff
Firdaus b. Mohd Basuki. Majlis dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Encik Izhaniff atas ucapan
sebentar tadi.
Indah nian pucuk bidara,
Indah lagi bunga setanggi,
ucapan puan penerus bicara,
silakan bonda yang kami sayangi.

Dengan ini, majlis menjemput dan mempersilakan Yang


Berusaha Puan Noriah Binti Hj Ismail,Guru Besar SKSBU
untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya
majlis dipersilakan…
….….
Terima kasih diucapkan kepada Puan Noriah Binti Hj Ismail
di atas ucapan itu tadi.
Bukan rumput sebarang rumput
Rumput hiasan tepi halaman
Bukan jemput sebarang jemput
Emput puan menyampaikan ucapan

Dengan ini, majlis menjemput dan mempersilakan TETAMU


JEMPUTAN Yang Berusaha Puan Zainab binti Zakaria untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis
Graduasi Prasekolah tahun 2018. Majlis dengan SEGALA
hormatnya dipersilakan.

-Ucapan perasmi-

Terima kasih SEKALUNG BUDI diucapkan kepada Puan


Zainab binti Zakaria atas ucapan PERASMIAN sebentar tadi.
Dari Kedah pergi ke Perlis,
Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
Moga hadirin terhibur di hati
Dengan itu, marilah sama-sama kita menyaksikan
persembahan koir dengan tajuk lagunya “You Raise Me Up”.

-persembahan-

Begitulah persembahan daripada para graduan prasekolah


SK Seri Bintang Utara. Begitu indah dan penuh semangat.
Terima kasih dan tahniah diucapkan.

Berkat rimbunnya si pohon jati,


Tempat burung selalu bertemu,
Sekali hidup biarlah bererti,
Isikan akal dengan ilmu.

Justeru, pada hari yang penuh gemilang ini kita akan


menyaksikan penyampaian sijil kepada para graduan
prasekolah SK Seri Bintang Utara.
Oleh itu majlis dengan segala sukacitanya menjemput Puan
Noriyati bt Pit bagi mengiringi Yang Berusaha Puan Noriah
bt Hj Ismail bagi menyempurnakan majlis penyampaian sijil
kepada para graduan Prasekolah.
Dengan ini dijemput Puan Raihanie Ngarega bt Abdullah
bagi mengumumkan PENERIMA SIJIL para graduan
prasekolah kelas Bijak….…….
Seterusnya dijemput Puan Noorlizah bt Zainal bagi
mengumumkan penerima sijil para graduan prasekolah kelas
Pintar……………
Hadirin yang dimuliakan,
Seterusnya, mari kita sama-sama menyaksikan paparan
montaj prasekolah….
-paparan-
Begitulah tadi aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh
murid-murid prasekolah sepanjang tahun 2018.
Awan bersua citra berkisah,
Ukiran sukma kilauan kelisa,
Penyampaian sijil selesai sudah,
Anugerah khas menyusul pula.
Hadirin sekalian,
Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha
gigih yg berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu
pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu,
murid-murid yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan.
Semoga ini akan menjadi pencetus semangat untuk terus
berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita. Sebagai
penghargaan, pihak sekolah ingin menyampaikan beberapa
kategori anugerah kepada individu-individu yang berkenaan.
Dengan itu majlis menjemput Puan Noriah bt Hj Ismail bagi
mengiringi Puan Zainab binti Zakaria untuk menyampaikan
anugerah-anugerah khas.

Dijemput Puan Raihanie Ngarega bt Abdullah bagi


mengumumkan PENERIMA Anugerah Khas para graduan
prasekolah kelas Bijak….…….
-penyampaian-
Seterusnya dijemput Puan Noorlizah bt Zainal bagi
mengumumkan penerima Anugerah Khas para graduan
prasekolah kelas Pintar……………
-penyampaian-
Terima kasih diucapkan kepada Puan Zainab binti Zakaria
atas penyampaian anugerah sebentar tadi.
Pulau pandan jauh ke tengah,
gunung daik bercabang tiga,
sempurnalah sudah penyampaian anugerah,
tahniah dan syabas kepada semua.

Majlis diteruskan lagi dengan acara Penyampaian


Sumbangan Pewaris. Sumbangan ini berupa kelengkapan
peralatan sekolah untuk murid-murid prasekolah sebagai
persediaan menghadapi Tahun 1 pada tahun hadapan.
Dengan itu majlis menjemput Puan Siti Hanim bt Ismail bagi
mengiringi Encik Izhaniff Firdaus bin Mohd Basuki untuk
menyampaikan sumbangan kepada para graduan. Majlis
dipersilakan…..

Dimulakan dengan para graduan kelas Bijak:


(sebut nama murid)

Dipersilakan para graduan dari kelas Pintar:


(sebut nama murid)

Terima kasih diucapkan kepada Encik Izhaniff atas


penyampaian sumbangan sebentar tadi.

Sekarang marilah sama-sama kita saksikan persembahan


nyanyian dari Puan Siti Kaeirah bt Ismail dengan tajuk
lagunya………………………………………

-nyanyi-

Terima kasih diucapkan kepada Puan Siti Kaeirah atas


persembahan sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan Persembahan Tarian Zapin


oleh para graduan prasekolah. Majlis dipersilakan…

-menari-

Terima kasih diucapkan kepada para graduan prasekolah


atas persembahan sebentar tadi.

Sekarang marilah sama-sama kita saksikan pula


persembahan Modern Dance oleh para graduan dengan
tajuk lagunya “Girls In The Mirror”. Majlis dipersilakan….

-menari-

Terima kasih diucapkan kepada para graduan prasekolah


atas persembahan sebentar tadi.

Seterusnya marilah sama-sama kita saksikan persembahan


terakhir dari para graduan prasekolah iaitu persembahan
tarian Bollywood. Majlis dipersilakan

-menari-

Begitulah tadi persembahan tarian Bollywood yang begitu


memukau daripada murid-murid prasekolah SK Seri Bintang
Utara.Terima kasih diucapkan kepada semua graduan yang
telah bersungguh-sungguh membuat latihan. Begitu juga
dengan para tenaga pengajar yang telah berusaha bagi
menjayakan persembahan pada hari ini.

Penyampaian cenderamata

Para hadirin yang dimuliakan,

Sebagai tanda penghargaan, pihak MAJLIS berbesar hati


ingin menyampaikan cenderamata tanda kenang-kenangan
kerana sudi hadir ke majlis Graduasi prasekolah PADA KALI
INI.
Oleh itu, majlis menjemput Encik Izhaniff Firdaus diiringi
Puan Noorlizah untuk menyampaikan CENDERAMATA
kepada para pentadbir. Dengan itu dijemput Puan Noriah bt
Hj Ismail, Guru Besar SK Seri Bintang Utara untuk menerima
cenderamata..
Dijemput Puan Noriyati bt Pit, Guru Penolong Kanan Tadbir
dan Kurikulum.
Dijemput Puan Puan Siti Hanim bt Ismail, Guru Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid.
Terima kasih diucapkan kepada Encik Izhaniff atas kesudian
menyampaikan cenderamata itu tadi.
Seterusnya majlis menjemput Puan Noriah bt Hj Ismail
diiringi Puan Noriyati bt Pit bagi menyampaikan
cenderamata kepada tetamu kehormat. Dengan itu majlis
menjemput Puan Zainab bt Zakaria, Ketua Unit Pengurusan
Perkembangan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah untuk
menerima cenderamata. Majlis dipersilakan.
Seterusnya dijemput Encik Hakim bin Hamzah untuk
menerima cenderamata. Majlis dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Puan Noriah bt Hj Ismail
atas penyampaian cenderamata sebentar tadi.
Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil kepada Ahli-
ahli jawatankuasa Pewaris tahun 2018. Dengan itu, majlis
mempersilakan Puan Siti Hanim bt Ismail bagi mengiringi
Puan Noriyati bt Pit untuk menyampaikan sijil kepada para
AJK Pewaris.
Dengan itu, majlis menjemput Encik Izhaniff Firdaus bin
Mohd Basuki, Pengerusi Jawatankuasa Pewaris Tahun 2018
Dijemput Encik Darmendren Kannan, Naib Pengerusi
Jawatankuasa Pewaris Tahun 2018
Dijemput Puan Junaidah br Said, Setiausaha Jawatankuasa
Pewaris tahun 2018
Dijemput Puan Farayasliana bt Mohd Yassin, Naib
Setiausaha Jawatankuasa Pewaris Tahun 2018.
Seterusnya dijemput, Puan Fadilla bt Rentah, Bendahari
Jawatankuasa Pewaris Tahun 2018
Dijemput para ahli jawatankuasa iaitu:
1. Encik Mohd Aizuddin bin Mohd Nor
2. Encik Mohd Yusof bin Hanif
3. Puan Farah Liyana bt Mazlan
4. Puan Farahida bt Mazlan
5. Puan Siti Nor Nazirah bt Zakaria
6. Encik Azlan M Salleh
7. Encik Mohd Fitri bin Noor Zaid
8. Encik Muhd Fauzi bin Nurdin
9. Encik Mohd Saiful bin Bahari
10. Encik Mohd Herwan Helmy bin Mohd Osman.
Andai Esok Berbaju Baharu
Baju Lama Jangan Dibuang
Andai Esok Tidak Bertemu
Jadikan Ini Sebagai Kenangan

Hadirin sekalian, dengan berakhirnya penyampaian sijil itu


tadi maka kita telah pun berada di hujung acara. Kami bagi
pihak jawatankuasa Majlis Graduasi Prasekolah Tahun 2018
SK Seri Bintang Utara merakamkan ucapan terima kasih
kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam
menjayakan majlis pada hari ini.

Terbang rendah burung tempua,


Hinggap berdua di dahan ara,
Hidangan di meja sudah tersedia,
jemput tuan menjamu selera.
Sebelum menjamu selera, diminta tetamu kehormat Puan
Zainab, para pentadbir dan semua ahli jawatankuasa untuk
berada di atas pentas bagi sesi bergambar.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai