Anda di halaman 1dari 4

TEKS JURUACARA PERTANDINGAN PIDATO BAHASA MELAYU

FESTIVAL EKSPRESI BAKAT 4.0


ANJURAN SK SERI BINTANG UTARA TAHUN 2019

Dari Nilai pergi ke Seremban,


Terus pula ke Kampung Geddes,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan majlis.

Melayang serindit di atas permatang,


Merbak berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi.

Yang dihormati, para hakim yang adil lagi bijaksana, AJK pelaksana, guru-guru, para peserta
serta para hadirin yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya dapat kita
bersama-sama memeriahkan majlis kita pada pagi ini iaitu Pertandingan Pidato Bahasa
Melayu peringkat kebangsaan 2019. Pada kesempatan ini, majlis mengucapkan selamat
datang dan amat mengalu-alukan kehadiran hadirin sekalian di sini.

Untuk makluman hadirin, pertandingan ini dijalankan bagi mencungkil bakat pengucapan
awam dalam kalangan murid-murid Tahap 2. Pertandingan pidato juga merupakan satu
bentuk ekspresi bakat menjunjung Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
Pertandingan yang dijalankan ini mirip konsep Pidato Piala Diraja.

Sebelum pertandingan bermula, izinkan saya membaca peraturan pertandingan.


Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid Tahap 2 iaitu Tahun 4, 5 atau 6. Setiap sekolah
boleh menghantar SEORANG PESERTA sahaja sama ada lelaki atau perempuan.

Pertandingan pidato ini akan dijalankan secara 2 peringkat iaitu peringkat separuh akhir dan
akhir. Semua peserta layak untuk bersaing di peringkat separuh akhir. 5 peserta terbaik akan
layak untuk bertanding di peringkat spontan.

Untuk pusingan separuh akhir, para peserta wajib menyampaikan pidato masing-masing
berpandukan kepada tema yang telah ditetapkan oleh pihak jawatankuasa pertandingan.
Sebarang tajuk pidato yang tidak mengikut tema akan dipotong markah. Masa yang
diperuntukkan untuk menyampaikan pidato teks ialah 5 minit. Tiada bahagian spontan
untuk peringkat separuh akhir. Loceng akan dibunyikan sekali iaitu 1 minit sebelum tamat
dan dua kali setelah tamat bagi setiap kategori dan bahagian pertandingan. Penyampaian
pidato selepas loceng penamat dibunyikan bagi setiap bahagian pertandingan tidak akan
diberi markah. Sebarang kritikan terhadap isu sensitif yang berkaitan dengan agama, bangsa
dan kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang. Kesalahan ini akan
menyebabkan markah adab dipotong. Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang
sopan adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab dipotong. Peserta
yang membuat kesalahan seperti membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif
menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan adalah
tidak layak untuk diumumkan sebagai pemenang di semua kategori dan peringkat
pertandingan. Peserta pidato diwajibkan menggunakan pakaian seragam sekolah atau
pakaian kebangsaan. Pengerusi majlis berhak menegur peserta yang melanggar mana-mana
peraturan di atas.

Bagi peringkat akhir pula, pertandingan akan dilaksanakan dalam bentuk spontan. Syarat-
syarat pertandingan pidato peringkat akhir sama seperti peringkat separuh akhir.
Pertandingan pidato spontan akan dijalankan setelah semua peserta menghabiskan
bahagian teks.

Untuk bahagin spontan, murid akan memilih sampul surat yang mengandungi tajuk spontan.
Peserta akan diberikan masa selama 1 minit untuk bersedia. Loceng akan dibunyikan sekali
menandakan masa persediaan bermula dan sekali lagi setelah masa persediaan tamat. Masa
yang diperuntukkan untuk peserta menyampaikan pidato spontan ialah 3 minit. Loceng akan
dibunyikan sekali pada permulaan pidato spontan dan sekali lagi pada satu minit terakhir. 2
kali bunyi loceng akan dibunyikan setelah masa tamat.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Izinkan saya memperkenalkan 3 panel hakim pertandingan. Yang pertama Encik Muhammad
Hafezi b. Abdul Hamid selaku ketua hakim. Kedua, Puan Mizraini Wazir dan yang ketiga Encik
Muhammad Hanifa bin Basiron. Penjaga masa ialah saudara__________________________

Hadirin sekalian,
Pertandingan Pidato Bahasa Melayu, Festival Ekspresi Bakat bagi peringkat Kebangsaan
Tahun 2019 akan dimulakan dengan pidato peringkat separuh akhir. Untuk itu, majlis
dengan sukacitanya menjemput peserta pertama untuk menyampaikan pidato beliau.
Dipersilakan saudari/saudara…………………untuk menyampaikan pidatonya yang bertajuk
……………………………………………….

*****Tunggu sehingga peserta pidato selesai******

Terima kasih diucapkan. Seterusnya, dipersilakan peserta kedua untuk menyampaikan


pidato. Dipersilakan saudara/saudari………….dengan pidatonya yang bertajuk………………..

***Ulang dialog sehingga peserta ke 17***

Begitulah tadi berakhirnya pertandingan pidato peringkat separuh akhir. Para peserta
diminta bersedia untuk pertandingan pidato peringkat akhir iaitu spontan. Majlis akan
berhenti sebentar dan akan disambung semula pada jam …………

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih diucapkan kepada semua hadirin.
Sekarang tiba masanya yang kita nantikan iaitu pidato peringkat akhir bahagian spontan.
Pada peringkat ini, peserta hanya diberikan masa selama 3 minit untuk menyampaikan
pidatonya. Para peserta perlu memilih tajuk dari sampul yang berada pada pihak hakim.
Peserta diberikan masa selama 1 minit untuk membuat persediaan bagi menyampaikan
pidato mereka tanpa apa-apa bantuan nota, alat tulis atau alat elektronik.

Tanpa melengahkan masa, saya memilih peserta pertama untuk memilih sampul tajuk
spontan. Dipersilakan saudara/saudari………………………………………..

*****Tunggu sehingga peserta pidato selesai******

Terima kasih diucapkan. Seterusnya, dipersilakan peserta kedua untuk memilih sampul tajuk
spontan. Majlis dipersilakan.

***Ulang dialog sehingga peserta ke 17***

Dengan berakhirnya pidato dari peserta terakhir itu tadi, maka berakhirlah Pertandingan
Pidato Bahasa Melayu, Festival Ekspresi Bakat peringkat Kebangsaan tahun 2019. Majlis akan
berhenti rehat seketika, bagi memberi laluan kepada juri untuk membuat pemarkahan
pertandingan.

Hadiri yang dihormati sekalian,


Bagi membuat rumusan pertandingan, majlis dengan sukacita menjemput ketua hakim
Encik Muhammad Hafezi b. Abdul Hamid untuk menyampaikan rumusan keseluruhan
Pertandingan Pidato Bahasa Melayu, Festival Ekspresi Bakat Tahun 2019. Majlis dipersilakan.

***Tungga sehingga ketua hakim habis berucap***

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Maka dengan ini, rasmilah sudah Pertandingan Pidato Bahasa Melayu, Festival Ekspresi
Bakat Tahun 2019.

Budak-budak bermain galah,


Bermain galah di tepian gelanggang,
Ada yang menang ada yang kalah,
Itulah dia adat pertandingan.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi,
Salam perpisahan untuk semua,
Di lain masa bersua lagi.

Sekian, terima kasih.


SENARAI NAMA PESERTA PERTANDINGAN PIDATO, FESTIVAL EKSPRESI BAKAT 2019

NOMBOR NAMA PESERTA NAMA SEKOLAH


GILIRAN
1 KHADIJAH RUMAISHAH BINTI KAHIRUL AZMAN SK RAJA MUDA, SELANGOR
2 AMIRA ALYA BINTI ABDUL AZIZ SK (P) SULTAN IBRAHIM, JOHOR
3 NUR HUREEN DAHLYA BINTI SHAHRALI SRA BERSEPADU, MUAR
4 ALEESYA AULIA BINTI ENAWAR SK DATO’ AHMAD MANAF, N.9
5 AUDREY TAN SJK (C) FOON YEW, JOHOR
6 NUR ZULAIKHA BINTI AZHAR SK SETIAWANGSA, KL
7 NUR RAUDHATUL BALQIS BINTI AZRULMIZAN SK BUKIT JELUTONG, SELANGOR
8 SK SERI BINTANG UTARA, KL (A)
9 NUR AISHAH BINTI MOHD AZFAR SHAHIR SK PUTERI PANDAN 1, KL
10 NUR NISRINA NABIHAH BT MOHAMAD ALI SK SRI PETALING, SELANGOR
11 AHMAD FARISH BIN FAIZUL SK JALAN 3, BANGI, SELANGOR
12 HADFINA IZATI BINTI FAZWADI SK SERI BINTANG SELATAN, KL
13 NUR AFIQAH BT AHMAD HAMDAN SK BANGSAR, KL
14 SK SERI BINTANG UTARA, KL (B)
15 PREYANGKA YOGANANTHAN SK BUKIT DAMANSARA, KL
16 AISYAH AMANI BT ARMAN ASYRAF BALDEV SK TAMAN TUN DR ISMAIL 1, KL
17 AUNI IZZATUR RADHIAH BT MOHD RIZAL SK GANGSA, MELAKA

Anda mungkin juga menyukai